SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 Februari 2009

KM P.PINANG PERLU CAMPUR TANGAN

Utusan Malaysia
Oleh SYED RIDZUWAN SYED ISMAIL
ridzuwan.ismail@utusan.com.my
4/2/2009



KANGAR 3 Feb. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menggunakan kuasanya bagi membolehkan 13 kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) yang diberhentikan kerja disambung semula perkhidmatan mereka.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, tindakan itu perlu memandangkan perbadanan tersebut belum membuat keputusan berhubung nasib mereka yang diberhentikan.
Katanya, tindakan itu juga perlu dilakukan atas dasar kemanusiaan bagi membantu golongan yang terhimpit terutama ketika kegawatan ekonomi.
''Kita telah menghantar surat rasmi berhubung perkara ini kepada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menggunakan kuasanya bagi membolehkan mereka bekerja semula dengan PPAPP.
''Jika jabatan kerajaan di negeri-negeri lain boleh mengambil semula kakitangan kontrak, mengapa PPAPP tidak boleh berbuat demikian," katanya pada sidang akhbar selepas berjumpa kakitangan awam Cuepacs di sini hari ini.
Semalam akhbar ini melaporkan 13 kakitangan kontrak PPAPP baru-baru ini menamatkan perkhidmatan 13 kakitangan kontraknya sekali gus menyebabkan mereka hilang mata pencarian.
Omar berkata, beliau belum mendapat maklum balas daripada Guan Eng tetapi mengharapkan perkembangan positif dalam membantu mereka yang memerlukan pekerjaan.
''Sebelum ini saya difahamkan mereka ingin diserapkan ke Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tetapi tiada surat tawaran dikeluarkan," jelasnya
.

Tiada ulasan: