SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Januari 2014

KONSEP MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM DIPERKENALKAN

Utusan Malaysia
21/4/2014
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.m
y



ALI Hamsa (tengah) melihat buku 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' selepas melancarkannya di Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Mohamad Zabidi Zainal (kiri) dan Othman Mahmood. - UTUSAN/RASHID MAHFOF
PUTRAJAYA 20 Jan. - Kerajaan memperkenalkan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang akan diterapkan kepada 1.4 juta penjawat awam dalam memastikan penyampaian perkhidmatan tersebut menepati kehendak rakyat.Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, konsep itu merupakan salah satu usaha transformasi kerajaan sebelum memasuki fasa Wawasan 2020 bagi menjadikan perkhidmatan awam sebagai perkhidmatan rakyat.
Beliau berkata, penjawat awam merupakan sebahagian daripada rakyat dan mereka lebih memahami kehendak dan keperluan masyarakat."Enam prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam seperti keterbukaan, turun padang, musyawarah, insaniah, kekitaan dan kerjasama bersama swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah satu pendekatan dalam mewujudkan penyampaian terbaik.
"Sudah pastinya kerangka baharu ini menjurus kepada bentuk perkhidmatan yang akan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat," katanya ketika berucap dalam Majlis Amanah Bersama Ketua Setiausaha Negara, di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, Datuk Othman Mahmood.
Beliau kemudian melancarkan buku 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' yang akan dijadikan kerangka panduan penjawat awam ketika berurusan dengan rakyat.Antara salah satu prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam ialah turun padang yang dilihat sebagai pendekatan berkesan untuk mengenal pasti isu dihadapi dan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
Sementara itu, Ali mengajak penjawat awam untuk berganding bahu dan berdiri teguh bersama kerajaan dalam memperkasakan agenda transformasi ke arah menjadi sebuah negara maju yang disegani di persada antarabangsa."Adalah diingatkan bahawa masa depan kian mencabar, maka kita tidak mempunyai pilihan selain harus bertekad pada saat ini untuk melakukan perubahan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
"Dalam soal ini, semua penjawat awam perlu memainkan peranan dalam menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan selain menjelaskan agenda transformasi kepada rakyat," katanya.


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Enam prinsip Merakyatkan Perkhidmatan Awam : seperti
1. keterbukaan, 2. turun padang, 3. musyawarah, 4. insaniah, 5. kekitaan dan 6. kerjasama bersama swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ialah satu pendekatan dalam mewujudkan penyampaian terbaik.

semuga prinsip ini diamalkan sepenuhnya.
Cakap serupa bikin.

Tanpa Nama berkata...

syabas kepada komentar no.1 kerana berjaya mengelakkan beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd tu daripada spam blog ni.

sebenarnya dalam nak merakyatkan perkhidmatan awam, orang-orang besar nun di atas sana perlu turun ke padang bersama-sama dengan kumpulan pelaksana menjadi orang hadapan.

bukannya bila time ucapan, time perasmian je muncul, bila bab lain semuanya cabut menyorok, balik, takpun pegi makan walhal kakitangan lain sibuk buat kerja.

Azli bin Ahmad Dasuki berkata...

mohon agae krajaan wajibkan PA menggantung bendera BN dan potret kepimpinan BN di rumah, ianya untuk tujuan patriotik dan menggalakkan kesetiaan dan cinta negara.

PA yg disyaki tak sokong BN wajib dihantar ke ulu kanowit atau ulu langkawi, atau juga ke pulau2 di sabah.

ada kakitangan awam yg xsokong PERKASA, wajib di turunkan grednya

Tanpa Nama berkata...

Selagi gaji, elaun dan gred penjawat awam tak naik, jgn haraplah, lingkuplah kerajaan tak lama lagi PRU-14 nie..

Tanpa Nama berkata...

woi aku no-5. no.5..yes..yes

Tanpa Nama berkata...

Kepada Ali bin Ahmad Dusuki, bila PR menang dalam PRU ke-14, awak akan dihantar Korea Utara bekerja di lombong arang batu. Biar kau busuk di sana.

Tanpa Nama berkata...

bangang jugak azli bin ahmad dasuki ni.

tajuk adalah MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM, BUKANNYA MEMBARISAN NASIONALKAN PERKHIDMATAN AWAM.

silap besar bapak kau dulu sebab tak guna kondom masa main dengan mak kau. tu yang hasilnya orang macam ko nih!!

Tanpa Nama berkata...

mende le 2 eko ptd kt atas tuh dok wat? 2 eko nih ler yg dok perabih duit k'jaan. elok terminate jer bkn ade function ape pun. wat dasar yg merepek2 jer.

Tanpa Nama berkata...

azli bin ahmad dasuki
saya sokong anda... berani... kasi mati itu PA yg sokong PR.. PR janji Orang Sabah... 1 pun tiada tunai punya... PR pandai kasi bodoh orang ja ....PR semua halal tiada haram punya....

Tanpa Nama berkata...

MANUSIA ITU PELBAGAI, BERBEZA PENDAPAT @ PANDANGAN/ CARA BERFIKIR/BERCAKAP/MENTAFSIR DSBGNYE....
ANDA KENA TERIMA HAKIKAT, TIDAK SEMUA ORG BERFIKIR SEPERTI ANDA....
KITA BUKANNYA SEPERTI SUNGAI YANG MENGALIR SEHALA....

flower pemenang anugerah nobel keamanan sejagat berkata...

ooo.......

Tanpa Nama berkata...

Salam, sebenarnya konsep "merakyatkan perkhidmatan awam" bukan sahaja terletak kepada kakitangan bawahan tetapi kepada pihak Pengubal dasar terutama Ketua Jabatan, Kementerian dan Perkhidmatan Awam.

Kalau kita lihat terdapat 6 prinsip merakyatkan perkhidmatan awam namun jika dikaji semula apa yang rakyat perlu dari perkidmatan kerajaan. Bukan sahaja kita mampu memberi perkhidmatan terbaik tetapi cara kita bekerja dari jam 7.30 (WP1) hingga 5.30 (WP3).

Kenalpasti Jabatan dan Kementerian yang berurusan dengan orang ramai dan memberi perkhidmatan kerajaan. Sistem penyampaian yang sistematik perlu dilaksanakan kepada jabatan dan Kementerian yang telah dikenalpasti. Rakyat atau orang awam mempunyai urusan dengan pihak kerajaan tanpa mengira masa namun yang menentukan masa adalah kakitangan kerajaan.

Bagi Jabatan /Kemenetrian yang berurusan secara langsung dengan rakyat/orang awam, sistem waktu fleksibel perlu diperkenalkan iaitu pertukaran kakitangan bekerja pada waktu rehat seperti mana yang dilaksanakan oleh Pejabat Pos, JPJ dan seangkatannya. Namun masih ada lagi yang mengambil kira waktu rehat 1.00 hingga 2.00 (tetapi memulakan tugasan dengan orang ramai jam 2.30 petang). Sebai contoh adakah kesihatan seseorang boleh ditunda sehingga jam 2.00 petang?

Perkara sedemikian harus diberi penekanan dalam merakyatkan perkidmatan awam. Apabila perkhidmatan kerajaan yang diberikan bagus dan cekap tanpa mengira masa, sebarang penambahan kos dalam pelaksanaan perkhidmatan awam tidak akan menjadi isu di mata rakyat kerana kepuasan dalam perkhidmatan diterima.

Jika kita lihat sekarang penguatkuasaan (turun padang ) hanya berlaku apabila wujud isu dalam media massa. mengapa perlu diwujudkan isu sedemikian terlebih dahulu baru diadakan tindakan sedangkan itu adalah tugasan dalam perkhidmatan kerajaan.

Sebenarnya berdasarkan konsep di atas, banyak perkara perlu diteliti oleh Ketua jabatan/Kementerian dalam merealisasikan maksud berkenaan. Bukan sekadar mengamalkan 6 prinsip berkenaan sahaja tanpa memikirkan cara dan corak pelaksanaan.

mengapa Dasar Kerajaan gagal dilaksanakan?

Dasar diperkenalkan bagus namun cara dan kaedah pelaksanaan oleh pihak pelaksanaan (Jabatan/kementerian) tidak melihat apa yang tersirat hanya melihat kepada apa yang tersurat pada dasar berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Gagal kerana memilih PA yg tak layak; asyik pilih yg guna KABEL.Akhirnya penganas, perompak, penagih dadah pun dilantik ke jawatan tetap PA. INILAH SALAH SATU PUNCA BIBIT2 KELEMAHAN DAN PENYELEWENGAN MULA DITANAM HINGGA SKRG TLH BERBUAH/MENDATANGKN HASIL YG KITA TGH ALAMI. Buatlah kerja salah maka hasilnya tetap salah.

Tanpa Nama berkata...

Malas adalah salah satu puncanya. Bukan tak pandai maka tak hairan pihak penjajah pernah melabel org kita sebagai pemalas. Memang pemalas pun tapi amat rajin mendesak/meminta kerajaan naikkan gaji dan gred. Seolah2 gaji lebih penting hingga mengabaikan tangggungjawab yg menjadi punca pendapatan mereka. Waktu pejabat bermula jam 8:00 pg tapi berapa ramai yg memulakn kerja pd masa berkenaan setiap hari? Balik sepatutnya 5:00 ptg tapi jika kita ke pejabat kerajaan jam 4 dah hampir semua kaunter dah nak tutup. Jln raya dah sesak mulai jam 4 juga. Apa2 pun polisi baik yg kerajaan nak buat tak akan berjaya selagi pelaksanaannya lemah.Rehat setengah jam tapi kekadang berlarutan hingga sejam. Apa ni semua????? TENTULAH MALAS BEKERJA CUMA NAK GAJI BUTA BUKAN BODOH TAPI BIJAK MENIPU....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

MANUSIA ITU PELBAGAI, BERBEZA PENDAPAT @ PANDANGAN/ CARA BERFIKIR/BERCAKAP/MENTAFSIR DSBGNYE....
ANDA KENA TERIMA HAKIKAT, TIDAK SEMUA ORG BERFIKIR SEPERTI ANDA....
KITA BUKANNYA SEPERTI SUNGAI YANG MENGALIR SEHALA....

Khamis, Januari 23, 2014 7:41:00 PTG

--------------------------

TETTTTTTT! NKO SALAH SAMA SEKALI!
ADE SUNGAI YG MENGALIR 2 HALA:

http://en.wikipedia.org/wiki/Hudson_River