SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Ogos 2022

Cuepacs adakan rundingan akhir dengan kerajaan esok

 Berita Harian
25/8/2022


BESUT: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan rundingan terakhir dengan pihak kerajaan esok bagi memuktamadkan perkara yang akan diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, pertemuan itu diharap boleh memberi kelegaan kepada 1.4 juta penjawat awam Gred 54 ke bawah.

“Memandangkan apa yang akan diumumkan perdana menteri nanti belum muktamad, kami akan mengadakan perbincangan dengan pegawai tertinggi kerajaan mengenai berita gembira buat penjawat awam itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat isu semasa perkhidmatan awam kepada 50 peserta Kursus Pemantapan Kepimpinan Cuepacs Kelantan di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur dekat Bukit Keluang malam tadi.

Pada 21 Ogos, Ismail memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Adnan berkata, kenaikan gaji minimum dan elaun tambahan bagi penjawat awam antara fokus yang wajar diberi keutamaan oleh kerajaan buat masa ini, sejajar kenaikan kos sara hidup dalam keadaan ekonomi semasa.

“Bagaimanapun, Cuepacs memahami kebimbangan kerajaan mengenai kewangan negara sekiranya pemberian dalam bentuk kenaikan gaji dan kenaikan lain kepada penjawat awam kerana hal itu sekali gus akan meningkatkan tanggungan kerajaan terhadap wang saraan (pencen).

“Kami yakin dan percaya kerajaan mampu mempertimbangkan kalau bukan semua yang kami minta dan bincangkan sebelum ini, setidak-tidaknya sebahagian daripadanya.”get news delivered to your mailbo

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

info yang saya dapat drp kawan di JPA....naik elaun cola RM50. itu jer

Dog SP berkata...

Mana pi mat tanjak yg dok perjuangan selama ni? Takat RM50 ja? Hangpa dah sebat kot lain..

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya kerajaan bimbang dengan tanggungan pencen pesara, kerajaan boleh menaikkan elaun sahaja (besarkan jumlah pemberian elaun). Pencen nanti, elaun2 tak dikira.

Tanpa Nama berkata...

dengan elaun2 yang lebih tinggi, maka bolehlah kami penjawat awam menampung perbelanjaan harian kami.