SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Februari 2011

INOVATIF PATUT JADI SYARAT GURU NAIK PANGKAT

Berita Harian
2011/02/24




MENARIK sekali pandangan Dr Kamal Jit Singh yang disiarkan akhbar ini pada 19 Februari lalu mengenai pemikiran inovatif.

Sekolah memang tempat paling sesuai melahirkan insan yang berfikiran kreatif dan inovatif. Guru perlu terlebih dulu memiliki pemikiran inovatif untuk menjadi perangsang kepada pelajar yang inovatif. Bukan sekadar guru yang mengutamakan kelulusan dan memberi maklumat kepada pelajar untuk dihafal dalam peperiksaan.

Ramai guru berkeupayaan untuk melakukan inovatif. Setiap tahun, pada Hari Guru juga ada anugerah Guru Inovatif.

Lebih ramai guru boleh melakukan inovatif jika diberi insentif.
Oleh itu, dalam usaha kita mencari alternatif Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk penjawat awam termasuk guru, unsur guru inovatif wajar dijadikan kriteria penting untuk kenaikan pangkat, pemilihan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Guru Cemerlang.
Guru inovatif mempunyai pengalaman dan idea untuk merenung masalah dalam profesion, mencari jalan penyelesaian, menyusun strategi, mengubah suai strategi, melaksanakan program, membuat penilaian, menunjukkan demonstrasi, serta dokumentasi.

Setidak-tidaknya guru boleh membuat kajian tindakan dalam P&P. Hasil kreatif dan inovatif mereka boleh menjadi rujukan guru lain.

Sekolah perlu mempunyai jawatankuasa penilai untuk ketelusan pemilihan. Langkah ini secara tidak langsung meningkatkan profesion perguruan.

Program inovasi itu mungkin dijalankan oleh seorang guru atau dalam kumpulan.
Kemahiran bekerja dalam kumpulan juga adalah satu usaha inovatif yang bukan mudah dibina dalam kalangan guru di sekolah.

GURU BIASA,

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang berinovatif guru bawahan tetapi nama yg dapat serta kenaikan pangkat dan imbuhan guru besar juga

Tanpa Nama berkata...

Benarlah kata-kata mu saudara atau saudari tanpa nama sokong 100 peratus

Tanpa Nama berkata...

Guru yang berinovatif ialah seperti cikgu shida dalam youtube...

GURU41tahun berkata...

Saya cadangankan guru boleh pencen awal 40 tahun dapat pencen bulanan dan imbuhann pencen sekaligus. Lepas tu boleh buka pusat tuisyen di rumah. Sure baik punyer.....Amacam..graduan muda boleh aplly jadi guru baru plak...ORAIT tak kawan seperjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Wahai cikgu-cikgu sekelian.

Tak payah la nak buat inovatif apa-apa lagi.Tuntut kenaikan pangkat tu dulu.Cikgu lah kumpulan yang paling lambat dapat naik pangkat.Lihat sahaja senarai perjawatan di negeri-negeri.
Ada berapa post Gred Khas A,B dan C? Ada berapa post gred 54,48,44& 41?
Berapa lama seseorang cikgu berada di gred 41 sebelum dinaikan pangkat ke gred 44, jika dibandingkan dengan jawatan-jawatan lain seperti,doktor,
pegawai farmasi,pegawai pergigian,
PTD dsbnya.Saya bukan cikgu, tetapi saya tumpang sedih dengan nasib cikgu.Profesion perguruan bukan satu profesion yang mudah seperti 20,30 tahun dulu.Dulu kalau nak cari menantu perempuan, nak cari yang kerja cikgu,kerja separuh hari,cuti banyak.Tetapi sekarang, kalau nak cari menantu perempuan,nak cari yang kerja misi,kerja shift, naik pangkat cepat,tak bawa balik pesakit ke rumah,begitu juga doktor.
Lagi pun berinovatif mcm mana pun bukan cikgu yang dapat nama, tetapi guru besar

Nik Zubaidah berkata...

cikgu semakin ramai yg lupa daratan, susah payah Umno memberikan mereka gred 41, mereka kini enggan sertai dan aktif bersama Umno.

Mereka patut dipecat kerana tergamak mengkhianati negara dengan mengundi pembangkang

Tanpa Nama berkata...

bukan cikgu saja tau lalui pengalam begitu, kumpulan bawahan di jabatan lain pun sama.

orang lain buat kerja, orang atas dapat nama. Pengarah ke, Pengurus ke, asalkan 'bunyi' ketua...

Tanpa Nama berkata...

alah..tak payah nak jilatin bontotin umnolah..rimaslah...cakap bab kakitangan sudahlah..umno umno ni naik geli le...

Tanpa Nama berkata...

nik zubaidah tak boleh kata cikgu lupa daratan sebaliknya perlu belajar lagi tentang sains politik. Kita perlu belajar jangan kurang ajar.Kalau kata cikgu lupa daratan anak didik pun jadi lupa daratan, sewajarnya cik nik lebih berbudi bahasa, dimanakah letaknya identiti melayu, sudah semestinya pada bahahasa.

Tanpa Nama berkata...

Kempen 24 jam , himpunan 100, 000 warga guru sempena hari guru 2011

cikgu2 boleh berkumpul di fb fp seperti yang disebutkan di atas...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Shida tu kreatif dan Inovatif.. yang tu xpayah tulis kajian tindakan...