Berita Harian
30/7/2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan pertemuan dengan Akauntan Negara untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), 7 Ogos ini. Presidennya, Omar Osman, berkata kongres juga akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan membuat penyelidikan dan kajian mengenai cadangan itu untuk melihat impak serta kebaikannya kepada 1.2 juta kakitangan awam. "Kongres tidak berhasrat untuk mengambil alih perkhidm
atan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa dalam tempoh terdekat ini.
"Sebaliknya, kongres mahu mengadakan pertemuan dengan Akauntan Negara terlebih dulu bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Sebelum ini, Cuepacs menggesa Kementerian Kewangan membenarkannya mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa bagi membolehkan kongres itu memanfaatkan komisen daripada perkhidmatan itu untuk faedah 1.2 juta kakitangan kerajaan. Kongres itu mendakwa Angkasa memperoleh RM8.1 bilion setahun dalam bentuk komisen dengan menyediakan perkhidmatan potongan bagi sektor awam dan swasta.
Omar berkata, cadangan untuk mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa, bertujuan untuk menyelaraskan sistem potongan terbabit di kalangan kakitangan awam secara lebih sistematik. "Sememangnya idea ini lahir daripada ahli kongres sendiri yang meminta supaya Cuepacs mengambil alih perkhidmatan terbabit, malah secara tidak rasmi juga ada kakitangan awam yang melaporkan terdapat masalah dalam sistem pemotongan gaji mereka sekarang. "Cadangan ini juga tidak bererti kita tidak mahu bekerjasama dengan Angkasa, malah kita berhasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Angkasa serta menjalinkan kerjasama dalam bidang tertentu," katanya. Beliau berkata, berkata bagi mengambil alih perkhidmatan terbabit daripada Angkasa, Cuepacs memerlukan dana sekurang-kurangnya RM16 juta termasuk tenaga kerja mencukupi bagi melaksanakannya.
Katanya, sekiranya perkhidmatan terbabit diambil alih Cuepacs, ia akan memberi manfaat dan faedah yang begitu banyak kepada sektor awam.
30/7/2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan pertemuan dengan Akauntan Negara untuk mendapatkan khidmat nasihat sebelum mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), 7 Ogos ini. Presidennya, Omar Osman, berkata kongres juga akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan membuat penyelidikan dan kajian mengenai cadangan itu untuk melihat impak serta kebaikannya kepada 1.2 juta kakitangan awam. "Kongres tidak berhasrat untuk mengambil alih perkhidm
atan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa dalam tempoh terdekat ini."Sebaliknya, kongres mahu mengadakan pertemuan dengan Akauntan Negara terlebih dulu bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Sebelum ini, Cuepacs menggesa Kementerian Kewangan membenarkannya mengambil alih perkhidmatan potongan bulanan bagi pinjaman sektor awam daripada Angkasa bagi membolehkan kongres itu memanfaatkan komisen daripada perkhidmatan itu untuk faedah 1.2 juta kakitangan kerajaan. Kongres itu mendakwa Angkasa memperoleh RM8.1 bilion setahun dalam bentuk komisen dengan menyediakan perkhidmatan potongan bagi sektor awam dan swasta.