SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Januari 2014

KSN LANCAR BIKU MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM

Bernama
21/1/2014


PUTRAJAYA, 20 Jan (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa melancarkan buku panduan ringkas Merakyatkan Perkhidmatan Awam(MPA) bagi memperjelas prinsip dan nilai-nilai yang digariskan di bawah usaha merakyatkan perkhidmatan awam.
Dr Ali berkata konsep itu diperkenalkan agar setiap penjawat awam menyedari bahawa mereka adalah sebahagian daripada rakyat dan sesungguhnya mereka lebih berupaya untuk memahami kehendak dan aspirasi rakyat.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan juga agar segala inisiatif yang telah direncanakan dapat diterjemah oleh setiap penjawat awam dengan berkesan dan disampaikan secara menyeluruh dan efektif kepada rakyat.

"Saya mahukan perkhidmatan cemerlang daripada anda semua, perkhidmatan cemerlang yang sama, yang anda harapkan sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya.

Dalam kata-kata aluan buku berkenaan, Ali berharap panduan yang diberikan akan menjadi keutamaan bagi penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan serta dipraktikkan dengan sebaik-baiknya.

Buku itu dilancarkan pada Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara di sini Isnin.

Buku berkenaan terbahagi kepada beberapa tajuk iaitu 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam', 'Kesejahteraan dan Kecemerlangan', 'Enam Prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam', 'Perkhidmatan Awam Unggul Ke arah Merealisasikan Wawasan 2020' dan 'Pelan Tindakan Ke Arah Kecemerlangan dan Kesejahteraan'.

Enam prinsip dalam Merakyatkan Perkhidmatan Awam ialah keterbukaan - minda terbuka dan mudah didekati, turun padang, musyawarah, insaniah - keseimbangan antara rohani dan jasmani', kekitaan serta kerjasama awam-swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)- perkongsian sumber dan kesepakatan.

Buku bersaiz poket setebal 27 muka surat itu diterbitkan oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Orang ramai dan penjawat awam yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam boleh mengakses laman web rasmi ketua setiausaha negara di www.pmo.gov.my/ksn dan klik kepada ikon MPA booklet yang tertera.

-- BERNAMA

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biku ke atau buku

Tanpa Nama berkata...

Biku tu terlebih baku ....

buku tu 100% baku .....

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan pelaksana berijazah dan berpengalaman bersama buku merakyatkan perkhidmatan Awam..perlukan landasan utk ke P&P...

Tanpa Nama berkata...

slagi puak2 yg sama jer menerajui spa & jpa tuh toksah harap ler wehh. bakar je ler skrol ijazah tuh.

Tanpa Nama berkata...

Jgn bakar ijazah tu tapi perlu dipamer pd pintu masuk pejabat BOSS masing2 mungkin dgn brbuat demikian baru boss bertindak naikkn gaji dan gred ko org tapi dgn syarat prestasi kerja cemerlang bukan auto punye.

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg dinamakn transformasi EJAAN: BUKU ditukar menjadi BIKU.

Tanpa Nama berkata...

BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku BIKU biku

Tanpa Nama berkata...

ada degree tapi rezeki tak banyak jgan menyalahkn org lain,,soal rezeki itu urusan tuhan,ada banyak org skolah sampai spm tapi tuhan ,limpahkan rezeki..contohya org yg berniaga ramai yg kaya tanpa ijazah...
ijazah bukan ukuran banyak mana kita dapat rezeki
org yg ada ijzah jgn terlalu obses jika rezeki sikit berdoalah pada yg maha pemberi rezeki..Dia ada pelbagai jln nk turunkan rezeki kepunyaannya kepada kita..tidak semestinya melalui kelulusan ijazah atau pangkat dlm pekerjaan

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

slagi puak2 yg sama jer menerajui spa & jpa tuh toksah harap ler wehh. bakar je ler skrol ijazah tuh.

Selasa, Januari 21, 2014 7:38:00 PTG

-----------------------

ade ijazah xde kabel, xguna wehhhh... nko kena ade nilai tmbh len. kabel. igt tuh!

Tanpa Nama berkata...

Inilah cara org kita memerintah... Apabila nak dibetulkan marah; tak nak dengar pandangan pihak lain.Kuasa ditangan tapi tak pandai pun tak guna. Rakyat dan negara hancur. Berilah peluang kpd org yg pandai bukan main lantik kaum, kroni sendiri je. Darah kita sama berwarna merah dan apabila diperlukan tak pilih pun nak guna darah kaum atau darah keluarga/kroni je. Mana ada darah kat hospital diasingkn mengikut kaum dan agama. Oleh itu berilah layanan sama selagi kita manusia.

Tanpa Nama berkata...

BANK NEGARA MENYEKAT PEMBIAYAAN PERIBADI BAGI GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH DAN PEKERJA BARU........

Tanpa Nama berkata...

BANK NEGARA TIDAK PANDAI BEKERJA....

Tanpa Nama berkata...

pinjaman peribadi 25 tahun ke 10 tahun... orang baru masuk kerja dpat pnjaman 10 tahun.. orang dulu dapat pinjaman 25 tahun.... negara bankrup ........

Tanpa Nama berkata...

negara malaysia tidak pandai menguruskan wang tidak dapat menandingi negara brunei dan singapore.....

Tanpa Nama berkata...

pekerja awam kontrak harus diberi kerja tetap.....

Tanpa Nama berkata...

pekerja awam kontrak harus diberi kerja tetap.....

Tanpa Nama berkata...

orang biasa pandai menguruskan kewangan berbanding menteri...

Tanpa Nama berkata...

orang biasa pandai menguruskan kewangan berbanding menteri...