SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Mei 2011

MAKLUM BALAS AKHBAR : "KADAR ELAUN TIDAK MEMADAI"

JPA
12 Mei 2011


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat Kakitangan Kecewa, Serdang Selangor bertajuk “Kadar Elaun Tidak Memadai” bertarikh 30 April 2011 yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa Elaun Perumahan Wilayah (EPW) merupakan salah satu daripada enam elaun dan kemudahan yang diberikan kepada pegawai yang bertukar wilayah. Elaun dan kemudahan ini adalah merupakan tambahan kepada saraan pegawai. Elaun dan kemudahan ini diberi kepada kedua-dua kumpulan pegawai sama ada mereka yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan berkhidmat di Sabah atau Sarawak atau sebaliknya.

Untuk makluman, prinsip pemberian EPW adalah sebagai bantuan perumahan dan bukannya berdasarkan rent in lieu. Kadar EPW adalah berpandukan kadar sewa rumah mengikut negeri dengan mengambil kira bahawa EPW merupakan suatu elaun bantuan perumahan, maka penetapan kadar EPW dibuat berdasarkan kepada 90% daripada kadar sewa pasaran mengikut lokasi yang diperakukan oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia. Jabatan ini mengucapkan terima kasih di atas cadangan tersebut dan akan memberi perhatian ke atasnya bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
12 Mei 2011

29 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

".. bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan".
Jawaban skima ..

bbbsttt .. bbbnnnngggg
nah ambil ***tut aku.

Tanpa Nama berkata...

ITP bagaimana nie.....kawasan bandar mana ada sewa kadar RM180......fikir2lah...klu naik RM300/RM350 kira oklah sikit

Tanpa Nama berkata...

kalau nak senang ko beli la khemah dan pacak depan opis...tu pun nak ajar ke?nak lagi free ko duduk bawah jambatan je anak beranak..RM180 tu leh ko buat beli rokok..

BAKAL PEMILIK CARAVAN berkata...

NI AKU SURVEY SEWA RUMAH DITEMPAT AKU (KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UTARA):

1) SEWA RUMAH KAMPUNG RM200-RM250 SBLN (ITU PUN BERGANTUNG KEPADA CONDITION RUMAH, ATAP BOCOR, TANDAS DILUAR, SILING PECAH, ULAR PUN BOLEH MASUK RUMAH DLL)

2) SEWA RUMAH KOS RENDAH RM280-RM300 SBLN (YG MURAH LG PUN ADA, TAPI RUMAH MCM RUMAH HANTU!!!)

3) SEWA FLAT RM350-RM500 SBLN (PUN BERGANTUNG KEPADA CONDITION RUMAH TU)

4) SEWA APPARTMENT RM400-RM550 SBLN

5) SEWA RUMAH KOS SEDERHANA RM400-RM550 SBLN

6) SEWA BILIK RM180-RM250

MACAMANA TAK MAHAL? KALAU NILAI PASARAN RUMAH HARI INI SEMUA TINGGI2 BELAKA. HARGA RUMAH BAWAH RM130K MEMANG DAH TAK ADA...OF COZ KADAR BAYARAN BALIK PINJAMAN BANK TINGGI (RM500-RM1000).

LEPAS NI, SAYA SYORKAN SEMUA PA BELI CARAVAN...X PERLU BAYAR SEWA, X PERLU BAYAR LOAN, X PERLU BAYAR CUKAI TANAH, CUKAI PINTU, BIL ELEKTRIK, BIL AIR...PASTU KITA PARKING DKT PEJABAT. TENGAHARI BOLEH BALIK KE CARAVAN. MAKAN TENGAHARI & SOLAT. KALAU NAK MANDI, KITA CURI JER AIR PAIP DKT MANA2..

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi ke kawasan bandar mcm kl, putrajaya, penang, jb sewa rumah atau bilik RM180?

Tanpa Nama berkata...

lawak plak baca komen kat atas ni, apa2 pun mmg saya sokong awak punye komen ni mmg btul tambahan saya tinggal kat pulau lg la trasa sewa rumah yg mahal....

Tanpa Nama berkata...

tukar kerajaan nnti... damn..

Tanpa Nama berkata...

jawapan yg silap...klu ikut apa yg dia ckp 2....klu elaun rumah ikut lokasi n harga sewa 90% adalah sewa umah luaq bandar pun mahai gak ....mna leh ikut elaun wilayah...bgi elaun semua sama n harga sewa setiap penjawat awam.baru adil baru konsep 1 malaysia...

Tanpa Nama berkata...

kalau nak beri alasan pun logik lah sikit,kau cari lah rumah yang sewa 180 sebulan sekarang,besar kandang ayam pun cecah 300,tang kemampuan kerajaan sampai bila nak mampu sampai kendong tilam bantal kat opis tidur kat pantry ataupun bilik meeting kerajaan akan kata tak mampu

Tanpa Nama berkata...

udah dapat elaun tambahan rm 700++ pun tak besyukur lagi yang lain dapat rm180 ja pun steady ja lagi. babal banar kau ani

Tanpa Nama berkata...

bungol ikam....

Tanpa Nama berkata...

aku ada idea...macam mana kalau kerajaan malaysia benarkan orang awam miliki caravan...bas persendirian yang diubahsuai untuk dijadikan rumah atau lori kontena di buat rumah sekali dengan kepala lori diletakkan dalam skim pinjaman perubahan mobile....hahaha....pada masa sama kenderaan pun ada...rumah pun ada...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

kan senang kita bermalam ja di ofis.. acon ada, kipas, ada elektrik free, air free ada astro lg mcm2 ada hehehe.. kos tambang takda, cuma perlu fikir apa nak makan je hehe.. ok tak idea aku..

Mulut Bisa berkata...

bayangkan PM ada rumah kerajaan yang berharga berjuta juta ringgit. tempoh hari renovate rumah dia 65juta ringgit.. tetapi PA pulak duduk rumah sewa dan dapat elaun 180 je.. begitu besar jurang PM dengan PA. 65 juta duit renovate rumah PM boleh buat satu taman untuk PA.. hampe.. menteri kewangan memang penipu besar.. cakap tak de duit, tapi berita mengatakan ekonomi bertabah kukuh.. sial betul. rakyat yang berkuasa di negara ini.. PM dipilih oleh rakyat..ingat pilihanraya dah dekat.. cepat cepatlah insaf dan bagi kenaikan gaji..

palakoq berkata...

amaran terakhir..kalau x bg penyelarasan gaji tahun nih..PA2 akan bunuh diri..muahahah!!

HantuKupek berkata...

aku pernah cakap dengan wanita jepun yang menetap di sini. dia kata di jepun, kerajaan sedia kuarters untuk SEMUA kakitangan kerajaan. di sini hanya PA tertentu dapat kuarters. ada pulak kuarters terbiar yang jadi kuarters hantu. inilah beza bangsa maju dengan bangsa baru belajar nak maju. bentuk layanan terhadap pekerja adalah satu ciri ketamadunan sesuatu bangsa.

Tanpa Nama berkata...

leceh..da beli rumah dkt bandar,tetiba kne tukar tmpt keje dkt luar bandar lak..nak kne cari umah sewa pulak..kne tanggung 2 bayaran bulanan utk umah sendiri n umah sewa lak..nak sewa kan umah di bandar,xboleh lak..isteri dan anak2 berada di bandar..nak ajak mmbr di tmpt keje myewa skali,xboleh gak coz depa semua da ada rumah sendiri bdekatan tmpt keje..adoi,basic gaji abis dok bayar umah yg isteri duduk je di bandar tuh(rm850)..duit cola n elaun sewa umah di buat utk bayaran sewa rumah bdekatan tmpt keje(rm400)..baki yg tinggal bp je kalo gred 17 ni?sib baik bini dok tanggung mkn minum sendiri n anak skali dgn bil2 keperluan n persekolahan n loan kete..adoi..

Tanpa Nama berkata...

Diharap dapat memberikan perhatian terhadap penjawat di gred 41..sekiranya ETP gred 40 dan ke bawah dinaikkan ke RM350, maka ia adalah lebih tinggi daripada ETP gred 41 iaitu RM250. Diharap, janganlah penjawat gred 41 ini dipinggirkan kerana kami juga penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Tuan Haji Najib berkata...

Ingat tue!! bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Nak bagi RM 111 juta dekat PERMATA!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya gred 44 bertukar dari sabah ke kl dgn ITP sejumlah RM600. sebelum ni dapat lah itp RM250. Jadi xtra rm350 tpi itu langsung x dpt membantu. pendapatn makin berkurangan

Sewa rumah kat KL mana lah dpt RM600. Klau bilik dapat lah RM450. Kami ni dtg bawa famili, x kan nak berlonggok dlm 1 bilik

Nak ambik penilaian Jbt Penilaian....jgn harap! Guna kaedah lapuk buat penilaian. Semua org tau penilaian jbt tu x boleh pakai langsung. Klu banding dengan jurunilai swasta yg bertauliah seperti CH Williams, bikin malu sja

Kena lah pakai harga pasaran. Klu nak bt perolehan bekalan, penjawat awam disuruh buat tinjauan pasaran. Mgpa yg ini x pakai pulak? Klu x nak pakai tinjauan pasaran......buka lah newspaper tu, kan byk iklan rumah nak sewa. DAPAT SEWA RUMAH KAT KL DGN RM600?

Boleh la klu dekat sg buloh, tempat2 yg jauh tu, jam separuh mati, tol sini sana!

Kdg2 nak cakap dgn org jpa ni bukannya diorang dgr. Cuma blh dipuji, SATU sahaja............ penetapan EPW bgi peg yg bertukar dri sem. ke sabah tu adalah amat tepat sekali dan mengikut harga pasaran sewa disitu.

Mungkin kerana mereka ni tak pernah rasa menyewa di KL, jdi mereka ni lost sense of pertimbangan.

so, tlg la dgr rintihan peg dri sabh & sarawak yang bertugas di semenanjung

Tanpa Nama berkata...

apa yg berkira sgt psl itp ni... rsny klu kjaan fix kn sume org dpt sama nilai pn ok apa... sng2 bg je la rm750 tuk sume kakitangan kjaan... **it

Tanpa Nama berkata...

apa kata kerajaan naikkan semua cukai termasuk petrol dam lain2. Sudah tentu akan meningkatkan pendapatan negara dan sekaligus menaikkan lagi kadar kemiskinan serta papa kedana rakyat akibat kenaikan yg tidak sepatutnya. Terima kasih kpd kerajaan kerna selama ini banyak menyusahkan kami. Jasamu akan kukenang sampai mati. Saban tahun pasti ade yg naik....Itu semua untuk menaikkan lagi poket2 jerung2 besar yang ternganga luas. Nak naikkan elaun pun susah..tapi bila buat projek2 mega, berbilion2..bole plak. Tak patut....

Tanpa Nama berkata...

penyelarasan gaji lebih utama dari elaun..pencen besar la.. kami dengar ade gaji org atas jejak RM 20,000++ tak masuk elaun lagi.. jgn bazirkan duit rakyat ooii..bile nak laksanakan tugas org bawah juga yg buat ..ape cite da..

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs dengar kah rintihan kami ni ya? Apa lah guna cuepacs wujudkan blog ni kalau langsung tak cakap apa-apa pun, atau komen atas ulasan yang ditinggalkan kat sini.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan atau cuepacs... same je... makan la kenyang2... tido selesa... kete beso2.... nnt kt akhirat tanggung sndiri la.... syurga dunia kan.... :)

Tanpa Nama berkata...

kau orang ni mengada-ngada sangat la. Dapat elaun tu kira untung la. Pekerja swasta punya seksa korang tak nak pikir pulak macamane.Kita org lagi langsung tak dapat apa-apa,bayar je lebih.

Tanpa Nama berkata...

Sewa di Bandaraya Johor Bahru mahal....kos hidup di Johor Bahru mahal... (mohon naikkan elaun perumahan wilayah di JB)

Tanpa Nama berkata...

kejaan tau ke.... atau wat tak tau.. ada kakitangan duk tidur merata...muahaha.. duk tidur menyewa bilik ngan kawan... tidur alas tikar je bantal buruk sebijik, bag pakaian duk sebelah(macam pelarian) org atas mana ada rasa. bini/anak kat bandar lain... umah sana nak bayar(abih duit cola tu pun kene tambah lain sikit)...sini bayar sewa bilik (guna elaun umah)....baik tukar nama elaun umah ke elaun bilik sahaja... hakkkkk muahahahah kan bagus tak payah nak putar belit...

Tanpa Nama berkata...

saya harap kerajaan jangan lupa dengan perkerja swasta.. mereka tak ada elaun perumahan.. tapi bahang tetap terasa bila gaji dan elaun kakitangan awam naik, harga barang pun naik.. sebab kita sama-sama bayar caj government tax... bayar bil astro pun ada tax juga. tapi semua dimanfaat kepada kakitangan kerajaan saja.