SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Januari 2013

CUEPACS MAHU PENJAWAT AWAM BERI KHIDMAT TERBAIK, TERUSKAN SIRI JELAJAH

Bernama
22/1/2013


(CUEPACS) akan meneruskan siri jelajah bagi menjelaskan kepada penjawat awam tujuh bidang utama yang ditekankan Perdana Menteri untuk memastikan kejayaan pelaksanaan 'touch point' di bawah Belanjawan 2013.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata menerusi siri jelajah itu, penjawat awam akan diminta agar sentiasa memberi tumpuan kepada tujuh agenda berkenaan, selain mengingatkan memberi khidmat terbaik setimpal dengan pelbagai insentif kerajaan kepada mereka.

"Seperti sebelum ini, CUEPACS menggunakan cara bertemu mata dengan penjawat awam agar mereka sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan sebagai balasan kepada setiap tuntutan yang telah ditunaikan kerajaan.

"Dengan tujuh garis panduan yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, ia akan terus menjadi pemangkin agar kecemerlangan penjawat awam terus dikekalkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Omar berkata dalam masa dua tahun kebelakangan ini, dengan pengenalan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), mutu khidmat penjawat awam Malaysia berada di tahap terbaik dengan penurunan kadar rasuah, pengurangan kes tindakan tata tertib dan adanya penyampaian yang lebih sistematik.

Menurut Omar, bagi memastikan tujuh perkara tersebut dapat didukung, satu penyusunan kembali bidang kerja penjawat awam perlu dilakukan seiring dengan perkara yang telah digariskan.

Beliau berkata selain itu latihan berterusan untuk penjawat awam perlu termasuk lawatan ke luar negara bagi mempelajari sistem penjawat awam di negara maju yang lain.

-- BERNAMA

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hampeh...

Tanpa Nama berkata...

kadang kala ketua jabatan yang melemahkan semangat kakitangan bawahan untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.Pada kakitangan yang suka kipas bos, ini yang menyebabkan kakitangan lain buat kerja sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.

Tanpa Nama berkata...

kami penjawat awam akan melaksanakan apa2 pun dasar kerajaan.Untuk kebaikan bersama-sama rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Penjawat awan sebenarnya rajin tapi motivasi kurang terutama dari atasan. Kalau kepala keretapi laju dan bagus, tentu anak buat pun kerja bagus.
Senang saja, turunkan bos2 yang lembab ganti dengan yang lain, .

azrin berkata...

apa la

azrin berkata...

khidmat mahu terbaik, jurang gaji pa terlalu besar .dulu masa abdullah badawi jurang gaji cantik.

Tanpa Nama berkata...

Segalanya tidak bermakna kalau JPA tidak membuat pertimbangan yang adil terhadap semua skim perkhidmatan yang ketinggalan dari segi gaji,kenaikan gred,pangkat dan elaun..Kumpulan sokongan rendah dipinggirkan,dinafikan hak,dianaktiri semacam diperlecehkan oleh JPA.Harap kerajaan BN pimpinan PM Najib ambil maklum dan perbetulkan keadaan dengan penuh bijaksana supaya BN mendapat sokongan padu PRU 13.

Tanpa Nama berkata...

Pegawai bawah terasa sangat dengan kedudukan dibawah paras minskin.. Harap kakitangan bawah dapat elaun yang setimpal dengan kerja yang dilakukan. Gaji2 jusa dengan pak2 menteri harus dipotong kalau tidak mahu naik kan elaun perumahan kakitangan bawahan.

Tanpa Nama berkata...

Salam semua

Saya setuju juga dengan pandangan rakan2. Persolannya tiada berkesudahan. Apa salahnya semua gred dikaji semuala..Bagi Gred 1 apa salahnya diupgredkan ke Gred N11 dengan syarat bagi yang tak berkelulusan harusnya berpengalaman 15 tahun keatas dan bagi yang baru haruslah berpandu kepada kelulusan. Begitu juga Sokongan 11 dinaikkan 17 dan 17 dinaikkan ke 27 dan mesti ada pengalaman kerja 15 tahun keatas sebagai prasyarat bagi yang tak berkelulusan setimpal. Bagi 27 dan keatas diberikan kenaikan 3 atau 5 pergerakan dan setiap pegawai yang maksimum diberi kenaikan mengikut gred 2-5% setahun dan bagi pengiraan pencen berdasarkan gaji maksimum asal.

Kita harus lihat perkembangan sesuah syarikat berpandukan kemahiran dan pengalaman kerja untuk kenaikan pangkat dan tiada sekatan. Sehubungan itu tidak akan berlaku kecemburuan dalam kalangan PA kerana semuanya akan dapat jika memenuhi kriterianya.

Salam Flower.

Tanpa Nama berkata...

HAMPEH!! CADANGAN KENAIKKAN HANYA UTK YG DAH NAK PENCEN...PRESTASI KURENG & SEMENGAT LUNTUR...TUNGGU NAK PENCEN JE!!!!BAGI LAH SEMUA PA KENAIKKAN...BARU ADA KEADILAN !!!

Tanpa Nama berkata...

Haha..jangan sakit hati bro.Mereka ini sudah lama servis,gaji pun dah lama statik.2-5% tak banyak mana bro.Nanti akan sampai juga turn awak orang, gaji langgar dinding macam dia orang tuu.....Yang banyak untung tetap orang-orang atas juga,gaji tinggi.Tapi aku harap ada satu bar saja gaji.Kenaikan gaji tahunan tetap ada,sampai umur 60 tahun.Kerja sampai mati kat ofis.Malaysia kan negara sekular.

Tanpa Nama berkata...

cuepac nk pa buat kerja terbaik. bos cuepac dan rakan dlm s/jaya kerja teruk.
buat kajian dan tmbahbaik pekhidmtn awam tk selesai2 lg.. berkurun2. kerja terburuk

Tanpa Nama berkata...

tip-tip untuk menjadi perkerja cermerlang:-
1. mengampu dan menjilat bos.
2. katakan bos is always right, walaupun bos maki-hamun kau dgn kata-kata spt:- babi-anjing kau, pukimak, haram-jadah punya anak dan paling ringan makian bodoh betul kau nie.
3. sentiasa ikut bos ke sana-sini walaupun ke jamban.
4. jadi pencaicai bos hingga ke hujung nyawa.
5. sembunyikan kesalahan dan keburukan bos walaiupun bos ke paradise, blue waves, deluxe dan disco bersama gro-gro.
6. menyokong bos menerima rasuah, katakan bos itu duit komisen dan syer.
7. katakan setiap pagi, bos handsome, bergaya dan stylo, bos nampak muda, walaupun bos tua nak mampus, kubur kata mari, rumah kata pergi.
8. buat tak nampak jea, walaupun bos datang lewat, usik anak dara orang, simpan gundik, mohon tanah berpuluh ekar dan sapu projek.
9. katakan bos boleh buat ape saja, dunia nie bos punya, sape berani lawan bos, sape lawan pasti maut.

sekiranya anda berjaya mengikuti 9 perkara di atas, markah anda mesti 99.9%. anda cermerlang,gemilang dan terbilang..

Listen berkata...

LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN... LISTEN, LISTEN, WHEN I SPEAK, LISTEN...

Tanpa Nama berkata...

INSPEN 1 PUN KENA BAGI KEPADA FELDA

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya satu soalan. bolehkah pihak atasan memaksa staf bawahan buat kerja lebih masa dalam pekara yang bukan kritikal? contohnya menghantar/mengambil orang atasan ke lapangan terbang? sedangkan orang atasan tersebut telah diberi kenderaan jabatan? lagi pun bukannya tidak boleh mengambil teksi dan claim kemudian.kerja lebih masa bukan waktu kerja biasa. orang bawahan pun perlukan masa untuk keluarga sendiri.

Tanpa Nama berkata...

22 Febuari 2013... Parlimen bubar... jadi...

Tanpa Nama berkata...

Apapun dasar kerajaan kami penjawat awam tetap menyokong, tp kerajaan kena buka mata juga, tengok2lah orang bawahan, terutamanya aks yg bertugas di sekolah2.Dah tu masalah takda tempat tinggal adalah satu masalah yg sangat genting skrg ini, terutamanya yg kena bertugas dikawasan pedalaman, kuaters yg ada hanya beberapa buah sahaja, nak sewa diluar, mana nak cari..kalau kat kampung tu takda rumah sewa. Bila tanya orang atasan, dia jawab carilah mesti ada..ingat kampung ni mcm bandar kah? Sy mohonlah supaya kerajaan pandang serius sikit dengan masalah ini.Kononnya kata guru2 tak nak berkhidmat kat kawasan pedalaman, mcm mana nak pergi klu keadaan mcm ni...nak tinggal kat mana? Klu bina sekolah tu, kena ambik kira kemudahan dan rumah utk guru dan kakitangan lain.Macam ada sekolah tu muridnya lebih 700 org,asrama bukan main cantik, tapi tempat staff takda,dahlah yg keje kat situ semua dtg dari tempat lain,nak sewa takda rumah sewa pula...fikir2kanlah. Tengok dulu kesulitan orang dengan mata sendiri baru dapat memahami masalah org, jgn dulu buat kesimpulan k.

Tanpa Nama berkata...

mahu penjawat awam truskan usaha tapi..kesusahan yang di alami tiada siapaa yang ambil tahu..kami yang berkhidmat sebagai polis simpanan perseketuan(fru) amat tertekan dengan keadaan semasa....lebih lebih lagi di tempatkan di kuala terengganu,marang hanya di bayar elaun cola sebanyak rm 70 ringit sahaja...sedangkan bahan mentah terlalu mahal.ayam di jual dengan rm 8 sekilo...elaun fru hanya rm120 sahaja...ada siapa ambil tahu!!!!!!!kerejaan hanya tahu menyuruh sahaja..adakah ini pjuangan dato....kemana arah pjuangan dato...sadangkan apabila bersuara semuanya baik sahaja.....padahal. .....

Tanpa Nama berkata...

INSPEN 1,kementerian kewangan m'sia PUN KENA jual KEPADA FELDA,selamatkan