SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Februari 2011

PENSYARAH IPTA DG45 WAJAR DIBERI GAJI SETARAF SKIM GURU CEMERLANG

Berita Harian
8/2/2011




DUA MINGGU ini kita membaca di akhbar mengenai tuntutan gaji pokok pengawal keselamatan oleh Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) dan pensyarah farmasi terhadap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tahun lalu saya ada membaca beberapa rayuan dan keluhan pensyarah IPTA (bekas guru yang berpindah ke IPTA) Gred DS45 yang disiarkan oleh pelbagai media perdana. Sehingga kini, nasib mereka masih tiada ketentuan jawapan daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi mahupun JPA. Sebagai seorang profesor pencen yang pernah menjawat jawatan Dekan di sebuah universiti terbaik di negara ini, saya melihat pensyarah Gred DS45 dianaktirikan. Sebahagian besar pensyarah ini adalah bekas guru yang sudah berkhidmat di sekolah lebih dari lebih 15 tahun. Dengan pengalaman, kepakaran dan kebolehan yang baik, mereka diterima menjadi pensyarah di IPTA. Kini, setelah berkhidmat lima tahun dan disahkan dalam jawatan di IPTA, malangnya gaji mereka amat rendah berbanding gaji guru sekolah yang bergred DG44, DG48, DG52 (guru cemerlang) atau pensyarah IPG yang bergred DG48 atau DG525. Bayangkan dengan pengalaman bekerja 20 tahun itu, gaji pensyarah ini masih berada dalam kategori ‘kemiskinan’ jika diukur daripada kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) negara. Gaji guru yang sudah melalui beberapa kali penstrukturan semula itu tidak memihak kepada pensyarah IPTA Gred DS45 ini. Bayangkan juga seorang guru Tingkatan 6 (DG48) mendapat bayaran gaji lebih tinggi daripada seorang pensyarah IPTA DS45 yang terpaksa mengajar kumpulan sarjana, menulis jurnal, menulis buku, menulis kertas kerja, menghadiri seminar, membuat penyelidikan dan mengajar kumpulan ijazah pertama yang jumlah pelajarnya melebihi 100 orang bagi satu-satu kursus tetapi gaji mereka ini jauh lebih rendah daripada gaji seorang guru.

Saya melihat sistem gred gaji IPTA ialah DS45 (tanpa PhD) dan DS52 (PhD ke atas) ini sudah tidak sesuai lagi. Terus terang saya katakan bahawa guru yang menjadi pensyarah di IPTA, dengan pengalaman mengajar serta sudah membuktikan kepakaran mereka dalam bidang tertentu (untuk melayakkan mereka menjadi pensyarah IPTA) itu, mereka sebenarnya mempunyai ilmu yang lebih baik daripada sesetengah pensyarah muda yang mempunyai PhD tetapi tidak menguasai ilmu pedagogi. Sayangnya, pengalaman, kepakaran dan kebolehan ini tidak dihargai oleh IPTA mahupun Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kepada Bahagian Sumber Manusia dan KPT, pandang-pandanglah kumpulan (bekas guru) ini supaya mereka beroleh pendapatan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan juga setaraf dengan dengan rakan mereka yang bergelar guru di sekolah. Tugas seorang pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah.

Jika KPT ingin bertegas dengan ‘kelayakan’ PhD, saya ingin mencadangkan supaya golongan ini diberikan kenaikan gaji setaraf dengan skim guru cemerlang (DG48/DG52) supaya pengalaman bertugas dan kepakaran pensyarah kumpulan ini dihargai.


BEKAS DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN,
Kuala Lumpur.

8 ulasan:

nudin berkata...

Isu gaji pensyarah IPTA yang rendah, jauh lebih rendah daripada guru sekolah, sedangkan kelayakan mereka lebih tinggi dan beban kerja lebih banyak, bukan isu baru.

Tetapi mengapa pihak kerajaan sehingga hari ini masih 'pekak badak' dengan perkara ini?

Tanpa Nama berkata...

KPT mempunyai banyak pegawai yang agak bermasalah, terutamanya beberapa orang di bahagian sumber manusia. Skim DU untuk pensyarah perubatan berkelayakan Doktor Perubatan lagi teruk. Meskipun YAB PM telah menjanjikan kenaiakan pangkat untuk semua doktor dan pegawai farmasi yang berkhidmat di bawah kerajaan secara time-based,KPT berdegil tidak memberi kenaikan pangkat kepada pensyarah perubatan IPTA yang berkelayakan. Akibatnya, pegawai perubatan biasa yang berkhidmat di Kementerian kesihatan Malaysia mempunyai pangkat dan gaji yang jauh lebih tinggi daripada pensyarah perubatan yang berkelayakan pakar di IPTA. Penghinaan terhadap pensyarah perubatan telah menyebabkan banyak daripada mereka yang meletakkan jawatan. Akibatnya, IPTA menghadapi krisis kepupusan pensyarah perubatan sehinggalah mutu pelajar perubatan yang dihasilkan oleh IPTA dan pakar yang dilatih di hospital universiti teruk terjejas. Ramai rakyat Malaysia yang bakal menjadi mangsa akibat penurunan kualiti doktor di Malaysia. Meskipun semakin banyak doktor di kementerian kesihatan Malaysia,dan mereka menerima gaji yang jauh lebih tinggi daripada pensyarah perubatan yang mengajar di universiti di samping merawat pensyakit rumit di hospital universiti terkemuka, namun kelebihan bilangan ini tidak menjaminkan kesihatan rakyat kerana kualiti mereka adalah rendah akibat kemelut skim pensyarah perubatan. Banyak aduan dan surat cadangan telah ditujukan kepada menteri, ketua pengarah, dan pegawai tinggi KPT berkaitan kemelut ini, yang sebenarnya mereka juga sedari, namun mereka enggan bertindak dan terus menzalimi pensyarah perubatan. Mereka yang mengadu pula diambil tindakn disiplin. Oleh itu, kami meminta CUEPECS mewakili kami membawa isu ini ke YAB PM supaya tindakan segera diambil. Kami akan menyerahkan segala bukti yang sahih untuk menyokong kenyataan kami bahawa KPT memang menzalimi pegawai mereka.

Sekian,
semua pensyarah perubatan di IPTA

Aspalela berkata...

MMg sah en.mokhtar bukan seorg guru.tp insan yg menyamar utk memburukkan guru.mungkin dia prnh minta jwtn guru tu,tp disbbkan dia tak layak,maka dia rasa tercabar.so timbullah fitnah mcm ni.atau mungkin juga dia berasa iri hati..atau mmg dia dari kecil bersikap kurang ajar dgn guru...kesian awak en.mokhtar..

Tanpa Nama berkata...

klu sblm ni pensyarah ngadu gaji guru sekolah rendah lg besar, guru2 tak caya, tp bila guru dh jd pensyarah...baru tau...mcmner peritnya rasa perbezaan gaji tu.... susah nk ckp... guru kata mereka trbeban ngn kerja.... bila tukar profesian ke pnsyarah...jd berganda bebanannya... terbeban ngn kerja yg lebih besar dgn gaji yg jauh lebih kecil.... tk tau smpi bila rungutan ni berakhir

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat kalau hendak mendapat pendapatan yang lebih tinggi, lebih baik join sektor swasta. Sky is the limit. Kalau perform dan majikan suka, empat lima tahun bekerja boleh dapat pendapatan lima angka. Tetapi risikonya tinggi juga. Kalau berani mengambil risiko, saya berpendapat lebih baik masuk ke sektor swasta. Tidak perlu komen ke pihak kerajaan sebab organisasi kerajaan adalah besar.

Tanpa Nama berkata...

Memang pelik kalau guru yang setakat ada Ijazah Sarjana Muda dapat gaji lebih tinggi dari PENSYARAH yang mempunyai PhD. Seolah-olah PhD tiada nilai? Saya rasa JPA dan KPT harus pandang serius perkara ni dan agak memalukan bagi sistem pendidikan di negara kita yang dianggap maju ni, KALAU isu ni memang betul berlaku??? Cuma tunggulah SBPA manatau ada perubahan tangga gaji??

Tanpa Nama berkata...

Guru-guru yang dah kerja lama tanpa PHD diberi DS52? Bagaimana pula para pensyarah yang dah kerja lama tanpa PHD yang sama seperti guru? Sedangkan ramai pensyarah tu tak dapat DS51/52 pun? Sistem di IPTA ni lepas 9 tahun bekerja pun bagi pensyarah bukan bekas guru yang tiada phD belum tentu dapat DS51/52. Dan patutkah pengalaman di sama tarafkan dengan PhD DS51/52? Sebab banyak kes, pensyarah yang ada phD tidak diberi DS51/52? Saya cadangkan biar semua pensyarah di IPTA ada phD then baru lah tahu Tinggi dan Rendah langit tu..kalau tidak berlambaklah para pensyarah di Malaysia yang tiada PhD senang-senang dapat DS51/52 dengan hanya ada PENGALAMAN!!! Cuma pendapat saya, golongan pensyarah yang memang CEMERLANG tetapi tiada PhD atau intan terpilih yang mantap dengan penerbitan/penyelidikan/pengajaran/dsb tu memang wajar dapat kenaikan pangkat..kalau setakat yang mengharapkan pengalaman saja samada 10 atau 20 tahun pun kalau dia tak boleh buat semua tu walau mantap dengan pengajaran ja seperti kebanyakan bekas guru (bukan semua)...emmmm lu fikirlah sendiri..(erti kata lain, setiap IPTA ada KPI sendiri dan pengukuran adalah dari segi geran2, penyelidikan, penerbitan dsb. dan SIAPA YANG SUMBANGKAN KPI TU??)

Tanpa Nama berkata...

aslmkm...
Kepada para pembaca sekalian,terutama kepada insan-insan yang mengatakan bahawa tugas sebagai seorang guru ini begitu mudah,dan tidak layak mempunyai gaji yang tinggi...untuk pengetahuan anda,siapakah yang menentukan tugas anda sebegitu????gaji anda sebanyak itu??elauan yang anda terima setakat itu?????beban kerja anda setinggi gunung????cuba anda merenung sebentar...fikirlah sendiri,anda yang memohon untuk menyandang jawatan dalam sesuatu bidang,betul atau tidak???kesimpulannya...terima sajalah apa kebaikan,keburukan kerja anda itu...apa sahaja faedah dan kelebihan pada penjawat awam iaitu GURU,adalah disebabkan KEISTIMEWAAN yang kami perolehi berlandaskan hasil kerja keras memilih profesion perguruan sebagai sumber rezeki...kami ikhlas mengajar dan mendidik,tapi bila ada segelintir INSAN yang mempertikaikan dan mencela kerjaya guru,perasaan hiba dan kecewa datang namun kami masih lagi kental untuk mendidik anak bangsa...wasalam...p/s:try la mohon jdi cgu,ckp sng eh?cgu kan ade byk elaun,tkar la krja skrg...cube la...hehe