Bernama
13/11/2009
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan."Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak."Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini.Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata Perdana Menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas.Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar."Selepas Perdana Menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres.-- BERNAMA
13/11/2009
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan."Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak."Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini.Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata Perdana Menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas.Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar."Selepas Perdana Menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres.-- BERNAMA
64 ulasan:
diberi 500 sekiranya ekonomi mengizinkan.. leh caya ka??
NAJIB PENIPU!!!!!!!!!
SAJA NAK SEDAP HATI P.A TU.... PASTU KONGRESS PUN DH KELABU MATA BILA DIJANJIKAN 1 JUTA....... APA LAH....
Najib salah satu antara 'Melayu Yang Mudah Lupa'!
Dapat 1 juta tahun depan Kongres Cuepacs sudah lupa diri.
Angguk.....angguk.....angguk,
Jangan tak angguk.
anguk anguk saja ke? mesti kena geleng geleng juga nanti K.A tak kemana, masuk angin keluar asap.
hampeh!!!..Kalau F1 tu pulak boleh je ekonomi pulih? 2 kali 5..yang mintak macam tu, yang beri pun macam tu gak...lepas tekak masing2...kata nak banteras rasuah..ni ha! terang-terang rasuah! dapat satu juta trus angguk akur xde bonus? klakar la perut aku...banggang!!!!
wah degil sungguh si BIJAN ni..tak berganjak dgn keputusan
Najib memang licik memperdaya pemimpin Cuepec. Sebelum desakan bertambah kuat, dia bagi geran RM1 juta. Kelabu mata Presiden Cuepec. Ekonomi kukuh, harga petrol tinggi, bonus tiada. Tetapi projek merapu spt Racing F1 (confirm projek menghabiskan duit rakyat) dan kehilangan wang rakyat di PKFZ lebih RM3 billion, adalah sangat mendukacitakn. 1Malaysia kena tipu. 1 Kelantan kena aniaya dengan Najib BN.Tiada royalti minyak. Wang ehsan, bolehlah mereka sapu.
begitula keadaannya bila dijanjikan geran tahunan sebanyak 1 juta,pemimpin cuepacs terus akur.dan tutup mulut...macam biasala lepas tekak masing2 jer!!
Kongres Cuepacs sudah disogokkan dengan gran RM 1,000,000.
Angguk........Angguk........Angguk
tak geleng.........geleng.
Hampehhhhh..............
Kesian Pak Omar Presiden Kupek kita asyik kena tegur saja...Macam pelanduk tersepit di tengah-tengah pula...Tuntut BONUS tak di Layan oleh Kerajaan...bila Kerajaan tak Layan PA pula marah dengan dia...Sabarlah pak Omar, tetapkan perjuangan untuk hak PA.
Harap janji Boss besar tu ditunaikan pada Disember nanti...jadinya dapat jugalah kita merasa RM1000.00 untuk tahun 2009 ini. At least boleh gak bayar pelbagai yuran untuk budak-budak sekolah...
Memanglah kita hormat pada Pak Omar Presiden Cuepacs sbb berjuang untuk P.A.. tapi keras hati la skit..kalau kerajaan betul xbley bagi cakap aje..ni offer satu juta pada Cuepacs plak pehal? Sape2 pun tahu tu maknanya ada udang di sebalik batu..!!! 1juta tu enteng je pada DS Najib..kalau betul, Cuepacs gentle tolak duit 1 juta tu selagi tuntutan dua bulan bonus tak ditunaikan.. Amcam? confirm tak buat punye..!!!
p/s: rindu aku pada khalifah Umar Abdul Aziz..
Memanglah kita hormat pada Pak Omar Presiden Cuepacs sbb berjuang untuk P.A.. tapi keras hati la skit..kalau kerajaan betul xbley bagi cakap aje..ni offer satu juta pada Cuepacs plak pehal? Sape2 pun tahu tu maknanya ada udang di sebalik batu..!!! 1juta tu enteng je pada DS Najib..kalau betul, Cuepacs gentle tolak duit 1 juta tu selagi tuntutan dua bulan bonus tak ditunaikan.. Amcam? confirm tak buat punye..!!!
p/s: rindu aku pada khalifah Umar Abdul Aziz..
Ya betoi tu, Teman sokong bebeno.......
Jangan kongres Cuepacs boleh di beli dengan RM 1 juta.
Mana maruah kita dan jangan gadaikan maruah kita ahli Cuepacs.
Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
- Umar ibni Abd al-Aziz.
Harap dapat dikongsikan dgn ringkas maklumat ekonomi yg PM bentangkan sehingga menjadikan cuepacs akur dgn penjelasan PM. Kalau tak kongsi, mcm2 fitnah yg timbul.
ya! saya sokong..(nak ke diorang kongsi? )
apa dah jadi dengan cuepacs ni?
harapkan pagar,pagar makan padi...
tu lah presiden pun satu hal.... baru offer 1 juta dah lupakan hasrat tuntut 2 bulan bonus.. kata ekonomi tak stabil lah... kalo tak stabil nape F1 yg tak ada faedah nak masuk gak....ni baru satu juta najib sogok... tahun depan minta lagi dua bulan bonus.. najib akan kata engkau omar aku bagi datuk ko duduk diam2.... terus harapan P.A berkecai... saksikanlah perubahan PRU nanti...
PRU 13,aku 100000% sokong PAKATAN RAKYAT.hidup anwar..............
mana tak akur 1 juta tu.... boleh buta mata..... AMALKAN RASUAH..CUMA TUKAR NAMA JE.. POLITIK WANG LA,GRAN LA..BERMACAM NAMA BOLEH DICIPTA ASALKAN JANAGAN NAMAKANNYA RASUAH... ITU KAN AMALAN (UMNO BAHARU)KAN KAN UMNO DATO OON DA LAMA BERKUBUR... RAKYAT DIDAHULUKAN... BERMAKSUD SEGALA MASALAH NEGARA RAKYAT MESTI DAHULUKAN MENDAPAT KESAN BURUK
PENCAPAIAN DI UTAMAKAN... PENCAPAIAN BERMAKNA KEBERHASILAN OLEH ITU SEGALA PENCAPAIAN PEMIMPIN LA SAPU TU LA JADI 1 MALAYSIA---1 MALAYSIA HASIL DIORANG SAPU JANGAN BAGI RAKYAT
AKU SOKONG KENYATAAN DI BAWAH NI! BACA DAN FAHAM DAN BUAT KERJA!!!
Cuepacs tak wajar minta bonus 2 bulan
SETIAP hari pasti ada sokongan orang awam terhadap tindakan Perdana Menteri dan tidak kurang juga rungutan kakitangan kerajaan mengenai bonus dua bulan yang dituntut. Saya sebagai rakyat amat bertuah dapat tinggal dan bekerja di negara yang aman dan selamat ini.
Berdasarkan fakta itulah, kita semua patut bersyukur dengan apa yang kita dapat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan negara. Berpegang kepada prinsip 'Apa yang diberi, itulah yang akan diterima', pasti tiada pertelingkahan antara keperluan awam dan kehendak kakitangan awam.
Bukan niat saya hendak memperlekehkan kakitangan awam tetapi tindakan negatif segelintir mereka ini merosakkan seluruh agensi kerajaan. Lihat saja laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, terlalu banyak penyelewengan dilakukan seolah-olah mereka kebal daripada tindakan pihak berkuasa.
Segelintir mereka adalah golongan bergaji tinggi dan tidak kurang juga yang bergaji sederhana. Dalam hal ini, pihak berwajib tidak patut jadikan pendedahan ini sebagai polemik semata-mata, tetapi lakukan tindakan yang sewajarnya agar penyelewengan tidak berleluasa.
Berbalik kepada isu bonus dua bulan yang dituntut, dalam ekonomi yang serba tidak menentu ini, memang wajar kerajaan menolak kehendak Cuepacs kerana jika diberi, sudah tentu berbilion ringgit duit rakyat terpaksa dibelanjakan.
Bonus adalah sesuatu pemberian yang tidak perlu dipaksa dan nilainya berdasarkan prestasi negara (bukan prestasi kakitangan awam semata-mata). Sudah sampai masanya Cuepacs lebih menumpukan terhadap prestasi setiap ahlinya daripada menuntut sesuatu yang belum tentu akan tercapai.
Jangan sekadar membuat kenyataan prestasi kakitangan awam sudah meningkat sedangkan masih ramai kakitangan awam berkhidmat di kawasan luar bandar leka dan sambil lewa. Yang berkhidmat di bandar besar pastinya prestasi mereka baik kerana mereka berurusan dengan orang kenamaan, orang politik dan pegawai atasan.
Jika seluruh kakitangan awam berkhidmat dengan ikhlas dan jujur, pasti kerajaan tidak teragak-agak memberi bonus sekiranya ekonomi pulih. Rakyat pun pasti tiada halangan untuk membenarkan duit mereka diberi kepada mutu perkhidmatan yang terbaik.
Sedarlah masih ramai rakyat yang bekerja di sektor swasta bergaji asas serendah RM400. Mereka juga pernah menuntut gaji asas RM900 tetetapi sampai sekarang masih tiada jawapan positif. Mereka tidak pula membuat tuntutan yang memaksa kerana mereka faham ekonomi negara sekarang.
SYAHRIL,
Batu Pahat, Johor.
SYAHRIL,
Batu Pahat, Johor.
,yalah..............PKA MALAYSIA BADAN MUKA TAK DAT BONUS. ekonomi tak baik? why PKA INDONESIA dan filipina PKA ada bonus? negara mereka lebih kaya dari malaysia ke????
sapa2 boleh jawab kenyataan mamat kat atas ni? aku dah letih dah nak jawab
good kepada yang menjawab kenyataan Md syaril..!!! kalau swasta sedih dengan gaji korang yang skit, p report kat union la..nampak sangat union korang x buat keje..
Ooooi syaril kenapa kau nak menyibok katsini. jgn kacau urusan kami boleh tak..minggir kau ..
"Bukan niat saya hendak memperlekehkan kakitangan awam tetapi tindakan negatif segelintir mereka ini merosakkan seluruh agensi kerajaan. Lihat saja laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, terlalu banyak penyelewengan dilakukan seolah-olah mereka kebal daripada tindakan pihak berkuasa."
Oooi Syaril pandai kau bagi fakta ya...Kau bagitau aku macamana nak menangani gejala rasuah sedangkan bapak rasuah ada bersama-sama mereka. Suruh hapuskan rasuah sedangkan dia bapak segala rasuah.
woii shahril, ko pi la komen tempat lain...tempat ko bukan kat sini..nyah ko dari sini..tak tau apa-apa nak komen sangat..
syaril bangang, bodoh kau boleh diam tak.jangan cuba nak keluarkan kenyataan tanpa fakta yang mampan.
apasal mamat swasta minat sangat kat blog ni?
PRU13 BN AKAN KALAH TERUK
Hmmm... nampak sangat dema ni x berpelajaran. Letih dah teman nak berhujah dengan dema yang dok main blog je... baca di bawah dan fahami serta buatlah kerja!!!
'Lebih kuah daripada sudu'
APA yang ingin saya luahkan ialah rasa tidak puas hati terhadap golongan penjawat awam dan juga CUEPACS. Pada pengamatan saya, mereka ini semua sudah lebih kuah daripada sudu!
Sepatutnya mereka harus sedar dan mengucapkan jutaan terima kasih kerana kerajaan masih prihatin terhadap tuntutan mereka, dengan memberikan RM500 kepada hampir semua lapisan perkhidmatan awam walaupun negara dalam peringkat pemulihan ekonomi.
Kepada kumpulan-kumpulan yang pandai meminta-minta ini, haruslah sedar sebagai penjawat awam, kerajaan sudah sekian lama memberikan pelbagai insentif untuk kesenangan mereka. Janganlah kerana Bajet 2010 kerajaan tidak memberikan bonus, mereka tetap tegas hendak meminta lagi. Pernahkah mereka berfikir sejenak, sudah berapa banyak kerajaan habiskan untuk kemudahan mereka? Tidak perlulah saya senaraikan di sini kerana terlalu banyak faedah jika bekerja dengan kerajaan.
Pernahkah CUEPACS terfikir pemberian bonus itu datangnya daripada wang rakyat juga, daripada pembayar cukai? Di mana hasil kutipan kebanyakannya datang dari sektor swasta? Mengapa pula hendak dimanja-manjakan sangat penjawat awam?
Pernah terfikir, kami yang bekerja sendiri atau di sektor swasta tidak pernah merasakan bonus tetapi kami tidak berani untuk merungut sampai ke dada akhbar?
Isu kualiti kerja ialah satu lagi, sudahlah boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja rungutan tentang etika dan kualiti kerja penjawat awam yang kurang memuaskan dan lambat.
Sampai bila harus jadi begini? Kerja tidak seberapa tetapi hendak dimakan hidangan sebesar gajah di meja.
Renung-renungkanlah teguran saya ini.
LEPAS GERAM
Kuala Lumpur
Kenapakah komen saya yang baik dianggap salah oleh pembaca blog picisan seperti kamu (sudah tiada kerja kah? Pukul berapa kamu start kerja ni?)
Memang patut kamu bersyukur dan bekerja keras sama-sama seperti swasta. Jangan asyik terlibat dengan tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat.
Sila sedarkan diri kamu ye. Bonus, pangkat, naik gaji dan elaun itu sajalah kamu mampu tuntut selain tepat pada masa untuk minum pagi, awal untuk makan tengahari, lama untuk rehat tengahari dan pantas lagi cekap untuk punch out pada jam 4.30 atau 5.00 petang.
Ikhlas,
Omar Cecupak
Jelutong
Ptuiiii....toksahlah ko memandai-mandai bagi pandangan di blog ini wahai pekerja bukan penjawat awam... ini bukan tempat ko nak memberi hujah, apasal ko jelos sangat kat PA ni...aku rasa ko ni pengampu kot...woi kuat ampu...muka tak malu..nak join blog yang dia tak ada kaitan langsung.....kalau pandai sangat pergilah komen union sendiri (jika ada)....
GOLONGAN BUKAN PENJAWAT AWAM HARAM MEMBERIKAN KOMEN DI SINI....paham....
Hai lepas geram,
jgn kacau kat sini.
pergi tempat lain.
Kita patut mintak bonus 3 bulan sebab ye la kos nak pegi Jom Heboh meningkat akibat minyak naik.
Pastu harga barang2 di 'jualan' kat bangunan2 kerajaan juga meningkat lalu Bedah nak beli tudung dan anting2 x mampu atau Seman nak beli minyak wangi murah x mampu juga.
Ini belum lagi harga barangan di alamanda. Harganya sumer mahal2 tapi kami perlu jaga juga status dan beli barang bukan keperluan seperti handphone, cermin hitam, seluar jeans jenama dsb.
hujung tahun pula jualan mega dibuat dan bonus selalunya x cukup untuk beli macam2. Kalau boleh bantuan untuk anak2 ke sekolah pon bagus juga sebab itu alasan je sebenarnya kami nak mintak bonus. Belanja barang sekolah selalunya kami x buat pun.
Elok juga kami diberi elaun tambahan bila sertai tari menari, nyanyian, sukaneka dan senamrobik pada waktu kerja. Sebabnya ye lah, walaupun kerja tiada tapi perlu juga buat OT dan ini memang membebankan kami.
Sokong! Sokong! Sokong!
yang atas ni PA ke swasta? pandai2 kamu buat tuduhan kata bonus dapat blanja membazir macam 2...klu ko ni PA memang ko patut bagi keje ko kat mamat swasta yang mrungut PA xbagus! (tgk merungut mintak bonus ke x?) sebab ko la rosak susu sebelanga..ko xpk ke tukang kebun? (PRA) yang anak dia 6 or 7 orang? ko ingat yuran sekolah anak dia ada diskaun sebab dia tukang kebun? harap buku teks je Kan? Klu ko kerja swasta, baik jaga tepi kain sendri...nak perli orang buka mata luas2..
aku ingat mamat penyokong omar ni bangun pagi2 mesti amalkan doa ni..
"WAMPUSANA..WAAMPUSINIII..."
untuk Omar Cecupak..
yang mintak ni orang bawahan..yang kena maki, kena hamun dan yang korang kata xreti buat kerja..!!
yang suruh buat tari-menari, nyanyian, pertunjukan pentas, sukaneka, hari keluarga, drama, kelab dan pelbagai aktiviti yang tiada faedah kepada rakyat tapi menggunakan masa dan duit rakyat adalah untuk geng2 najib la, pegawai besar2 kerajaan, menteri2..tue pasal kami mintak bonus kerana duit rakyat (yang digunakan untuk aktiviti banggang tue) boleh diselamatkan dengan disalurkan balik kepada rakyat yang meniaga dan macam2 lagi..dah selamat duit rakyat..kami yang menurut perintah je.. !!! xkan la tukang kebun, tukang masak dan macam2 tukang lagi yang mempunyai anak ramai ni xleh nak minta bonus..salahker?
kalu kerajaan suruh bjimat untuk persiapan perayaan ke, skolah ke nape kerajaan xamalkan dulu...berjimat cermat untuk bonus PA..ini tidak, tgk bajet 2010..macam2 pembaziran yang dibuat..seumpama ketam mengajar anak berjalan lurus..
Pasal minum pagi lak..korang xminum pagi ke? bohong la..(lain puasa hari2 ye x?) dan untuk pengetahuan anda, ada juga staf PA yang datang 7.30 pagi dan balik 7.00 malam..kerana ape? kerana kerajaan..logik x minta bonus?
jangan dok layan pekerja swasta.diorg mana tau keje kita.diorg dapat bonus tak da sapa bising pun.jadi blah dari sini pekerja swasta.korang tak tau keja PA.jd jgn dok komen yang bangang-bangang jer.mcm korang tu bagus sgt.rasanya korang lagi PEMALAS.mcm penyapu..
skrg nie mudah jer..buat PA semua..jika pi ke tempat swasta..jika diorg tak layan, maka anda layak untuk MAKI dan HAMUN diorg..ok..diorg pun bukan buat keja sgt..cakap ker parpu.keja tak seberapa..aku dah praktis dah mcm ni.best gak...layanan 1st class...
ye, aku setuju tu... sumer PA pegi ke tempat swasta ramai2 dan serentak supaya sumer pejabat kerajaan tutup... eh jap bukan itu ke yg berlaku time minum pagi kita or 12.30 tiap hari or dkt2 ul 4.30 ptg (beratur kt punch card... ouch!)
Aku tgk korang ni yg bawah2 ni suka betul la mintak mcm2 pastu komen pon mcm2... dh x de keje ke? kalau x puas hati, kenapa keje di gomen lg? mungkinkah sememangnya korang x layak keje di mana2 tetapi kerajaan terpaksa kesian kt korang dan amik bekerja?
buat omar cecupak
bodoh, banggang jangan sibuk jaga tepi kain orang, nyah kau dari blog ni. buat menyemak aja.
nie lagi sorang bangang...
jgn tipu la ko keja tak nak BONUS.mesti nak punya, jika ko keja swasta, tak bagi ko Bonus, camana?marah la.keja x mcm org, tak bagi bonus.mau tak marah..
aduuhhhh...dah bodoh jgn la sampuk kat blog nie.jika ko bukan PA.yang PA jer tahu camana keja nie..org lain mana tau.dulu zaman 60an 70 an, leh la kata mcm 2..skrg nie hari sabtu n ahad pun balun gak keja..overtime pun limit.camana nak survive.2 kata, keja mcm bangla dah.tapi mintak penghargaan leh kata tak der moral..mau tak panas...
Ye kita tunggu PRU akan datang... biar kita undi pembangkang... diorg ni lagi x de belas kasihan...sumernya nk telus la pe la... alamatnya PA sekarang abis la kena buang sebab x perform atau kuat sangat mengular / minum / berjoget sana sini
Ye kita tunggu PRU dan undi pembangkang demi PA yang lebih cemerlang dan rajin berusaha demi negara dan bukan pegi jualan, jom heboh, alamanda, tgk wayang, joget2, tari menari dsb
Setuju!!
ANGGUK-ANGGUN.......TUNDUK-TUNDUK.... kantong masuk sejuta kongres balik duduk diam-diam.... tu lah melayu...
PUNCH PUKUL 7.30PAGI KEMUDDIAN HANTAR ANAK KESEKOLAH, DATANG PEJABAT 8.45 PAGI .PUKUL 10.00PAGI PERGI MINUM DATANG BALIK KERJA 11.00PAGI HILANG 12.10 TENGAH HARI.
PTG MASUK 2.45 PTG. 3.30 PTG PI MINUM LAGI 4.30 BALIK KE RUMAH.
LAGI MAU 2 BULAN BONUS FIKIRLAH SENDIRI.
Syabas tulisan yg di atas ni ikut firasat aku orang gomen dan perkara yang ditulis tu adalah amalan hariannya jadi tak hairanlah beliau tak memerlukan bonus.
kepada mamat yang siap buat jadual harian PA 2, suka2 ko je ek buat fitnah..ada bukti ke? sape beb? stakat dongar dari mulut orang hentikanlah..buek dosa je..tobat la..ko ingat swasta tue betapa kat tempat kerja 9 jam? Cam ni lah..cuba ko buek survey dan buek aporan pasal PA yang ko fitnah 2..ndak gak aku tau..pastu jangan PA je, buat gak laporan pasal pkerja swasta...buat perbandingan..banggang..!!!
P/S: aku xkan maafkan ko dunia dan akhirat sebab ko fitnah aku..!!! (tu baru aku sorang...)
cupacs bukan ada taring. omar osman hanya pak turut setuju sahaja alasan najib. dia memang awal-awal lagi sudah tahu najib tak akan setuju bagi bonus 2 bulan. dia pergi jumpa najib semata-mata nak bagi kakitangan awam sedap hati. yang untungnya cupecs dapat peruntukan rm1 juta. sebenarnya itu yang diminta oleh omar.
PUNCH PUKUL 7.30PAGI KEMUDDIAN HANTAR ANAK KESEKOLAH, DATANG PEJABAT 8.45 PAGI .PUKUL 10.00PAGI PERGI MINUM DATANG BALIK KERJA 11.00PAGI HILANG 12.10 TENGAH HARI.
PTG MASUK 2.45 PTG. 3.30 PTG PI MINUM LAGI 4.30 BALIK KE RUMAH.
LAGI MAU 2 BULAN BONUS FIKIRLAH SENDIRI.
orang yang kata seperti di atas ini sebenarnya dia bekerja dengan kepala bapak dia punya syarikat. Syarikat UMNO sdn.bhd. dia tak perlu bonus sebab projek umno banyak rasuah. tengoklah lepas siap bangunan, kemudian semuanya runtuh. sebab nak untung besar, bahan binaan beli yang murah.
kalau nak tuduh biarkah logik. jangan buat fitnah. kamu memang bodoh sembrono, kalau semua kakitangan awam buat macam kau kata, tidak bergeraklah kerajaan. kau juga yang susah. Kalau orang umno bawa kepala lembu, kau jnganlah jadi otak lembu.
"Bukan niat saya hendak memperlekehkan kakitangan awam tetapi tindakan negatif segelintir mereka ini merosakkan seluruh agensi kerajaan. Lihat saja laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini, terlalu banyak penyelewengan dilakukan seolah-olah mereka kebal daripada tindakan pihak berkuasa."
tuan..
rasuah ta berlaku melalui sebelah pihak je. kalau ade yang hulur baru ada yang terima. kalau terima tuh K.A. yang bagi tu spe plk? mak bapak kaw salah sorng silap2x kaw taw??? sebab yang sogok untuk projek kerajaan spe plk? tak kan K.A sogok K.A???
kaw ponn silap2x salah sorg yang bagi rasuah kt K.A sbb na projek utk kampeni kaw. laen kali statement pakai otak bukan pakai helmet dalam sluar je bodoh~
adakah ahli rombongan cuepacs yg pergi berjumpa dengan PM membuat atau menyediakan kertas kerja atau data2 bagi menyokong permintaan pemberian bonus tu? adakah mereka telah membuat kajian ataupun mempunyai data2 kedudukan ekonomi negara ni?siapakah ahli2 cuepacs yg pergi berjumpa dgn PM tu?adakah mereka terdiri daripada kakitangan profesional yg berkhidmat di Unit Perancang Ekonomi ataupun kakitangan profesional yg berkhidmat di perbendaharaan negara?jika mereka yg pergi berjumpa dgn PM pegawai profesional seperti yg saya nyatakan, saya kira segala maklumat dan data dapat dibentangkan dan dibandingkan dgn data dan maklumat yg diberi oleh PM.Kalau setakat pergi dengar penjelasan dari PM je pastu balik angguk2..no meaning laa.kalau nak berhujah dgn kerajaan kena la siapkan data2 dan fakta2 yg kukuh,bukannya buat statement selepas perjumpaan.dengan lain perkataan pihak rombongan cuepacs are 'ill prepared' bila berjumpa dgn PM.sepatutnya dalam rombongan cuepacs tu kena ada wakil dari UPE dan Treasury.kalau boleh dari MAMPU pun ada dalam rombongan cuepacs tu, baru la nampak kemas pasukan tu..ni harapkan si bonzai tu je cakap tergagap-gagap..PM tengok dia pun PM dah nak tergelak dan ketawa..kita kalau berjuang dgn tulus ikhlas kepada KPA tanpa boleh disogok oleh mana2 pihak maka perjuangan kita itu akan diberkati oleh ALLAH SWT.Ada yg mempertikaikan tentang pemberian bonus kepada KPA, itu hak dia nak komen tapi bagi KPA seperti saya dan sejuta lebih yang lain,kami memang berhak keatas bonus tersebut. kami telah berjimat berbelanja seperti yg diminta oleh pihak kerajaan. kami xpernah pergi bercuti keluar negara, paling jauh kami bercuti dengan anak2 ialah ke air terjun di Lata Mengkuang, Sik, Kedah itupun setelah ditangguh berkali2 sbb nak berjimat.bayangkan kalau kami bercuti keluar negara seperti di Perancis atas kapal layar mewah. agaknya brp byk duit yg akan kami habiskan disana yang mana akan memberi kesan kepada ekonomi dan peruntukan wang kerajaan.. fikir fikir lah kita semua...
Betul tu, aku rasa rombongan cuepacs yg jumpa pm tu sekadar pergi dengar dan lepas tu angguk, malu alah dan balik.
Geran RM1juta tu adalah rasuah dari PM kepada CUEPACS agar tutup mulut!!! SPRM bila mau siasat dan dakwa PM!!!
Tak payahlah susah-susah...kita ni bagai durian dan mentimun...digolek luka..tergolek luka.... relex ajelah. Kitaorang masih boleh idup lagi tanpa bonus. Kalau dah tak kena layan tuntutan tu....jangan tuntut lagi nanti tambah tak bermoral pula. Cuma tunaikan tanggungjawab kita yang "amat berkuasa" pada PRU yang akan datang. Kita "PENENTU SEGALANYA".
PRU yang akan datang ni durian akan jadi tempoyak. masa tu baru la kita yg mentimun ni akan menyicah durian2 tu hahahahahaha
salam semua..say jgak PA yg baru sethun lbey kerja,pasal ponteng keje,minum...ni,sy nk tnya..korang yg keje swasta ni x g minum ker?aku ngaku,aku g minum gak tp aku g minum kat pantry....bawa bekal,...
aku ni nak kata gaji kecik pom x la,tp alhmdulilah la,wlpom keluusan diploma tp ckup la..
aku masuk kerja kul 8 pg-5 ptg...tp aku selalunyer kul 7.3o dh dtg...kul 6 bru blik..aku x claim ot......tp korng yg keje swasta mesti claim gak kan lu keje lebey masa..s0 jgn tuduh PA mcm2..de kita org complaim lu korng dpt bonus berbuln2???????
x kan....
so jgn la masuk cmpur n tuduh melulu x pasal2 kat kita org..
aku x kisah lu x de bonus ...JIKA HARGA MINYAK MURAH,KOS HIDUP RENDAH,TOL2 DIKURANGKN HARGA,DAH LA BAHAN MAKAN MAHAL2 SEKARNG
LU MURAH X PER
UTK PROJEK F1 BOLEY PLAK MMBAZIRKN DUIT RAKYAT.......TP UTK RAKYAT...MMMMM
pUTRAJAYA tu dibina hnya utk golongn tertntu je.....pmimpin BN skng rasuah berlambak
penin kpala aku fikirkn nasib org awam
bosan dengan cuepacs.jadi pak turut
takde taring lagi..
Presiden Cuepacs yang terdahulu begitu kuat berjuang menuntut hak PA...Lepas diberi Tittle Datuk terus hilang taring dan jadi Pak angguk..Tak mustahil selepas ini akan ada seorang lagi Presiden cuepacs dapat Tittle Datuk ...Tahniah....nanti kita lihat samada beliau akan hilang taring dan terus menjadi Pak Angguk...hanya masa yang boleh menjawab....
Petikan Berita Akhbar tempatan.....
....Presiden Cuepec telah dianugerahkan bintang Kebesaran Bla...bla...bla...yang membawa gelaran "Tan Sri"....
buat F1 ekonomi mengizin kan pulak...
http://www.getpay2click.com/v1/index.php?ref=port_skye
Catat Ulasan