SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 November 2009

CUEPACS,SPRM BEKERJASAMA TINGKAT INTERGRITI PENJAWAT AWAM

Berita Harian
17/11/2009





SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan lebih banyak program bersama untuk meningkatkan tahap integriti dan menjauhi perbuatan rasuah di kalangan ahli penjawat awam. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata tahap kesedaran anggota penjawat awam mengenai bahayanya rasuah harus dipertingkatkan dari masa ke semasa sehingga akhirnya melahirkan anggota perkhidmatan awam yang membenci rasuah. "Justeru itu, kita wajar meneruskan apa juga usaha yang telah dan bakal kita laksanakan semoga suatu hari nanti tahap kesedaran ini akan mewujudkan anggota perkhidmatan awam dan masyarakat Malaysia yang benar-benar bebas dari jenayah rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Cuepacs Cawangan Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini. Katanya, Cuepacs bukan saja memperjuangkan kenaikan gaji atau bonus dan kebajikan penjawat awam semata-mata tetapi juga memperjuangkan integriti dan masa depan mereka. - Bernama

19 ulasan:

RosyFitrah berkata...

Pelbagai usaha dan langkah2 yg telah diambil bagi meningkatkan akauntabiliti dan integriti penjawat awam. Antaranya melalui kursus/seminar/program berbentuk kesedaran dan juga melalui aktiviti Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) serta Pelan Integriti Nasional. Tekad 2008 di bawah seliaan Akademi Integriti Malaysia (AIM) menemui kegagalan di mana rating negara CPI dan PERC berterusan merosot.Ditambah pula kelemahan dalam pengurusan kewangan yang dibangkitkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2008. Melalui Bajet 2010, PM telah mengusulkan Akta Whistle Blower. Mungkin CUEPACS boleh memainkan peranannya disini dalam menggalakkan ahli-ahlinya tampil kehadapan melaporkan kepincangan dalam pengurusan kewangan kerajaan. Dalam hal ini, Menteri Kewangan mungkin juga tidak keberatan untuk memberi'bonus bermoral' buat whistle blower ini.

Anti Salahguna Kuasa berkata...

Salah guna kuasa dan Rasuah ada di mana-mana sahaja.

Hari Khamis ini, akan keluar keputusan UPSR 2009. Maka berlumbalah ibu bapa hendak masukkan anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ). Pegawai Pengambilan Pelajar MRSM akan menyalahguna kuasa dengan mengambil suku sakat dan saudara mara mereka memasuki MRSM.

SPRM perlu peka dengan hal ini.

Setiap tahun budaya ini bermaharajalela di Majlis Amanah Rakyat ini.

Ini adalah salah guna kuasa yang tak boleh diterima oleh Rakyat Malaysia.

Anak-anak yang betul layak di kalangan keluarga Miskin di ketepikan demi suku sakat dan saudara mara.

Letakkan Pegawai SPRM di Pejabat-pejabat Mara di seluruh Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

penjawat menjadi sasaran psrm. tindakan ini baik untuk mengahpuskan budaya salah guna kuasa/ rasuah. tetapi janganlah penjawat awam sahaja, yang buat rumah/ istana/ mahligai diluar kemampuan sebenar mestilah diambil tindakan tegas. jangan sebab politik mereka terlepas. PSRM sangat bertanggungjawab pertama membebaskan institusinya daripada pengaruh politik dan kedua obligasinya tentang membersihkan nama negara agar bebas daripada dipandang rendah oleh negara-negara luar. Ketiga PSRM bertanggungjawab membersihkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri daripada gejala rasuah. Berani bertindak kerana perintah ALLAH.

Yang Celik berkata...

Elok juga kursus integriti mengenai displin PA dibuat...

JPA: Tidak Hadir Bertugas Masih Kesalahan Tatatertib Tertinggi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama)-- Ketidakhadiran bertugas masih merupakan kes kesalahan tatatertib tertinggi di kalangan kakitangan awam, terutama membabitkan kumpulan sokongan untuk tempoh Julai hingga September tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata daripada 314 pegawai yang dikenakan tindakan atas kesalahan itu, seramai 294 terdiri daripada kumpulan sokongan berbanding 20 daripada kumpulan pengurusan dan profesional.

Sementara daripada seramai 159 pegawai yang dikenakan pelanggaran tatakelakuan, 143 terdiri daripada kumpulan sokongan dan selebihnya termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pengurusan dan profesional, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata seramai 46 anggota kumpulan sokongan didapati terlibat dengan kes mahkamah, 16 terlibat dengan Akta Dadah Berbahaya 1952, empat diambil tindakan kerana keterhutangan kewangan yang serius, dua kerana pekerjaan luar, satu kerana gangguan seksual, dan selebihnya kerana sebab-sebab lain."

Ismail berkata walaupun bilangan pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib, menurun sebanyak 21 peratus iaitu kurang sebanyak 119 orang daripada 685 kes pada tempoh yang sama tahun lepas, jumlah anggota kumpulan sokongan tetap merupakan kumpulan tertinggi iaitu 91.3 peratus daripada 566 anggota perkhidmatan awam yang dikenakan tindakan tatatertib untuk suku ketiga tahun ini.

Ismail berkata jumlah itu tidak termasuk anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

"Jenis hukuman yang paling kerap dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib ialah beri amaran (iaitu dikeluarkan kepada 229 pegawai) dan buang kerja (seramai 178 pegawai)," katanya.

Hukuman lain ialah denda, melucutkan hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, menurunkan gaji dan menurunkan pangkat pegawai, katanya.

-- BERNAMA

Omar Cecupak berkata...

kalau dah gaji kecil , mcm mana tak rasuah ..

Pi kerja luar, belanja sekali ganda dgn gaji ..

Kerja malam, tak bayar apa2 ..

Bagi la naik gaji kurang2 rm400 . Bukan 40 peratus, tp hanya dapat rm100 je ..



Yang Ikhlas,
Omar Cecupak

Tanpa Nama berkata...

Ye setuju, patut naikkan gaji sehingga 200% ke baru ada perbezaan. Ye la RM40 apa ada... jadi bagi golongan seperti kami yang sebenarnya kerajaan kutip sahaja kerana kesian melihat kami tiada pekerjaan yang layak untuk kami, perlu beralih arah kepada rasuah yang sebenarnya adalah adil.

Ye lah, siapa mahu gajikan kami walaupun kecil untuk buat kerja2 seperti menghantar surat, fotostat atau mengemas stor. Pencen seumur hidup itu pun hanyalah secubit kos hidup sekarang. Sektor swasta sangat tidak adil dan tidak mahu mewujudkan jawatan yang ada tugas seperti di atas.

Pun begitu, berbanding dengan bebanan tugas kami ini, sepatutnya gaji lebih tinggi. Bukan mudah fotostat dengan mesin yang canggih sekarang. Menghantar surat juga claim motorsikal hanyalah berapa untungnya.

Rasuah sebenarnya jalan keadilan dan penyelesaian kepada kami yang bergaji sikit. Sepatutnya cuepacs paksa kerajaan senangkan peperiksaan di sekolah dahulu supaya kami juga dapat menjawat jawatan bergaji tinggi.

Ringkasnya, tidak munasabah kerajaan wujudkan keadaan seperti ini : Kerja membosankan(fotostat, hantar surat, fail surat, kemas stor, print surat, sertai sukaneka, senamrobik, tari menari, nyanyian, part time dsb) = Gaji Ciput + Pencen Ciput. Ini sangat tidak adil!!!

Pak Misai berkata...

fotostat pun nak gaji besar..tu lah..dulu belajar tak pandai..

besar menyusahkan org..

malulah weiiiiiii

Tanpa Nama berkata...

kerajaan sepatutnya memberi GANJARAN berupa galakan kepada orang awam atau kakitangan awam yang tampil melaporkan kegiatan rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh ketua-ketua jabatan atau yang terlibat dalam pengurusan wang kerajaan. Saya percaya jika amalan ini dilaksanakan pasti gejala ini dapat dikurangkan pada tahap yang meyakinkan pihak orang ramai. "BERSAMA MEMBENTERAS GEJALA RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA".


Ikhlas dari
Orang Kita.

Tanpa Nama berkata...

ye aku setuju cakap di atas ni.

Semua kakitangan awam mesti berani repot tak kira pangkat. Yang bawahan tgk bos. Pastikan tiada rasuah!

Yang bos pon kena la tegas tgk bawahan dok hilang je pi melaram sana sini. Amik tindakan! Baru la adil. Baru la metrokrasi. Baru la saksama.

Setuju!

Bengang! berkata...

F1 ni aku x setuju langsung! Apakah faedahnya??? setakat nk tunjuk pada dunia ada apa? Mat2 saleh yang datang kt malaysia untuk tgk F1 tu apa lah sangat pentingnya? Diorang tu menyemak je dok hotel dan berbelanja sana sini satu malaysia. sakit mata aku!!

Sepatutnya duit bangungkan F1 tu diberi kepada PA sebagai bonus bangunkan negara. Tahukah pak najib bahawa harga teh tarik dan roti canai walaupun x berubah tapi semakin kecil saiz.

X percaya? Cubalah pak najib turun padang pada waktu minum kami. Kata suruh turun padang? Mana ada? X pernah nmpk pon pak najib dan rosmah turun minum kat kedai2 mamak time 9-10.30 pagi? Ini ke pemimpin???

Lu pikirlah sendiri!

Tanpa Nama berkata...

best betol ko leh lepak dalam pkul9-1030pagi. aku kat opis pun mau kene lacture dgn bos bila lepak time tu

Tanpa Nama berkata...

Dey..tambi...apa ni...tak faham langsung....

Adil dan Saksama berkata...

Pak Misai,

Sampai hati kamu pandang rendah kami yg bawahan ni. Mentang2 kamu tu gaji besar, pangkat besar, ada bilik sendiri, pakai kete besar, ada parkir sendiri, ada elaun mcm2, dan keje masuk keluar mesyuarat dan tulis kertas kerja.

Cubalah keje fotostat dan jaga fail skali skala. Selamailah perasaan kami. Kami pun nk gak gaji yang sama dan kemudahan yang sama. Perlu beza kemudahan ke berdasarkan tanggungjawab dan kerja? X adil sungguh!

Walaupun kami buat part time dan MLM tapi bos seperti kamu ni semua dengki sangat. Bila kami mula nak promote dan jual2 di pejabat, masa tu la kamu suruh kami bind laporan lah, print surat la, fotostat byk2 la.

Benda2 ni kan boleh buat sendiri. Elaun, gaji dan pangkat tu apa gunanya kalau perkara2 mudah macam ni x boleh nk buat. Buat apa belajar tinggi2 kalau kerajaan skang fikirkan utk beri hak dan kemudahan yang sama rata kepada semua PA x kira tanggungjawab dan kerja.

Sekali sekala mahu juga kami pakai tie dan kot. Baru orang mcm kamu ni pandang tinggi sikit pada kami. Bukan senang kami nak belajar tinggi2 sbb saringan ke Universiti pon dh x adil dan terlalu ketat utk kami.

Wahai Pak Misai, sekali-sekala turunlah minum di kantin atau kafe bersama kami. Jangan asyik bermesyuarat atau terperuk di bilik sendiri mengadap komputer tanpa bergaul dengan kami. Kita sama sahaja!!!

Pak Misai berkata...

inilah masalah manusia..

kelulusan tidak tinggi..gaji nak macam pegawai...logik ke tukang sapu gaji macam pengarah..

pengarah tanggungjawab berat..

fikirkan..

bukan dengki...

inilah dunia..kalau malas belajar..spm pun gagal..mcm mana nak memimpin organisasi..org macam ini tak ada idea,,,idea ting busuk..

otak tak boleh pakai..

sedarlah diri..

TQ berkata...

Pak Misai,

Hang cakap tu betoi sgt la... gaji, kemudahan semua tu sbg memudahkan bos2 kita utk wat keje. Sbb keje kita ni setakat sokong saja.

Yg jenuh dok pikir mcm2 benda depa la. Yg kena tanggung apa2 hal depa juga. Kita x dak la pening mana.

Aku syukur sgtlah dpt gaji dan pencen utk keje2 yg sesuai ngan sijil aku. Aku bkn pandai & mcm pak misai ckp, bkn x saja x layak tp x sanggup la nk uruskan masalah jabatan.

Aku dpt blk on time tu alhamdulillah sgt. Tp skali skala blk lewat tanpa OT pun x pelah, dh byk sgt gomen bg kt aku. Ni aku tulis sat lg bantai la ckp aku ampu tegar.

Hangpa pikiaq sendiri la wei, kt swasta hang jgn la berangan nk merapu walau brg sesaat pon, kompom kena maki. Selagi gomen nak aku, aku pon keje la utk gomen. Terima kasih!

Tanpa Nama berkata...

ala...sudah lar ko pak misai, kau tu pun bukannye keje sangat..komen dengan korek idung pandai lar..malu lar sikeeet, stakat orang macam perangai ko nih, belambak-lambak dah mengaku sebok, tugas besor, kelulusan tinggi tapi otak mcm tiang letrik...lu boleh blah and gi trim lu punya misai dulu....keh..keh..keh

Merendah Diri berkata...

Semuanya ada peranan masing-masing. Janganlah dah menjawat jawatan besar, merasa tinggi diri dan bongkak.

Kuasa hanya sementara waktu.

Bersamalah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan ikhlas.

Masing-masing perlu dan memerlukan di antara satu dengan yang lain.

Tanpa Nama berkata...

betul la pak misai tu cakap. mana boleh kerja senang gaji macam pegawai senior. kira berpatutan la gaji dgn kerja. jaga fail dgn fotostat vs attend meeting, buat paper work, tulis jurnal, planning projek, ngadap KP, ngadap ksu, ngadap menteri, anak buah wat silap kene tanggung..mana lebih susah?? balik kerja comfirm lambat..kadang2 meeting sampai malam, hujung minggu jika ada emergency..tanggungjawab besar bayar besar..berbaloi la belajar tinggi2 dgn apa yang dapat.

maaf la jika ada tersinggung

Tanpa Nama berkata...

dengki x de, tapi rasa pelik yg melampau, apasal dia dpt gred 27, padahal sama kelulusan dan sama dalam Perkhidmatan awam,,,nampak sgt double standart dalam pengurusan.....fikir2 kan lah