SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

03 Februari 2009

WARGA PENDIDIK JANGAN TERBABIT SKIM CEPAT KAYA

Berita Harian
2/2/2009



SEMPORNA: Warga pendidik dinasihati jangan terbabit dengan sistem cepat kaya kerana bertentangan dengan undang-undang serta menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pendidikan pelajar. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata warga pendidik jangan membabitkan diri dalam skim ini kerana sudah ramai kehilangan wang disebabkan melabur dalamnya serta bagi mengelakkan daripada diambil tindakan undang-undang. “Setakat ini, saya tidak mempunyai apa-apa maklumat sejauh mana penglibatan warga pendidik dalam isu ini dan tidak ada menerima aduan mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama sempena Majlis Memperkasakan Sekolah Kebangsaan di sini hari ini.
Alimuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan ada warga pendidik yang terlibat dalam skim itu berikutan pendedahan Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin baru-baru yang mendakwa terdapat 50,000 kakitangan perkhidmatan awam terbabit dalam skim berkenaan. Ahmad Shah berkata pihaknya amat bimbang dengan perkembangan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang awam terhadap sistem pentadbiran awam negara. Alimuddin berkata, meskipun tidak ada undang-undang khusus menghalang guru daripada terbabit dalam skim seumpama itu, mereka sebenarnya terikat dengan undang-undang negara yang berkaitan dengan skim itu dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Bernama

Tiada ulasan: