Bernama
Oleh Ravichandran D.J Paul
15/11/2011
Bekas Ketua Unit Pemantauan Akhbar dan Wartawan G. Perumal (Peruji Perumal) mengupas dengan ringkas pemikiran Tan Sri Sidek Hassan dalam mentransformasi perkhidmatan awam.
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasport Malaysia kini siap dalam dua jam, kad pengenalan yang hilang diganti dalam sehari, saman trafik disemak online dan pelbagai borang dapat dimuat turun di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Apa yang tersirat di sebalik semua ini membuktikan adanya penambahbaikan dalam kualiti penyampaian khidmat awam, walaupun masih terdapat ruang untuk lebih banyak ke arah itu.
Penulis adalah anggota birokrasi veteran, dengan perkhidmatan hampir empat dekad dalam sektor awam, dan telah mengharungi sendiri arus perubahan dalam perkhidmatan awam khasnya daripada segi penyampaian khidmat.
Perkhidmatan awam di Malaysia menempuhi perubahan secara berterusan selaras dengan peredaran masa untuk memenuhi aspirasi rakyat dan kerajaan yang memerintah.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, dan mereka yang sebelum beliau, telah banyak mendorong proses transformasi ini.
Bagi Sidek, untuk berada dalam barisan depan penyampaian khidmat bermakna penjawat awam perlu menerima perubahan paradigma dalam budaya kerja mereka dengan inovasi menjadi teras perkhidmatan.
Desakan dan aspirasi pemegang kepentingan yang menilai penyampaian khidmat awam sentiasa berubah dan dengan itu juga memerlukan perubahan berterusan dalam sistem penyampaian.
PERANAN LEBIH BESAR
Sejak mengambil alih teraju khidmat awam negara pada 2006, Sidek berusaha dengan aktif pelbagai perubahan dalam penyampaian khidmat dan dalam memastikan pelaksanaan berkesan dasar-dasar pembangunan negara.
Sebuah perkhidmatan awam yang berkesan dan cekap adalah asas penting dalam memastikan pentadbiran yang baik dan memastikan kejayaan dasar-dasar pembangunan negara termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sebenarnya menjadi kayu pengukur GTP.
Sebahagian besar daripada kejayaan GTP bergantung kepada kekuatan kolektif lebih 1.2 juta kakitangan awam.
Memandangkan manusia adalah aset birokrasi paling penting, Sidek percaya kepada perlantikan orang yang sesuai ke jawatan yang sesuai.
Dan peluang untuk turut serta dan meningkat dalam jawatan di sektor awam haruslah berdasarkan kepada merit, kemahiran, budaya kerja yang baik, rendah hati dan pengalaman.
Sidek menambah kata, bakat, kreativiti, pengetahuan dan integriti sebagai ciri-ciri perlu dalam meningkatkan kualiti khidmat untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Bakat tanpa integriti pastinya akan mencetuskan masalah dan apa yang paling penting adalah kakitangan awam tidak perlu khuatir akan perubahan, kerana tanpa perubahan pastinya tiada kemajuan.
Dalam satu daripada ucapannya ketua perkhidmatan awam itu berkata; "Kita tidak boleh berdiam diri dan serahkan hala tuju masa depan kepada takdir. Kita perlu tetapkan sendiri hala tuju masa depan."
HALANGAN
Dengan pelbagai penambahbaikan itu, masih terdapat masalah dalam perkhidmatan yang belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun pelbagai usaha diambil.
Contohnya, rasuah, pelbagai langkah diambil untuk memeranginya.
Masalah rasuah ini tidak terhad kepada Malaysia sahaja, ia satu masalah manusia merentasi seluruh dunia.
Bagi Sidek, meningkatkan gaji tidak semestinya dapat mengatasi rasuah. Persoalannya sekarang berapa banyak yang cukup dan mana satu yang menjadi keutamaan - kepentingan diri atau kepentingan umum?
Sebab itulah Sidek percaya bahawa pembentukan peribadi yang baik adalah tugas yang tiada penghujungnya. Peribadi yang menentukan kesesuaian, kelayakan dan penerimaan dalam khidmat awam.
Seseorang harus dinilai berdasarkan kepada kemampuan dan merit, dan bukan berdasarkan kepada asal-usulnya, termasuk kumpulan etniknya.
Tatalaku teladan kakitangan awam pastinya sangat bernilai.
Dalam mewujudkan satu perkhidmatan awam dengan hati nurani Sidek berkongsi kata-kata Ibu Theresa; "Ia bukan berapa banyak yang kita sumbangkan tetapi yang penting ialah berapa banyak kasih sayang yang disumbangkan. Berkhidmat dengan penuh kasih sayang pastinya lebih berkesan".
-- BERNAMA
SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS
15 November 2011
PEMIKIRAN SIDEK HASSAN DALAM TRANSFORMASI SISTEM PENYAMPAIAN
GAJI MINIMUM: KERAJAAN SELANGOR AMAL DISKRIMINASI TERHADAP PENJAWAT AWAM
Bernama
15/11/2011
SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkata kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi terhadap penjawat awam di negeri itu dengan memperkenalkan gaji minimum hanya kepada kakitangan anak syarikat kerajaan negeri semata-mata.
Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) berkata amalan itu tidak sepatutnya wujud dengan mengambil kira kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini yang berkata kerajaan negeri berjaya meningkatkan pendapatan dan hasil kerajaan negeri dalam pembentangan belanjawan negeri 2012 baru-baru ini.
"Kalau kerajaan negeri mengatakan ada pertambahan pendapatan, kenapa tidak berikan dan laksanakan gaji minimum kepada semua kakitangan awam Selangor.
"Ini jelas menunjukkan hasil dan pendapatan itu tidak disalurkan untuk manfaat kepada seluruh kakitangan awam negeri," katanya ketika ditemui pemberita di luar sidang Dewan Undangan Negeri di sini, pada Isnin.
Abdul Khalid ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2012 baru-baru ini berkata pelaksanaan gaji minimum bagi kakitangan anak syarikat kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu RM1,500 sebulan akan bermula tahun depan.
Beliau berkata langkah itu adalah satu usaha menggerakkan syarikat milik kerajaan negeri agar memberikan latihan kepada kakitangannya bagi menaik taraf kemahiran seterusnya membantu mereka meningkatkan pendapatan sendiri.
Mengulas lanjut, Mohd Isa berkata sekiranya kerajaan negeri benar-benar memikirkan kebajikan kakitangan awam Selangor, mereka sepatutnya melaksanakan dasar gaji minimum itu kepada penjawat awam yang bergaji rendah dahulu dan bukan hanya kepada kakitangan GLC semata-mata.
"Kalau kita ambil kira GLC, mereka ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mana sudah tentunya skim perkhidmatannya adalah berbeza daripada skim perkidmatan awam negeri.
"Malah GLC juga dilihat secara operasinya adalah mencari keuntungan yang membolehkan mereka membayar gaji dan bonus kakitangan secara puratanya melepasi RM1,500 sebulan. Namun, kakitangan awam negeri gaji mereka adalah rendah," katanya yang menambah terdapat seramai 19,000 penjawat awam di Selangor.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Dr Mohd Nasir Hashim (PKR-Kota Damansara) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan geran berjumlah RM100,000 hingga RM150,000 kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bagi menjalankan kajian berhubung keupayaan dan kebolehan negara ini melaksanakan gaji minimum.
Beliau berkata hasil kajian itu nanti akan dikemukakan untuk menunjukkan bagaimana kadar gaji minimum di negara ini boleh dinaikkan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Katanya, hasil kajian itu turut membantu pihaknya untuk mencari kaedah sesuai bagaimana GLC di bawah negeri boleh menterjemahkan kadar gaji minimum.
-- BERNAMA
11 November 2011
GAJI, BONUS BOS PKNS DIPERTIKAI
Berita Harian
Oleh Rafidah Mat Ruzki dan
Mohd Azri Affendy Abdul Samat
2011/11/11
SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.
“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.
Pada masa ini, Pengurus Besar PKNS ialah Othman Omar.
Mohamad Satim berkata, sejak pentadbiran Selangor diambil alih pakatan pembangkang, tiada lagi projek rumah kos rendah dan mampu milik dibina untuk rakyat, sebaliknya PKNS membina perumahan mewah.
“Dalam tempoh tiga tahun tujuh bulan dan di bawah pentadbiran Pengurus Besar baru, berapakah jumlah rumah mampu milik terutama rumah kos rendah, sederhana rendah dan sederhana yang dibina oleh PKNS berbanding dengan pencapaian 2006, 2007 dan 2008.
“Yang jelas, projek Mega Datum Jelatek, Pusat Bandar Keramat menawarkan rumah paling rendah harganya ialah RM600,000 seunit, yang berada di luar kemampuan majoriti pemilik asal yang diberikan pampasan hanya RM250,000.
“Begitu juga projek Mega Sports City SS7, Kelana Jaya; Aquivilla Seksyen 7, Shah Alam; Western Digital, SSB Kelana Jaya; PJCC, SS 19 Subang Jaya dan banyak lagi projek mega PKNS,” katanya.
Beliau berkata, ketika BN memerintah negeri ini, pelbagai projek kos rendah dan sederhana dilaksanakan selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial.
Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri sekarang tidak melaksanakan perkara itu.
Mohamad Satim turut mengimbas kembali kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Bajet Selangor 2009 yang menyatakan kerajaan negeri tidak lagi membenarkan projek hartanah secara usaha sama dan penswastaan, selain mengarahkan PKNS menghentikan projek penswastaan serta merta.
Bagaimanapun, katanya walaupun arahan dikeluarkan, PKNS masih meneruskan projek penswastaan dan menjalankan usaha sama hartanah seperti projek Science Park 2, membabitkan kawasan seluas 8.8 hektar.
10 November 2011
HASRAT DAP KURANGKAN PENJAWAT AWAM TIDAK WAJAR
November 10, 2011
LUMUT - Hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara adalah satu tindakan tidak wajar dan menimbulkan kegusaran dalam kalangan penjawat awam.
Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Negeri Perak, Abdul Jalil Yang berkata, pihaknya mahu cadangan itu ditentang habis-habisan oleh semua penjawat awam.
Menurutnya, selama ini Cuepacs sentiasa memperjuangkan nasib dan kebajikan semua penjawat awam di seluruh negara.
“Jika kakitangan sedia ada pun mereka (DAP) mahu kurangkan bilangannya, bagaimana pula nasib kakitangan kontrak seramai 20,000 hingga 30,000 dalam pelbagai jabatan kerajaan.
“Sedangkan Cuepacs berjuang habis-habisan mendesak kerajaan untuk menyerap mereka sebagai kakitangan tetap dalam perkhidmatan awam,” katanya selepas Majlis Perasmian Kesatuan Sekerja Kumpulan Sokongan Jabatan Perikanan Semenanjung Malaysia (KSKSJPSM) di Pusat Pengembangan Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan.
Hadir sama, Presiden Kesatuan Sekerja Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perak, Jamaluddin Majid dan Pengerusi Penaja KSKSJPSM, Mazlan Ali.
Sementara itu, Jamaluddin berkata, hasrat tersebut sebenarnya menunjukkan niat tidak baik parti berkenaan selain menunjukkan hasrat sebenar mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Belum lagi mereka (DAP) memegang kuasa memerintah negara dan nak buat macam-macam cadangan yang nyata sekali mampu menggusarkan ramai pihak, inilah sikap sebenar mereka.
“Kita boleh lihat, mereka mempunyai agenda mereka tersendiri dan seolah-olah terdapat unsur perkauman kerana hampir 80 peratus penjawat awam terdiri dalam kalangan Bumiputera,” katanya.
Tambah Jamaluddin lagi, isu tersebut diharap dapat membuka mata segelintir penjawat awam yang selamanya ini terpengaruh dengan pelbagai tohmahan pembangkang sekali gus menjadi penyokong tegar pembangkang.
CHEAP PUBLICITY MOVE, SAYS CUEPACS
2011/11/09
KUALA LUMPUR: DAP and its allies should downsize the civil service in states under their rule, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said.
"It's very simple if they want to reduce the number of government servants. Some of the states under them, they have the state civil service, so they should reduce theirs first."
He was responding to a revelation of a plan to trim the size of the civil service if the loose grouping of opposition parties came to power in the next general election.
Human Resources Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said reducing the number of civil servants was not acceptable.
"It is impossible to cut down the number of government servants as the nation depends on them."
The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Datuk Omar Osman said that they were against the statement made by DAP national publicity chief Tony Pua because they refused to be a part of any political agenda.
"This is cheap publicity for them. They should focus on how to better the benefits for civil servants and not talk about reducing the numbers that will spike up the number of unemployed," he added.
Omar said civil servants should not pay too much attention to the statement and the comparisons made with other countries.
"We can't always compare ourselves with other countries because different countries have different systems that work," he said, adding that civil servants shouldn't worry about their job security following the statement.
Omar said that they were not interested to find out the reason why civil servants were made the scapegoat although he felt hurt and disappointed that they were made to feel so irrelevant.
Government Executive Officers' Union president Saadon Aris said the move alluded to by Pua was not logical.
"What would happen if we reduce the number of police officers? Law enforcement as a whole would be affected and that can be disastrous to the nation."
Saadon, who is also the programme coordinator of the Public Service Commission Academy, said that it had received over 60,000 applications for administrative vacancies but had hired only 4,000.
"If we cut down on hiring, there would be more unemployed people and it would not do our economy any good."
09 November 2011
GAJI MINIMUM RM1,500 BAGI FIRMA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
9/11/2011
Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.
Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.
Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.
Sebagai kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan.
ADAKAH DAP MAHU BIAR RAKYAT MENGANGGUR?
9/11/2011
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, hasrat DAP yang mahu mengurangkan penjawat awam sebagai langkah mahu 'menjimatkan' wang kerajaan bukanlah satu tindakan bijak, malah ia tidak realistik.
Menurut Omar, apa yang mereka mahu lakukan itu membuktikan pemikiran barisan pemimpin DAP bersifat jumud dan jauh ke belakang.
"Saya tidak faham mengapa DAP cenderung mempolitikkan semua perkara termasuklah isu tersebut walaupun hakikatnya, sektor awam adalah nadi penggerak negara," katanya pada sidang akhbar di Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalam sebuah akhbar berbahasa Cina tentang cadangan kerajaan DAP mahu mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan kakitangan yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Menurut Omar, jika DAP benar-benar parti yang jitu untuk membangunkan dan mentadbir negara, mereka perlu mengutamakan hal ehwal kebajikan penjawat awam, bukannya membuat rakyat derita dengan 'menghadiahkan' status penganggur kepada mereka.
"Ini membuktikan DAP sebuah parti yang cakap tak serupa bikin. Bersifat menakutkan rakyat, bukannya mahu mendekati mereka.
"Bagaimana parti itu mahu mentadbir kerajaan kelak, sedangkan rakyat takut dengan tindak-tanduk mereka yang tidak masuk akal," tambah beliau.
Dalam pada itu, Omar turut menuntut agar DAP menjelaskan apa pula tindakan mereka bagi membantu penjawat awam yang ditamatkan perkidmatan.
"Adakah mereka dibiarkan menganggur begitu sahaja tanpa dibimbing untuk mencari kerja lain sedangkan pada masa yang sama, mahukan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang berpendapatan tinggi?" soalnya.
Sementara itu, Omar memberitahu, CUEPACS akan menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan mengenai skim baru perkhidmatan awam yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Bajet 2012 baru-baru ini.
Omar berharap, langkah CUEPACS itu mampu meningkatkan kesedaran sekali gus meningkatkan produktiviti penjawat awam dari semasa ke semasa.
"Sektor awam di negara ini diakui berada di tahap terbaik antara negara-negara Asia serta dunia dan ranking itu tidak wajar dimusnahkan angkara ideologi politik DAP yang mundur," tegas beliau.
CUEPACS BIDAS DAP - JANGAN JADI PEMIMPIN KALAU TIDAK MAHU PIKUL BEBAN
Bernama
9/11/2011
Sambil menentang cadangan itu habis-habisan, Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentingan politik pihak yang ketandusan idea.
"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.
"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin," katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan pemimpin DAP Tony Pua yang dilapor sebuah akhbar berbahasa Cina, sebagai berkata pakatan pembangkang akan mengurangkan bilangan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Mengulas lanjut, Osman berkata penjawat awam di negara ini tidak harus disamakan dengan yang di negara lain, kerana tindakan sedemikian boleh menimbulkan masalah lain seperti pengangguran dan membantutkan pelaksanaan projek kerajaan.
Tambahan pula katanya, jumlah 1.2 juta itu adalah sesuai dengan jumlah penduduk hampir 30 juta, cuma perlu dipertingkatkan kemahiran agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.
"Jadi saya menyeru kepada semua penjawat awam agar menolak idea ini. Ini adalah isu politik. Mereka ketandusan idea tidak ada perkara yang nak dipertikaikan sampai peringkat kita pun nak dipertikaikan.
"Kita harap semua penjawat awam di Malaysia jangan bimbang, kita akan tetap pertahankan, kita akan bersama-sama supaya penjawat awam di negara ini akan terus memberi sumbangan dan berdiri di belakang kerajaan khasnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang banyak membuat penambahbaikan dalam penjawat awam," katanya.
Sementara itu, Osman berkata maklum balas yang diterima Cuepacs mendapati penjawat awam gembira dengan insentif dan inisiatif yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012, termasuk pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi.
Beliau juga mahu penjawat awam menghargai pemberian itu dengan bekerja bersungguh-sungguh serta meningkatkan mutu kerja.
-- BERNAMA
08 November 2011
KESATUAN SEKERJA BANTAH DAP
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA, MD. AZRIN ROSLY,
FAZRINA AYU RADUIAN dan MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
8/11/2011
KUALA LUMPUR 7 Nov. – Beberapa kesatuan sekerja hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam.
Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.
“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.
“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.
“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.
“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.
Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.
Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.
“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.
“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.
Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.
“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.
Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
07 November 2011
KURANG PENJAWAT AWAM IBARAT LANGKAH KE BELAKANG
6/11/2011
KUALA LUMPUR 5 Nov. – Hasrat DAP untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika dipilih sebagai pemerintah bagi meringan beban kewangan kerajaan adalah satu langkah ke belakang.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, sesebuah kerajaan yang baik akan berusaha mencari penyelesaian mengurangkan bebanan kewangan tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.
“Sekiranya mereka takut untuk berhadapan dengan beban, tidak perlulah menubuhkan kerajaan kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mentadbir dan mencari penyelesaian terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.
“Sebagai kerajaan yang baik, sepatutnya mereka (DAP) mencari jalan untuk menambahkan pendapatan negara bagi menampung bebanan yang semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Omar berkata, pengurangan bilangan penjawat awam itu tidak menjamin beban kewangan kerajaan akan berkurangan.
“Kerajaan mungkin akan berdepan dengan masalah pengangguran pula apabila ramai penjawat awam yang diberhentikan,” ujarnya.
Beliau menambah, perbandingan yang dilakukan oleh Pua dengan negara-negara jiran juga adalah tidak sesuai.
“Sistem negara mereka berbeza jadi sudah pasti cara kerja, tanggungjawab sosial dan integriti mereka tidak sama dengan kita.
“Lagipun sektor awam kita sudah diakui berada di tahap terbaik di antara negara-negara Asia dan dunia,” tegasnya.
Omar berkata, ahli politik tidak sepatutnya menjadikan penjawat awam sebagai modal dalam manifesto politik masing-masing.
06 November 2011
DAP MAHU KURANGKAN PENGUASAAN MELAYU
6/11/2011
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin hasrat DAP mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam bukan disebabkan faktor ekonomi semata-mata.
Sebaliknya tegas Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, ia merupakan agenda politik untuk mengurangkan pengaruh orang Melayu dalam sektor kerajaan.
"DAP ada niat tersirat di sebalik hasrat mereka itu. Kita kenal siapa DAP dan dakwaan bahawa ia demi kepentingan ekonomi hanyalah sandiwara semata-mata," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, hasrat DAP itu merupakan ugutan terhadap kakitangan awam.
"Ini merupakan satu bentuk politik ugutan terhadap kakitangan awam. Justeru, saya menyeru semua penjawat awam supaya menolak kumpulan politikus berkenaan yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa," jelasnya.
Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah tidak terkejut dengan hasrat DAP itu kerana percaya memang wujud gerakan halus seperti berlaku Pulau Pinang.
"Saya pasti ini strategi DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa serta membentuk legasi pemerintahan khususnya di Pulau Pinang," jelasnya.
l DAP ambil langkah ke belakang ingin kurangkan penjawat awam - CUEPACS - muka 15
05 November 2011
PEMBANGKANG DICABAR PECAT KAKITANGAN AWAM
5/11/2011
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kerajaan pakatan pembangkang dicabar supaya memberhentikan terlebih dahulu separuh daripada kakitangan awam di negeri yang dikuasai mereka tanpa menunggu kerajaan sedia ada bertukar.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad berkata, beliau sendiri tidak sabar untuk melihat pakatan pembangkang melaksanakan rancangan itu dan melihat apa yang akan terjadi selepas itu.
"Sekiranya DAP rasa cadangan mereka untuk mengurangkan kakitangan kerajaan adalah suatu langkah baik, laksanakan dahulu di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.
"Berhentikan separuh daripada kakitangan kerajaan di negeri tersebut dan kita lihat apa yang akan terjadi.
"Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak melaksanakannya. Saya sendiri tidak sabar melihat mereka melaksanakan perkara ini," katanya ketika dipetik dalam http://umno-online.com. hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua baru-baru ini dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 1 November lalu bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan kerajaan dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Shahrir berkata, motif pakatan pembangkang itu hanyalah mahu menaikkan sentimen rasis dan bukannya berasaskan ekonomi kerana sekiranya mereka benar-benar mahu lakukan apa yang mereka katakan ini, laksanakanlah di negeri pemerintahan mereka.
Ujarnya, apa yang dikatakan oleh Tony Pua itu menggambarkan seolah-olah DAP berminat untuk menyelesaikan masalah ekonomi kerana kononnya kerajaan yang ada sekarang besar. Begitu juga dengan Barisan Nasional (BN) dikatakan kerajaan Melayu.
"Apa yang saya dapat lihat kenyataan itu hanya mahu menaikkan sentimen rasis di kalangan rakyat. Sebab itulah kenyataan tersebut hanya diucapkan di akhbar berbahasa Cina dan bukan di hadapan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) ataupun kakitangan kerajaan sendiri.
''Saya tidak rasa rakan sekutu mereka Pas akan setuju dengan cadangan ini. Tapi seperti kita sedia maklum, Pas hanya akan mengikut telunjuk DAP dan tidak akan membantah walaupun tidak bersetuju," ujar beliau.
Shahrir dalam pada itu menambah, beliau yakin sekiranya langkah memberhentikan kakitangan kerajaan itu dilaksanakan, ia akan mendedahkan negara kepada masalah lain dan menyebabkan huru-hara serta menyusahkan rakyat.
04 November 2011
GUNA KUASA PENGGUNA BERBELANJA IKUT KEPERLUAN
Oleh Mohd Yusof Abdul Rahman
rencana@bharian.com.my
2011/11/04
Masalah kenaikan harga perlu ditangani semua termasuk penguatkuasaan tegas
PRESIDEN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, baru-baru ini menyarankan supaya kakitangan awam melakukan boikot secara senyap terhadap kenaikan harga barang. Langkah ini dibuat sebagai memprotes sikap sesetengah peniaga yang menaikkan harga barang, terutama harga ayam, sedangkan penjawat awam masih belum menerima kenaikan gaji dan bonus mereka, seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu. Saranan Presiden CUEPACS ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pertubuhan lain, seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA). Begitu juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga mengalu-alukan langkah ini.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyambut baik usaha melakukan boikot ini kerana ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna. Seperti mogok menjadi senjata bagi kesatuan sekerja menuntut hak mereka terhadap majikan, boikot pula adalah langkah untuk pengguna mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual barang atau perkhidmatan yang tidak menepati kehendak pengguna.
Namun begitu, FOMCA agak bersikap skeptikal dengan saranan memboikot ini kerana ia sudah berulang kali diutarakan, tetapi gagal mendapat sambutan daripada masyarakat pengguna. FOMCA sendiri pada 1990-an sering menyarankan pengguna supaya memboikot peniaga, tetapi tidak mendapat kesan yang diharapkan.
Mungkin ada banyak faktor yang menyebabkan usaha ini tidak mendapat perhatian pengguna, seperti mereka tidak mempunyai banyak pilihan, melainkan terpaksa membeli barangan berkenaan kerana ia keperluan asas. Selain itu, tidak wujud persaingan yang sihat sehingga timbul monopoli pasaran oleh pihak tertentu.
Justeru, FOMCA lebih giat memberikan kesedaran kepada pengguna mengenai hak dan tanggungjawab mereka agar mereka secara individu akan bertindak terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab tanpa wujudnya dorongan daripada mana-mana pihak.
Pada masa sama, masalah kenaikan harga barang ini memerlukan tindakan daripada pelbagai pihak, khususnya kerajaan. Antaranya, memastikan bekalan bahan makanan sentiasa mencukupi di pasaran. Negara juga perlu menghasilkan bahan makanan secukupnya untuk keperluan rakyat tanpa banyak bergantung kepada import daripada luar.
Selain itu, persaingan yang sihat antara peniaga perlu diwujudkan agar tidak ada pihak-pihak tertentu yang memonopoli pasaran.
Pengguna juga perlu bijak menggunakan barang alternatif terhadap barang yang mengalami kenaikan harga. Banyak faktor yang menyebabkan kenaikan harga barang, bukan semata-mata disebabkan oleh segelintir peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang untuk mengaut keuntungan yang berlebihan. Dalam kes seperti ini, tindakan penguatkuasaan yang tegas perlu dilaksanakan terhadap peniaga terbabit.
Pada April 2011 lalu, kerajaan sudah menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan. Pengguna yang mendapati ada peniaga yang menaikkan harga barang secara keterlaluan perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Sebahagian besar daripada bahan makanan untuk keperluan negara adalah diimport, seperti beras, gandum, bawang dan cili. Pada tahun lalu, nilai import bahan makanan ialah RM30.2 bilion. Masalah banjir yang berlarutan di Thailand turut menjejaskan sebahagian daripada bekalan makanan yang digunakan oleh rakyat Malaysia.
Justeru, kerajaan perlu memberikan penekanan yang serius terhadap dasar jaminan makanan. Dasar ini perlu dirangka untuk jangka masa panjang sehingga negara mampu mengeluarkan bahan makanan pada tahap kecukupan diri.
Dalam hal ini kerajaan perlu memastikan dasar jaminan makanan dirangka untuk jangka panjang, termasuk Dasar Agro Makanan Negara yang dilaksanakan dari 2011 hingga 2020.
Pada masa ini, kerajaan juga sudah mewujudkan pelbagai inisiatif untuk rakyat membuat pilihan mereka sendiri, seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Portal 1Malaysia Pengguna Bijak. Pengguna perlu mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap inisiatif ini bagi mendapat pilihan barang yang berharga rendah.
Apa yang penting ialah peranan dan kesungguhan pengguna itu sendiri. FOMCA percaya bahawa ‘perlindungan kendiri adalah perlindungan terbaik’. Selagi pengguna tidak mahu menggunakan kuasa mereka, termasuk memboikot, maka mereka perlu bersedia untuk menghadapi peniaga yang bersifat tidak mesra pengguna, termasuk menaikkan harga barang sesuka hati.
Penulis ialah Pengarah Komunikasi Kumpulan, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
HARGA BARANG:l PROTES SECARA SENYAP CUEPACS DIPERLUAS
03/11/2011 3:44pm
MELAKA 3 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) komited memperluaskan tindakan protes secara senyap isu kenaikan harga barang di Sabah dan Sarawak.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penglibatan kongres juga akan menganjurkan penerangan khas berhubung isu tersebut menerusi sokongan badan bukan kerajaan (NGO).
"Justeru, saya minta semua penjawat awam di seluruh negara melakukan protes senyap ini secara berterusan dan kita mensasarkan untuk tempoh tiga bulan bermula bulan ini hingga Januari tahun depan sebagai permulaan.
"Tak perlulah kita berarak di jalan raya untuk menunjukkan protes, cukup dengan hanya melakukan secara senyap memboikot peniaga yang menaikkan harga barang,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Khas CUEPACS Peringkat Kebangsaan di Seri Negeri di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.
Sebelum ini katanya usaha kongres itu turut mendapat sokongan daripada Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Jelas beliau, kongres di peringkat negeri telah diarah untuk menjalankan tindakan yang sama supaya para peniaga lebih prihatin dan memberikan kerjasama agar tidak menaikkan harga barangan terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.
"Sekurang-kurangnya kita berharap dapat memperoleh jumlah 40 peratus iaitu kira-kira 520,000 penjawat awam mempunyai kesedaran untuk memboikot kenaikan harga barang.
“Jika hendak mencapai 100 peratus sememangnya mustahil, tetapi jika semua melakukan tindakan ini, implikasinya akan dapat dilihat,” kata Omar. - Bernama
03 November 2011
PROTES SECARA SENYAP ISU KENAIKAN HARGA BARANG DIPERLUAS KE SABAH DAN SARAWAK
Bernama
3/11/2011
MELAKA, 3 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) komited memperluaskan tindakan protes secara senyap isu kenaikan harga barang di Sabah dan Sarawak.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata, penglibatan kongres juga akan menganjurkan penerangan khas berhubung isu tersebut menerusi sokongan badan bukan kerajaan (NGO).
"Justeru, saya minta semua penjawat awam di seluruh negara melakukan protes senyap ini secara berterusan dan kita mensasarkan untuk tempoh tiga bulan bermula bulan ini hingga Januari tahun depan sebagai permulaan.
"Tak perlulah kita berarak di jalan raya untuk menunjukkan protes, cukup dengan hanya melakukan secara senyap memboikot peniaga yang menaikkan harga barang," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Khas CUEPACS Peringkat Kebangsaan di Seri Negeri di sini, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.
Sebelum ini katanya usaha kongres itu turut mendapat sokongan daripada Majlis Belia Malaysia (MBM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Jelas beliau, kongres di peringkat negeri telah diarah untuk menjalankan tindakan yang sama supaya para peniaga lebih prihatin dan memberikan kerjasama agar tidak menaikkan harga barangan terutamanya ketika musim cuti persekolahan dan sambutan perayaan Krismas tidak lama lagi.
"Sekurang-kurangnya kita berharap dapat memperoleh jumlah 40 peratus iaitu kira-kira 520,000 penjawat awam mempunyai kesedaran untuk memboikot kenaikan harga barang.
"Jika hendak mencapai 100 peratus sememangnya mustahil, tetapi jika semua melakukan tindakan ini, implikasinya akan dapat dilihat," kata Omar.
-- BERNAMA
02 November 2011
CUEPACS BIMBANG DAP PERSOALKAN KELEBIHAN
Berita Harian
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/11/02
KUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
“Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.
Azih juga berkata, jika pembangkang berpendapat kakitangan awam tidak layak mendapat kenaikan gaji, CUEPACS bimbang generasi muda tidak akan berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.
“Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami,” katanya.
ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM PERLU BERFIKIR DI LUAR KOTAK KEBIASAAN - KSN
Bernama
2/11/2011
SEREMBAN, 2 Nov (Bernama) -- Penjawat awam diingatkan supaya membudayakan pemikiran di luar kotak kebiasaan dan mereka perlu mempunyai kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti dalam menyampaikan perkhidmatan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata hanya dengan cara ini, penjawat awam akan sentiasa berada di depan dalam usaha meningkatkan daya saing serta memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan unggul.
"Kemajuan dunia masa depan akan diterajui oleh kekuatan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti seperti yang telah dibuktikan oleh pengasas Apple Steve Jobs, yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'Leonardo da Vinci' era moden.
"Idea dan keunikan dibantu oleh kecanggihan teknologi merupakan wahana utama dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam peringkat kebangsaan ke-28 di sini Rabu malam.
Sidek berkata anggota perkhidmatan awam perlu terus "berkarya" dengan inovatif dan kreatif bagi "menghadiahkan" pelanggan mereka suatu pengalaman yang menggembirakan apabila berinteraksi dengan pegawai dalam perkhidmatan awam.
Beliau berkata penjawat awam juga perlu memberi "kejutan gembira" kepada pelanggan dengan hadiah perkhidmatan yang responsif, mesra, cekap serta mudah yang berteraskan ketelusan dan integriti.
Sidek turut mengingatkan penjawat awam agar tidak "lena diulit mimpi" dengan menganggap telah berjaya melaksanakan peranan sedia ada kerana perkhidmatan awam boleh "rebah" akibat kelalaian dan sikap berpuas hati itu.
-- BERNAMA
01 November 2011
INOVASI PENTING TINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN - AWANG ADEK
Bernama
1/11/2011
PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan disaran membudayakan kreativiti dan inovasi untuk membangunkan kemudahan dan teknologi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin Selasa.
Beliau berkata beberapa inovasi telah dilaksanakan di kementerian termasuk Portal Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang menyediakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan secara atas talian kepada semua penjawat awam.
Selain itu, beliau berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut melaksanakan inovasi lain seperti Sistem e-penempatan JKDM, Sistem e-Kereta, Sistem e-Penyata dan e-Laporan, Sistem Maklumat Pengurusan Cukai (SMPC).
"Antara sistem ini, terdapat juga sistem yang dibangunkan secara in-house iaitu oleh kakitangan dalam kementerian yang inovatif.
"Sehubungan itu, kementerian akan terus memberi penekanan agar lebih ramai terus mencari idea bagi melaksanakan inovasi dalam bekerja dan inovasi dalam sistem yang digunakan untuk meningatkan mutu perkhidmatan dan memanfaatkan pelanggan dan pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Untuk memupuk budaya inovasi di kalangan kakitangan kementerian, Awang Adek berkata sistem ganjaran diperkenalkan dengan memberi bonus dan ganjaran kepada kakitangan yang berjaya menghasilkan inovasi perkhidmatan.
Terdahulu dalam ucapannya, Awang Adek menyeru semua kakitangan kementerian agar menjadikan tahun Gerakan Inovasi Nasional sebagai landasan untuk mengamal dan membudayakan kreativiti dan inovasi.
-- BERNAMA
29 Oktober 2011
Cuepacs to meet various bodies to discuss protest against high cost of goods
The Star
By YUEN MEIKENG
meikeng@thestar.com.my
28/10/2011
PETALING JAYA: Cuepacs will meet various organisations next week to discuss a boycott on pricey consumer goods, including chicken.
Its president Datuk Omar Osman said several non-governmental organisations, including Perkasa and the Malaysian Youth Council, had pledged their support for the move.
“We have also sent letters to the Malaysian Trades Union Congress and other organisations to inform them of our stand.
“There will be a meeting on Nov 2 to discuss this matter and we will make a joint statement then,” he said yesterday.
Omar said Cuepacs was planning the boycott on daily essentials after receiving many complaints about overpriced goods from members.
“Workers from the private sector have also complained to us.
“But at the moment, we are still preparing (for the boycott),” he added.
Omar said prices of goods were spiralling while wages remained stagnant. This caused Cuepacs to plan the move.
He said the boycott would include reducing trips to the market and seeking cheaper alternatives.
In its website, Perkasa president Datuk Ibrahim Ali said the group supported Cuepacs in its protest to teach traders, especially chicken sellers, a lesson.
“I believe we can still survive without chicken.
“Let's teach them a lesson if they still insist on increasing the price of chicken according to their whims and fancies,” he said.
It was reported that Cuepacs had urged the country's 1.3 million civil servants to stage a silent protest against consumer goods, especially chicken, starting next month.
28 Oktober 2011
SEPAKAT SOKONG BOIKOT MAKAN AYAM
28/10/2011
2011/10/28 PENINGKATAN harga barang dan perkhidmatan sejak akhir-akhir ini membimbangkan bukan saja golongan yang makan gaji, tetapi juga dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Pendapatan yang diperoleh tidak dapat ditabungkan demi kesejahteraan masa depan mereka. Ini bermakna semakin banyak wang diperlukan untuk membeli perkara asas seperti makanan, minuman serta kos pengangkutan. Wang seolah-olah tidak lagi mempunyai kuasa beli yang kuat. RM50 kini hanya dapat membeli sedikit barang dan perkhidmatan saja. Rata-rata pihak peniaga yang ditanya memberikan alasan kenaikan harga berpunca kenaikan harga pemborong selain peningkatan harga pada peringkat global. Saranan Presiden Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, agar 1.3 juta kakitangan awam memulau barangan tertentu seperti ayam misalnya, adalah satu pendekatan munasabah dan kena pada masanya.
Ia wajar disokong sepenuhnya. Orang ramai juga disaran mengambil langkah sama. Pengguna memainkan peranan yang sangat penting. Tanpa pengguna permintaan terhadap barang akan menurun.
Pandangan peniaga bahawa jika seorang tidak membeli tidak menjejaskan perniagaan mereka. Hal ini kata mereka selari dengan bidalan seekor ayam tidak berkokok, hari tetap siang juga.
Pada pandangan saya pengguna yang tidak mengambil kalori ayam dalam diet pemakanan tidaklah memudaratkan. Berpuluh-puluh tahun dulu ayam daging tiada di pasaran. Orang kampung makan daging ayam yang diternak sendiri.
Kini selain harga ayam kampung, telurnya juga melambung naik hingga hampir RM1 sebiji. Ramai pula pengusaha mengkomersialkan penternakan ayam dan telur ayam kampung.
Ayam boleh diganti dengan makanan asas lain yang lebih murah seperti ikan dan daging. Namun, hari ini harga ikan dan daging lebih mahal daripada ayam. Apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan pembelian ayam. Kalau sebelum ini makan ayam seminggu tiga kali kini perlu dikurangkan pengambilannya sekurang-kurang sekali atau dua kali.
Permintaan terhadap ayam meningkat pada musim kenduri kahwin. Justeru, dicadang supaya majlis berkenaan tidak lagi menggunakan ayam sebagai menu utama. Adalah dicadang makanan utama kita ditukar kepada makanan lain seperti lempeng pisang dan makanan ringan lain.
Oleh itu, perlunya transformasi makanan. Kepada generasi yang berusia mungkin susah sedikit dan kepada generasi muda lama kelamaan akan biasa.
YOSRI,
Kuala Lumpur.