SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Januari 2014

ZAINAL RAHIM TKP PERKHIDMATAN AWAM (OPERASI) JPA BAHARU

Bernama
15/1/2014




KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang baharu berkuat kuasa 13 Jan.
Menurut kenyataan JPA di sini Rabu, Zainal Rahim, 57, yang mempunyai pengalaman luas selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam menggantikan Datuk Dr Ismail Alias.

Dilahirkan pada 24 Ogos 1957, Zainal Rahim merupakan anak jati Perak dan berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984 dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam jabatan kerajaan.

Antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Ketua Penolong Pengarah di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang.

"JPA juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Ismail Alias atas sumbangan yang diberikan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada ke orang kisah ko nak bersara?

Tanpa Nama berkata...

XDA DEGREE, KEPANDAIAN MENDESAK DAN MEMINTA-MINTA KERAJAAN NAIK GAJI ADA....

Tanpa Nama berkata...

selagi makhluk bergelar PTD la yang isi jawatan2 sebegini, jangan harap la ada apa2 pembaharuan dalam perkhidmatan awam.

jawatan2 ni untuk melengkapkan laluan kerjaya puak PTD ni je. bukan ada fungsi apa pun.

Tanpa Nama berkata...

Ceupacs sepatutnya mencadangkn agar jawatan PTD dimansuhkn. Pengalaman dan teori lebih penting drpd teori semata2. Oleh itu, budak PTD apa ada pada mereka yg baru setahun jagung bekerja tapi dah menjadi ketua jabatan sdgkn ramai kalangan pegawai dlm sesuatu jabatan itu jauh berpengalaman dan berprestasi tinggi utk dilantik menerajui jabatan. Sekurang2nya jgn beri 'fast track' kpd mereka yg sememangnya xadil; baru sepuluh tahun bekerja dah dpt gred M52/M54.

Tanpa Nama berkata...

Puak-puak ni, (PTD) pergi ke sesuatu jabatan, baru nak belajar. Pergi dengan 'zero' terus jadi Ketua Jabatan. Orang bawah yg bukan PTD, w/pun ada pengetahuan dan kelulusan tetap tidak boleh naik... Inikah Transfomasi perkhidmatan Awam. Cuba renungkan..

PANGKAH LAGI! berkata...

ptd adalah pendokong kuat kerajaan persekutuan barisan nasional. selagi bn menjadi kerajaan persekutuan, selagi tu la ptd tu tetap membolot segalanya.

nak tumbangkan ptd? tumbangkan kerajaan persekutuan sedia ada tu. kalau PR menjadi kerajaan persekutuan, percayalah, ptd akan berkubur.

akhir kata, PANGKAH LAGI! RASAKAN!

Tanpa Nama berkata...

Ada kami hairan..!! Kau sape, PTD kea..ada kami kisah..

Tanpa Nama berkata...

Apo nak dikato......selagi ada nama PTD dalam PA...selagi tu le untung untuk dia orang je......apa kato kasi jumud je jawatan lain bagi je semua tu pada PTD.Kan dia orang tu serba tau...macam profesor serba tau.

abu hurairah berkata...

Kesian anak bangsa bergaduh macam ni, tidak habis-habis berdengki. Adik beradik bergaduh rebutkan tanah makayah sedangkan kalau usaha sendiri masing-masing mesti dapat lebih. Penjawat awam bergaduh dengkikan sama sendiri, kerajaan dah sediakan pelbagai kemudahan, pergi sambung belajar atau mohon bantuan berniaga, insyallah tidak perlu berdengki lagi.

Bersatulah..sejarah dah ajar "orang" lain senyum suka tatkala kite hancur apabila saling berdengki..takkan bila putrajaya ni dh diambil alih, perkhidmatan awam dah dikecilkan dan kakitangan diberhentikan baru nak sedar?

tinggal kerajaan je masih buka pintu, boleh syarikat2 besar tu buka peluang kepada orang yang tak pandai cakap bahasa dia?

di negara mana kite berdiri sekarang ni sebenarnya??