SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Oktober 2011

PENJAWAT AWAM SARAWAK BAKL NIKMATI FAEDAH SAMA PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN

Bernama
9/10/2011



KUCHING, 8 Okt (Bernama) -- Penjawat awam yang berkhidmat di jabatan dan agensi kerajaan negeri bakal menikmati faedah yang sama dengan penjawat awam persekutuan iaitu kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun, kenaikan gaji dan pemberian bonus.

Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, bagaimanapun bagi kakitangan yang bertugas dengan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri, ia bergantung kepada kemampuan kewangan serta peraturan GLC itu sendiri.

"Ini adalah keputusan kerajaan persekutuan dan selalunya kerajaan negeri akan ikut sama laksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan kedai roti dan kek, Bakers Talk, di Giant Hypermarket Tabuan Jaya di sini hari ini.

Kini terdapat 16,665 penjawat awam negeri berkhidmat di pelbagai jabatan dan agensi di Sarawak.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak berkata, bagi pencen walaupun penjawat awam tersebut berkhidmat dengan kerajaan negeri, perkara berkaitan dengan persaraan dan pembayaran pencen masih di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Beliau berkata bakal pesara atau pesara perkhidmatan kerajaan negeri akan termaktub dengan segala perubahan polisi pencen sedia ada termasuk kenaikan umur persaraan dari 58 ke 60 tahun dan kenaikan pencen tahunan dua peratus setahun mulai 2013.

Semasa membentangkan Belanjawan 2012 semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam persekutuan dengan kenaikan gaji tahunan ditingkatkan antara RM80 dan RM320 mengikut gred mulai tahun depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan juga mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada 618,000 pesara kerajaan yang dibayar bersama dengan gaji pada Disember ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam menyambut baik Belanjawan 2012 yang memperuntukkan jumlah peruntukan yang tinggi kepada pembangunan luar bandar sekaligus dapat membantu mencapai sasaran kerajaan untuk menyalurkan bekalan air bersih dan eletrik kepada 90 peratus populasi penduduk luar bandar di negeri ini.

Kerajaan persekutuan akan memperuntukkan sebanyak RM5 bilion bagi membangunkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebih komprehensif pada tahun depan.

-- BERNAMA

5 ulasan:

Albert Jubai berkata...

rakyat sarawak amat bangga dengan BN dan menolak pembangkang. setiap rumah panjang emndapat paip air dan elektrik nyatalah BN adalah utusan syurga yang dihantar demi memajukan sarawak,

Tanpa Nama berkata...

saya syorkan sekiranya dipertimbangkan dan adanya keperluan serta kemampuan, berilah peluang penjawat awam yang berasal dari negeri sarawak untuk mendapatkan tambang percuma mengunjungi semenanjung seperti lantikan tahun 1970an.

Tanpa Nama berkata...

Boleh ka beri mcm tu...mcm kalau PA dari semenanjung pulak minta yang sama untuk mengunjungi sarawak...

Tanpa Nama berkata...

Albert Jubai berkata...

rakyat sarawak amat bangga dengan BN dan menolak pembangkang. setiap rumah panjang emndapat paip air dan elektrik nyatalah BN adalah utusan syurga yang dihantar demi memajukan sarawak,

Isnin, Oktober 10, 2011 11:22:00 PM


------------------------

bodoh.. rumah panjang aku sampai sekarang tiada bekalan air bersih & elektik.. nama je dah merdeka tetapi mcm tahun 50-an ja.... mau balik kampung pun kena pakai bot ekspress... dahlah tiada jalan raya... lepas tu kena pakai kereta sewa melalui jalan balak.. itu pun kena caj rm150 untuk 1 perjalanan...

Tanpa Nama berkata...

A. Farmasi
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 3 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 4 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 4 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

B. Pergigian @ Perubatan
Dari Gred 41 kpd Gred 44 => 2 tahun
Dari Gred 44 kpd Gred 48 => 3 tahun
dari Gred 48 kpd Gred 52(pakar) => 3 tahun
Dari Gred 52 kpd Gred 54 => 3 tahun

C. Polis
Dari Konstabel kpd Lans Koperal => tiga tahun
Dari Lans Koperal kpd Koperal => lima tahun

D. Pendidikan
Dari Dga 29 kpd DGA 32 => 10 tahun
dari DGA 32 kpd DGA 34 => 10 tahun
Dari DG41 kpd DG44 => 10 tahun
Dari DG44 kpd DG 48 => 10 tahun

DG48 ke Gred DG52 = 1,228 guru .
Gred Khas C = 72 guru .
DG44 dinaikkan ke Gred DG48 = 6,585 guru .
DGA32 ke Gred DGA34 = 99 guru
JUMLAH yg terima hadiah = 7984 guru..
Guru di M'sia = more than 400 000..

Terima kasih PM kerana prihatin kepada masalah guru.