SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Februari 2011

CUEPACS DAKWA GAJI KAKITANGAN AWAM TAK NAIK

Berita Harian
11/2/2011



2011/02/10 KUALA LUMPUR: CUEPACS mendakwa beratus penjawat awam yang berhak mendapat kenaikan gaji RM200 hingga RM400 sebulan selepas lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras empat, tahun lalu, tidak mendapatnya berikutan tindakan Biro Tatanegara (BTN) menghentikan kursusnya yang menjadi syarat wajib untuk menikmati anjakan itu.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata penjawat awam terbabit tidak menerima sebarang makluman daripada BTN berhubung kursus itu sehinggalah pihaknya menghubungi mereka dan dimaklumkan kursus berkenaan dihentikan sehingga Jun depan. Sehubungan itu, katanya, CUEPACS mencadangkan supaya kumpulan yang sudah lulus PTK tahun lalu dikecualikan daripada kursus BTN untuk anjakan gaji mereka.

“Sehingga kini CUEPACS menerima lebih 15 aduan daripada penjawat awam termasuk dari Sabah yang masih menunggu untuk mengikuti kursus BTN semata-mata mengharapkan menerima anjakan gaji.

“Kebiasaannya sebaik saja mengikuti kursus BTN, penjawat awam akan ditawarkan anjakan gaji secara automatik,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerenah yang sengaja diujudkan, bagaimana nak buang kerenah2 yg tak menasabah ini ?

Tanpa Nama berkata...

Biasalah tu, kan rakyat didahulukan! Macam mana gaji kakitangan awam nak naik, ketirisan yang tinggi berlaku secara rasmi disokong pula penyelewengan itu oleh pegawai-pegawai tertinggi JUSA. Contoh pembelian pesanan kapal perang TLDM RM6 billion untuk 6 buah. Sangat malang negara lain membeli jauh lebih murah dengan spek yang sama. Amat malang di Malaysia, harga pembelian dimock-up sewenang-wenangnya untuk komisyen syarikat kroni BN. Itu cara nak songlap wang negara. Lepas pencen (menteri kroni BN) dah boleh kira harta berjuta-juta, berbillion2 seperti Mahmud Taib Sarawak. Susah2 cabut keluar negara! Di Pakistan, bekas Presiden akan didakwa di mahkamah. Di Malaysia, kautlah berapa juta sekalipun, sampai ke meja AG, masuk bakul sampahlah fail. Buat penat SPRM siasat je. Tak gitu Khir Toyo? hu..hu...oohh istanaku Seksyen 7!!!

Tanpa Nama berkata...

habis tu macmanalah nasib kakitangan awam , kerajaan nak sokongan kakitangan awam ,tp kebajikan kakitangan tidak di jaga.... ramai yg menghadapi situasi ni termasuklah saya dan rakan.... dah lulus PTK aras 4 tapi tidak mendapat anjakan gaji ke P2 kerana tiada sijil BTN, nak apply BTN dah tak boleh sbb dah dimansuhkan..... so apa lah nasib kami.... sedangkan rakan2 seangkatan telah lama menikmati anjakan gaji RM200- RM400....

Tanpa Nama berkata...

buang masa ja berbincang kalau ini jwapan nya.... aku nk pankah pas plak la...

Tanpa Nama berkata...

takkan cuepacs baru sedar gaji kakitangan awam di bawah paras kemiskinan? Lama dah kita bicarakan isu ini!

Kerajaan BN bukan boleh harap sangat untuk merasai keperitan hidup kakitangan awam ini..

Belajo tinggi-tinggi pun tak ke mane juge..buat habihkan boreh je...

PLK lah, PJJ lah, out kampus lah, macam2 bunyi tapi hampeh..

Najib dia pening macam tu je...nasib baik rosmah bagi idea..kalau tak lagi pening..

Tanpa Nama berkata...

akakakakaka.....betul tu....ideanya sebesar rambutnya...

MOO berkata...

banyak sangat karenah, kerja sampai nak hilang nyawa gaji minta naik sikit pun susah, tidak heranlah rasuah berleluasa, akhirnya yg jadi mangsa kakitangan bawahan juga,

senapi berkata...

benar, pemimpin pembangkang suka menyapu harta rakyat, setakat ni xada lagi mana2 pemimpin Umno yg bersalah rasuah, semuanya fitnah pembangkang nk mnghancurkan perjuangan murni dan syumul Umno

Tanpa Nama berkata...

Senapi, benar! Pemmpin pembangkang memang menayapu harta rakyat. Aku setuju benar tu. Tapi pemimpin pembangkang di negeri Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan. Belum ada ADUN PAKATAN dari Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah yang didakwa kerana rasuah. Yang banyak songlap rasuah semua pemmpin negeri BN. Bukti sangat jelas! Ketua Audit Negara sangat arif akan hal ni. Tugas AG hanya menutup fail. Tanyalah VK Lingam, correct! correct! correct!

Tanpa Nama berkata...

dia gaji tak naik saya bantuan khas kewangan 2010 pun belum dpt sebab kerajaan negeri takde duit nak salurkan suruh jabatan cari duit sendiri untuk bayar bantuan khas kewangan 2010 pada kakitangan.

Tanpa Nama berkata...

Setiap kali kajian gaji dibuat mangsa yang tak pernah mendapat perhatian adalah anak-anak tiri dari Sokongan 1, sudah menjadi adat orang biasa lihat pada yang sulung dan yang bungsu aje, yang tengah-tengah biarkan aje, jika adapun sipi-sipi aje yang kena. Cuba pihak CUEPACS lihat sahaja tangga gaji bagi Sokongan satu terutama dari Gred N27 hingga N32 jika hendak dibangdingkan dengan sesetengah perkhidmatan nampaknya jauh berbatu. Ada diantara kami yang mendapat kenaikan pangkat melalui KPSLsebagai contohnya saya dari Pembantu Tadbir ke Penolong Pegawai Tadbir hanya mendapat kenaikan hanya RM14.00 sedangkan kenaikan ke Pembantu Tadbir Kanan lebih lumayan. Hairan mengapa boleh berlaku sebegini. Terdapat sahabat-sahabat saya yang bertugas Perkhidmatan beruniform seperti tentera, polis dll bagi gaji Gred N32 setakat gaji KPl pun tak boleh lawan. Sungguh malang

Tanpa Nama berkata...

bersyukur lah kerana ada kerja dan dilantik berkerja..cube bandingkan keadaan kite dgn negara lain yang jauh lebih susah rakyatnya dr kite..Jika kata amat malang berada di Malaysia,cubalah anda tgl sebentar di negara prs miskin dan huru hara,malangkah kita di Malaysia ini??Bangsa lain berusaha membangunkan bangsa mereka tetapi bangsa kita sentiasa ingin menjatuhkan bangsa sendiri.Bersyukurlah dgn apa yg ALLAH kurniakan sebelum Dia menarik balik kurniaannya itu.

Tanpa Nama berkata...

ish2....sampai ke allah pulak si kwn2 ni.Beras dalam simpanan di umah habis allah tau tak?fikir2 kan lah.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan harga bahan mentah semakin menjadi-jadi..tapi gaji kakitangan awam tidak naik-naik. Belanja makan satu bulan mencecah RM 1000 sebulan,lain lagi belanja susu,pampers,bayaran taska dan minyak..belum termasuk ccm kereta dan bil-bil utiliti..bila tolak semua gaji tinggal tiga empat ratus..macamana nak hidup dengan kos hidup yang semakin meningkat?

Tanpa Nama berkata...

saya usulkan semak semula tatacara dan prosidur kenaikan pangkat secara lantikan. Usul saya mudah sahaja. Pembantu Tadbir yang telah mempunyai diploma dinaikkan pangkat ke gred 27 dalam mana-mana bidang tugas. Ini kerana tidak adil bagi mana-mana Pembantu Tadbir yang layak perlu bersaing dengan Pembantu Tadbir yang telah lulus KPSL kerana Pembantu Tadbir masing-masing mempunyai insiatif dalam memajukan kerjaya. Tengok perkhidmatan tentera sebagai teladan, meskipun Pegawai Waran kalau ada diploma/ ijazah boleh dipertimbangkan terus untuk kenaikan pegawai tauliah. Saya cadangkan juga, mana-mana penjawat sokongan yang lulus aras A/ 4 PTK sebelum pemansuhan tahun ini dikecualikan daripada elemen pemarkahan LNPT. Inilah sebab utama paling ramai yang tidak naik gaji dek kurang markah LNPT. bUKANNYA TUJUAN NAIK PANGKAT, NAIK GAJI SAHAJA..fikir-fikirkan...selamat beramal.

Tanpa Nama berkata...

no name...
gaji kakitangan awam tak naik tu perkara biasa sementelaah pula negara kini kian pesat maka gaji kakitangan awam akan diperah hingga kering.. tp ada hal yg telah lapuk hingga kini dipandang sepi wpun malaysia telah berganti PM beberapa kali...perkara yg dimaksudkan ialah elaun rumah kakitangan awam di sabah..kenapa tidak ada keseimbangan diantara elaun rumah kakitangan awam semenanjung yg bkerja disabah dan kakitangan awam sabah yg bkerja disemenanjung...bezanya bukan sedikit tp bratus ringgit...harus diingat kepesatan pembangunan disabah tidaklah segalak disemenanjung justeru tindakan cuepacs dalam menyuarakan hal ini adalah amat dihargai..berbalik kepada isu gaji kakitangan tidak naik...kenapa tidak focuskan sahaja kepada konsep percuma/rebet/istimewa buat kakitangan kerajaan jika berurusan dihospital, stesen minyak petronas,giant,ataupun dalam membeli barangan, produk, atau instusi berkaitan kerajaan...seperti LHDn..kurangkanlah beban kakitangan awam jika tidak diberi kenaikan gaji...renung2kanlah

Tanpa Nama berkata...

paling xpuas hati bile cuepacs nk lanjutkan dah umur persaraan..xlogik langsung nk bagi dieorang tua2 ni keje sampai umur 60,,ape guna pelapis2 baru yang xkurang hebat,berpendidikan tinggi..tap duk menganggur lg samapai jadi pembangkang kerajaan..pikir2kanla

Tanpa Nama berkata...

ALLAH maha mengetahui...

hai..sedara!kalau nak komen tu biarlah berhemat! Tidak ke sedara tahu ALLAH tu maha mengetahui..bukan setakat kat rumah beras tak ada ALLAH tahu..apa yang ada dalam hati sedara pun ALLAH tahu juga...

Tanpa Nama berkata...

PTK DAH tak ada..dah mansuh!! apa jadi penjawat awam yang dah lulus dapat 1A tu..

dahlah nak lulus melepasi kompentesi susah

esok ada PTK..malamnya istihar mansuh pulak..

anjakan gaji kemana..naik gaji entah kemana...cer tolong fikir!!

Tanpa Nama berkata...

saya sgt setuju..saya juga telah mengambil dan lulus ptk tahun 2010. diharap jpa dapat mengambil kira dan memberi keutamaan kenaikan pangkat bagi penjawat awam yang telah mengambil dan lulus ptk sebelum pemansuhan PTK dan juga sbpa. sekian terima kasih