SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 Februari 2009

KADAR BARU LONJAK HARGA BARANG , BEBANKAN RAKYAT

Berita Harian
27/2/2009



KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain merayu kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya bermula 1 Mac ini kerana khuatir ia akan menjurus kepada kenaikan harga barang. Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya memahami beban yang harus ditanggung kerajaan jika menangguhkan kenaikan itu, tetapi pada masa sama rakyat masih belum bersedia menghadapinya.
"Kita tahu, ketika ini tiada negara yang terlepas daripada menghadapi kelembapan ekonomi, tetapi pada waktu begini jika ada kenaikan kadar tol, kita risau berlaku kenaikan harga barang kerana segelintir pihak akan menggunakan alasan tol naik. "Akhirnya yang menanggung beban ialah rakyat... kita amat berharap kerajaan akan dapat menangguhkan kenaikan kadar tol berkenaan hingga satu tarikh sebelum melaksanakannya demi kepentingan rakyat," katanya kepada Berita Harian, semalam. Semalam, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, mengumumkan kadar tol di lima lebuh akan dinaikkan mulai 1 Mac ini selaras terma perjanjian konsesi yang ditandatangani antara kerajaan dan pemegang konsesi lebuh raya berkenaan.
Lima lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE). Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili lebih 500,000 pekerja swasta di negara ini turut membantah perkara itu dan menyifatkan pengumuman berkenaan hanya membebankan rakyat yang terpaksa berhadapan dengan krisis ekonomi dunia. Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata kenaikan kadar tol itu dijangka memberi kesan besar bukan saja kepada pengguna lebuh raya tetapi juga akan mendorong kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan. "MTUC tidak setuju dengan kenaikan ini kerana ia membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah, lebih-lebih lagi ketika ekonomi dunia yang tidak menentu ini. Janganlah susahkan rakyat lagi yang selama ini memang sudah terbeban," katanya.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, pula berkata pihaknya amat berharap kerajaan akan mengkaji semula keputusan itu kerana ia menambah beban kakitangan awam yang menggunakan lebuh raya berkenaan ke pejabat masing-masing. "Kita bukan membantah kenaikan kadar tol, tetapi berasakan belum tiba masanya untuk kerajaan mengumumkan perkara ini, lebih-lebih lagi tahun ini kita terpaksa berdepan dengan krisis ekonomi," katanya. Sementara itu, beberapa syarikat konsesi tol yang dihubungi enggan mengulas mengenai pengumuman kerajaan itu sebaliknya berkata akan hanya mengeluarkan sebarang kenyataan selepas menerima surat rasmi daripada Kementerian Kerjaraya berhubung perkara itu.

CUEPACS MAHU GAJI BARU

Utusan Malaysia
Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my
27/2/2009


KOTA BHARU 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menyarankan beberapa cadangan baru untuk perhatian kerajaan yang bakal dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Omar Osman memberitahu, cadangan tersebut menjurus kepada kepentingan dan kebajikan para pekerja bagi tujuan memantapkan lagi sektor awam di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, bengkel penambahbaikan gred gaji dan skim kakitangan awam yang akan berlangsung di Kuala Terengganu, pada 3 hingga 5 Mac depan akan memperincikan cadangan tersebut.
"Sudah sampai masanya kita mahukan penambahbaikan dari segi gred gaji dengan penambahan tangga gaji agar pendapatan pekerja tidak 'mati' pada gred-gred tertentu.
"Sebagai contoh ada di kalangan pekerja yang baru berumur 45 tahun tetapi tangga gajinya telah 'mati' dan terpaksa berkhidmat l3 tahun lagi bagi menggenapkan usia persaraan pada usia 58 tahun dengan jumlah gaji yang sama," katanya.
Omar berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri program bertemu Presiden CUEPACS anjuran Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut menegur sesetengah agensi kerajaan yang kurang mengambil berat dengan nasib pekerja kontrak yang telah lama berkhidmat dalam sektor awam.
''Hampir 2,000 pekerja kontrak telah diberhentikan kononnya disebabkan krisis kegawatan ekonomi dan kekurangan peruntukan.
"Namun pekerja kontrak ini telah berkhidmat dan tidak sepatutnya khidmat mereka ditamatkan begitu sahaja,'' katanya.
Tambahnya, pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh kerajaan diharap menyediakan peruntukan bagi agensi terbabit supaya mereka mengambil tindakan menyerap semula pekerja kontrak yang diberhentikan.

25 Februari 2009

4,000 KAKITANGAN UIAM TAK BOLEH TUKAR KE SKIM PENCEN: CUEPACS

Berita Harian
26/2/2009



SINTOK: Cuepacs akan mengemukakan memorandum kepada Majlis Lembaga Universiti Islam Antabangsa Malaysia(UIAM) berhubung isu 4,000 kakitangan universiti itu yang dinafikan hak untuk menukar skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada skim pencen seperti dinikmati kakitangan awam lain. Presidennya, Omar Osman, berkata daripada 66,000 kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, hanya kakitangan awam UIAM saja yang menghadapi masalah itu atas alasan ia didaftar mengikut pertubuhan syarikat. Katanya, surat bantahan itu akan dihantar ke Presiden Majlis Lembaga UIAM, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Ia agak mengelirukan kerana UIA adalah sebuah intitusi awam dan bukan institusi pengajian tinggi swasta. Ini terbukti kerana skim gaji yang sama dinikmati kakitangannya termasuk bonus tahunan yang dibayar kerajaan untuk pekerja sektor awam. "Malah mereka juga termaktub di bawah peraturan kerja yang sama dengan kakitangan awam lain. Dari segi kedudukan juga UIA adalah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat IPTA di sini, hari ini.

24 Februari 2009

CUEPACS TOLAK CADANGAN JPA MENGENAI PTK

Berita Harian
24/2/2009




SINTOK: Cuepacs menolak cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengena syarat mendapatkan perakuan ketua jabatan untuk kakitangan yang lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tahap empat dan menunjukkan prestasi cemerlang tiga tahun berturut-turut untuk mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs mahu setiap kakitangan yang lulus PTK tahap empat dan menunjukkan prestasi cemerlang tiga tahun berturut diberikan kenaikan pangkat atau anjakan gaji secara automatik tanpa perakuan ketua jabatan. "Sekarang ini ramai kakitangan yang memenuhi ketiga-tiga kriteria itu tetapi tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka nikmati," katanya.
Omar berkata, Cuepacs turut menolak penambahbaikan yang dibuat JPA yang mensyaratkan kakitangan awam mengambil ujian semula tahun berikutnya sekiranya tidak mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji pada tahun mereka lulus ujian itu. "Cuepacs berharap selepas 1 Mei ini PTK yang baru akan memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang mencapai umur 50 tahun atau setidak-tidaknya sebelum persaraan mendapat kenaikan pangkat atau anjakan gaji," katanya. - Bernama

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT GAKUM DAN PELANCARAN KAD PRIVILEGE CARD GAKUM

Media Cuepacs
24/2/2009


Sintok. 23 Februari 2009- Majlis perasmian mesyuarat GAKUM dan Pelancaran Privilege Card telah adakan di Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia. Perasmian dan pelancaran kad GAKUM telah lakukan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Ir. Haji Idris bin Haji Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Turut hadir yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof. Dr. Datuk Ahmad Faiz bin Abdul Hamid.






CUEPACS TO SUBMIT 8-POINT TO PM

Bernama
By: Ramjit-->
23/2/2009


KOTA BAHARU, Feb 22 (Bernama) -- Cuepacs plans to submit an eight-point memorandum to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to ensure the welfare of 1.2 milion public sector employees.Cuepacs president Omar Osman said the memorandum would be submitted after a workshop on the improvement in the service sector's salary grade in Terengganu on March 3-4.Among the items being drawn up were a new salary scale for each grade, revision of the pension formula and housing loan's interest reduction, he said. he told reporters here today."Cuepacs' move is in line the government's aim to produce balanced human capital by 2020. It is also in accordance with the economic stimulus package introduced by the government," he said.

CUEPACS BAKAL KEMUKA 8 CADANGAN BARU

Metro
23/2/2009


KOTA BHARU: Kebajikan kakitangan awam terus diperjuangkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) termasuk lapan cadangan baru yang bakal dikemukakan kepada kerajaan.Presidennya, Omar Osman, berkata cadangan itu akan dikemukakan selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Beliau berkata, cadangan baru itu akan dimuktamadkan ahli kongres sempena Bengkel Penambahbaikan Gred Gaji dan Skim Perkhidmatan di Terengganu, awal Mac ini.Menurutnya, antara cadangan yang akan dikemukakan termasuk mengkaji semula gred gaji, semakan semula formula pencen dan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan.
“Cuepacs mahu kerajaan mengkaji semula penambahan mata gaji selaras usia persaraan yang kini dilanjut kepada 58 tahun. Ia penting bagi memastikan kualiti pekerja terus meningkat.
“Selain itu, formula pencen yang diguna pakai sekarang perlu disemak berikutan sudah menjangkau 50 tahun dan perlu diselaras semula,” katanya pada sidang media selepas bertemu ahli Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) di Gelanggang Seni di sini, semalam.Pada majlis yang turut dihadiri Presiden MTSU Suhaimi Othman, beberapa ahli bakal bersara diraikan.

CUEPACS MAHU GAJI BARU

Utusan Malaysia
Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my
23/2/2009



KOTA BHARU 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menyarankan beberapa cadangan baru untuk perhatian kerajaan yang bakal dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Omar Osman memberitahu, cadangan tersebut menjurus kepada kepentingan dan kebajikan para pekerja bagi tujuan memantapkan lagi sektor awam di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, bengkel penambahbaikan gred gaji dan skim kakitangan awam yang akan berlangsung di Kuala Terengganu, pada 3 hingga 5 Mac depan akan memperincikan cadangan tersebut.
"Sudah sampai masanya kita mahukan penambahbaikan dari segi gred gaji dengan penambahan tangga gaji agar pendapatan pekerja tidak 'mati' pada gred-gred tertentu.
"Sebagai contoh ada di kalangan pekerja yang baru berumur 45 tahun tetapi tangga gajinya telah 'mati' dan terpaksa berkhidmat l3 tahun lagi bagi menggenapkan usia persaraan pada usia 58 tahun dengan jumlah gaji yang sama," katanya.
Omar berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri program bertemu Presiden CUEPACS anjuran Kesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia (MTSU) di sini hari ini.
Sementara itu, beliau turut menegur sesetengah agensi kerajaan yang kurang mengambil berat dengan nasib pekerja kontrak yang telah lama berkhidmat dalam sektor awam.
''Hampir 2,000 pekerja kontrak telah diberhentikan kononnya disebabkan krisis kegawatan ekonomi dan kekurangan peruntukan.
"Namun pekerja kontrak ini telah berkhidmat dan tidak sepatutnya khidmat mereka ditamatkan begitu sahaja,'' katanya.
Tambahnya, pakej rangsangan ekonomi yang akan diumumkan oleh kerajaan diharap menyediakan peruntukan bagi agensi terbabit supaya mereka mengambil tindakan menyerap semula pekerja kontrak yang diberhentikan.

22 Februari 2009

CUEPACS TO SUBMIT 8-POINT TO PM

Bernama
By:
Ramjit-->
22/2/2009




KOTA BAHARU, Feb 22 (Bernama) -- Cuepacs plans to submit an eight-point memorandum to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to ensure the welfare of 1.2 milion public sector employees.Cuepacs president Omar Osman said the memorandum would be submitted after a workshop on the improvement in the service sector's salary grade in Terengganu on March 3-4.Among the items being drawn up were a new salary scale for each grade, revision of the pension formula and housing loan's interest reduction, he said. he told reporters here today."Cuepacs' move is in line the government's aim to produce balanced human capital by 2020. It is also in accordance with the economic stimulus package introduced by the government," he said.-- BERNAMA

18 Februari 2009

CUEPACS: UTAMAKAN PEKERJA KONTRAK ISI JAWATAN KOSONG KERAJAAN

Bernama
Ramjit-->
18/2/2009

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- CUEPACS menggesa kerajaan mengutamakan 50,000 pekerja kontrak yang sedang berkhidmat bagi mengisi kekosongan yang ada dalam perkhidmatan awam.Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin memberitahu Bernama bahawa ia merupakan langkah paling adil dan logik memandangkan para pegawai terbabit adalah berpengalaman dan kebanyakannya telah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, semalam bahawa pekerja dari sektor swasta yang diberhentikan akan ditawarkan kerja dalam perkhidmatan awam bagi mengisi 20,000 kekosongan dalam pelbagai jawatan.Tambahan pula, Ahmad Shah berkata, para pekerja sektor swasta akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya kerja perkhidmatan awam dan mungkin tidak dapat menyumbang dengan segera kerana terpaksa menjalani semula latihan dan ini akan memberi beban tambahan kepada kerajaan.Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata disebabkan gaji permulaan bagi sektor awam dan swasta berbeza, ia mungkin tidak menarik pekerja berpengalaman yang diberhentikan untuk menyertai perkhidmatan awam.Beliau berkata, adalah normal bagi bakal calon dalam perkhidmatan awam akan ditawarkan penetapan gred dengan gaji permulaan yang ditetapkan."Malah, jika pekerja yang diberhentikan mempunyai pengalaman, ia tidak akan dipertimbangkan dan masih perlu diletakkan pada gaji permulaan berdasarkan gred dan jenis kerja yang ditawarkan," katanya.Sementara itu, Jabatan Tenaga Rakyat melaporkan bahawa terdapat kira-kira 14,000 pekerja yang diberhentikan dan 45,000 pekerja yang diberhentikan sementara di negara ini, setakat 9 Feb.-- BERNAMA

20,000 JAWATAN KOSONG UNTUK PEKERJA KONTRAK SEKTOR AWAM

Berita Harian
18/2/2009


KUALA LUMPUR: Pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam boleh memohon 20,000 jawatan kosong sedia ada dalam sektor berkenaan kerana tawaran itu bukan hanya dikhususkan kepada pekerja swasta yang diberhentikan kerja, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam. Beliau berkata, permohonan untuk mengisi jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa yang berkelayakan dan pemilihan calon berjaya akan dibuat berdasarkan merit. “Ukuran merit berkenaan antara lain mengambil kira aspek kelayakan dan juga pengalaman. Justeru, pekerja kontrak dalam perkhidmatan awam yang berminat boleh mengemukakan permohonan seperti biasa.
“Kebanyakan 20,000 jawatan kosong itu adalah dalam kategori sokongan, terutama perkeranian. Mereka yang berminat boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,” katanya di sini, semalam. Akhbar kelmarin melaporkan sebanyak 20,000 pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam yang masih belum diisi, akan ditawarkan kepada pekerja sektor swasta yang diberhentikan akibat kelembapan ekonomi dunia. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, dipetik sebagai berkata pihaknya kini dalam proses mencari mekanisme sesuai membuat pengambilan secara terus dan serta-merta.
Berikutan itu, Bernama melaporkan Cuepacs menggesa kerajaan mengutamakan 50,000 pekerja kontrak yang berkhidmat bagi mengisi kekosongan berkenaan. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata langkah itu paling adil dan logik memandangkan pegawai terbabit adalah berpengalaman dan kebanyakannya sudah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun. Ismail berkata, sebahagian pekerja kontrak diambil berdasarkan pelaksanaan projek yang ada penetapan tempoh tertentu, tetapi ada kala suatu projek itu bersambung. Bagaimanapun, katanya, ada pekerja kontrak dalam bidang perkhidmatan tertentu akan diserapkan ke jawatan tetap jika berprestasi baik.
Mengenai cadangan mengadakan skim khas untuk membuat pengambilan secara terus dan serta-merta bagi mengisi jawatan kosong itu pula, beliau berkata, pihaknya belum membincangkan perkara berkenaan dengan pegawai Kementerian Sumber Manusia.

17 Februari 2009

CUEPACS INGATKAN PPAPP JANGAN ELAK BAYAR PAMPASAN

Bernama
By:
Ramjit-->
17/2/2009



PULAU PINANG, 16 Feb (Bernama) -- Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) diingatkan supaya tidak mengelak daripada membayar pampasan kepada 13 pekerja kontraknya yang telah ditamatkan perkhidmatan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pemberian pampasan berdasarkan tempoh berkhidmat merupakan antara hak yang dinyatakan dalam buku pekeliling 2009 mengenai pelantikan kakitangan kontrak di sektor awam, badan berkanun dan jabatan negeri.PPAPP tidak boleh mendiamkan diri dalam hal ini kerana ia menyentuh kelayakan dan hak pekerja yang ditamatkan kontraknya itu dan alasan pekerja berkenaan tidak layak mendapat pampasan kerana tiada peruntukan sedemikian tidak boleh diterima, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Katanya Cuepacs akan menulis surat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat untuk memaklumkan mengenai perkara ini dan meminta jabatan itu menghantar surat menerangkan mengenai peruntukan yang terdapat dalam pekeliling itu kepada PPAPP.Omar berkata, alasan PPAPP bahawa pekerja itu bukan diberhentikan tetapi tidak disambung kontraknya boleh dikira sebagai penamatan pekerjaan dan sebab itu mereka layak menerima pampasan walaupun sedikit."Dalam keadaan ekonomi gawat, sebuah agensi kerajaan negeri tidak sepatutnya bertindak menamatkan pekerjaan mereka ketika ini walaupun atas alasan kekangan kewangan. Mereka sepatutnya menunjukkan sikap lebih prihatin. Jika agensi kerajaan tidak ambil peduli nasib pekerja tempatan, bagaimana kita mahu mengharapkan pihak swasta memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada pekerja kita," katanya.Beliau berkata, selain pemberian pampasan, pekerja kontrak juga layak membawa tujuh hari cuti tahunannya yang tidak dapat dihabiskan untuk sesuatu tahun ke tahun berikutnya dan menikmati semua kemudahan dan kelayakan yang dinikmati kakitangan tetap kecuali pinjaman perumahan dan kenderaan.Omar turut meminta PPAPP menimbangkan rayuan seorang daripada 13 pekerja yang ditamatkan kontrak itu untuk bertugas semula di Perpustakaan Awam Seberang Jaya memandangkan beliau terpaksa menguruskan suaminya yang cacat penglihatan dan dua anak yang masih kecil."Walaupun wanita itu ditawarkan semula untuk bekerja, namun beliau diarahkan bertugas di Perpustakaan Desa Telok Tempoyak yang jauh daripada rumahnya di Padang Serai. Kita kenalah bertimbang rasa dengan kesulitan itu," katanya.PPAPP menawarkan semula pekerjaan kepada Norlela Abdul Hamid setelah beliau membuat beberapa rayuan tetapi 12 lagi bekas pekerja itu tidak diberi peluang untuk bekerja semula di organisasi itu.-- BERNAMA

UTAMAKAN PEKERJA KONTRAK

Utusan Malaysia
17/2/2009

KUALA LUMPUR 16 Feb. - CUEPACS menggesa kerajaan mengutamakan 50,000 pekerja kontrak yang sedang berkhidmat bagi mengisi kekosongan yang ada dalam perkhidmatan awam.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin memberitahu, ia merupakan langkah paling adil dan logik memandangkan para pegawai terbabit adalah berpengalaman dan kebanyakannya berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam, semalam bahawa pekerja dari sektor swasta yang diberhentikan akan ditawarkan kerja dalam perkhidmatan awam bagi mengisi 20,000 kekosongan dalam pelbagai jawatan.
Tambahan pula, Ahmad Shah berkata, para pekerja sektor swasta akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya kerja perkhidmatan awam dan mungkin tidak dapat menyumbang dengan segera kerana terpaksa menjalani semula latihan dan ini akan memberi beban tambahan kepada kerajaan.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata disebabkan gaji permulaan bagi sektor awam dan swasta berbeza, ia mungkin tidak menarik pekerja berpengalaman yang diberhentikan untuk menyertai perkhidmatan awam.
Beliau berkata, adalah normal bagi bakal calon dalam perkhidmatan awam akan ditawarkan penetapan gred dengan gaji permulaan yang ditetapkan.
"Malah, jika pekerja yang diberhentikan mempunyai pengalaman, ia tidak akan dipertimbangkan dan masih perlu diletakkan pada gaji permulaan berdasarkan gred dan jenis kerja yang ditawarkan," katanya.
Sementara itu, Jabatan Tenaga Rakyat melaporkan bahawa terdapat kira-kira 14,000 pekerja yang diberhentikan dan 45,000 pekerja yang diberhentikan sementara di negara ini, setakat 9 Februari. - Bernama

16 Februari 2009

CUEPACS: UTAMAKAN PEKERJA KONTRAK ISI JAWATAN KOSONG KERAJAAN

Bernama
By:
Ramjit-->
16/2/2009



KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- CUEPACS menggesa kerajaan mengutamakan 50,000 pekerja kontrak yang sedang berkhidmat bagi mengisi kekosongan yang ada dalam perkhidmatan awam.Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin memberitahu Bernama bahawa ia merupakan langkah paling adil dan logik memandangkan para pegawai terbabit adalah berpengalaman dan kebanyakannya telah berkhidmat antara 10 hingga 20 tahun.Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam, semalam bahawa pekerja dari sektor swasta yang diberhentikan akan ditawarkan kerja dalam perkhidmatan awam bagi mengisi 20,000 kekosongan dalam pelbagai jawatan.Tambahan pula, Ahmad Shah berkata, para pekerja sektor swasta akan menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan budaya kerja perkhidmatan awam dan mungkin tidak dapat menyumbang dengan segera kerana terpaksa menjalani semula latihan dan ini akan memberi beban tambahan kepada kerajaan.Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata disebabkan gaji permulaan bagi sektor awam dan swasta berbeza, ia mungkin tidak menarik pekerja berpengalaman yang diberhentikan untuk menyertai perkhidmatan awam.Beliau berkata, adalah normal bagi bakal calon dalam perkhidmatan awam akan ditawarkan penetapan gred dengan gaji permulaan yang ditetapkan."Malah, jika pekerja yang diberhentikan mempunyai pengalaman, ia tidak akan dipertimbangkan dan masih perlu diletakkan pada gaji permulaan berdasarkan gred dan jenis kerja yang ditawarkan," katanya.Sementara itu, Jabatan Tenaga Rakyat melaporkan bahawa terdapat kira-kira 14,000 pekerja yang diberhentikan dan 45,000 pekerja yang diberhentikan sementara di negara ini, setakat 9 Feb.-- BERNAMA

15 Februari 2009

RAMAI KAKITANGAN AWAM MANGSA CETI HARAM

Utusan Malaysia
14/2/2009



KUALA LUMPUR 13 Feb. – Beribu-ribu kakitangan kerajaan kini menjadi mangsa ceti haram yang lebih dikenali sebagai ‘ah long’ dan perkara ini amat membimbangkan kerajaan serta sektor perkhidmatan awam, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin menganggarkan lebih 10,000 kakitangan kerajaan memasuki perangkap ceti haram dan mereka diganggu hampir setiap hari supaya membayar balik pinjaman.
Kenyataan ini dibuat selepas pendedahan sebelum ini menyatakan kira-kira 50,000 anggota perkhidmatan awam terlibat dengan skim cepat kaya.
Pembabitan begitu ramai kakitangan kerajaan dalam skim yang meragukan itu mendorong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan khas 2/09 bulan lepas yang melarang kakitangan kerajaan menyertai skim itu.
Ahmad Shah berharap kerajaan juga akan mengambil langkah serupa bagi membendung ancaman ceti haram.
Ahmad Shah berkata, beliau bimbang jika tidak ditangani masalah itu akan menjejaskan kecekapan dan integriti perkhidmatan awam. –

14 Februari 2009

BUKTI KERAJAAN PRIHATIN MASALAH RAKYAT

Berita Harian
14/20/2009



KUALA LUMPUR: Penurunan tarif elektrik mulai 1 Mac depan bukti keprihatinan serta janji kerajaan meringankan beban rakyat menghadapi cabaran krisis ekonomi global semasa. Mereka yang dihubungi semalam yakin langkah itu dapat membantu pengguna ketiga-tiga sektor domestik, komersial dan industri. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pengguna semua sektor mesti tidak leka atau mengambil kesempatan atas keprihatinan kerajaan menurunkan tarif untuk membazir penggunaan elektrik.
"Walaupun tarif diturunkan, penggunaan secara berhemat harus diteruskan supaya penjimatan kos dapat dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan seperti menabung dan membiayai perbelanjaan lain," katanya. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata penurunan tarif elektrik, terutama bagi pengguna domestik bertepatan kerana mampu meringankan beban masyarakat yang ketika ini agak tertekan dengan peningkatan kos hidup. "Walaupun penurunan agak sedikit, ia langkah wajar kerajaan membantu rakyat, sekali gus menggalakkan peniaga yang banyak menggunakan elektrik menurunkan harga produk serta perkhidmatan.
"Saya juga harap kerajaan terus mengkaji tarif elektrik dari semasa ke semasa supaya dapat diturunkan lagi dalam tiga atau enam bulan akan datang seperti mekanisme yang dilakukan untuk penurunan harga minyak," katanya. Beliau berkata, penurunan itu mungkin tidak memberi kesan penjimatan yang besar kepada pengguna elektrik di bandar kerana mereka menggunakan elektrik pada kadar yang agak tinggi berbanding di luar bandar. "Oleh itu, penjimatan ini lebih banyak memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan elektrik pada kadar rendah. Ia juga lebih bermanfaat kepada mereka yang tidak perlu membayar bil elektrik jika penggunaan tidak melebihi RM20 sebulan," katanya. Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Mohd Fauzi Jani, berkata langkah itu membolehkan pihak industri mengurangkan kos di samping mengekalkan pekerja ketika negara berdepan ekonomi tidak menentu.
"Kecil atau besar jumlah penurunan tarif tidak penting kerana paling utama langkah ini dapat meningkat kos sara hidup. Namun, pengguna perlu memainkan peranan dengan menjimatkan penggunaan elektrik supaya kualiti hidup ditingkatkan," katanya. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, berkata penurunan tarif elektrik melegakan, terutama rakyat berpendapatan rendah dan juga pekerja yang berdepan risiko pemberhentian kerja akibat kegawatan ekonomi kini. "Kehidupan mereka terjejas dan langkah kerajaan ini sekurang-kurang dapat meringankan beban yang ditanggung. Selain itu, pihak industri harus bertindak adil dengan mengelakkan langkah memberhentikan pekerja selepas permintaan mereka supaya tarif elektrik diturun bagi mengurangkan kos operasi," katanya.

MENTERI, MAJIKAN JUGA POTONG GAJI

Berita Harian
14/2/2009



GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan gaji menteri dan majikan sektor swasta dipotong jika keadaan ekonomi negara bertambah buruk. Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud, berkata majikan yang bercadang memberhentikan atau mengurangkan gaji pekerja disaran turut berkorban dengan mengambil langkah itu. "Tidak adil jika pekerja saja diarahkan bercuti tanpa gaji, dipotong gaji sedangkan lembaga pengarah, pengarah urusan dan pengurus syarikat serta pihak atasan tidak terkena tempiasnya.
"Gaji mereka perlu dipotong jika benar-benar mahu menyelamatkan syarikat bagi mengelak hanya satu pihak menjadi mangsa," katanya selepas majlis dialog bersama Timbalan Ketua Menteri Kedua Pulau Pinang, Prof Dr P Ramasamy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi negeri, di sini, semalam. Syed Shahir berkata, menteri juga perlu berkorban jika keadaan ekonomi terlalu teruk seperti dilaksanakan Singapura, baru-baru ini. Ramasamy yang ditanya kesediaan pemimpin Pulau Pinang berkorban dengan membenarkan gaji barisan Exco kerajaan dipotong, berkata ia boleh dipertimbangkan tetapi enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, di sebalik pelbagai saranan dinyatakan MTUC untuk mengurangkan kesan ekonomi semasa terhadap pekerja sektor swasta, terutama mereka yang mungkin diberhentikan, Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pula meminta kerajaan memenuhi tuntutan mereka berhubung dua perkara. Ia adalah menaikkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dan penyelarasan elaun kos sara hidup (Cola) sebanyak RM300 yang pada dasarnya sudah dipersetujui, tetapi belum dilaksanakan. Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs berharap kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk itu dalam pakej rangsangan fiskal kedua yang dijangka diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada sesi persidangan Parlimen akan datang. “Cuepacs sudah menghantar surat rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan minggu lalu mengenai tuntutan itu termasuk langkah membantu kakitangan awam kontrak supaya diberi pertimbangan sewajarnya menerusi pakej rangsangan fiskal itu.
“Kali ini kita berharap kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya untuk menyediakan peruntukan bagi kenaikan ITP dan penyelarasan elaun Cola kepada kira-kira 900,000 kakitangan awam kumpulan sokongan Satu dan Dua,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Cuepacs meminta kenaikan ITP sebanyak RM50 menjadi RM230 daripada RM180 sekarang, manakala elaun Cola pula ketika ini dibayar mengikut tempat tinggal iaitu bandar besar (RM300), bandar (RM200) dan luar bandar (RM100).

11 Februari 2009

CUEPACS AKAN SERAH MEMORANDUM SEMAKAN GAJI

Bernama
By: Ramjit-->
11/2/2009


KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan menyediakan sebuah memorandum mengenai semakan gaji dan semakan semula pelbagai skim perkhidmatan untuk kakitangan awam bulan depan.Setiausaha Agungnya Ahmad Shah Mohd Zin berkata 150 perwakilan dari kesemua 130 ahli gabungan Cuepacs akan mengadakan persidangan selama tiga di Kuala Terengganu bagi menyediakan dokumen tersebut.Bagaimanapun, tarikh persidangan akan diumumkan kemudian, katanya kepada Bernama di sini hari ini.Ahmad Shah berkata semakan gaji terakhir pada 2007 tidak mematuhi skim perkhidmatan dan oleh sebab itu wujud banyak bayaran anomali."Kami harap untuk menonjolkan anomali ini dalam memorandum ini supaya ia boleh diselesaikan semasa semakan gaji akan datang," katanya.Selain semakan gaji, katanya, memorandum itu juga akan mengandungi cadangan kongres tersebut terhadap peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).Ahmad Shah berkata Cuepacs berjuang untuk memansuhkan format semasa peperiksaan PTK yang menimbulkan rasa kurang senang di kalangan kakitangan awam kerana kenaikan pangkat bergantung kepada kelulusan PTK."Seperti sedia maklum, format PTK masa ini tidak menilai keupayaan sebenar calon melaksanakan tugas masing-masing memandangkan soalan peperiksaan tidak relevan kepada tugasan yang dilaksanakan oleh calon," katanya."Kami mencadangkan cara penilaian alternatif yang lebih adil dan menilai kemampuan sebenar calon. Memorandum ini akan diserahkan kepada kerajaan sebaik sahaja mendapat kelulusan badan eksekutif Cuepacs," katanya.-- BERNAMA
Kami menyedia

10 Februari 2009

KAKITANGAN AWAM PILIH SKIM PENCEN KENA BIJAK LABUR CARUMAN KWSP

Berita Harian
10/2/2009



KAKITANGAN awam yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diibaratkan seperti menerima durian runtuh apabila berpeluang menukar ke skim pencen seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini. Tentunya ini amat melegakan mereka yang kebanyakannya mahu kembali ke skim pencen sejak dulu lagi. Malah sebagai penjawat awam yang memilih skim KWSP sejak 1993, saya sudah mengemukakan surat ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta berpuluh-puluh artikel memohon penambahbaikan kepada skim KWSP. Antaranya, memohon pengeluaran untuk mengerjakan haji dan insentif lain, selain berusaha memohon pertukaran ke skim pencen semula tetapi gagal. Peluang ini diibaratkan seperti rezeki datang bergolek. Pencarum KWSP bertuah kerana sudah menabung agak lama dan berpeluang meraikan hasil tabungan itu tidak lama lagi.
Berita lebih 50,000 kakitangan awam yang terpedaya dengan skim cepat kaya seperti dinyatakan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) adalah memeranjatkan. Keadaan itu disebabkan sikap kita sendiri yang mudah terpedaya dan sering tidak merujuk kepada mereka yang lebih memahami soal pengurusan kewangan. Ketika kegawatan ini, saya ingin berkongsi pandangan supaya penjawat awam yang memilih skim KWSP membuat keputusan lebih menguntungkan selain dapat menggandakan hasil tabungan apabila wang dicairkan. Sebagai cadangan, pencarum KWSP jangan terpedaya dengan pelbagai pelan atau skim yang merugikan, mereka perlu mendapatkan pandangan golongan yang arif dan profesional dalam pengurusan kewangan keluarga.
Namun, perlu diingat ada sebahagian daripada mereka adalah ejen syarikat kewangan tetapi tidak menjadi jurubicara profesional dalam hal membabitkan kewangan pelanggan. Malah, dalam banyak keadaan mereka lebih mementingkan keuntungan sebelah pihak dan menyembunyikan maklumat daripada pelanggan. Saya mencadangkan wang itu digunakan untuk tabungan di Tabung Haji bagi memudahkan hasrat pencarum menunaikan ibadat haji. Sebahagian caruman KWSP yang dikeluarkan boleh dilaburkan dalam unit amanah yang terjamin. Menggandakan wang adalah melaburkan semula ke dalam sesuatu perniagaan atau pelaburan yang terjamin supaya keupayaan menyimpan kita bertambah.

LUKMAN MOIDIN,
Kuala Nerang.

09 Februari 2009

PENJAWAT AWAM TAKUT BUAT ADUAN

Berita Harian
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
9/2/2009



Cuepacs tidak dapat halang pihak bertanggungjawab anjur skim cepat kaya KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendedahkan ada kakitangan awam yang membuat pinjaman bank sehingga RM30,000 semata-mata mahu mendapatkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat menerusi skim cepat kaya. Presidennya, Omar Osman, bagaimanapun kecewa apabila tiada pihak tampil membuat aduan secara rasmi bagi membolehkan tindakan susulan diambil kepada pihak bertanggungjawab memperkenalkan skim cepat kaya kepada penjawat awam. "Kita memang tak dapat kenal pasti sebab tiada yang berani tampil membuat aduan selepas pekeliling (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 2009) dikeluarkan bulan lalu.
"Ia mungkin kerana ada yang terbabit dengan skim cepat kaya ini takut untuk melaporkannya kepada pihak atasan kerana bimbang akan dikenakan tatatertib... jadi mereka (yang terbabit dengan skim cepat kaya, tetapi mahu membuat laporan) tersepit dan akhirnya mendiamkan diri sebagai cara terbaik," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Katanya, walaupun ada beberapa individu yang menghubunginya secara peribadi bagi menjelaskan keadaan sebenar mengenai penyebaran skim cepat kaya membabitkan penjawat awam pelbagai peringkat jawatan, namun akhirnya mereka enggan membuat laporan semata-mata takut dikenakan tindakan tatatertib atau hilang pekerjaan. Berikutan itu, Omar berkata, pihaknya sehingga kini gagal mengesan mana-mana kakitangan awam yang terbabit dengan skim berkenaan walaupun sebelum ini ada laporan menyebut seramai 50,000 penjawat awam dikesan dalam aktiviti itu.
"Memang ada yang telefon saya untuk memaklumkan mengenai aktiviti ini (skim cepat kaya), tetapi mereka tidak mahu mendedahkan identiti masing-masing sehingga sukar untuk kita kesan," katanya. Menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 2009, larangan itu menyebut semua kakitangan awam dikehendaki menghentikan pembabitan serta-merta dan mereka yang dikesan terbabit dalam kegiatan itu akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan lain yang berkuat kuasa. Selain itu, katanya, Cuepacs akan meminta kerajaan melonggarkan syarat pembayaran pampasan perkhidmatan yang biasanya hanya akan dibayar sekali gus apabila kakitangan awam bersara. Presidennya, Omar Osman, berharap kerajaan dapat menimbang cadangan itu dengan memberi bayaran awal antara 10 hingga 15 peratus daripada jumlah pampasan perkhidmatan atau gred duti berkenaan dalam tempoh terdekat bagi meringankan beban perbelanjaan kakitangan awam berikutan keadaan ekonomi semasa.
"Cadangan berkenaan adalah antara perkara bakal dibincangkan dalam mesyuarat kongres yang akan diadakan pada Mac depan di Terengganu," katanya.