SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Februari 2011

BERI KEUTAMAAN NAIK PANGKAT PADA LULUSAN PTK

Utusan Malaysia
9/2/2011



SAYA ingin menyentuh tentang isu peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan awam yang telah dimansuhkan bermula 2011. PTK diwujudkan sebagai antara justifikasi utama dalam penilaian untuk kenaikan pangkat bagi kakitangan awam.

Walaupun ramai yang gembira dengan pemansuhan PTK tersebut (terutamanya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), tetapi hakikatnya ramai juga yang menjadi mangsa akibat perubahan mendadak sesuatu sistem yang tiada kesinambungan.

Untuk makluman, sebaik sahaja disahkan jawatan, saya pun mendaftar untuk menduduki peperiksaan PTK tersebut. Prosesnya bukan mudah, perlu lulus dua jenis peperiksaaan (umum dan khusus). Malangnya, nasib tidak menyebelahi apabila saya gagal dalam salah satu peperiksaan.

Untuk mengulang, saya perlu menunggu sehingga keputusan peperiksaan asal dikeluarkan. Calon tidak dibenarkan mengulang selagi keputusan peperiksaan asal belum dikeluarkan. Tempoh menunggu ini menjangkau masa hampir satu tahun memandangkan kementerian tempat saya bekerja lambat mengeluarkan keputusan.

Selepas menduduki peperiksaan kali kedua, perlu pula menunggu lagi hampir lapan bulan untuk mengetahui keputusan peperiksaaan kedua (ulangan) tersebut. Kalau dicongak, dari tarikh saya menduduki peperiksaan pertama hingga keputusan peperiksaan kedua diumumkan, tempohnya hampir dua tahun.

Malangnya, setelah jerih dan payah menelaah dan menduduki peperiksaan, akhirnya PTK dimansuhkan begitu sahaja!

Saya lulus kedua-dua PTK umum dan khusus pada tahun 2010 dan tidak sampai setahun kemudian, PTK dimansuhkan. Saya berasa bahawa usaha saya selama dua tahun seperti terbuang begitu sahaja.

Masih terbayang kegembiraan ketika menerima slip keputusan lulus PTK yang kini boleh 'dibakulsampahkan' kerana sudah tiada nilai. Untuk pengetahuan, pada tahun 2009, saya telah dinafikan untuk kenaikan pangkat walaupun mendapat purata markah penilaian prestasi yang tinggi hanya kerana belum lulus PTK pada waktu itu.

Dalam pada itu, ramai juga rakan-rakan seangkatan yang langsung tidak peduli untuk menduduki PTK atas alasan tersendiri (mungkin malas untuk mengulang kaji atau tiada masa belajar).

Sebelum PTK dimansuhkan, saya berada selangkah di hadapan mereka untuk tujuan kenaikan pangkat kerana saya telah lulus PTK sedangkan mereka belum pun mendudukinya. Kini, setelah PTK dimansuhkan pada tahun 2011, keutamaan kenaikan pangkat untuk saya dengan mereka sudah tiada bezanya. Sekarang mereka berkata kepada saya: "Itulah, buat apa susah-susah ambil PTK?" Soalnya, manakah keadilan?

Saya percaya ramai lagi kakitangan awam yang lulus PTK mengalami nasib seperti saya. Saya berharap, setiap perubahan yang dilakukan oleh kerajaan perlu ada kesinambungan. Janganlah memulakan sistem baru dengan menghancurkan terus sistem yang lama.

Calon yang telah lulus PTK sebelum sistem tersebut dimansuhkan perlu diberi keutamaan untuk tujuan kenaikan pangkat. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu melaksanakan perkara ini sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun akan datang bagi memberi keadilan kepada lulusan PTK.

Selepas itu, barulah sistem baru dilaksanakan seperti yang dicadangkan oleh pihak-pihak berkenaan. Selain itu, sehingga hari ini tiada pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA yang menjelaskan status atau kedudukan para lulusan PTK yang belum naik pangkat setelah PTK dimansuhkan.

Dalam hal ini, ketika CUEPACS memohon kepada kerajaan untuk memansuhkan PTK, mereka juga sepatutnya memikirkan alternatif kepada lulusan PTK agar nasib mereka tidak terabai begitu sahaja. Pihak berkenaan, perhatikan dan renungkanlah.

MANA KEADILAN?

Petaling Jaya, Selangor

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak keadilan pilihlah parti yg memperjuangkan keadilan, insallah

markiman berkata...

jgn jadi babi dgn mempertikaikan apa yg BN dh buat, ianya utk kepentingan semua rakyat, bkn kamu sorg saja, sapa suruh tamak ambil PTK? ni mesti org pembangkang yg x sedar diuntung dan x bersyukur

Tanpa Nama berkata...

kau kata orang babi...ikut suka mulut kau je.Kau ni memang bodoh dan tak berakal.Orang yang ambil PTK ni adalah orang yang cerdik dan sanggup sahut seruan kerajaan, bodoh!Memang wajar fikirkan kepada mereka yang telah lulus PTK.Ni xde kena mengena dengan pembangkangla, biol!Semoga kau ni ditimpa musibah agar kau boleh muhasabah diri.

Tanpa Nama berkata...

Markiman ni memang seweelll!!!

Tanpa Nama berkata...

N11 n N14 dh naik ke N17.Cam N17 yg lama ni mcm mana...bila nak naikkan pangkat ke N22...PTK dh lulus.Skrg PTK dh xde...so cam mana ngan org yg tlh lulus PTK tp msh belum nampak apa2 hasil yg patut diterima...
Jd memg sewajarnya beri keutamaan naik pangkat pada lulusan PTK agar hasil usaha selama ini nampak jg hasilnya.

Tanpa Nama berkata...

Ya betul..setuju sangat2.

Tanpa Nama berkata...

markiman penghisap kerajaan..puii

YANG BERANG berkata...

markiman.. puak2 ko tu yang berperangai mcm babi.. mengabiskan duit khazanah rakyat macam babi menyondol ubi..BN (BABI NEGARA)tak ingat ke berapa bilion dihabiskan untuk membina bangunan tertinggi d dunia sampai sekangpun tak penuh lagi duduk dah sibuk nak buat bangunan warisan berbilion jugak tu.. nape duit yang berbilion tu tak sanggup untuk dihabiskan kepada rakyat, bagilah kepada rakyat yang susah sekang sebab puak2 mung laaa yang nyibuk nak mengakis duit2 tue ko serdar tak markiman?? ke ko ni daripada puak2 yang menghabiskan duit rakyat jugak?? tak ingat ke akhirat nanti akan ditanya DARIPADA SUMBER MANA HARTA YANG KAMU PEROLEHI?? beso sangat ke jawatan ko sekang?? sebab itu pihak PR sangat2 menentang puak2 BN yang dah lupa diri akan fungsi utama kepimpinan negara untuk memimpin rakyat jelata mengagih kekayaan kepada semua bukan kepada si ROSMAH MANSOR tu aje sewenang2 guna duit rakyat untuk puaskan nafsu betina dia tuu.. ko paham dok MARKIMAN??????????????

Tanpa Nama berkata...

BABI atau nama saintifknya MARKIMAN si pengampu...hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Heii...Wak Markiman Jawa!! BN yang bagi kau rezeki tu, betul-lah nama saintifiknya Babi Negara! Satu lagi kau memang penjilat tegar parti Bini Najib! Wak!! kau sama spesies dengan Mubarak Laknat @ Taib Mahmud Sarawak!!! Uhh..uh..ada hati nak bertanding lagi si Taib berbini muda tu. Hu..hu..huu.

Tanpa Nama berkata...

kah...kah...habislah kau markiman kerana kata bahasa kau yang entah apa2 tu,semua org dh kutuk kau.Lain kali berfikirlah sikit hati dan perasaan orang.
Bagi aku statement yang mencadangkan agar beri keutamaan naik pangkat kepada lulusan PTK adalah amat dipersetujui.Sebab aku pun diantaranya.

Tanpa Nama berkata...

najib takkan bagi punya releks le...dia mesti kata tak ada duit, ekonomi tak mengizinkan dan masa tidak sesuai dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

juak-juak umno dlm kakitangan awam ni janganlah ampu keterlampauan sangat pada najib nanti makan diri. Najib senang dah hidup dia, yg susah kita ni balaci-balaci gred 1-26...kais pagi makan pagi beb...

Tanpa Nama berkata...

Betul2, mana keadilan rakyat ni...
kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...
rasa2nya rakyat diketepikan, pencapaian tak kesampaian...

Tanpa Nama berkata...

Sesiapa juga yang telah berusaha seharusnya mendapat ganjaran atas penat lelah dan usaha mereka, tanpa mengaitkan dengan mana agenda politik.Sebagai kakitangan perkhidmatan awam kita tidak terbawa-bawa dengan sentimen politik masing-masing kerana kita berkhidmat untuk rakyat dan juga negara.

Tanpa Nama berkata...

Ambil iktibar dari Mesir. Kjaan yang kejam wajib ditumbangkan!!! Mari kita bersatu 1.2juta PA ada hak dan kuasa untuk jatuhkan kerajaan zalim! Jom kita buat demonstrasi supaya NAJIB BERUNDUR! UNDUR NAJIB UNDUR... CELAKA MACAM KAMU JAHANAMKAN KEMAKMURAN RAKYAT!!!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah sebenarnya kerajaan dah buat dasar kerja je 15 tahun dan lulus PTK aras 3 je dah boleh dinaikkan pengkat secara KUP. Kalau kerajaan tak buat dasar tu memang payah la kita terutama yang berada di gred 17 nak naik pangkat kerana gred inilah yang paling ramai dalam perkhidmatan awam. Tapi kadang-kadang kerajaan dah buat dasar yang betul tapi ada pulak sesetengah jabatan buat macam-macam syarat pulak seolah-olah bertentang dengan dasar kerajaan pulak..dah la dasar kenaikan pangkat dalam jabatan sebenarnya banyak benda misteri dan penyelewangan yang berlaku..Bila ini berlaku kakitangan awam menyalahkan kerajaan.
Presiden CUEPACS kena banyak buat perjumpaan dengan kakitangan awam dan dengar sendiri masalah yang mereka hadapi.

Tanpa Nama berkata...

aku lagi tension...ptk dah 4-4 tahun 2009 tp aku masih ditakuk gaji lama tak dpt anjakan disebabkan markah skt aku yg tidak cukup 80 keatas 3 tahun beturut2.kerana semasa tahun 2008 pihak jabatan telah mengeluarkan peraturan2 pemberikan markah skt dimana markah tidak boleh melebihi 90% dan jika lebih kena beri penjelasan.yang membuatkan aku tak dapat naik gaji adalah kerana penilai pertama lurus bentul dan penakut lalu memberikan markah di bawah 80 dan sekaligus aku yg teraniaya.padahal tahun sebelumnya aku mendapat apc dan kerja2 yg aku buat pada tahun 2008 sama juga pada tahun 2007.adakah markah skt perdasarkan'org nie tak ngam dgn org nie'jd markah bagi rendah padahal keje beres.
aku rugi sebab tak dapat anjakan gaji tahun lepas dan terpaksa menunggu tahun 2012 dan itupun kalau skt diorg bagi 80% keatas dan kalau masih dibawah 80% alamat aku kena tunggu lagi 3 tahun.
aku berharap cuepacs dapat menyelesaikan isu ini agar kakitangan yang mendapat 4-4 terus diberikan anjakan gaji tanpa ada syarat2 yang menyusahkan.sehingga kini aku masih tidak tahu status kelulusan 4-4 aku,adakah akan dimansuhkan atau boleh diguna pakai sehingga mendapat anjakan gaji.
CUEPACS SILA BERI PENJELASAN.....

Tanpa Nama berkata...

saudara markiman babi... adakah anda sorg penjawat awm atau juak umngok yg tidak menggunakan akal apabila menggunakan bahasa? adakah anda begitu kagum dgn babi hingga stiap ayat anda punyai perkataan hina itu

Tanpa Nama berkata...

markiman = babi, babi = markiman jadi, markiman mmg babi bertopengkan bn

Tanpa Nama berkata...

aha markiman apa ko rasa....oren? kalu 40 org menyumpah mu babi alamat ko jadi babi takpun perangai ko tu macam babi faham??????

Tanpa Nama berkata...

Napela...15thn servis br blh naik pgkat.Rugila aku dan mereka yg senasib ngan aku,servis 3thn tp dh lulus PTK 3thn berturut-turut msh xdpt nak naik pgkt..SKT setiap thn ok ja...85%.
JPA spttnya kurgkn syrt servis dr 15 thn kepada 5thn...brla x sia2 ambil PTK selama ini.

Yakinsaborin berkata...

Samada lulus atau kandas, PTK adalah bagus bagi menguji kecekapan kita sebagai penjawat awam, reda aje la kalo x naik pangkat.. yg penting bekerja dgn penuh keyakinan untuk negara,bangsa & agama. Amin...

Supiranto berkata...

Hahaha..Wak Markiman jawa teruk kena taruk..kesian sabar wak..sabar mereka ni semua tak sedar hasil yang mereka perolihi ni adalah usaha dari kerajaan BN..hidup BN