SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 September 2010

KETERBUKAAN MINDA MAMPU JAYA AGENDA NEGARA: PM

Berita Harian
22/9/2010




PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, penjawat awam perlu mengamalkan keterbukaan minda dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan keadaan semasa untuk memastikan matlamat dan agenda kerajaan tercapai.

Perdana Menteri berkata, nilai itu perlu ketika kerajaan menghadapi cabaran yang besar untuk mencapai matlamat dan agenda menerusi empat tonggak utama iaitu konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). "Ini (keterbukaan) ada kaitan dengan konsep rumah terbuka (Aidilfitri), iaitu keterbukaan dari segi pemikiran dan kaedah yang kita guna sesuai dengan keadaan semasa. "Kita tidak bergantung kepada tambahan peruntukan semata-mata, tetapi mengamalkan konsep pengurusan nilai (value management) dalam kerajaan," katanya berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Najib berkata, penjawat awam perlu berupaya memastikan matlamat sesuatu projek pembangunan dapat dicapai dalam keadaan peruntukan yang kecil.

Beliau berkata, produktiviti juga boleh ditingkatkan tanpa perlu melihat kepada pertambahan jumlah kakitangan sebaliknya bergantung kepada kakitangan dan pegawai sedia ada.
"Kita tidak perlu melihat jumlah aktiviti (yang dilaksanakan) tetapi (mengutamakan) keberhasilannya. (Malah) kita tidak wajar melihat kepentingan jabatan kita saja sebaliknya keperluan kerajaan secara keseluruhan," katanya.

Mengenai tradisi rumah terbuka Aidilfitri, Perdana Menteri berkata, ia adalah sesuatu yang unik dan wajar diteruskan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Smlm Idris Jala dalam pembentangan ETP telah mensasarkan 92% penyertaan swasta dalam tranformasi yang juga melibatkan GLC dalam rangka serta sasaran masing2

PM berkata sikap keterbukaan oleh penjawat awam ini perlu direalisasikan dalm berhadapan cabaran tranformasi tersebut, katanya lagi kita tidak perlu melihat jumlah aktiviti yang dilaksanakan tetapi keberhasilannya, malah kita tidak wajar melihat kepentingan jabatan sahaja tetapi keperluan keseluruhan kerajaan.

Memang benar apa yang dikatakan beliau itu kerana ada sebahagian jabatan masih bersikap sedemikian ini menyebabkan lemahnya dalam proses sistem penyampian yang lebih berkesan.

Sebagai contoh pejabat2 daerah dalam pentadbiran negeri masih bersikap kita-kita dengan hubungan pejabat persekutuan, contoh spt pejabat tanah daerah dengan proses sistem penyampaiannya banyak krenah yg perlu dihadapi oleh pejabat persekutuan sementara pejabat ukur pula telah membangunkan amalan standard yg telah digunakan seluruh m'sia sementara pejabat tanah daerah masih mengekalkan amalan yang berlawanan yg telah diujudkan sperti daftar hakmilk, pembangunan tanah dsb.
Semangat kita-kita dari pejabat2 negeri ini perlu diorentasikan kepada semangat 1 m'sia dengan amalan sistem penyampaian yang standard dan berkesan bagi menjayakan seluruh struktur pembangunan negara sekiranya tranformasi ini untuk dijayakan.