SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Februari 2011

BERHATI-HATI APABILA MEMBELI KERETA UNTUK ELAK PENIPUAN- FOMCA

Bernama
5/2/2011



KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila membeli kereta kerana banyak kes penipuan membabitkan jurujual syarikat pengedar kenderaan dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agungnya Muhammad Shaani Abdullah berkata orang ramai tidak menyedari bahawa mereka telah tertipu oleh jurujual kereta sehinggalah kereta tempahan mereka tidak diterima pada masa yang ditetapkan.

"Banyak kes membabitkan penipuan penjualan kereta berlaku akibat kesilapan oleh pembeli sendiri seperti tidak menyiasat latar belakang syarikat pengedar kenderaan, berapa lama jurujual itu telah bekerja dengan syarikat berkenaan, adakah syarikat itu mempunyai rekod penipuan oleh jurujualnya dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah laporan akhbar semalam mengenai hasrat seorang pesara tentera, Anuar Ariffin, 45, untuk memiliki sebuah kereta baru tidak kesampaian setelah wang deposit RM23,550 yang dibayar lesap didakwa dibawa lari seorang jurujual syarikat pengedar kenderaan pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Anuar, beliau membayar wang deposit itu dengan cara membuat pertukaran kereta Perodua Myvi miliknya dan menambah wang tunai RM2,616 bagi menggenapkan baki deposit sebanyak RM23,550 yang perlu dibayarnya.

Bagaimanapun jurujual tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kereta barunya selepas tiga bulan menunggu malah pihak syarikat pengedar kenderaan juga memberitahu bahawa jurujual itu telah berhenti kerja dan tidak bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan jurujualnya.

Anuar membuat laporan polis dan turut mengemukakan masalah itu kepada Tuntutan Tribunal Pengguna dan kesnya masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Muhammad Shaani menasihati orang ramai agar melakukan penyelidikan dahulu sebelum membeli kereta dengan tidak menumpukan terhadap satu kedai sahaja dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang mahir dalam urusan jual beli kereta.

Selain itu, beliau juga meminta pihak berkuasa seperti polis dan agensi penguatkuasa yang berkaitan agar memastikan kes-kes penipuan penjualan kereta itu tidak berulang kerana ia memberi bebanan kepada pengguna.

Sekiranya pembeli itu mempunyai wang yang mencukupi mereka boleh melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes tersebut tetapi kos guaman lazimnya tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, katanya.

Beliau berkata Fomca mahu kerajaan bertindak tegas dalam menangani kes penipuan penjualan kereta kerana wujud individu yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan dalam masa yang pantas.

-- BERNAMA

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setiap individu penjual kereta sepatutnya diberi lesen (permit menjual kereta) seperti pembeli dan penjual rumah berdaftar. Jika mereka berdaftar rasmi dan membayar yuran tahunan, kes penipuan seperti in dapat dikurangkan. Penjual kereta kerap bertukar tempat kerja dan boleh memperolehi keuntungan lumayan hasil trade-in kereta dan menjual semula dengan harga yang tinggi. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri perlu tegas jika tidak mahu lebih ramai rakyat menjadi mangsa. Satu perkara lagi, perniagaan cara 'Refinance' patutnya diharamkan kerana telalu banyak penipuan secara terang-terangan oleh syarikat yang menjalankan business. Jika berlaku penipuan dan penyelewengan, apabila diadukan kepada Bank Negara, jawapannya syarikat itu tidak terikat dengan akta BAFIA. Apabila diadukan kepada 'Tribunal Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri', jawapannya kes itu tidak melibatkan 'barangan'. Oleh itu confirm pelanggan yang membuat urusan 'refinance' kununnya nak dapat duit segera akan ditipu hidup-hidup oleh syarikat 'Refinance'. Contohnya sebuah syarikat refinance kereta yang pernah beroperasi di Jalan Klang Lama, CARLAND Sdn Bhd, memang syarikat penipu besar. Kalau jurujual ambil tindakan berhenti, okey lagi. Ini syarikat tutup kedai. Aku nasihat, beli kereta baru saja di kedai pengedar kereta yang sah, dan lebih mengenali jurujual itu. Penipuan seperti ini akan berterusan kerana tiada akta atau tindakan tegas daripada kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Banyak sangat penipu dlm negara nie...sistem kewangan pun banyak yg tipu...istilah 'hutang' telah ditukar kepada nama 'pinjaman'...manakala 'kadar riba dlm hutang' diganti dgn 'kadar keuntungan dlm pinjaman'.....

Tanpa Nama berkata...

Banyak..banyak lagi penipu besar dalam Malaysia ni.

2bz4money berkata...

Penipuan sebegini pernah ditayangkan melalui lakonan drama sebagai pengajaran. Proses 'due diligience' oleh si pembeli ke atas si penjual perlu dilakukan bagi menyemak kesahihan transaksi dan pengujudan syarikat agar tidak tertipu.

Tanpa Nama berkata...

sekarang nak beli kereta takut kena tipu & nak jual kereta takut kena tipu juga, hai.... susah hidup sekarang, ada undang-undang tapi boleh dielak & kadang2 tak boleh pakai untuk tangkap penipu dan ditipu juga, yang aku takut sekali kalau nak beli kereta kita bayar deposit atas nama individu (wakil penjual/syarikat), kalau dia tak jujur idup2 kita kena tipu, sebab kita masukkan duit dalam akaun dia...he hati2 la......

AKU DAH GERAM GILA NIH berkata...

AKU PUN PERNAH KENA TIPU pasai beli kereta nih...PROTON EJEN KONON...BABI POLIS TAK MAU BELA KU PASAI YANG TIPU AKU TU ANAK MENAKAN DIA..DIA SUUH AKU SELESAI CARA BAIK KATANYA TAK PAYAH BWK DALAM...DAMMIT POLIS...DARI DUA RIBU DAPAT BALIK DUA RATUS AJA...DAM SHIT POLIS

Tanpa Nama berkata...

pesara tentera keluarkan RM23K untuk beli vios..sayangnya duit..banyaknya duit pesara tentera ye..nak bergaya punya pasal..

Tanpa Nama berkata...

bagi sesiapa yang mengenali broker kereta sambung bayar yg bernama NORAZMI ADNAN & FIRDAUS YAAKOB..tolong laporkan kepada balai polis yang berdekatan..berhati2 berurusan dengan mereka..modus kerja derang menjual kereta dengan cara sambung bayar tanpa persetujuan owner..mengambil kereta dengan cara yg tak sah dan mengaut keuntungan dengan cara menjual kereta kepada org lain dengan cara sambung bayar tanpa persetujan owner kemudian memberi makan kepada anak2nya dengan duit yg haram..bagi FIRDAUS BIN YAAKOB..kamu adalah seorang bapak yang dayus...dan bagi FIRDAUS BIn YAAKOB...kami/kitaorang masih mencari KAMU...!!!

zairizabidi berkata...

tiada duit untuk membuat downpayment? tiada duit untuk renew insurance? tiada duit untuk service maintanance? tiada duit untuk modify kereta? klik disini. hanya RM20, anda boleh dapat pulangan sehingga RM5K

Tanpa Nama berkata...

Name aku dah blacklist kat bank gara gara dorang ni. Sangkot loan rumah aku.

Rase macam merempat kat negara sendiri je. Tak boleh beli rumah.

Dah puas buat laporan.. tribunal lah.. peguam lah.. polis lah.. satu pon tak membantu. bank pon lepas tangan .. tau mintak duit je.. walaupon dah tau krete tu dah trade in.

Ejen penipu still selamat. Takkan kami nak kene ambil tindakan sendiri..? Kalau kami diberi kuasa, lain la ceritenye.

Mana lagi tempat untuk kami yang ditipu ni mengadu..? Kalau ada mana mana insan yang sudi membantu, diharap dapat memberi info.

Tanpa Nama berkata...

iya ..kenapa ejen penipu tu still selamat kan..apakah kita tak cukup bukti utk mensabitkan kesalahan derang?...ak pun jd compiuse..knp agen kereta ni boleh slamat..adakah ada org kuat di belakangnya???

zaa berkata...

Apa yang cuepac boleh buat untuk membela nasib org yang ditipu oleh penyagak2 dealer n brooker kete ni?jika tak de apa2 tindakan maka berluasalah mereka....jadilah Malaysia negara yg penuh melahirkan penyagak yang bebas....Tolong sbb sy turut menjadi mangsa...apabila kereta honda sya ditradein telah hilang entah ke mana....tanpa nama ditukar, 2 bulan pending dan 3 saman...Saya nak kereta sy balik...jd jika ada saudara/ri yg yg ternmapk kereta Honda City JLS5601, tolong hubungi saya 0197575601...

Tanpa Nama berkata...

Ada sesiapa yg berurusan dgn ariffin bin abu,no tel dia 0103382434 n 0183975998,hati hati diani penipu besar dalam urusan jual beli kereta,beli keta konon nak buat fullsettle tapi sbnrnya dia jual sbg bayar.ramai yg dah jadi mangsa si celaka ni.hati hati dia ada iklankan di dlm carlist.my

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibat tolak HUDUD, hukuman pula ringan stakat jel 2 mingggu.

Rizal berkata...

Mmg ramai yang penipu..pegi tribunal pengguna sampai keluar keputusan kita menang pun tak guna..kpdnhep harap ada jer..tapi tak boleh nak buat apa...aku dah letih panjat naik turun tribunal selangor dulu..tapi lepas tribunal jatuh hukum penipu laknat dan bangsat tu x kena apa apa pun..lagi aku dengar naik pangkat jadi manager...ISMAIL SADIYO...aku doakan ko selamat dunia dan akhirat...mungkin rezeki ko memang utk menipu orang. Sampai kiamat aku tak ampunkan dosa ko ni...

Tanpa Nama berkata...

Awas..jangan berurusan dengan agen zameri bin ab rahman.penipu besar.jangan jadi mangsa tipu dia.berhati-hati sekarang masih aktif menipu di sekitar kl.

Zorro berkata...

aku pun kena tipu ,,, bukan nak cakap apa ,,, tolong melayu punya pasal,,, percaya melayu punya pasal,,, ayat sadis huh,,,,
mungkin pasal naif dan kurang pengtetahuan dalam jurusan jual beli,, buta2 aku bagi 11.5k ,,,last2 payment langsung tak bayar,, bank pulak cari aku,,,
aku kena kat al - walid auto jalan cheras area kajang
nama penipu tu
muhaimin bin md nor
no kpt 711228-71-5135
kalo ada sapa ada info pasal mangkuk ni,, tolong inform aku ye,, tq

Tanpa Nama berkata...

Seorang lagi penjual kereta penipu nama Helmi Husin cakap utara nobor hp 0176097169 celaka sampai sekarang dah 5 bulan kereta kat tangan dia. call2 tak nak angkat msg pun tak balas.. kata trade in tapi kereta masih atas nama pemilik asal.. surat bank 2 bulan tak byr.. sial betul lahanat ni.. orangnya tinggi2 hitam mcm mamak..

Unknown berkata...

Saya pun kena tipu pasal deposit kereta. Salesman tu suruh bank in kat bank nya. Lepas 3 minggu dengan macam-macam alasan dia menghilang tanpa jejak.
Nama Penipu: Vivian a/l Vasu
No Acct MBB : 110078148805.

Unknown berkata...

Saya pun kena tipu Jual beli kereta..report..tribunal.. polis.. semua tak boleh bantu...sila berhati hati dengan Vinoth a/l Rajain (860331436299) Alamat: lot 45, kg bersatu, kampung baru,47000 sg buloh..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Saya pon kena tipu ngan dia hidup2. Penipu besar.ada bini n anak 5 org masih nk menipu. Mmg hidup xaman la. Hutang dia dekat 20k lg sy yg tanggung. Zameri bin abdul rahman asal kelantan. Bini nama eta, anak2 erika,erina, elisa, danish. Dah tau semua maklumat dia tapi setiap masa lari sebab takut. Keje menipu kt proton jerantut.

Adi berkata...

Abg pn kne gak ke. Aku pn sama. Jom kite cari bang

Unknown berkata...

En. Saya dah terkena tipu dengan NORAZMI ADNAN.. tolong saya.. Apa langkah seterusnya yang patut saya ambil..

Unknown berkata...

Azmi adnan ni orang mana,lokasi beli kat mana

AMISHA berkata...




Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

Unknown berkata...

Xsng la nk tipu duit org..org tu mungkin nk srlesakan family pakai kereta elok

Unknown berkata...

Nasib sy xbayo deposit.saleaman dok push soh bayo..dhla duit book dh bg 300 nk duit deposit 2700..bank xlulus lagi kalot nk duit ambik.nk.jmpe suh bayo..duiy book xbg resit..adoi pening la.beli kete low spec j pn axia..bkn vw..lecehla staff produa kuala kangsar..sesuatu sgt

LIMEVILLAGE berkata...

assalaamualaikum..
saya Norazmi bin adnan..
selame ni saya berdiam diri..
bagi pengadu 14 Sep 2011..
= adakah salah saya membeli kereta dari Firdaus bin yaccob yang mana beliau mengaku owner kereta memberi untuk disambung bayar?
-semase urusan pembelian di Tangkak.. saya mempunyai 3org saksi yang mana saya membeli kereta itu dengan Firdaus Yaccob sambung bayar..
..selaku seorang broker semestinye saya akan mnjual kembali kereta itu untuk mndapat keuntungan jual beli.. selepas beberape bulan kereta itu dibeli oleh pembeli dari sungai besi, bayaran bulanan kepada pihak bank atas kereta tersebut berjalan lancar...
suatu hari pihak asal owner mahu mngambil kereta dirumahnye.. pembeli memulang kereta owner asal kepada saya kerana takut kereta itu diambil oleh pihak yang mana tiada masalh pembayaran pembeli kepada pihak bank..selepas penukaran kereta dilakukan saya telah membuat satu laporan polis di balai polis seri kembangan dan memberitahu masalah yg telah terjadi..pihak owner asal kereta telah menghubungi saya untuk mndapatkn kereta beliau.. tetapi saya telah memberi penjelasn bahawa saya telah memberi wang sebanyak rm3500 semase saya mengambil kereta itu dari Firdaus Yaccob.. dan pihak owner terus ingin membayar balik kerugian saya dan ingin mengambil semula kereta itu..
saya bersetuju dan mngajak pihak owner berurusan di balai polis sri kembangan tetap beliau enggan malah mahu berurusan di balai polis breackfield..
apekah perbezaan antara balai polis seri kembangan dan balaj polis brecfield sedang sebelum itu saya sdh mmbuat laporan berkenanan kereta tersebut sebelum itu... bagi saya jika saya dn pihak owner berkerjasama dn berurusan di balai polis seri kembangan mudah untuk rujuk kembali pada laporan pertama saya pada pihak polis..
setelah saya menunggu begitu lame di balai polis seri kembagan dn pihak owner tidak hadir.. saya mmbuat keputusan untuk menjual kereta tersebut pada seorg pembeli dibanting dan saya telah memaklumkan pada pihak owner atas urusan jual kereta itu pada pembeli dibanting...
selepas jual beli pihak owner hanya berurusan dgn pihak pembeli dibanting atas pengetahuan dua dua pihak..

Fitnah itu hanya membawa kerugian dan hanya menambah dosa...

# saya hanya mahu membersihkan nama saya... terima kasih

LIMEVILLAGE berkata...

kepada Mohamed Hanizam (18mei 2018)..
- apakah salah saya sedangkan kita telah berurusan dibalai polis sebanyak 3kali dan segala dlm pengetahuan bro..

Credit Loan Solution berkata...

Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)

Your Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com

Unknown berkata...

Salam,sy nk brtanya bagaimana cara klau sy ditipu oleh sbuah syarikat yg brnama Ntee28 enterprise.Sbuah syarikat kereta yg brtmpat di jln klang lama.Sy dh membuat pembayran deposit tpi ble sy prgi ke kdai syarikat tu tidakn wujud.Jadi sy nk tnye apa kah tindakkan yg prlukan sy lakukan?

Adi berkata...

Hidop ke ntah si laknak ismail sadiyo ni...moga2 dibalas azad oleh Allah swt bila mati kelak