SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Januari 2013

TUNTUTAN PELARASAN ELAUN SARA HIDUP ATM SEDANG DIKAJI

Bernama
30/1/2013

KOTA KINABALU, 30 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Tribunal Khas sedang mengkaji tuntutan pelarasan elaun sara hidup (COLA) anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan menambah baik kualiti perkhidmatan awam.
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata jawatankuasa yang dipengerusikan Tan Sri Ismail Adam dijangka dapat menyelesaikan perkara berkaitan termasuk soal gaji dan pelbagai elaun lain yang diberikan kepada ATM selepas pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

"Tuntutan itu tidak melibatkan pihak kementerian dan pemberian COLA juga mengikut kemampuan kerajaan dan bergantung kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pemberian COLA dan pelbagai elaun lain bukan satu hak penjawat awam, sebaliknya ia adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan sifat keprihatinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesihatan dan derma darah siri 1/2013 sempena hari ulang tahun 5 Briged Infantri Malaysia ke-49 di Kem Lok Kawi, Kinarut di sini, Rabu.

Bagaimanapun, katanya, tiga cabang tentera negara iaitu ATM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 15 peratus menerusi Sistem Saraan Malaysia (SSM) Plus pada Belanjawan 2012.

Abdul Latiff berkata ATM turut menerima kenaikan elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan mulai Januari lepas bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota ATM.

-- BERNAMA

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU SUKA BACA YANG INI:
Susah kenaikan pangkat dgn kerajaan ni... 2 situasi berbeza antara swasta dan kerajaan... 26 tahun kakitangan awam berkhidmat dlm kerajaan, tapi hanya kelulusan SPM dia hanya layak dari N17 ke N22 (KUP)... 26 tahun kakitangan swasta yg bekerja dgn bank dan hanya kelulusan STPM, dari kerani bank dan jawatan terakhir adalah Manager...

-------BUAT RAKAN2-----------------
KITA KERJA DENGAN GOMEN MEMANG TAK AKAN KAYANYA SAMPAI PENCEN kecuali
JAWATAN GRED JUSA KE ATAS SEBAB LEPAS PENCEN AKAN TERUS PEGANG JAWATAN PENTING KAT GLC KERAJAAN.
KITA YANG PANGKAT KECIK NI. GRED 52 KEBAWAH GRED 1 BILA PENCEN BALI KAMPONG ATAU BALIK TAMAN PERUMAHAN JADILAH AJK SURAU ATAU MESJID.
KALAU NAK KAYA KENALAH KERJA DENGAN SWASTA ATAU BANK, TAPI INGAT KAWAN SEBAB SETIAP DETIK MASA ANDA AKAN DIGAJI DAN KALAU PONTENG DIPOTONG...! PILIHAN DITANGAN ANDA.
TAPI AKU PESARA GRED52. Masa belum PENCEN tak ada peluang nak kawan
dengan Gred 1. Kini baru aku tau siapa sebenarnya kawan bila dah tak ada jawatan. Jadi duit pencen aku yang lebih2 tu aku bagi kat kawan2 yang memerlukan semoga dapat ganjaran bila aku mati nanti. Anak2 aku dah berduit besar, bini aku ada pencen jugak. Buat apa2 dah tua2 ni simpan duit. Silap kiraan bila aku mati anak2 gaduh berebut harta aku.
Tapi aku dah didik anak2 aku jangan berebut harta ayah dan mak bila kami dah mati. Semoga nasihat ini jadi azimat kepada anak2 aku.

PAK aGUS SOKONG KERAJAAN berkata...

SILA BACA AYAT KERAMAT INI...

"Pemberian COLA dan pelbagai elaun lain bukan satu hak penjawat awam, sebaliknya ia adalah keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan berdasarkan sifat keprihatinan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesihatan dan derma darah...

HARAP JANGAN ADA LAGI PENJAWAT AWAM YANG NAK UGUT KERAJAAN PASAL ELAUN COLA DAN ELAUN RUMAH YANG TAK CUKUP...MASA SAYA KERJA DULU TAK ADA PUN COLA DAN ELAUN RUMAHDAPAT JUGA SAYA BELI 2 BUAH RUMAH....APA YANG TERJADI SKARANG ADALAH PENJAWAT AWAM BEBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN.KERAJAAN SEBENARNYA DAH BAYAR GAJI YANG CUKUP TINGGI BERBANDING GAJI YANG SAYA DAPAT SEBELUM SAYA BERSARA TAHUN 1997.

Pak Agus...Pesara Kerajaan kumpulan B

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN TERBURUK:

Saya cadangkan supaya Kepimpinan Cuepacs berfikir dan bertindak diluar kotak sepertimana yang disarankan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan YBHg KSN baru-baru ini.

Tontonlah selalu RT diTV3 untuk 'brain-storming' sendiri cara anda berfikir.Jangan hanya berfikir ke arah duit...duit...duit..!

TUDUHAN PALSU:
'SAYA BELI 2 BUAH RUMAH....APA YANG TERJADI SKARANG ADALAH PENJAWAT AWAM BEBELANJA MELEBIHI KEMAMPUAN'

-----SAYA TIDAKSETUJU--------------
Apa yang pesara tahun 1997 ini diulaskan adalah tidak jujur dan ada unsur mendabik dada disamping cakap ikut perut, sebab Pesara ini sedar bahawa setiap kali ada pelarasan gaji Pencen beliau juga ada kenikan termasuk jika ada bonus. Beliau berkata ada 2 buah rumah dan sebagainya. Kalau beliau jujur sepatutnya menyokong 20 perkara TUNTUTAN Penjawat Awam.
YAB Perdana Menteri sendiri mengakui Kerajaan akan memenuhi kesemua 20 tuntutan apabila masa dan kemampuan Kerajaan mencukupi.

Tanpa Nama berkata...

LAGI PASAL ISU LYNAS NADIR BUMI:

Dari segi jangka panjang ANDA patut berfikir apa yang ahli Panel Ehwal Perdana TV1 sebutkan tadi....!
Layan.....!

Tanpa Nama berkata...

KALAU NAK BAGI NAIK ELAUN MAHUPUN COLA, JANGAN HANYA UNTUK JABATAN/KEMENTERIAN TERTENTU SAJA SEPERTI ASKAR, POLIS MAHUPUN CIKGU....TAK BAIK TAU..WAKTU NAK ELECTION NI...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

AKU SUKA BACA YANG INI:
Susah kenaikan pangkat dgn kerajaan ni... 2 situasi berbeza antara swasta dan kerajaan... 26 tahun kakitangan awam berkhidmat dlm kerajaan, tapi hanya kelulusan SPM dia hanya layak dari N17 ke N22 (KUP)... 26 tahun kakitangan swasta yg bekerja dgn bank dan hanya kelulusan STPM, dari kerani bank dan jawatan terakhir adalah Manager...

-------BUAT RAKAN2-----------------
KITA KERJA DENGAN GOMEN MEMANG TAK AKAN KAYANYA SAMPAI PENCEN kecuali
JAWATAN GRED JUSA KE ATAS SEBAB LEPAS PENCEN AKAN TERUS PEGANG JAWATAN PENTING KAT GLC KERAJAAN.
KITA YANG PANGKAT KECIK NI. GRED 52 KEBAWAH GRED 1 BILA PENCEN BALI KAMPONG ATAU BALIK TAMAN PERUMAHAN JADILAH AJK SURAU ATAU MESJID.
KALAU NAK KAYA KENALAH KERJA DENGAN SWASTA ATAU BANK, TAPI INGAT KAWAN SEBAB SETIAP DETIK MASA ANDA AKAN DIGAJI DAN KALAU PONTENG DIPOTONG...! PILIHAN DITANGAN ANDA.
TAPI AKU PESARA GRED52. Masa belum PENCEN tak ada peluang nak kawan
dengan Gred 1. Kini baru aku tau siapa sebenarnya kawan bila dah tak ada jawatan. Jadi duit pencen aku yang lebih2 tu aku bagi kat kawan2 yang memerlukan semoga dapat ganjaran bila aku mati nanti. Anak2 aku dah berduit besar, bini aku ada pencen jugak. Buat apa2 dah tua2 ni simpan duit. Silap kiraan bila aku mati anak2 gaduh berebut harta aku.
Tapi aku dah didik anak2 aku jangan berebut harta ayah dan mak bila kami dah mati. Semoga nasihat ini jadi azimat kepada anak2 aku.

===================================

cara ayat takde pun mencerminkan gred 52...pembohong betul....ini mesti spm gagal punya orang ...

ini adalah orang yang tekanan perasaan nak kawan dgn jusa tapi tidak dilayan...hahahah

Tanpa Nama berkata...

YANG PALING KAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM ADALAH TENTERA DAN POLIS...DAPAT ELAUN ITU INI...GAJI LEBIH TINGGI DRP SKIM2 LAIN....TAMBAH LAGI DAPAT DUIT KOPI HARAM DRP APEK CINA....SEMPAT LAGI JUAL ENJIN KAPAL....MMMM...TU RAMAI ASKAR GRED 17 PAKAI CAMRY...

Tanpa Nama berkata...

NAMPAKNYA PRU13 NIE TENTERA JE LA YANG UNDI BN...TU PUN MUNGKIN 1/2 JER...HAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

MENGAPA PAK AGUS TAK KOMEN PEMBERIAN BANTUAN2 YANG BERBILLION-BILLION RINGGIT?... TAPI PELARASAN ELAUN PA NAK KOMEN PANJANG2?...PAK AGUS SIHAT KER?

Tanpa Nama berkata...

Time tu harga brg murah...blh la beli..

Tanpa Nama berkata...

Berikan pelarasan dalam atm