SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Februari 2011

IBKN SOKONG TUNTUTAN CUEPACS SUPAYA KERAJAAN PERKENAL GAJI MINIMUM

Bernama
8/2/2011



ALOR STAR, 8 Feb (Bernama) -- Alumni Institut Kemahiran Belia Negara SeMalaysia (IKBN) menyokong hasrat Cuepacs meminta kerajaan memperkenalkan gaji minimum RM900 sebulan bagi membantu kakitangan berpendapatan rendah.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Samsudin Oli Mohamed berkata tuntutan itu wajar dan sudah tiba masanya kerajaan mengkaji serta meletak penanda aras bagi gred kakitangan dan gaji sektor awam untuk membolehkan mereka keluar dari garis kemiskinan.

Sebagai contoh, graduan IKBN yang berkemahiran masih diletakkan pada tangga gaji rendah, katanya kepada pemberita pada Selasa.

"Kami menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merealisasikan hasrat beliau menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi, tetapi ia perlu disokong dengan pendapatan kakitangan awam," katanya.

Shamsudin juga berkata graduan IKBN wajar mendapat gaji setaraf kelayakan dan kemahiran mereka.

Pada Isnin, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata gaji minimun sektor awam yang disemak dan diperkenalkan pada 2007, tidak lagi relevan berikutan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

-- BERNAMA

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah lagi guna gaji maximum.... ikut sistem umor saraan. Manusia tak hidup panjang atau bertenaga untuk hidup 100 tahun. Gaji naik 100% pun tak guna jika gagal kawal harga keperluan harian, yang buncit perut peniaga dan kembong perut menteri menteri, yang kempes perut rakyat miskin termasuk kakitangan kerajaan. Syarikat swasta dapat bonus berganda, naik gaji lebih baik dari kakitangan kerajaan, tak bagitau pun pada peniaga atau kerajaan ? Tak naik pun harga barang-barang disebabkan kakitangan swasta naik gaji dan dapat bonus berganda setiap tahun. Yang dapat sogokan/tips (bahagian penguatkuasa) haii...senyap aje...tak de komen ke?

Tanpa Nama berkata...

salam semua..kita sokong sangat saranan samsudin oli mohamed..tp harus di panjangkan kpd.institusi2 lain yang melahirkan graduan2 berkemahiran ini,kerajaan perlu mengiktiraf MLVK/SKM Tahap 2,3,4,dan 5,supaya mereka ini bekerja dengan penuh dedikasi dan berintigriti..

sunan berkata...

Baguslah cadangan tu. Tapi janganlah sekadar cadangan je dan lepas tu senyap je sampai bertahun-tahun. Kami, penjawat awam (PA) yang gred2 sokongan ni boleh diibaratkan kais pagi makan pagi la juga.

Mana tak nya, kalau gaji termasuk elaun rm1300.00, bayar kereta rm350 (viva 660cc je), rumah rm400(kira murah gila la tu),api&air rm60(dah habis jimat gile,basuh baju guna berus tangan,kadang-kadang tidur tak buka kipas sampai berpeluh-peluh basah tempat tidur), tinggal la lebih kurang rm490 untuk belanja lain..

Wahai PM yang budiman, apakah yang kami nak makan dengan hanya rm490 sebulan? kami bukan hidup bermewah-mewah pun. kereta pun sekadar kereta kecil hanya untuk keperluan keluarga.

Tiap-tiap hari makanan kami cuma nasi putih, ikan goreng/ayam sahaja (ikan pun ambil yang murah-murah,ikan frozen,harga bawah rm6.00 sekilo, ayam pula kalau bawah rm7.00 sekilo baru beli). kadang kala sahaja ada sayur.beras pun pakai beras nasional sahaja(rm17.50-10kg).

Jika tiada beras nasional atau subsidi beras ditarik balik, alamatnya kami makan buburlah hari-hari untuk menjimatkan beras.sangat sederhana jika nak banding dengan PM yang kami sokong.

Bagaimana pula jika ada perkara kecemasan? dari mana kami nak dapatkan duit? baru-baru ini, saya terpaksa meminjam untuk pembedahan bapa dengan kos sebanyak RM500.00.walaupun boleh claim semula dengan jabatan, tetapi kena bayar pendahuluan terlebih dahulu.

Bayangkan kos hanya RM500 pun saya tak mampu sediakan walaupun kerja kerajaan. bukan tak pandai menyimpan duit. tapi duit tak mencukupi untuk disimpan. hanya cukup sekadar untuk makan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bagaimana pula jika hospital diswastakan? tentu kos tersebut lebih mahal. Alamatnya, mati keringlah kami sebagai PA sokongan.

Bukan kami tidak ada kelulusan tinggi untuk mendapatkan kerja yang bergaji besar. tetapi pekerjaan sangat susah nak cari.

Wahai PM, INI IALAH REALITI KEHIDUPAN KAMI SEBAGAI KAKITANGAN SOKONGAN. BUKAN REKAAN SAYA.

Ini ialah rintihan kami sebagai PA. Semoga dapat perhatian PM yang dihormati.