SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Ogos 2022

Kerajaan komited runding SSPA, tak timbul soal piket - CUEPACS

 Berita Harian
30 Ogos 2022


KUALA LUMPUR: CUEPACS hanya akan membuat piket jika kerajaan tidak membincangkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata cadangan untuk menaikkan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 sudah banyak kali dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), namun tiada tindakan diambil.

Tidak timbul soal piket pada masa ini kerana kerajaan sudah menyatakan komitmen untuk meneruskan rundingan SSPA, tambahnya.

"Namun, jika kenaikan gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 tidak dibincangkan mungkin kita akan fikirkan kembali hasrat itu (piket)," katanya ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.


Pada majlis itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan enam insentif baharu untuk kakitangan awam termasuk tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Julai lalu, CUEPACS menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berisiko berdepan protes jalanan daripada penjawat awam.

Adnan berkata, insentif yang diumumkan Perdana Menteri itu walaupun tidak memenuhi sembilan tuntutan CUEPACS, penjawat awam berterima kasih kerana kerajaan memahami denyut nadi rakyat.

"Kami menyokong kerajaan hari ini dan tahu majikan mana yang dekat dengan hati penjawat awam," katanya.


Sementara itu, Adnan berkata, enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri hari ini adalah manifestasi penghargaan kerajaan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam yang sentiasa menjadi barisan hadapan.

CUEPACS memahami bahawa kerajaan mempunyai kekangan daripada sudut kewangan namun tetap cuba untuk mendengar dan memberi yang terbaik kepada penjawat awam.

"Segala insentif yang diumumkan kerajaan ini sekurang-kurangnya mampu memberi kelegaan kepada penjawat awam yang begitu terkesan dengan peningkatan kos sara hidup dan inflasi.


"Sebagai contoh pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 berjumlah RM700 kepada anggota Gred 56 ke bawah serta tambahan khas sebanyak RM100 kenaikan gaji tahunan.

"Begitu juga dengan penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada penjawat awam yang telah mencapai gaji maksimum," katanya.

Adnan berkata, ketiga-tiga insentif itu adalah satu penghargaan yang wajar diberikan di atas pencapaian produktiviti disumbangkan penjawat awam kepada negara. Hal ini tidak wajar dinafikan atau dipertikaikan oleh pihak lain," katanya.

Beliau berkata, sesuai dengan saranan Perdana Menteri, CUEPACS berharap setiap penjawat awam sentiasa menjaga produktiviti masing-masing agar ekonomi negara akan bertambah kukuh dan kerajaan lebih berupaya meningkatkan kebajikan seluruh warga perkhidmatan awam.

3 ulasan:

Kagumas berkata...

Telur dah hilang ke Mr Presiden???

Tanpa Nama berkata...

tahniah ceupacs..sila naikkan gred pelaksana 32/38/40 ke KPSL gred 42 bagi pegawai dalam perkhidmatan dan memiliki ijazah sarjana muda yang diiktiraf serta LNPT 85% 3 tahun berturut di gred lama. Orang lama tak perlu la temuduga SPA lagi sbb mereka mmg sudah dalam kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah semua, mohon juga TBBK kali kedua bagi skim pelaksana dipendekkan ke 8 tahun dalam SSPA supaya penjawat awam yang telah berkhidmat lama dapat kenaikan pangkat lebih baik sebelum bersara.