SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 Februari 2009

RAMAI KAKITANGAN AWAM MANGSA CETI HARAM

Utusan Malaysia
14/2/2009



KUALA LUMPUR 13 Feb. – Beribu-ribu kakitangan kerajaan kini menjadi mangsa ceti haram yang lebih dikenali sebagai ‘ah long’ dan perkara ini amat membimbangkan kerajaan serta sektor perkhidmatan awam, kata Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin menganggarkan lebih 10,000 kakitangan kerajaan memasuki perangkap ceti haram dan mereka diganggu hampir setiap hari supaya membayar balik pinjaman.
Kenyataan ini dibuat selepas pendedahan sebelum ini menyatakan kira-kira 50,000 anggota perkhidmatan awam terlibat dengan skim cepat kaya.
Pembabitan begitu ramai kakitangan kerajaan dalam skim yang meragukan itu mendorong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengeluarkan pekeliling perkhidmatan khas 2/09 bulan lepas yang melarang kakitangan kerajaan menyertai skim itu.
Ahmad Shah berharap kerajaan juga akan mengambil langkah serupa bagi membendung ancaman ceti haram.
Ahmad Shah berkata, beliau bimbang jika tidak ditangani masalah itu akan menjejaskan kecekapan dan integriti perkhidmatan awam. –

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan kadbank gaji k/tangan awam dipegang oleh ceti ini yang banyaknya adalah di kalangan orang kerajaan sendiri.