SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Mei 2013

SAF JEMAAH MENTERI MANTAP DAN MEYAKINKAN - NGO

Bernama
15/5/2013


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Saf jemaah menteri yang mantap dan meyakinkan, demikian pendapat badan pejuang pekerja dan pesara terhadap barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata gandingan muka lama dan muka baharu, pertukaran portfolio dan penjenamaan semula nama beberapa kementerian merupakan satu langkah sistematik yang mampu menonjolkan lagi peranan kementerian masing-masing.

"Pembentukan kabinet kali ini dilihat mantap, gandingan individu yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi.

"Ianya satu kabinet yang meyakinkan dan pasti akan bergerak lebih agresif dan proaktif untuk menyentuh segenap lapisan masyarakat, baik penjawat awam mahupun badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini," katanya kepada Bernama.

Beliau turut memuji langkah kerajaan menggabungkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi di bawah satu portfolio diterajui pemimpin kedua tertinggi negara iaitu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disifatkan lebih terperinci dan efisien untuk sistem pendidikan negara.

Omar juga berkata penjenamaan semula nama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga dilihat gabungan sesuai dalam memainkan peranan secara lebih meluas di bawah bidang sistem maklumat yang menjadi keperluan utama negara kini.

"Ia (kementerian) itu juga dapat menjadi rujukan khusus pada penjawat awam di bawah bidang kerja komunikasi dan teknologi maklumat," katanya, sambil berharap kesemua menteri yang dilantik dalam kementerian yang dibentuk hari ini memainkan agenda menyeluruh kepada rakyat dan tidak terhad kepada kementerian masing-masing sahaja.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan pula berkata kabinet baharu menampilkan ramai golongan teknokrat yang berpengalaman untuk kelancaran pentadbiran negara.

"Kabinet kali ini juga menampilkan gabungan muka baharu dari golongan muda yang amat bersesuaian dengan senario semasa dan boleh memainkan peranan positif terutama dalam meyakinkan dan memahami golongan berkenaan," katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh berkata golongan muka baharu yang dilantik akan membawa jiwa baharu kepada perjalanan sistem pentadbiran Malaysia.

"Golongan muka baharu ini biasanya dia punya pandangan terbuka jadi dapatlah mengaplikasikan cara baharu untuk mengatasi kekurangan terdahulu," katanya.

Wan Mahmood turut melahirkan harapan agar Menteri Kesihatan baharu, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Pembangunan, Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim memberi tumpuan dan tidak meminggirkan golongan pesara yang kebanyakannya adalah golongan veteran yang berusia.

"Selain itu kita harap semua menteri yang baharu dilantik ini akan membawa kemajuan bukan sahaja kemajuan kebendaan tetapi juga kemajuan spiritual untuk membawa Malaysia ke arah masa depan lebih makmur dan maju," katanya.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

First yahoo...

Tanpa Nama berkata...

memang sahih orang ini dah gila....

Tanpa Nama berkata...

mantap mcm organisasi cuepacs, kaki pengampu,penjilat serta pencaicai..

Tanpa Nama berkata...

Mantap.....
Dulu mantap, sekarang mantap....
Masa nma kementerian dulu mantap, skrg pn mantap.....
Tahu ka apo sebab tuhhh

Tanpa Nama berkata...

Sabor je..jika boleh gabungkan semua kementerian jadi Kementerian 1Malaysia, boleh staf ditranfer tanpa kerenah kementerian masing2.Sesiapa yg melawan contohnya Kem Penggajian Tinggi(Bukan pengajian sbb gaji tinggi)mana mampu nak tampung kos diaorg ...bagi ramalan macam karut komediaXXXXX dlm PRU13 ada hati nak tunjuk pandai konon...rasakan akibatnya jika majlis buat ramalan xbetul mcm mana negara nak bagi penggajian tinggi lagi,lansung xboleh harap...Tahniah DSN dan BN krn mempertahan kerajaan

Tanpa Nama berkata...

Kabinet Malaysia mengalahkan India yang penduduk 1.2 bilion dan semua negara dunia maju lain.
Yang seronok PTD sebab dah tentu KSU dan TKSU beratus disediakan.
Jahanam. Lingkup negara bila duit pembayar cukai bela biawak hidup berpuluh ekor ni.