SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Oktober 2011

SEPAKAT SOKONG BOIKOT MAKAN AYAM

Berita Harian
28/10/2011



2011/10/28 PENINGKATAN harga barang dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini membimbangkan bukan saja golongan yang makan gaji, tetapi juga dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Pendapatan yang diperoleh tidak dapat ditabungkan demi kesejahteraan masa depan mereka. Ini bermakna semakin banyak wang diperlukan untuk membeli perkara asas seperti makanan, minuman serta kos pengangkutan. Wang seolah-olah tidak lagi mempunyai kuasa beli yang kuat. RM50 kini hanya dapat membeli sedikit barang dan perkhidmatan saja. Rata-rata pihak peniaga yang ditanya memberikan alasan kenaikan harga berpunca kenaikan harga pemborong selain peningkatan harga pada peringkat global. Saranan Presiden Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, agar 1.3 juta kakitangan awam memulau barangan tertentu seperti ayam misalnya, adalah satu pendekatan munasabah dan kena pada masanya.

Ia wajar disokong sepenuhnya. Orang ramai juga disaran mengambil langkah sama. Pengguna memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa pengguna permintaan terhadap barang akan menurun.

Pandangan peniaga bahawa jika seorang tidak membeli tidak menjejaskan perniagaan mereka. Hal ini kata mereka selari dengan bidalan seekor ayam tidak berkokok, hari tetap siang juga.

Pada pandangan saya pengguna yang tidak mengambil kalori ayam dalam diet pemakanan tidaklah memudaratkan. Berpuluh-puluh tahun dulu ayam daging tiada di pasaran. Orang kampung makan daging ayam yang diternak sendiri.
Kini selain harga ayam kampung, telurnya juga melambung naik hingga hampir RM1 sebiji. Ramai pula pengusaha mengkomersialkan penternakan ayam dan telur ayam kampung.

Ayam boleh diganti dengan makanan asas lain yang lebih murah seperti ikan dan daging. Namun, hari ini harga ikan dan daging lebih mahal daripada ayam. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan pembelian ayam. Kalau sebelum ini makan ayam seminggu tiga kali kini perlu dikurangkan pengambilannya sekurang-kurang sekali atau dua kali.

Permintaan terhadap ayam meningkat pada musim kenduri kahwin. Justeru, dicadang supaya majlis berkenaan tidak lagi menggunakan ayam sebagai menu utama. Adalah dicadang makanan utama kita ditukar kepada makanan lain seperti lempeng pisang dan makanan ringan lain.

Oleh itu, perlunya transformasi makanan. Kepada generasi yang berusia mungkin susah sedikit dan kepada generasi muda lama kelamaan akan biasa.

YOSRI,
Kuala Lumpur.

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

2, 3 hari boleh ler org kita nak boikot. ikan mahal, daging mahal ... makan syur jer ..

Tanpa Nama berkata...

nak boikot makan ayam? kah kah kita tengok berapa lama leh boikot? setahun? 10 tahun? kalau jenis ketagih makan ayam.. lama2 beli gak ayam

Tanpa Nama berkata...

dh boikot ayam nk mkn ape oiii..nk mkn ikan lg la mhl..dging bapak la mhl..

Tanpa Nama berkata...

SAYA TAK NAMPAK CARA BOIKOT BOLEH MENGATASI MASALAH...FIKIRAN PENDEK DAN PENGURUSAN TIDAK SISTEMATIK SAJA BUAT CARA ITU...HARI INI KITA BOIKOT AYAM...BESOK KITA BOIKOT IKAN..BESOK KITA BOIKOT BERAS...LAMA2 MAKAN UBI KAYU...KITA MAHU SISTEM KERAJAAN YANG BERANI,TEGAS DAN SISTEMATIK...BUKAN HANYA TINDAKAN BOIKOT DARI PENGGUNA...

PENIAGA DAN PEMBORONG KETAWA PENGGUNA YANG BOIKOT.."LU TIDAK BELI OLANG LAIN BOLEH BELI MAA"...OLEH ITU HANYA KUASA KERAJAAN DAPAT ATASI INI SEMUA..

KALAULAH AKU MENTERI SEKARANG NI...AKU ARAH PEGAWAI TURUN PADANG BUAT OPERASI HARGA BESAR-BESARAN 24JAM..PEGAWAI JGN HANYA DUDUK OPIS...LEPAS TU SEMUA KETUA2 PEMBORONG AKU PANGGIL DUDUK MEETING..KORANG TAK DATANG AKU TAHAN LESEN....AKU MINTA DORANG JGN NAIK HARGA..SEBAB AKU TAHU HARGA KILANG BERAPA....

LEPAS TU AKU WUJUDKAN ANAK SYARIKAT KEJARAAN SEBAGAI PEMBORANG DI BAWAH KPDN...TUGASNYA AMBIK BARANG DARI KILANG DAN HANTAR KEPADA PENIAGA..KALAU HARGA MASIH NAIK..MAKNAHNYA PENIAGA YANG NAIKKAN HARGA BARANG...BOLEH KESAN MASALAH....

Tanpa Nama berkata...

kita sepakat tolak BN perintah Malaysia lagi sebab tak mampu kawal harga barang

Tanpa Nama berkata...

pemimpin BN dan UMNO makan ayam kita pekerja makan tulang saja tak mampu beli, asyik meleleh air liur saja

HAHAHA berkata...

Hanya kakitangan kerajaan yang perlu boikot sebab gaji kecik..... Naik gaji pun setakat 10% aje.... Kesian~~~ Apa boleh buat? Takdir. Bersyukur saja la. Dapat pahala kelak.

Kami kerja swasta gaji banyak bonus lagi banyak tak payah boikot.

HAHAHAHAHAHAHAHAAH

Tanpa Nama berkata...

pandai-pandai lah bawa diri..hidup dalam harga barang2 semakin menaik ni.

Tanpa Nama berkata...

mai kita semua sokong ayam HPA, terbukti halal, mari kita sokong RAMLI Burger, mari sokong produk halal dan berpatutan serta yang pastinya setimpal dengan kemampuan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Tanpa Nama berkata...

mari beli ayam di kedai 1 malaysia..

senapi berkata...

hahaha.. masih lagi segelintir PA terpengaruh fitnah pembangkang kononnya harga naik padahal setakat berapa sen tu apa la sgt, lagipun menteri dan kementerian pengguna dah beri penjelasan. x tonton tv ke?

sebagai PA, kita wajib sokong BN dan UMNO tanpa berbelah bagi,, apa lagi mempersoalkan mereka. Kita di pihak kebenaran, dan sebab itulah BN selalu menang.

Tanpa Nama berkata...

u.p : hahaha berkata.. anda ni kesian ke atau riak dengan apa yg anda ada. susah ke senang ke bersyukurlah..

Tanpa Nama berkata...

Cer tengok muka Menteri yang berkaitan ... Nanti dia kata, "Harga di Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan negara lain. Kita kena bersyukur, cuba lihat Somalia ..." Inilah antara bait-bait yang bermain dibibir pemerintah. Kita tunggu bait-bait daripada "CUEPACS" lepas ni sebab minggu depan nak sambut Idil-Adha.

pok leh berkata...

Nok boikot benda gak...ikang lg mahal...dok kang nok mkng nasi ngan budu jer...kurus weh...

GM berkata...

dun fuse d intention with d fail hood. a boycott is a protest... so be it...either u want to get involve or not it depends on one’s awareness. d aim is to get d rising price curbed...n if u think u’r not one of d concerns consumer so don’t bark like wild dogs blaming d gov for not doing its job.
n know…these can be easy or can be hard game (price test) to initiate with. but with strong focal point that is to kill d price hike....boycott them. teach them a lesson that u are equivalently cruel to stubborn traders - any way u’r not going to die to miss chicken diet.
n to d son of d gun – you, d ministry of trade.... u can’t pass d bulk to d people all d time. please wake up… common u can think of any option...reservation...etc, do u? why cant u seem to be with rakyat at most of d time u needed to be? u’r wakil…u know that? my…my…no wonder u been hit on all sides these days!

Tanpa Nama berkata...

Babi dok pulok naik harga....

Tanpa Nama berkata...

SELALUNYA ALASAN MANTARI BILA AYAM@BARANG ASAS NAIK:-

HARGA AYAM KETIKA INI MASIH TERKAWAL,KITA JAMIN HARGA AYAM DIKAWAL

HARGA BARANG DAN AYAM DI MALAYSIA MASIH MURAH BERBANDING NEGERA LAIN

PENGGUNA BOLEH BOIKOT HARGA BARANG YANG NAIK.

HARGA AYAM AKAN DIKAWAL BILA MUSIM PERAYAAN
_________________________________

MOHONLAH ALASAN BEGINI SIAPA2 PUN BOLEH BUAT..KITA MINTA KERAJAAN BUAT TERUS TINDAKAN..CARI INISIATIF TERBAIK UNTUK RAKYAT..

CUBA BAGI ALASAN MCM DIBAWAH NI

BESOK HARGA AYAM TETAP RM7 RINGGIT SEKILO..KALAU ADA HARGA LEBIH DARI TU CALL KPDN KAMI DATANG TEMPAT TU...

FFFUHH KALAU ALASAN BEGINI BARU RAKYAT SENANG HATI...

Tanpa Nama berkata...

kita tinggal di pendalaman mana ada kedai 1 malaysia, kalau dekat rumah najib dan rosmah adalah...

Tanpa Nama berkata...

boikot makan ayamm.. nak makan ape.? ikan selar selar sekilo RM17.. daging sekilo RM19.. pembesar-pembesar berdekah-dekah ketawa, kekenyangan, breakfast kat hotel shangri-la, lunch kat hotel hilton, dinner kat hotel new york.. ada PA berjawatan rendah, sarapan pagi roti kosong jea pegi keje..kesiannya ya Allah.. di mana keadilannya.. kezaliman pula yang wujud ..!!

PENYOKONG KUAT BN berkata...

Senapi Berkata

hahaha.. masih lagi segelintir PA terpengaruh fitnah pembangkang kononnya harga naik padahal setakat berapa sen tu apa la sgt, lagipun menteri dan kementerian pengguna dah beri penjelasan. x tonton tv ke?

sebagai PA, kita wajib sokong BN dan UMNO tanpa berbelah bagi,, apa lagi mempersoalkan mereka. Kita di pihak kebenaran, dan sebab itulah BN selalu menang.

IKUT SUKA KAULAH SENAPI...
TUHAN BAGI KITA OTAK,
KALAU TAK CUKUP OTAK KITA JUGA ADA AKAL,PANDAI PANDAILAH PAKAI BILA PERLU,JANGAN TERLALU TAKSUB SAMPAI SENANG DIPERBODOHKAN.

SAYA CADANGKAN, UNTUK BANTU KPDNHEP KAWAL HARGA AYAM, KIA WUJUDKAN KEMENTERIAN HAL EHWAL KHAS
TRANSFORMASI AYAM.

ATAUPUN KITA WUJUDKAN LEMBAGA AYAM NEGARA.

Tanpa Nama berkata...

sape syorkan kenduri kahwin makan lempeng pisang..!! dia buat dulu kalau ada anak-beranaknye ada yg nak kahwin.. nak tengok org datang tak ke majlisnya.. sengal punya org bro..!!!

Shaziman Ikmal berkata...

peniaga ayam Melayu tiada pilihan kerana pemborong meletakkan harga mahal keatas ayam hidup, selain makanan amat mahal. Semua kos makanan ayam, ayam hidup dan anak ayam dikawal org2 Cina, mereka tiada apa pula hukuman dan tindakan, sebaliknya peniaga kecil Melayu dihukum dengan boikot dan cercaan orang ramai, selain dikutuk hari2 di media. apakah pemimpin BN dalah di sebalik semua ini?

kami mengesyaki pemimpin BN Cina memang merancang utk kenakan peniaga kecil melayu kerana berjaya melindungi tauke besar pemborong ayam hidup dan makanan ayam dari apa2 tidakan di media. Yang jadi mangsa ialah peniaga kecil anak2 Melayu yg bergelut dengan kenaikan ayam hidup dan makanan ayam. Mana PEKIDA, PERKASA, UMNO, PAS????

Tanpa Nama berkata...

aku heran la..asal nak umum gaji naik je..semua naik..ayam nie apahal naik plak..aku ingat la..penternak2 ayam nie..bunuh ayam kot..untuk kurangkan stok...dan dijadikan alasan untuk naikkan harga...apa komen

Tanpa Nama berkata...

Senapi Berkata

hahaha.. masih lagi segelintir PA terpengaruh fitnah pembangkang kononnya harga naik padahal setakat berapa sen tu apa la sgt, lagipun menteri dan kementerian pengguna dah beri penjelasan. x tonton tv ke?

sebagai PA, kita wajib sokong BN dan UMNO tanpa berbelah bagi,, apa lagi mempersoalkan mereka. Kita di pihak kebenaran, dan sebab itulah BN selalu menang.

________________________________

weeei kakitangan awam tak perlu sokong politik ..kakitangan awam perlu dipisahkan dari politik..dengan campurtangan politik dalam kerajaanlah sebab tu banyak berlaku penyelewengan...politik buat kerja politik, PA buat kerja PA...
PA wajib sokong kerajaan dan bukannya sokong BN or UMNO....
PA dibawah yang Dipertuan Agong..aku janji PA semasa dilantik berkhidmat untuk yang Dipertuan Agong...bukanya aku janji kami untuk politik (BN/UMNO)..

senapi berkata...

tu la rakyat...baru naik berape sen dah kecoh2. sape suruh malas belajar dulu.. kan dah susah. kalau x mampu makan ayam. jangan makan. makan je ubi kayu dan daun. nak salahkan kerajaan pasal ape.

Tanpa Nama berkata...

yang memberi komen ni pun adalah orang yang terpelajar...sy mampu beli ayam walau seekor sehari tak masalah..masalahnya kami bercakap untuk golongan yang miskin..yang pendapatan mereka tak seberapa..mereka ini dikalangan kerajaan,orang kampung,penduduk pendapatan rendah di bandar, pekerja2 industri,pekerja swasta.mereka inilah (RAKYAT).... mereka beban dengan harga barang @ayam yang naik sekarang ini...

kenapa pulak kami nak sokong UMNO BN..ko hanya cakap kawasan yang BN memang..yang BN kalah ko nak letak mana.....sebab itulah BN kalah ..orang-orang BN terlalu taksub rasa hebat,benar,menang dan rasa disokong rakyat..orang bawah BN ni lah perosak kepada sokongan rakyat...saya bercakap benda yang realiti...rakyat dah terhakis dengan apa yang kerajaan BN buat...kroni diutamakan..rakyat terpinggir...BN suka guna kuasa...hipokrit...bla...bla...bla...bla...bla...bla...eeeeeehh...terlebih sudah

Tanpa Nama berkata...

yang memberi komen ni pun adalah orang yang terpelajar...sy mampu beli ayam walau seekor sehari tak masalah..masalahnya kami bercakap untuk golongan yang miskin..yang pendapatan mereka tak seberapa..mereka ini dikalangan kerajaan,orang kampung,penduduk pendapatan rendah di bandar, pekerja2 industri,pekerja swasta.mereka inilah (RAKYAT).... mereka beban dengan harga barang @ayam yang naik sekarang ini...

kenapa pulak kami nak sokong UMNO BN..ko hanya cakap kawasan yang BN memang..yang BN kalah ko nak letak mana.....sebab itulah BN kalah ..orang-orang BN terlalu taksub rasa hebat,benar,menang dan rasa disokong rakyat..orang bawah BN ni lah perosak kepada sokongan rakyat...saya bercakap benda yang realiti...rakyat dah terhakis dengan apa yang kerajaan BN buat...kroni diutamakan..rakyat terpinggir...BN suka guna kuasa...hipokrit...bla...bla...bla...bla...bla...bla...eeeeeehh...terlebih sudah

Tanpa Nama berkata...

duit xde tp rokok bole beli

hassan_tiram berkata...

Kalau ikan laut mahal makanlah ikan sungai atau ternakan. Ikan sungai lebih selamat dimakan kerana lebih segar dan tidak dicampur bahan pengawet mayat.

Tanpa Nama berkata...

rakyat jelata kena insaf bahawa kita wajar mencontohi pemimpin Umno yg berjimat dan berhemah dalam berbelanja. Jgn jadi bahalol dengan menyokong pembangkang.

Kebanyakan org bandar adalah dungu dan bangang sebab x undi BN, x mcm kami org2 kampung yg bijak dan setia pada BN walau apa pun terjadi. Tak payah cerita la rasuah ke barang naik ke apa ke kami x percaya kerana ianya pastilah fitnah pembangkang. Isu cincin juta2 ringgit juga jelas palsu kerana Datin Seri diketahui hidup bersederhana dan merendah diri.

Abu Samah b. Razali, N4, Anak Felda

Tanpa Nama berkata...

apapun ulasan kat atas...demokrasi yang menentukan....Malaysia ni bukan hanya felda sahaja yang hidup....kat bandarpun bukan hanya pembangkang sahaja hidup...rakyat sudah matang...mereka yang tentukan...pangkah itu ditangan mereka...terpulang mana2 parti politik bijak mengambil perhatian dan bertanggungjawab..itulah dipilih.

kunci mangga kalau dah terkunci tidak boleh dibuka..kecuali dengan kuncinya...tapi kalau kuncinya sudah tidak dijaga kerana kelalaian..akan mengundang pada pada tuan rumah.

semoga kita menginsafi andai kita pernah lalai..bn or pembangkang jangan hanya bermain politik...

pengkritik bebas

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
rakyat jelata kena insaf bahawa kita wajar mencontohi pemimpin Umno yg berjimat dan berhemah dalam berbelanja. Jgn jadi bahalol dengan menyokong pembangkang.

Kebanyakan org bandar adalah dungu dan bangang sebab x undi BN, x mcm kami org2 kampung yg bijak dan setia pada BN walau apa pun terjadi. Tak payah cerita la rasuah ke barang naik ke apa ke kami x percaya kerana ianya pastilah fitnah pembangkang. Isu cincin juta2 ringgit juga jelas palsu kerana Datin Seri diketahui hidup bersederhana dan merendah diri.

Abu Samah b. Razali, N4, Anak Felda

Selasa, November 01, 2011 10:09:00 PM

HAHAHAHAHAHAHAHAHA..........!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

mogok lapar...jangan makan ayam

Pandir berkata...

dulu masa wabak selsema burung org blh tak beli ayam sampai menteri pun buat promosi makan ayam, boleh buat macam tu lagiker? apa2 pun beli ikan bilis je, makan 10 ekor saja untuk sepinggan nasik, baru jimat.

Tanpa Nama berkata...

eeiii senapi,
engko macam sapi lah...engko kata harga barang tak naik?gaji dumum naik, brg sdh naik lebih 2 bln dari tarikh kenaikan gaji.harga sapi pun dah naik berapa peratus?

Tanpa Nama berkata...

hehehehehe... kita tukar lah makan burung (free je) utk gantikan ayam.... kita tukar pakai nira @ tebu ganti gula... kita tukar makan ubi kayu @ sagu ganti beras... kita tukar semua... garam kita tukar dgn air laut... kasut kita tukar dgn selipar... motosikal kita tukar dengan basikal... kopi kita tukar dgn arang... dapur gas kita tukar dapur kayu... lampu elektirk kita tukar dgn pelita minyak kelapa... minyak petro @ desel kita tukar dgn minyak kelapa sawit (dulu siap iklan pam minyak dr pokok kelapa sawit)... kita boykot segala2 nyer....

Tanpa Nama berkata...

boikot la sangat...buat anak minta, " ayah, adik nak makan ayam goreng"...mcam mana tu

Tanpa Nama berkata...

kita berlapang dada, yang nak ikut teruskan, yang tak boleh apa nak buat. Dia cuma cadangkan. Bersangka baik sesama kita.