SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 September 2022

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEG BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE-29 SESI 2022-2025

 Media cuepacs
21/9/3033

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)

 

SEBUTHARGA/TENDER BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN             

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BEG BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE-29 SESI 2022-2025

 NO SEBUTHARGA : BIL 6/2022                                                      Tarikh : 21 September 2022

 

 

KEPADA :

 

……………………………………………………

 

……………………………………………………

 

……………………………………………………

 

 

 

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:

CUEPACS

Tingkat 1, Wisma CUEPACS

Jalan Gajah Off Jalan Yew

Pudu

55100 Kuala Lumpur.

 

 

1.          Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

 

2.          Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 29  SEPTEMBER 2022, tidak lewat dari jam 12.45 tengah hari di Wisma CUEPACS, 34A Jalan Gajah, off Jalan Yew Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Sebutharga mestilah dimasukkan ke dalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga Bil. 9/2022

 

3.          Penender yang berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen dan semua perbekalan barangan yang telah siap hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur atau suatu alamat yang ditentukan kelak oleh CUEPACS (Shah Alam Convention Center (SACC)).

 

4.          Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

 

5.          Sebutharga hendaklah sah selama 60 HARI selepas itu.

 

6.          Perbekalan hendaklah di cetak dengan logo CUEPACS dan di tulis KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KE-29 atau suatu perkataan yang diarah cetak oleh CUEPACS.

 

7.          Sila beri sebutharga bagi bekalan barang yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA PUKAL (RM)

01

Beg Konvensyen

(bentuk di tentukan oleh pembekal)

 

1800 unit

 

 

JUMLAH SEBUTHARGA

 

 

 

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia….…………..........................................

 

………………………………………………………………………………………………………

 

Tempoh bekalan boleh dihantar : …………………………………………………………………..

 

[Diskaun-diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan (misalnya cukai dan belanja membungkus) hendaklah ditunjukkan].

 

Saya /Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

 

Nama penuh pengurus                 :……………………………………….

 

Tandatangan dan cop pembekal             :……………………………………….

 

Alamat / No Tel                :………………………………………..

 

…………………………………………

 

Tarikh :………………………………..


SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKALKAN BARANGAN DAN PERALATAN BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE-29 SESI 2022-2025

media cuepacs
21/9/2022


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM

PERKHIDMATAN AWAM [CUEPACS]

(Pendaftaran No 195)

 

SEBUTHARGA BAGI BEKALAN BARANG-BARANG PERKHIDMATAN

KERJA-KERJA BEKALAN : MEMBEKALKAN BARANGAN DAN PERALATAN BAGI KEGUNAAN KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KALI KE-29 SESI 2022-2025

 NO SEBUTHARGA : BIL 9/2022                                           Tarikh : 21 September 2022

 

 

KEPADA :

 

………………………………………………………………

 

………………………………………………………………

 

………………………………………………………………

 

 

Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh:

CUEPACS

Tingkat 1, Wisma CUEPACS

Jalan Gajah Off Jalan Yew

Pudu

55100 Kuala Lumpur.

 

1.             Syarat-syarat penyerahan / penyempurnaan dikehendaki : DIMASUKKAN DALAM SAMPUL SURAT YANG DISILKAN DAN DICATITKAN NOMBOR SEBUTHARGA DIKIRI HADAPAN SAMPUL.

 

2.             Tarikh dikehendaki diserahkan / disempurnakan : 29  SEPTEMBER 2022, tidak lewat dari jam 12.45 tengah hari di Wisma CUEPACS, 34A Jalan Gajah, off Jalan Yew Pudu, 55100 Kuala Lumpur. Sebutharga mestilah dimasukkan ke dalam satu sampul berlakari dan bertanda, Sebutharga Bil. 9/2022

 

3.             Penender yang berjaya hendaklah menghantar barangan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak oleh CUEPACS sebelum konvensyen dan semua perbekalan barangan yang telah siap hendaklah dihantar terus ke Wisma CUEPACS, Kuala Lumpur atau suatu alamat yang ditentukan kelak oleh CUEPACS (Shah Alam Convention Center (SACC)).

 

4.             Jawatankuasa setuju terima sebutharga tidak terikat dengan mana-mana tawaran harga tertinggi, terendah atau sebarang bentuk yang difikirkan memuaskan hati penender.

 

5.             Sebutharga hendaklah sah selama 60 HARI selepas itu.

 

6.             Semua perbekalan  peralatan hendaklah di cetak dengan logo CUEPACS dan di tulis KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KE-29 atau suatu perkataan yang diarah cetak oleh CUEPACS.

 

7.             Sila beri sebutharga bagi bekalan barang-barang / perkhidmatan yang di senaraikan di bawah dengan tertakluk kepada had-had dan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

BIL

PERKARA

KUANTITI

HARGA PUKAL (RM)

1.

Tuala Muka

2000 unit

 

2.

Ball Pen

2000 unit

 

3.

Buku nota saiz A5

Tebal 50 muka surat

2000 unit

 

4.

Key Chain

2000 unit

 

5.

Lanyard :

Merah – 1600

Biru – 600

Hijau - 150

2350 unit

 

 

JUMLAH SEBUTHARGA

 

 

Tawaran sebutharga dengan perkataan : Ringgit Malaysia

 

….…………...............……………………………………………………………………………

 

………………………………...............................................................................................

 

Tempoh bekalan boleh dihantar : ……………………………………………………………..

 

[Diskaun – diskaun perniagaan, tunai, bayaran cepat dan diskaun-diskaun lain dan apa-apa bayaran tambahan (misalnya cukai dan belanja membungkus) hendaklah ditunjukkan].

 

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang perkhidmatan di atas dengan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas. 

 

 

Nama penuh pengurus                 : ……………………………………….

 

Tandatangan dan cop pembekal             : ……………………………………….

 

Alamat / No Tel                : ………………………………………..

 

…………………………………………

 

Tarikh :………………………………..


06 September 2022

Govt dept owes RM32mil in Socso contributions, claims Cuepacs

 FMT
5/9.2022



PETALING JAYA: Cuepacs claims that a government department has failed to pay arrears of more than RM32 million in Social Security Organisation (Socso) contributions for contract and temporary workers.

Adnan Mat, the president of the umbrella body for civil service unions, said these arrears were contributions from 2013 to 2020, totalling RM32,151,063.

He called for the arrears to be promptly paid to ensure that civil servants would be eligible for Socso’s disability scheme, in the event that something untoward happened to them.

If the contributions were not made, he said, the staff would fail to meet the requirements for the disability scheme under the Employees’ Social Security Act 1969 (Act)

“As an employer, it is also (the government department’s) duty to ensure that every contract and temporary employee makes a contribution to Socso, thus guaranteeing proper protection,” he said in a statement.

Failure to do so, he said, was an offence under Section 94 of Act 4 as well as the Employees’ Social Security Regulations 1971, which carries a fine not exceeding RM10,000 or imprisonment of up to two years, or both.

Adnan urged all government agencies, authorities and statutory bodies to register and contribute to Socso for contract-level staff, citing the various benefits available for workers.

This ranges from temporary or permanent disability benefits, disability pensions and medical benefits, to physical or vocational rehabilitation benefits.

He hoped that the government would be firm in matters involving the safety and well-being of workers, even if they were contract or temporary staff.

31 Ogos 2022

Insentif untuk penjawat awam diumumkan PM bukti kerajaan prihatin: Cuepacs

 The Sun
30 Ogos 2022


PUTRAJAYA: Enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk penjawat awam hari ini membuktikan kerajaan sentiasa prihatin dengan penjawat awam meskipun negara berdepan dengan kekangan dari sudut kewangan ekoran pandemik Covid-19, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.

“Terima kasih kepada perdana menteri yang memahami denyut nadi penjawat awam. Penjawat awam harus berterima kasih kepada kerajaan,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) di sini hari ini.

Perdana Menteri pada MAPPA XVIII itu mengumumkan beberapa insentif dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

KGT tambahan khas RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan melibatkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan berjumlah RM1.5 bilion.

BKK Tahun 2023 adalah kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen, yang akan dibayar pada Januari 2023.

Sementara itu dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pengumuman Ismail Sabri itu, Adnan berkata insentif-insentif itu adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang sentiasa menjadi barisan hadapan dalam meletakkan negara kembali pada landasan kukuh selepas pelbagai cabaran dihadapi.

“Cuepacs memahami bahawa kerajaan mempunyai kekangan daripada sudut kewangan namun tetap cuba untuk mendengar dan memberi yang terbaik kepada penjawat awam demi menghargai sumbangan yang dicurahkan penjawat awam selama ini.

“Segala insentif yang diumumkan oleh kerajaan ini sekurang-kurangnya mampu memberi kelegaan kepada penjawat awam yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan kenaikan inflasi,” katanya.

Beliau turut menyifatkan komitmen kerajaan pimpinan Ismail Sabri untuk menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan merangkumi saraan dan perkhidmatan amat dihargai serta ditagih Cuepacs serta penjawat awam.

“Hal ini wajar dipercepatkan memandangkan sistem saraan sedia ada yang digunakan ketika ini telah dilaksanakan sejak 2002 dan tidak lagi sesuai dengan suasana persekitaran ekonomi serta kos sara hidup semasa,“ katanya dan menambah perkara utama yang perlu diberikan perhatian dalam sistem saraan baharu itu adalah meningkatkan gaji minimum penjawat awam kepada RM1,800 sebulan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Abdul Wahab Mat Yasin pula berkata pengumuman inisiatif kerajaan menambah baik aspek kebajikan penjawat awam di pelbagai peringkat memberi kelegaan.

“Kami amat berterima kasih walaupun kita sedia maklum kedudukan ekonomi negara belum kukuh sepenuhnya tetapi kerajaan beri perhatian terhadap apa yang dialami penjawat awam di seluruh peringkat,“ katanya.

Beliau berkata harapan pasukan bomba dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam adalah supaya kajian itu lebih menjurus kepada aspek keselamatan anggota bomba.

“Aspek tugasan lebih mencabar dan melibatkan keselamatan nyawa. Skim gaji dan elaun khusus yang melibatkan tugasan berisiko tinggi, ia berbeza dengan pejabat dan agensi lain, ini yang di peringkat jabatan sedang perjuangkan,“ katanya.

Kakitangan Majlis Perbandaran Klang Nasaruddin Hassan gembira dengan pelbagai inisiatif dan penambahbaikan yang diambil kerajaan termasuk bayaran KGT tambahan khas RM100.

“Rasa seronok sebab sedikit sebanyak dengan tambahan itu dapat meringankan kos sara hidup serta memberi dorongan kepada penjawat awam supaya lebih bersemangat menjalankan tugas,“ katanya.-Bernama

Tambahan khas RM100 Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam Gred 11- 56

 Berita Harian
30 Ogos 2022


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan beberapa inisiatif baharu dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

"Keluh kesah anggota perkhidmatan awam sent
iasa didengari oleh kerajaan," katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) yang dihadiri kira-kira 4,000 anggota perkhidmatan awam secara fizikal di sini serta ribuan lagi mengikutinya secara dalam talian.

Beliau berkata, KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan membabitkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

"Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180," katanya sambil disambut dengan sorakan hadiri setiap kali beliau mengumumkan insentif untuk penjawat awam.


Ismail Sabri turut mengumumkan BKK Tahun 2023 kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan veteran tidak berpencen yang akan dibayar pada Januari 2023.

MAPPA adalah acara tahunan bagi mendengar amanat daripada perdana menteri kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Turut hadir menteri-menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.


Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.


Ismail Sabri pada perhimpunan itu turut mengumumkan kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

"Kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka.

"Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai semasa persaraan sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak," katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 guru bagi urusan mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi, katanya.


Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan mengenai perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

"Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mentua, bapa kandung dan bapa mentua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang membabitkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam," katanya.

Beliau turut memaklumkan langkah penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

"Kerajaan telah bersetuju menambah baik Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022," katanya.

Ismail Sabri berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara itu.

Kerajaan juga bersetuju agar JPA menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan.

"Kajian juga merangkumi saraan dan perkhidmatan agar relevan dengan keadaan semasa serta kemampuan kewangan kerajaan," katanya.

Dalam perjumpaan bersama penjawat awam itu, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi kerajaan.

"Sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan, ekonomi negara akan bertambah kukuh dan kerajaan akan lebih berupaya meningkatkan kemudahan kepada Keluarga Malaysia seluruhnya," katanya menambah penjawat awam tidak akan dilupakan dan yakin mereka adalah tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia.