Bernama
2010/06/22
ALOR SETAR: Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) meminta kerajaan mewujudkan elaun khas kepada pemandu jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berasaskan beban tugas yang ditanggung mereka. Presidennya, Salimin Ayed, berkata ketika ini tugas itu dipikul anggota bomba kerana JBPM tidak mempunyai pemandu khas bagi "Ini tidak adil bagi anggota yang memandu jentera kerana mereka terpaksa mengendalikan jentera dan juga menjalankan tugas hakiki, tetapi gaji yang diberi sama dengan anggota lain yang tidak diberikan tugas membawa jentera," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, mereka yang ditugaskan memandu jentera juga bertanggungjawab ke atas semua peralatan yang ada termasuk mengendalikan pam bomba selain memastikan kebersihan dan keselamatan jentera. "Dengan adanya elaun khas itu, anggota bomba yang ditugaskan memandu akan lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang kerosakan pada jentera yang bernilai lebih RM1 juta itu," katanya. Mengulas isu berkaitan, Salimin juga memohon kerajaan menyemak semula skim gaji yang diberikan kepada anggota bomba. "Anggota bomba dan petugas kerajaan yang lain mempunyai skim gaji yang sama sedangkan tuntutan tugas berbeza," katanya. Selain itu, katanya, tugas seorang anggota bomba lebih berisiko berbanding sebahagian besar penjawat awam lain yang hanya bekerja di pejabat. - BERNAMA

5 ulasan:
kerja PPM lebih berisiko tinggi. mana tau kalo tong gas meletup tiba2, budak2 mgamuk tiba2, eloklah naikkan elaun khas kami RM1000 br padan kesysahan kami
lu pikir la sendiri.kami bukan keja dalam opis mcm org len.kehidupan kami sentiasa berdepan dengan bahaya.stiap operasi yg kami hadiri sdikit sbanyak dah ble menambahkan lagi risiko untuk kami mendapat sakit2 yg lain slepas pencen nt.
kalu tuan2 YB2 & sesiapa sj yg tbaca ulasan ni.jgn pndang hasil ulasan ini hanya kerana kami bkn dr golongan kelulusan yg tggi.tp fikir dan ptimbangkan lah pmintaan kami ini.kalu tiada bomba jgn ingat malaysia akan ada pelabur asing yg akan masuk berdagang.jgn fikir kapal2 besar berani masuk kepengkalan dan lapangan terbang kita.itu suma memberi hasil pada negara.tapi berbaloi kah pada kami yg btanggung jawab untuk menjaga dan mengawal negara dari segala kemungkinan bencana yg akan berlaku.kalu pembaca rasa pendapatan kami hari ini amat berbaloi.mmg dah xda otak la anda semua,n dah hilang akal.bayangkan ,rumah tebakar org lari,kami pergi shampir mungking kedalam tmpat api.pikirxfikirxfikirxfikirxfikir dan fikirkan scukup2nya.sekiranya celaka yg datang pada kami.apakah cukup dgn pencen yg ada utk menanggung anak2 yg sedang membesar.
Ape yang berlaku hari ini adalah bukan kesalahan anggota atau pihak atasan tapi ape yang berlaku adalah kesalahan kesatuan yang tidak telus dalam memperjuangkan nasib anggota sendiri,mereka lebih mementingkan pangkat diri sendiri dari memperjuangkan hak anggota dan mereka kena ingat bayaran yuran yang diamanahkan kepada mereka jika tidak dihalalkan akan dibawa ke mati jawapannya neraka. Tak payah pakai taitle haji ke lebai ke kami doh kenal kesatuan hari betul2 menipu anggota samalah dgn pihak atasan,saya mahu tanya berapa byk bhg BKK, bhg Pencegah dan Penyiasatan menyaman,menyita bangunan atau kilang?lu pikir sendiri ahh.Kalu saya tanya berapa banyak rumah dapat dipadamkan,berapa byk nyawa dapat diselamatkan tgk bilangan negeri masing2 tapi kita tetap komitend terhadap tugas demi org awan cuma pihak atasan dan kesatuan saje yang punyai rasa dengkikhainat terhadap anggota sendiri.Kepada OC balai dan KP harap kerja SIGN je lah tapi mu ingat pencen nanti tak dok org akan hormat ke'mu,mu mati kege pakai case ahh gali.
Perjuangan yang belum selesai bagi kenaikan gaji kami Bomba Malaysia sepatutnya tiada noktah&isu ini semestinya sentiasa dibangkitkan oleh pendekar2 yang penuh ilmu didada dan dengan bijak mendapatkan hasil yang akan mengukir senyuman&ungkapan syukur kami..Kami sentiasa berada bersama pahlawan2 yang ikhlas melakukan pengorbanan perjuangan ini.Moga segala usaha akan perolehi ganjaran pahala yang berterusan,inshaallah.BANGKITLAH...TAKBIR..SALAM AIDILADHA.Cabarlah diri anda menyahut seruan ini,moga dipermudahkan..Assalamualaikum.
Catat Ulasan