SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Januari 2014

CUEPACS MAHU KERAJAAN KAJI SEMUA KOS PERBELANJAAN PATI

Bernama
10/1/2014



KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kos menanggung pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan di 13 Depot Tahanan Imigresen di seluruh negara.
Presiden CUEPACS Azih Muda berkata, kos tanggungan warga asing yang ditahan itu adalah terlalu tinggi dan Cuepacs mencadangkan kos itu diturunkan dari RM75 seorang kepada RM35 seorang, sehari.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, Azih berkata kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM2,250 sebulan bagi seorang PATI sedangkan ada penjawat awam hanya memiliki pendapatan bulanan di bawah RM900.

"Sehubungan itu, adalah wajar kerajaan mengkaji semula kos tersebut dan kita percaya kebanyakan rakyat di negara ini pun tidak berbelanja sehingga RM75 sehari terutamanya penjawat awam yang berpendapatan rendah," katanya.

Azih berkata kos yang tinggi sehingga mencecah RM500,000 sehari itu seolah-olah memgambarkan bahawa kerajaan memberikan layanan istimewa kepada warga asing yang memasuki negara ini secara haram.

CUEPACS berpendapat jika bebanan kerajaan itu dikurangkan, peruntukan berkenaan dapat disalurkan untuk kebajikan rakyat seperti meningkatkan gaji penjawat awat, elaun, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan sebagainya.

Pada 4 Jan lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan kira-kira RM500,000 sehari atau secara purata RM75 seorang sehari bagi menampung kira-kira 6,500 PATI yang ditahan di 13 depot tahanan imigresen di seluruh negara.

Kerajaan terpaksa menanggung PATI di Depot Tahanan Imigresen ekoran keengganan negara asal mereka menerima PATI terbabit kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Sehingga November lalu, kerajaan telah menanggung kira-kira RM2.9 juta bagi proses penghantaran PATI.

-- BERNAMA

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku first, I'm the One..I'm the best..ha..!!ha..!! Kau org masih dlm perjalanan ke mana-mana, tgh ngeteh, tengah tido, ada tak solat subuh, atau ape-ape jealah..Pembantu tadbir jumlahnya 350-400 ribu, kalau didarabkan dgn jumlah keluarga boleh mengundi 4 org, bermakna 350,000 × 4 = 1.4 juta mengundi PR, persatuan pembantu tadbir (Augegas) mohon kenaikan gred N27, N32, N36..tetapi masih tiada keputusan dari JPA dan SPA, Persatuan Penghulu/Penggawa berjumlah 1-2 ribu penghulu seluruh malaysia, persatuan penghulu/penggawa mohon kenaikan gred baru N41, N44, N48, sehingga sekarang masih tiada jawapan dari SPA dan JPA, permohonan dahulu di tolak mentah-mentah oleh JPA, pengaruh penghulu/penggawa meliputi daerah dan negeri, berapa puluhan ribu penduduk boleh dipengaruhinya.. itu belum termasuk cerdik-pandai penjawat awam yg memilki ijazah dan master yg masih belum menjawat jawatan gred 41, buruk padahnya nanti, mereka nie berpindidikan tinggi serta pengalaman kerja yg luas serta lama, begitu juga dengan beberapa persatuan spt pembantu makmal, pegawai kastam, pegawai jpj, dan sebagainya, ape cite semuanya ini dengan kenaikan kos sara hidup yg tinggi, PRU-14 dah hampir, berapa tahun jea tinggal..jadi kerajaan, SPA dan JPA fikir-fikirkanlah..

Awangkuazmi berkata...

Harapan kami agar PATI tiada lagi di negara yang tercinta....

PM berkata...

Maaf mencelah. Saya nampak CUEPACS lebih condong kepada pengurusan dalam perkhidmatan atau kerajaan. Untuk makluman, pengurusan dalam perkhidmatan awam dah ada menteri dan PTDyang mana orang politik buat dasar dan PTD adalah urusetia bagi melaksana dasar. PA adalah pelaksana dasar. Saya syorkan CUEPACS fokus kepada kebajikan kakitangan PA di mana perjuangkan elaun2 yang dijanji oleh PM. CUEPACS tak payahlah nak fikirkan peringkat Pengurusan kerajaan sudah ada menteri dan PTD. Jangan lari dari matlamat asal CUEPAS iaitu persatuan bukan Kementerian. Apapun saya ucapkan terimakasih kepada pengurusan CUEPACS terdahulu perjuangkan kebajikan kakitangan bukan nak jadi budak suruhan atau ada agenda tersembunyi.

Tanpa Nama berkata...

Kaedah kurangkan ke bergantungan kepada PATI, kembalikan degree berasaskan kepandaian.

SPM 5A > degree dan guru
4A - 3A diploma 
2A - 1A sijil
0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am

siapa2 yang sudah terlepas SPM & nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A, 

Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kurang kebergantungan kepada PATI untuk kerja buruh dan pembantu rumah. Adil buat semua.

Biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai.

Tanpa Nama berkata...

kesian rakyat malaysia......

abc123 berkata...

hahaha ada rupanya beruk 1st tu. lu keje hari sabtu ke bai? atau kena kerah kerja hari sabtu sebab hari isnin-jumaat kerja tak siap sebab asyik mengular/facebook/berborak/meniaga???

patutnya PATI ni bukannya DIBELA, tapi dikerah. macam negara lain, pendatang asingnya dikerah buat kerja seperti korek pasir, pecah batu, kutip sampah dan sebagainya dimana ianya dikawal ketat oleh penguatkuasa. tu baru betul. kurang2 keluar duit bagi dia makan, ada juga pulangannya sebab dia dah buat kerja pembersihan dan sebagainya.

ni tak, pegi simpan dalam sangkar lepastu buta2 je bagi makan free. walhal ramai warganegara malaysia yang masih lagi kebuluran tak cukup makan seperti gelandangan, yatim piatu, orang miskin dan sebagainya.

cerdik la sikit wahai kerajaan. sikit la sedikit wahai pegawai kanan kerajaan yang rata-ratanya dibolot oleh PTD. jangan suka buat kerja bodoh.

Tanpa Nama berkata...

DUDUK DIAM/JANGAN COMPLAIN @ TEGUR/SENYUM

JIKA TIDAK,
ANDA AKAN DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI ORG-ORG YG TIDAK BERSYUKUR,
OLEH CENDEKIAWAN KAT DLM BLOG NIE

SO, BERCUKURLAH KALIAN

Tanpa Nama berkata...

Untuk langkah berjimat cermat, kerajaan harus hpuskan saja jawatan PTD. Jawatan PTD sepatutnya diisi oleh pegawai2 berpengalaman dan cemerlang daripada pelbagai jabatan/kementerian. Budak2 mentah pengalaman xpatut diambil utk memimpin sesebuah organisasi/jabatan. Ini yg buat pentadbiran kucar kacir dan krg cekap. Pemimpin sesebuah jabatan seharusnya terdiri drpd pegawai2 yg cemerlang dan.berpengalaman dlm urusan organisasinya bukan ambil fresh graduate muda yg xde pengalaman utk memimpin pegawai2 yg jauh lebih senior, berkelayakan dan berpengalaman. Transformasi dlm hal ini harus dibuat segera maka dgn.itu HAPUSKAN SAJA JAWATAN PTD - 'Pandai Tapi Dunggu'

Tanpa Nama berkata...

itulah malaysia......

AJFA berkata...

Tanpa Nama berkata...

Untuk langkah berjimat cermat, kerajaan harus hpuskan saja jawatan PTD. Jawatan PTD sepatutnya diisi oleh pegawai2 berpengalaman dan cemerlang daripada pelbagai jabatan/kementerian. Budak2 mentah pengalaman xpatut diambil utk memimpin sesebuah organisasi/jabatan. Ini yg buat pentadbiran kucar kacir dan krg cekap. Pemimpin sesebuah jabatan seharusnya terdiri drpd pegawai2 yg cemerlang dan.berpengalaman dlm urusan organisasinya bukan ambil fresh graduate muda yg xde pengalaman utk memimpin pegawai2 yg jauh lebih senior, berkelayakan dan berpengalaman. Transformasi dlm hal ini harus dibuat segera maka dgn.itu HAPUSKAN SAJA JAWATAN PTD - 'Pandai Tapi Dunggu'

Sabtu, Januari 11, 2014 3:25:00 PTG


-------------------------

masalahnya ptd2 dungu di spa tuh xleh berfikiran sebegini. mereka kata ptd ni mesti dari jagung mentah supaya senang dibentuk, senang di brainwash supaya mereka mewarisi legasi ptd2 jumud tua bangka nak mampos yang bakal pencen ni.

patut dalam kerajaan nak mengurangkan graduan menganggur, ambil mereka ni sebagai pelaksana dulu, lepas beberapa tahun re-interview balik mereka untuk ke jawatan p&p sebagaimana kumpulan sokongan sedia ada yang sambung belajar kena mohon semula untuk dapatkan jawatan peringkat p&p. ini tak, ambil budak mentah yang baru grad dari universiti umur baru 23-25, walhal pelaksana sedia ada yang berusia sekitar 30an-40an digagalkan melalui proses temuduga yang tidak adil kerana perlu bersaing dengan graduan baru.

itulah dia transformasi bodoh yang diperkenalkan oleh spa menerusi pengerusi barunya bekas ksu kdn yang ntah apa2

Tanpa Nama berkata...

BODOH MCM KELDAI SPA DAN JPA..!!!

usin berkata...

cuba detailkan bagaimana rm75.00 itu dibelanjakan untuk seorang PATI sehari. berapa kos makan, air dan letrik dibelankajan. kekadang kos sebegitu adalah kerana tender yang tidak adil serta tidak telus. adakah makanan yang disediakan untuk PATI itu sama kualiti dengan makanan di hotel? aku rasa ada yang tidak kena dengan kos-kos membazir yang terpaksa kerajaan bayar walaupun hakikatnya kualiti tidaklah sebagus mana. ada yang jadi kaya raya hanya kerana menang tender membekalkan makanan kepada PATI.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong...dari bg mangkuk tu makan sedap2 pastu sedap sedap2 baik duit tu digunakan utk kita..org malaysia!!! kalu di biarkan makin " lemak " la mangkuk tu sebab jenis diaorg nie tk reti serik..pas kita antar dia dtg balik...undang2 kita tak tegas..kalu tegas..compomla diaorg takut nk masuk lagi!!!

Tanpa Nama berkata...

PM.. kamu ni rakyat bangla atau nepal.. adalah menjadi tanggungjawab semua utk menegur kerajaan yg dilantik rakyat utk menguruskan dana negara secara berhemah.. knapa kamu bodoh sgt.. pemikiran tahap budak tadika..

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan kamu memang menunjukkan tahap pemikiran yg rendah

Tanpa Nama berkata...

TOLONG NAIK JAWATAN PENJAWAT AWAM SOKONGAN YG MEMPUNYAI IJAZAH DAN BERTUGAS MELEBIHI 10 TAHUN KE GRED P&P N/W41

Tanpa Nama berkata...

Budak asrama kat sekolah kerajaan xbelanja sehebat PATI pun. Kenapa harus kita memberi keselesaan kpd manusia yg membuat kita susah? Sepatutnya sbg hukuman mereka hanya diberi makanan dan miniman ala kadar sekadar utk mengelak mereka mati kelaparan sudah memadai. Dgn berbuat demikian akan memberi pengajaran kpd mereka agar xmasuk msia secara haram pd masa akan dtg. Kasihan melihat murid2 asrama yg xmempunyai asrsma yang selesa. PATI pula mampu kerajaan belanja dgn kadar yg amat tinggi. Jangan kera di hutan disusui, anak sendiri mati kelaparan.

Tanpa Nama berkata...

Naik kepala hotak gila ko orang ni. Hari2 bab naik gaji. Lagi kump pelaksana yg ade degree tapi xde kepandaian; bahasa mudah pun xfaham. Kerajaan kata nak berjimat cermat tapi beruk satu ni minta dinaikkn gaji dan gred. Betul2 ade degree tapi bodoh punya PA kump pelaksana. Layak ko tetap sampai pencen berada dlm gred ko skrg. Lu kerja PAR/PT ambik degree nak buat apa? Gantung kat dinding je degree tu spya motivasikn anak2;

Tanpa Nama berkata...

Sbg langkah berjimat cermat mulai tahun ini, kerajaan.patut tidak menaikkan gred kumpulan pelaksana yg ada degree ke gred pnp. Elok sgt kerajaan beri peluang kpd para pengganggur kat luar sana drpd mengambil mereka yg dah ada pekerjaan tetap. Dgn berbuat demikian kerajaan dpt berjimat wang dan menggurangkn penggsngguran. Yg dah ada kerja tetap harus bersyukur dan bercukur.

Tanpa Nama berkata...

BAGI JE PATI MAKAN ALA-ALA MAKANAN TERNAKAN SUPAYA MEREKA TAK KEMBALI LAGI KE NEGARA KITA

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi contoh KETIRISAN yang masuk ke poket pihak2 tertentu! Kalau sampai rm75 dibelanjakan memang sah lah bangangnya mereka2 yang terlibat dlm pengurusan nii...

Tanpa Nama berkata...

Kroni2/konco2 ambil kesempatan utk menjadi kaya dgn cepat. Inilah cara negara ditadbir utk menguntungkn segelintir kelompok je.

Tanpa Nama berkata...

Byk negara luar, bila ditangkapnya PATI, PATI tersebut Akan dihantar balik ke negara asal dgn serta -merta atas belanja sendiri jika mampu. Jika tidak mampu, butir peribadi PATI Akan direkod, dokumen penting seperti passport akan di tahan, PATi Akan dibenarkan utk cari kerja bagi mencari wang bagi menampung belanja ticket penerbangan dlm tempoh yg ditetapkan. Dgn ini, tak perlulah 'kerajaan' menampung sesenpun wang rakyat!!!

Tanpa Nama berkata...

negara asal mereka sebenarnya tak terima mereka pasal mereka keluar tanpa dokumen sah, jadi bila nak masuk balik pun tak boleh sebab takda dokumen sah.

begitu juga dengan PATI yang sedia ada dalam negara ni yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai warganegara 57 tahun lepas. negara asal mereka tak terima mereka, jadi mereka merempat di sini, sudahnya orang melayu terima mereka sebagai warganegara, selang beberapa tahun, mereka naik lemak hinggalah ke hari ini.

malang sungguh malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Hehehe...... meludah ke langit jatuh kena muka sendiri. Siapa orgnya yg menjadi peneraju pemerintah negara sejak dulu hingga skrg? Inilah natijahnya yg rakyat dan negara terpaksa tanggung kerana kesilapan lampau akhirnya memakan tuan.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya ada MOU spya PATI yg hendak dihantar pulang ditanggung oleh negara asal PATI itu sendiri kerana mereka gagal mengawal dan memberi peluang pekerjaan kpd rakyat mereka spya tak menjadi PATI di negara lain. Bukan negara kita yg menjemput mereka dtg hingga kita wajib membiayai kos penjagaan dan penghantaraan pulang mereka ke negara asal.

Tanpa Nama berkata...

silapnya tunku abdul rahman & the gang dulu menerima pendatang asing pada masa tu jadi warganegara sebab tak sabar2 sangat nak merdeka & nak jadi pm & kerajaan. jadi tak hairan zaman sekarang ni berduyun2 pendatang asing tanpa izin datang ke sini dengan harapan boleh dapat taraf warganegara sebagaimana yang dilakukan oleh cina & india pada suatu masa dulu.

kesimpulannya

Tanpa Nama berkata...

Bab pati ni urusan org politik yg punya kerja,tapi yg kesannya rakyat yg kena tanggung segala masalah yg dibawa oleh pati ni,jenayah,ekonomi,sosial rakyat yg terkesan, pemimpin senang lenang je,boring dok kat malaysia p makan angin kat luar negara, nk setel masalah ni kena tukar pemimpin politik haprak, lagi mereka dok jadi pemimpin bukan makin berkurang dgn pati ni malah makin bertambah kehadiran mereka ni, yg paling aku menyampah tgk ada bangla yg baru masuk je siap pakai baju n topi cop dacing lagi, sapa yg bela mereka ni

Tanpa Nama berkata...

Apa nk tanggung2...campak je kt kedutaan derang..mcm lembu ceroboh laman umah..ada tuan umah nk bg mkn...

AtengapekamuYeop berkata...

PATI RM75 sehari, anak-anak yg dibela bawah JKM peruntukan makan RM8 je sehari...