SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 September 2010

KESATUAN WARTAWAN TURUT MEDIA LEBIH TERBUKA, BEBAS

Bernama
16/9/2010



Kerajaan perlu membenarkan media mengambil sikap lebih terbuka dan bebas mendebatkan sesuatu perkara termasuk isu sensitif, untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada semua pihak, kata Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia Norila Daud.

Beliau berkata NUJ percaya langkah tersebut mampu melahirkan rakyat yang berpengetahuan dan menghargai perbezaan pendapat itu sebagai satu asas penting yang membolehkan negara mencapai kemajuan setelah 53 tahun merdeka.

"Adalah lebih sihat perkara yang walaupun dianggap dan diklasifikasikan sebagai sensitif, diperjelaskan dan diperdebatkan dalam media dengan cara beretika, daripada membiarkan rakyat mengambil tindakan sendiri kerana tidak mendapat gambaran jelas serta maklumat tepat mengenai sesuatu perkara itu.

"Kebebasan pembaca untuk berdebat dan memberi pandangan mengenai sesuatu isu tidak boleh disekat di akhbar-akhbar yang dikawal oleh Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berikutan keterbukaan dan kebebasan mereka berbuat demikian di portal-portal dan akhbar online," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong bahawa kementerian itu akan merangka garis panduan penerbitan baru, Norila berkata ia akan menjadikan akhbar yang dikawal akta berkenaan tidak lagi relevan, dan secara perlahan mampu membunuh industri persuratkhabaran itu sendiri.

"Dengan ini, NUJ berpendapat sudah sampai masanya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dipinda supaya penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah.

"NUJ juga berpendapat pihak yang mengancam ketenteraman awam dan menjejaskan keharmonian rakyat menerusi penulisan dan penyiaran, mesti didakwa di bawah undang-undang sedia ada, bagi membolehkan mereka membuat pembelaan diri di mahkamah," katanya.

Semalam, Lee berkata garis panduan baru itu dirangka bagi memastikan penerbit memahami tanggungjawab serta peranan mereka sepenuhnya.

Katanya, antara perkara yang perlu dilakukan penambahbaikan ialah memperjelaskan dengan lebih terperinci peraturan dan syarat permit serta peruntukan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Norila berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya penerbit atau akhbar tertentu menghurai dan memberitahu pembaca tentang keadaan sebenar jika berlaku gangguan terhadap mana-mana agama, budaya atau tatatertib oleh pihak yang tidak memahami sensitiviti sesuatu kaum.

"Menggunakan isu sesuatu berita dan rencana itu boleh membawa kesan kepada keselamatan dan ketenteraman awam, tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan hari ini sebagai syarat untuk mengetatkan dan mengawal penerbitan berita.

"Kekayaan budaya yang dilahirkan daripada kepelbagaian bangsa, agama dan keturunan di negara ini tidak akan menuju ke satu tahap kemajuan, sekiranya kementerian terus menggunakan akta itu sebagai alasan untuk mengetatkan syarat-syarat penerbitan sehingga menyukarkan penyaluran maklumat sebenar," katanya.

--Bernama

2 ulasan:

MRS KATHY HALL berkata...

Perhatian:
Adakah anda sedang mencari SYARIKAT PINJAMAN KEWANGAN untuk memberi anda pinjaman antara 5,000 Euro dan 5,000,000 Euro (untuk pinjaman perniagaan atau syarikat, pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman penyatuan hutang, modal teroka, pinjaman penjagaan kesihatan, dan lain-lain)
Atau adakah anda telah dinafikan pinjaman dari bank atau institusi kewangan kerana satu sebab atau yang lain?
Memohon sekarang dan dapatkan pinjaman kewangan sebenar yang diproses dan diluluskan dalam masa 3 hari.
SYARIKAT PINJAMAN KOPERASI METODE LIMELIGHT, kami adalah "Pemberi Pinjaman Kredit Beriktiraf Antarabangsa" yang memberikan PINJAMAN KEWANGAN kepada individu dan syarikat dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2% dengan kad pengenalan anda yang sah atau pasport antarabangsa anda untuk pengesahan.
Pembayaran balik pinjaman kami bermula 1 (Satu) tahun selepas anda menerima pinjaman anda, dan tempoh pembayaran balik adalah antara tempoh 3 hingga 35 tahun.

UNTUK TANGGUNGJAWAB SEGERA DAN PEMPROSESAN PERMINTAAN PINJAMAN ANDA DENGAN 2 HARI KERJA,
Hubungi kami terus melalui e-mel ini: methodistcooperativeloan@gmail.com


Hubungi kami dengan maklumat berikut:

Nama penuh:____________________________
Amaun Diperlukan sebagai Pinjaman: ________________
Tempoh Pinjaman: _________________________
Tujuan Pinjaman: ______________________
Tarikh lahir:___________________________
Jantina: _______________________________
Status perkahwinan:__________________________
Alamat:_______________________
Bandar / Kod pos: __________________________
Negara: _______________________________
Pendudukan: ____________________________
Telefon bimbit:__________________________

Hantar permintaan anda untuk memberi respons segera kepada: methodistcooperativeloan@gmail.com

Terima kasih.
Puan KATHY HALL
Pengarah.
SYARIKAT PINJAMAN KOPERASI METODE LIMELIGHT
E-mel: methodistcooperativeloan@gmail.com

WilsonTradesZone berkata...

Trading with Wilsontrades has been the greatest thing that ever happened to me, I so much appreciate him for his good work over investors for granting us the opportunity to earn income weekly through their Investment platform I invested 1500 Euros after 7 days i received 15,350.00 Euros profit,you can invest as low as 200 euros to earn 700-900 euros weekly I am happy I am putting more I can't say less about this platform they have been so amazing. If you want to start making profit on crypto investment today contact on Whats-app: +27633586789 or email: wilsontradeszone@gmail.com