SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Januari 2014

PENJAWAT AWAM BERPERANAN PENTING JAYAKAN AGENDA TRANSFORMASI

Utusan Malaysia
7/1/2014



PUTRAJAYA 7 Jan. - Penjawat awam diminta sentiasa melakukan penambahbaikan dalam perancangan, pelaksanaan dasar dan prosedur kerja untuk meraih kepercayaan dan keyakinan rakyat.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, ia antara faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap penjawat awam dalam menjayakan agenda transformasi negara.
"Setiap penjawat awam telah diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjadi perintis dan ejen perubahan bagi memajukan negara ini."Perkhidmatan awam kini terdedah pada penelitian kritikal daripada orang awam, apatah lagi apabila berhadapan dengan persepsi masih berlaku kerenah birokrasi, ketidakcekapan, prestasi di bawah tahap, ketidaktelusan dan kurangnya akauntabiliti," katanya pada majlis penganugerahan Diploma Pengurusan Awam (DPA) Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) 2013 di Pusat Konvensyen Antarabanga Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

5 ulasan:

1st berkata...

hahaha topik ni wujud jam 9.30 malam. beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd ni takdan nak main permainan bodoh tu pasal diorang tu cuma tau lenjan internet pejabat je!

p/s: pasti beruk2 yang sentap & terasa tu akan berbunyi esok. kah kah kah

Awangkuazmi berkata...

InsyAllah...
Negara Malaysia pasti akan cemerlang dengan adanya penjawat awam yang sentiasa prihatin dalam melaksanakan tugas yang digalas...

Tanpa Nama berkata...

Dasar transformasi negara
1. Memansuhkan Subsidi
2. Menaikkn harga brg
3. Mengkayakn Kroni2, berua2, dn
Ahli keluarga.

Tanpa Nama berkata...

keturunan ko juga bukan?

Pegawai Am Pejabat N41 berkata...

saya mewakili seluruh kakitangan awam menyokong penuh usaha PM meajukan negara, walau perlu berkorban demi kesenangan masa depan dan pemimpin kita.

Hidup BN. Kakitangan awam wajib sokong BN atau perludihantar masuk BTN utk kembalikan keazaman membela Melayu