SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Februari 2011

PERJUMPAAN CUEPACS DENGAN KETUA PENGARAH BAHAGIAN HAL-EHWAL UNDANG-UNDANG

Media Cuepacs
11/2/2011




Putrajaya: Sembilan Pegawai Teringgi Cuepacs diketuai oleh Presiden Cuepacs YBhg. Dato' Haji Omar Osman mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang YBhg. Dato' Saripuddin bin Kasim. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk menerangkan akta 711 Akta perlindungan pemberian Maklumat 2010. Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010.

Akta ini akan melindungi kepada pemberi maklumat yang sulit. Contohnya jika seseorang telah membuat aduan salahlaku di jabatan ia bertugas. Segala aduan akan dirahsiakan dan pemberi maklumat akan dilindungi mengikut didalam akta 711 ini. Oleh itu YBhg. Dato' Ketua Pengarah ingin mengadakan kerjasama dengan Cuepacs untuk memberi maklumat kepada 1.2juta penjawat awam. YBhg. Dato' Presiden Cuepacs bersetuju dengan mencadangkan pada permulaan ini buat penerangan di Kawasan Lembah klang, tempat di Bahagian Hal- ehwal Undang-undang Putrajaya. Penerangan ketempat lain akan dibuat mengikut Zon. Penerangan Akta 711 ini akan disampaikan oleh pegawai bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

buang masa n duet rakyat ja gaji tak naik-naik jugak.... macam mana nak jadi negara berpandapatan tinggi

Tanpa Nama berkata...

SPRM kalau dah buat siasatan .. keluarkan perkembangan siasatan ke atas cuepacs.

2bz4money berkata...

Harap Whistleblower Act ni dapat mendedahkan banyak lagi kepincangan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Akta ini juga sebagai perlindungan kepada pemberi maklumat dari segi keselamatan serta jaminan perkhidmatan PA berkenaan.

ikan keli, BN Sejati berkata...

org2 pembangkang mmg selalu bermasalah, x tekun dan ikhlas mcm org Umno.

Bukti jelas Umn meneraju agenda perubahan

1Umno 1Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Orang ramai penyokong tegar UMNO-APCO memang taat membuta tuli. Hati dah mati. Mata dah buta. Telinga dah pekak. Jika ditunjuk bukti pemimpin2 negara seleweng/rasuah/salah guna kuasa sekalipun, pengampu UMNO/BN tegar tetap tak percaya kerana mereka dah mati akal dan hati. Dalam masa yang sama pemimpin UMNO/BN mengumpul harta di dalam dan luar negara. Mereka buat lupa harta yang disonglap akan ditanya diakhirat. Lihat Khir Toyo, Mahmud Taib, Muhamad Taib (Mike Tyson), Najib-Rosmah, Rahim Tambi Chik...dan banyak lagi. Ingat!!!Bee End akan dikuburkan dalam PRU13 nanti!!!!

Tanpa Nama berkata...

berkata tanpa nama...
mmg baik akta ni klu benar2 bejln dgn telus...
kat opis akak ni mmg byk penyelewengan berlaku...ketua pengarah pun Dr saja...kayu....bodoh supe lembu...turut saja kata anak dara tua PSM tu...kebajikan terutama kumpulan C ke bwh langsung tak jaga...klu blh nak pijak smpi mampus...anak buah buat salah...tp lembu-lembu tua nak mampus tu blh plak...
Tp dgn adanya akta 711 nie, mudah2an keadilan blh ditegakkan...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya di negara kita undang2 cukup tapi perlaksanaan tak ada atau ditutup oleh hem....... fikir sendiri...

Tanpa Nama berkata...

kes aku lagi teruk, gaji dah 8 tahun kedinding, ptk semua lulus gaji x naik2, babi jpa aku dok tunggu pembangkan perintah je

Tanpa Nama berkata...

salah siapa?

jangan salahkan orang lain kalu gaji x naik. rezeki yang dapat mungkin sepadan dengan kerja yang kita buat, perangai, kuantiti dan kualiti di takuk lama. mencari salah orang itu x betul ini x betul. rezeki nampak saja dari kerajaan tetapi hakikat Allah yang berikan sesuai dengan kerja yang dibuat untuk SETIAP dari kita. kenapa nak marah pada orang lain, rezeki bukan mereka yang bagi. mengadulah pada Allah.. report lah pada Allah di MAHA Kaya. Dunia dan seisi milikNYA. mungkin rezeki kita diberi dalam keadaan kita tidak sedar... sihat badan hati tenang dan sbgnya. BERSYUKURLAH bro.