SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Februari 2009

CUEPACS INGATKAN PPAPP JANGAN ELAK BAYAR PAMPASAN

Bernama
By:
Ramjit-->
17/2/2009



PULAU PINANG, 16 Feb (Bernama) -- Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) diingatkan supaya tidak mengelak daripada membayar pampasan kepada 13 pekerja kontraknya yang telah ditamatkan perkhidmatan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pemberian pampasan berdasarkan tempoh berkhidmat merupakan antara hak yang dinyatakan dalam buku pekeliling 2009 mengenai pelantikan kakitangan kontrak di sektor awam, badan berkanun dan jabatan negeri.PPAPP tidak boleh mendiamkan diri dalam hal ini kerana ia menyentuh kelayakan dan hak pekerja yang ditamatkan kontraknya itu dan alasan pekerja berkenaan tidak layak mendapat pampasan kerana tiada peruntukan sedemikian tidak boleh diterima, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Katanya Cuepacs akan menulis surat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat untuk memaklumkan mengenai perkara ini dan meminta jabatan itu menghantar surat menerangkan mengenai peruntukan yang terdapat dalam pekeliling itu kepada PPAPP.Omar berkata, alasan PPAPP bahawa pekerja itu bukan diberhentikan tetapi tidak disambung kontraknya boleh dikira sebagai penamatan pekerjaan dan sebab itu mereka layak menerima pampasan walaupun sedikit."Dalam keadaan ekonomi gawat, sebuah agensi kerajaan negeri tidak sepatutnya bertindak menamatkan pekerjaan mereka ketika ini walaupun atas alasan kekangan kewangan. Mereka sepatutnya menunjukkan sikap lebih prihatin. Jika agensi kerajaan tidak ambil peduli nasib pekerja tempatan, bagaimana kita mahu mengharapkan pihak swasta memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada pekerja kita," katanya.Beliau berkata, selain pemberian pampasan, pekerja kontrak juga layak membawa tujuh hari cuti tahunannya yang tidak dapat dihabiskan untuk sesuatu tahun ke tahun berikutnya dan menikmati semua kemudahan dan kelayakan yang dinikmati kakitangan tetap kecuali pinjaman perumahan dan kenderaan.Omar turut meminta PPAPP menimbangkan rayuan seorang daripada 13 pekerja yang ditamatkan kontrak itu untuk bertugas semula di Perpustakaan Awam Seberang Jaya memandangkan beliau terpaksa menguruskan suaminya yang cacat penglihatan dan dua anak yang masih kecil."Walaupun wanita itu ditawarkan semula untuk bekerja, namun beliau diarahkan bertugas di Perpustakaan Desa Telok Tempoyak yang jauh daripada rumahnya di Padang Serai. Kita kenalah bertimbang rasa dengan kesulitan itu," katanya.PPAPP menawarkan semula pekerjaan kepada Norlela Abdul Hamid setelah beliau membuat beberapa rayuan tetapi 12 lagi bekas pekerja itu tidak diberi peluang untuk bekerja semula di organisasi itu.-- BERNAMA

Tiada ulasan: