SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Ogos 2011

JUDIN NAIK TURUS II

Berita Harian
Oleh Sazarina Shahrim dan Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my
2011/08/03




KETUA Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (kanan) melihat surat penerimaan jawatan Ketua Eksekutif CIDB oleh Judin pada majlis di Putrajaya, semalam.



BEKAS Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim bersyukur selepas menerima surat tawaran jawatan Ketua Eksekutif CIDB dengan Gred Turus Utama II, sekali gus menamatkan kemelut dua Ketua Pengarah JKR.


Sidang Media (sila klik disini)


Bekas ketua pengarah JKR setuju sertai CIDB


PUTRAJAYA: Kemelut dua nakhoda di Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkompromi dengan menawarkan Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim, gred dan gaji lebih tinggi untuk dipinjamkan kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) sebagai Ketua Eksekutif, berkuat kuasa semalam.
Beliau yang sebelum ini Ketua Pengarah Kerja Raya dengan Gred Jusa A kini dinaikkan ke Gred Utama Turus II. Lazimnya, Ketua Eksekutif CIDB ditawarkan Gred Jusa A.

Berikutan kompromi itu, Judin mengesahkan beliau akan menarik balik saman yang difailkan terhadap kerajaan tiga minggu lalu.

Difahamkan gred yang ditawarkan itu juga lebih tinggi daripada beberapa Ketua Setiausaha (KSU) di beberapa kementerian termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Belia dan Sukan.

CIDB membuat tawaran itu menerusi surat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, bertarikh 22 Julai dan tempoh pinjaman bermula semalam sehingga tarikh akhir persaraan wajib Judin pada 16 Disember 2013.


Abu Bakar yang ditemui pada majlis menandatangani surat penerimaan oleh Judin di sini, semalam, berkata Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bersetuju meluluskan tawaran CIDB dengan gred itu kepada Judin.

“Tanggungjawab besar menanti beliau di CIDB dan kita yakin pengalamannya membolehkan beliau memikul tugas baru ini dengan baik dan berkesan,” katanya kepada Berita Harian pada majlis yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan wakil lima kesatuan sekerja di bawah CUEPACS.

Kemelut jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya timbul apabila Judin dipinjamkan ke CIDB dan tempatnya digantikan Timbalan Ketua Pengarah II, Datuk Mohd Noor Yaacob pada 1 Mei lalu. Bagaimanapun, beliau tidak mengosongkan pejabat, walaupun Mohd Noor sudah menjalankan tugas, sehingga menimbulkan kontroversi.

Difahamkan, pada masa itu, proses peminjaman bercanggah dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008, Bahagian II Perkara 4(a) untuk sektor awam. Pekeliling itu menetapkan peminjaman pegawai memerlukan persetujuan tiga pihak, iaitu peminjam (CIDB), pembekal (JKR) dan pegawai terbabit terlebih dulu, sebelum dikemukakan kepada JPA dan dirujuk kepada SPA yang kemudian mengemukakan cadangan serta mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Di KUALA LUMPUR, Judin yang melaporkan diri di CIDB kira-kira jam 3.40 petang disambut lebih 10 kakitangan dan lima wakil kesatuan sekerja dalam Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bersama CUEPACS.

Ketika ditemui, Judin berkata, gembira kerana kemelut itu sudah berakhir dan percaya ia tidak akan menjejaskan tugas barunya.

“Hari ini, saya terima tawaran itu dan diarahkan untuk bertugas serta-merta. Saya turut ditawarkan dengan gaji baru ke Gred Utama Turus II.

“Saya anggap perkara ini sudah selesai. Fokus saya kini hanya memajukan industri pembinaan yang dapat memberi pulangan lumayan kepada negara,” katanya.

Sementara itu, Omar yang ditemui gembira dan lega kerana kemelut yang meresahkan kakitangan JKR berakhir dengan baik.

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH KEPADA DATO' KERANA BERJAYA MEMPERJUANGKAN HAK..

ELAUN TETAP KERAIAN = RM 5100.00

ITKA =RM 3000.00

Bayaran Bantuan Menyelenggara Rumah = RM 3000.00

Gaji Asas = RM 9483.65 - RM 13659.07

Dan beberapa elaun lain seperti
Bayaran bantuan orang gaji.
Kemudahan kenderaan Kerajaan.
Bayaran bil elektrik, air dan telefon.

Utusan Malaysia berkata...

PA akan diberi bonus sebanyak RM 500.00 sebelum raya dan RM 500.00 lagi akan dibayar hujung tahun.

Tanpa Nama berkata...

besarnye pendapatan..!! besar jugalah jawapannye di hadapan ALLAH SWT..

Tanpa Nama berkata...

Stuju. Emolumen yang diperolehi perlu disertai dengan tanggongjawab.
Tanggongjawab di dunia dan tanggongjawab di Akhirat !!!!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Felda dah dapat RM400 seorang.
Kita PA camno???
buet habih boreh cupec ...

Tanpa Nama berkata...

Felda dah dapet oh, bila lagi PA dapat bonus ini. barang makin naik, Ikan kembong dah RM 16 Sekg, macam mana hendak hidup oh, .....

Tanpa Nama berkata...

senangnya depa selesai kemelut tu.bagi gred lebih tinggi beres. yang kita ni Juruteknik minta gred lebih tinggi dah lebih 25 tahun habuk pun tak dak. Taik kucing punya JPA

Tanpa Nama berkata...

kedai runcit 1 malaysia ade..
belilah kat sana..murah le..siap diskaun lagi 70%..ape tunggu lagi..rebutlah peluang nie..

Tanpa Nama berkata...

Gred Rendah gigit jari saja....hahahahaaa...itulah manusia nampak yg tinggi saja yg rendah mampus.

Ikan bilis berkata...

Lazimnya jawatan tersebut adalah untuk Jusa A.. Kenapa boleh diluluskan untuk Turus II.. Nampak sangat nak jaga jerung apa2 apa pun boleh berubah.. yang peringkat bawahan walaupun ramai tapi x boleh ubah apa2. Tuan2 yang lain sedar x apa yang berlaku sekrg ini...

Tanpa Nama berkata...

rm 500 of d high income pseudo ? haa..haa...my foot!

ntah berkata...

kepada Judin

ntah pepe la dia ni..sekat rezeki orang lain...saman orang tu ini...ish2

Zul Kuala Nerang berkata...

tahniah BN kerana amat ,menjaga kebajikan kakitangan awam. Kita semua marilah syukur terhadap nikmat BN dan teruskan sokongan pada pemimpin UMNO yg amat dikasihi sekelian.

Tanpa Nama berkata...

kepada zul kuala nerang, otak letak dekat lutut! tak paham isu penjawat awam keseluruhan!!! jawatan tinggi makin tebal keraknya. jawatan sederhana tinggi dan rendah, habuk pun tarak!!!

Tanpa Nama berkata...

pegi hanyut la ngan mamat nie... bukan pernah pon bayorkan duit sewa umah ngan duit sewa beli keta aku pon....

sekarang nie aku tak kire la sape mamat nie...

yang aku nak tau... "APA CITE BOUNS NGAN PENYELARASAN GAJI"

ke gov dah angkat semua duit bonus ngan duit yg lain kasi sama najib untuk bikin buat beli rosmah punya cincin lagi satu...

Cucu pesden kupek US berkata...

Kejaan Selangor dah umum duit raya
RM 500, yeeeehaaaa.
ooops aku pulak yang ter over, aku kerja sendiri saja, duit raya hari hari dapat!

Tanpa Nama berkata...

Pengumuman Baru Oleh PM (elaun sara hidup) BERITA BAIK UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN
Labels: Lawak

PEKELILING 11 -barang-barang. Langkah yang serupa disarankan Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-



1. Surat Perlantikan Kerja – Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan – (tempat terakhir masih bertugas)

dan…

80 penutup botol Coca-Cola… … Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja…. kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk…..

Tanpa Nama berkata...

lepas turus 11 turus 1.... pas tu jurus......

Tanpa Nama berkata...

kerling paria mamak ni.

Tanpa Nama berkata...

pada tanpa nama Khamis, Ogos 04, 2011 10:11:00 AM...
kalau dah awal2 ada lebel lawak,sapa yang bangang nak membaca lawak bodo tu....
lain kali edit la dulu sebelum copy paste..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

pada tanpa nama Khamis, Ogos 04, 2011 10:11:00 AM...
kalau dah awal2 ada lebel lawak,sapa yang bangang nak membaca lawak bodo tu....
lain kali edit la dulu sebelum copy paste..

Khamis, Ogos 04, 2011 10:53:00 AM
-------------------------------
whahahahahahhaha

Parklee berkata...

"Kerana gred dan gaji lebih tinggi Judin tarik balik saman kepada kerajaan Malaysia 3 minggu yang lepas?"

Tuan/puan dan kakitangan awam cuba fikir sebaik-baiknya dengan ayat di atas tu.. Saja aku highlight. Bukan nak mengeruhkan keadaan. Tapi,..korang pikirlah sendiri.

Segala-galanya berpunca daripada Menteri Kerja Raya yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia dibawah bawah tampuk Barisan Nasional.

Tanpa Nama berkata...

sorang pun dapat gaji yang banyak.... yang pa ni nak dapat rm100.00 pun susah. x kira la parti mana yang memerintah... semua sama jer.... kita tengok je la...

Tanpa Nama berkata...

kEMELUT 2 NAKHODA JKR DH SELESAI....KEMELUT SKIM JURUTEKNIK PULA MACAMANA....DAH LEBIH 20 TAHUN OOOO...TAK SELESAI LAGI

kassim baharum berkata...

saya yakin pada pilihanraya nanti 90% PA akan tetaop menyokong BN dan UMNO kerana sebab berikut
1. pemimpin adil dan seksama
2. sentiasa membantu rakyat
3. rakyat bijak dan tidak termakan fitnah pembangkang kononnya barang mahal
4. BN sentiasa membayar gaji tepat pada masa
5. kemudahan disediakan oleh BN mmg amat byk seperti internet, higway, elektrik dan paip air

saya mewakili seluruh N22 mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh pimpinan BN dan UMNO agar kamu umurnya panjang diberkati selalu

Tanpa Nama berkata...

cola baru utk tentera dan polis apa cerita, masih yg lama.bonus 500 ok lah ... tapi ingatlah jasa kami nie.. kerja 24 jam cuti kelepasan sehari seminggu .. dlm sebulan 2-3 hari je di rumah..operasi 6-12 bulan tak balik rumah.. cuti umum takde cuti kerja mcm biasa.. come on pls think about us mr.PM ...

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=Kt224G3c6WE&feature=player_embedded#at=46

019-2548279 berkata...

Saya percaya dan yakin pada kassim baharum. Semua Kakitangan awam akan menyokong Barisan Nasional pada masa sekarang kerana terpaksa. Tapi, harus di ingat, menyokong tidak semestinya memihak kepada Kerajaan Barisan Nasional pada PRU-13.
Kakitangan awam sudah masak selepas beberapa mendidih dan menjadi suam dengan apa jua perkara yang berlaku di sektor kerajaan. Hanya kakitangan awam sahaja yang tahu.
Sekian, terima kasih.

judinnajibsamaja berkata...

ini judin banyak tamak punya orang..mintak hang mati kene langgar lori weihh..

Tanpa Nama berkata...

UNTUK MEYEDAPKAN TELIGA JE... BAIK TAK PAYAH MINTA...KERAJAAN BUKAN ADA DUIT SEKARANG. SAUDARA OMAR DAH DAPAT DATUK... KIRA OK LA TU... SEKURANG2 DAPAT.. LEPAS NI JADI SENATOR... TAHNIAH. TENTANG KAKI TANGAN KERAJAAN LAIN PANDAI2LA KAMU IKHTIAR CARI DUIT UNTUK BELI BAJU RAYA ANAK2. TAK APA, BARANG2 SEKARANG MURAH SANGAT2. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH CEUPACS. CUMA KENA INGAT... AMANAT YANG DIBERI PADA KITA HARUS KITA TUNAIKAN DENGAN BAIK DAN IKHLAS. PEMBALASAN ALLAH AMAT MENAKUTKAN BAGI PEMIMPIN YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.. TIDAK AMANAH

cicaktokek berkata...

Tahniah lah J**** ooi... Sepatutnya kau tak terima jawatan tu kalau betul nak mempertahankan hak kamu.(Kerja tu hak kau ke?) Ini baru sorong dengan sikit wang dah termasuk ekor meleleh air liur. Bangang punya orang.

Tanpa Nama berkata...

cinta dunia mcm ni la... dapat jer offer, niat terus berubah...

Overlimit berkata...

Yayayayaya😂😂