SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

31 Ogos 2022

Tambahan khas RM100 Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam Gred 11- 56

 Berita Harian
30 Ogos 2022


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan beberapa inisiatif baharu dan berita gembira buat penjawat awam antaranya tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

"Keluh kesah anggota perkhidmatan awam sent
iasa didengari oleh kerajaan," katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-18 (MAPPA XVIII) yang dihadiri kira-kira 4,000 anggota perkhidmatan awam secara fizikal di sini serta ribuan lagi mengikutinya secara dalam talian.

Beliau berkata, KGT tambahan khas sebanyak RM100 itu adalah bagi penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023, yang akan membabitkan kira-kira 1.28 juta penjawat awam serta implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

"Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180," katanya sambil disambut dengan sorakan hadiri setiap kali beliau mengumumkan insentif untuk penjawat awam.


Ismail Sabri turut mengumumkan BKK Tahun 2023 kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan veteran tidak berpencen yang akan dibayar pada Januari 2023.

MAPPA adalah acara tahunan bagi mendengar amanat daripada perdana menteri kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan.

Turut hadir menteri-menteri Kabinet antaranya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.


Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat.


Ismail Sabri pada perhimpunan itu turut mengumumkan kenaikan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

"Kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka.

"Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai semasa persaraan sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak," katanya.

Ismail Sabri turut mengumumkan tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 500,000 guru bagi urusan mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi, katanya.


Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan mengenai perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

"Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mentua, bapa kandung dan bapa mentua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang membabitkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam," katanya.

Beliau turut memaklumkan langkah penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

"Kerajaan telah bersetuju menambah baik Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022," katanya.

Ismail Sabri berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara itu.

Kerajaan juga bersetuju agar JPA menyegerakan kajian ke atas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan.

"Kajian juga merangkumi saraan dan perkhidmatan agar relevan dengan keadaan semasa serta kemampuan kewangan kerajaan," katanya.

Dalam perjumpaan bersama penjawat awam itu, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam yang sentiasa memastikan jentera kerajaan bergerak dengan berkesan, melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi kerajaan.

"Sekiranya produktiviti dapat ditingkatkan, ekonomi negara akan bertambah kukuh dan kerajaan akan lebih berupaya meningkatkan kemudahan kepada Keluarga Malaysia seluruhnya," katanya menambah penjawat awam tidak akan dilupakan dan yakin mereka adalah tonggak Aspirasi Keluarga Malaysia.


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KGT khas hanya tahun 2023 sahaja....2024 mcm biasa semula

Kagumas berkata...

Segerakan PIKET ...!!! KAMI TIDAK ADA SEMANGAT UNTUK BEKERJA LAGI ...

Tanpa Nama berkata...

Memeritkan jika hanya One off KGT..

Tanpa Nama berkata...

Jualan cuti atau cgr pun blom dibayar lagi

Tanpa Nama berkata...

GCR bila nak bayar ? Tipu kakitangan awam? Janji mesti dikosongkan ?

Tanpa Nama berkata...

Kik...Kik...Kik.. senyuman PM (dia perasan yang dia telah melakukan jasa yang amat besar utk penjawat awam)

Tanpa Nama berkata...

GCR sehingga skrg tiada news lagi...

Tanpa Nama berkata...

Makluman pun tak ada diberitahu

Tanpa Nama berkata...

Status permohonan pun sama juga, tiada bunyi...

Tanpa Nama berkata...

AWARD GCR patut DISEGERAKAN dan jangan terus berlindung di sebalik kuasa dan politik semata ²..
PA tak semua yg bekerja suami-isteri
Siapa yg mau ambil tahu dgn M40 ni...
Balik ² B40... M40 asyik tengok, tunggu dan berharap shj...

Tanpa Nama berkata...

Penebusan awal bayaran GCR tkde kabar berita lagi...sampai sekarang senyap je..adakah hanya omongan kosong sahaja..apa guna di umumkan tapi bila dh mohon senyap tkde kabar berita...apa cerita ni?ada ke takde?