SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

14 November 2009

KEPUTUSAN TIADA BONUS MUKTAMAD

Berita Harian
Oleh Anwar Hussin,
Faiza Zainudin dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my
14/11/2009



Cuepacs akur penjelasan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak dapat memberi bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam dan pesara perkhidmatan awam tahun ini berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman. Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menjelaskan jika bonus tetap diberikan pada tahun ini, ia akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam dari sumber lain untuk membuat bayaran berkenaan.
Katanya, Cuepacs gembira dengan jaminan kerajaan untuk mempertimbang pemberian bonus jika keadaan ekonomi negara semakin pulih selain kesediaan untuk mengkaji pemberian tambahan bantuan khas kewangan RM500 dalam masa terdekat ini. "Kita tunggulah... yang penting semua anggota perkhidmatan awam dapat menjalankan tugas dengan baik, meningkatkan produktiviti dan menjaga imej perkhidmatan awam," katanya pada sidang media selepas mengadakan perbincangan secara tertutup bersama Najib di Parlimen semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan 135 pemimpin tertinggi kongres dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Mengulas bantuan khas kewangan tambahan sebanyak RM500, Omar berkata, pihaknya membuat tuntu-tan itu bagi kakitangan awam Gred Satu hingga 54 selain memohon kerajaan menghapuskan cukai pendapatan 30 peratus bagi kakitangan Gred Jusa. "Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Foto Media Cuepacs

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

confirm aku akan undi parti lain..xpe, sabar..skang boleh la tunjuk ek..kisah pak lah berulang lagi nampaknya..

Tanpa Nama berkata...

Pinjam dari sumber lain..? Hampeh la ko najib..korang menteri2 cakap senang la..sume sponsor..idup la ko dengan aniaya orang..

Tanpa Nama berkata...

Geran 1 juta tu boleh kongsi ker? hehehe..

Tanpa Nama berkata...

bagus.mcm nie ler baru jelas pengapu.kn senang..ada ker tak der bonus.lu fikir la sendiri...bangang btl.

thanks najib.dulu ku sangka ko boleh fikir lebih matang dari pak lah.rupanya ko lebih bangang.ko tak mengambil iktibar daripada apa yg terjadi pada zaaman pak lah.jadi ku ucapkan selamat memerintah buat sementara, bila tiba masanya.ko akan kehilangan jawatan ko 2..bila sudah terjadi begitu, nyesal pn tak guna sudah.

Tanpa Nama berkata...

tak ada bonus, tak ada BN. Jadikan najib pm terakhir umno. kita hentikan teori RAHMAN setakat najib sahaja. Hidupkan era baru politik malaysia, tiada UMNO/ BN tiada rasuah.

Tanpa Nama berkata...

Tak ape lah...kalau betul-betul kerajaan dah tak ada sumber, apa boleh buat. Kita masih boleh bersyukur kerana masih diberikan bantuan yang tidak seberapa dan diharapkan agar tambahan RM500 ini dapat diluluskan dan dibayar pada bulan Dec ini. Kita masih juga bersyukur kerana kerajaan sudahpun memulakan langkah untuk melaksanakan Kenaikan Pangkat melalui KUP pada tahun ini walaupun mengambil masa 15 tahun berkhidmat yang mana terlalu lama.

Kita juga bersyukur keada pada tahun ini juga beberapa Skim Perkhidmatan yang agak rendah Seperti N11 dan Tukang Masak N1 telah dinaiktarafkan.

Bagaimanapun masih banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh Kerajaan termasuklah ITP yang masih begitu-begitu saja, Elaun COLA yang tidak dinikmati oleh semua penjawat Awam dan banyak lagi...harap cuepec dapat ambil perhatian dan menuntut pada kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

keputusan tiada bonus muktamat merupakan langkah yang tepat menuju kehancuran UMNO/BN. maka keputusan tidak mengundi UMNO/BN juga muktamat.

suara rakyat, suara keramat. Apalah yang ada pada rakyat, hanyalah kuasa mengundi. Kuasa inilah yang akan menentukan hidup matinya UMNO/BN. PRU 13 rakyat diutamakan.

Tanpa Nama berkata...

x pe la klu tiada bonus... tp harap2 dptla kasi up skit bantuan khas tu . tambah lagi RM500 cukup la..

nujumpakblalang berkata...

HAHAHAHAHAHA KELAKAR LAAA ITULAH JAWAPANNYA TIADA BONUS MUKTAMAD.. KEMUDIAN CUEPACS DAPAT RM1 JUTA MACAM JALALUDDIN HASSAN DALAM WHO ONE TO BE A MILLIONAIRE..SO PEMENANGNYA ADALAH ORANG2 ATASAN CUEPACS..DEPA DAPAT RM1JUTA UNTUK BUAT LA APA2 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KELUAR NEGARA DENGAN DUIT TU..HEHEHEHEHE CERDIK2 KENA DAH LA TU SI PUTAR ALAM BAGI DUIT KAT SI AUTA

jebat m.a berkata...

Dah tahu dah ler cecupak..!!! dalam nie memang lah berapi duk cakap pasal nak bantu P.A..bila korang pergi mengadap Najib macam singa patah kuku ler..yea..""saya yang menurut perintah""..orang kat bawah dah tahu ler,,bila berurusan dengan orang politik yang memang tak leh pakai punya..aku dah cakap dulu..tak yah jumpa la..P.A dah bosan dah dengan kerajaan BN nie..P.A nak tunggu pru 13 jea..banyak meraban sangat nie..""satu malaysia ditipu"".. ada cerita sket nie...

"kisah seorang ibu dan anak yang pergi ke pasar malam" Anak yang kecil itu menangis hendak membeli mainan dan ibunya tidak membelikannya.,maka si Ibu memujuk anak tersebut,,tetapi anak kecil itu terus meratap dan meraung.(memang tak ada moral la) apabila ditunjukkan oleh ibu itu kepada jagung,keropok,burger dan macam-macam lagi..anak kecil itu tidak mengendahkan..dan memaksa ibunya membelikan mainan itu juga..akibat dipaksa oleh anak kecil tersebut maka pergilah ibu itu bertanyakan harga kepada penjual mainan.MEMANG MAHAL LAH !!!."bagi menyedapkan hati anaknya itu maka dengan selamba jea ibu itu berkata "Mak tak ada duit nak !!!mahal sangat,,ibu tak mampu beli..anak kecil itu berfikir seketika..(semalam baru jea mak beli rantai emas baru)..pikirlah !!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikutkan hati memang rasa kecewa sikit sebab tak dapat bonus tapi tak lah sampai nak sumpah seranah orang...kita masih boleh hidup lagi walaupun tak semewah biasa...rezki tu pasti ada cuma lambat cepat jer...pandai-pandai la berwawasan dengan perbelanjaan yang ada pasti tak kecewa...walaupun tidak sebanyak mana...

Tanpa Nama berkata...

confirm aku akan undi parti lain..xpe, sabar..skang boleh la tunjuk ek..kisah pak lah berulang lagi nampaknya..

Tanpa Nama berkata...

najib diutamakan , rosmah didahulukan.
rosmah hari hari ada bonus pergi shopping

Tanpa Nama berkata...

PM dah bagi rasuah RM1juta kat CUEPACS... untuk tutup mulut!!!

Tok Janggut berkata...

Apalah yang ada 1 juta dengan 1 billion bagi Najib tu.......celah gigi dia aje.

Cuepacs dapat 1 juta ............


Angguk........Angguk......Angguk

Jeling.......jeling.


Jangan gadaikan Maruah Cuepacs.

teringat golf berkata...

pak najib ni eksyen betul..
muktamad katanya! takde runding lagi..keras! bunyi tu..
kalau ngan mak datin rosmah tu..peh! hilang keras dia tu. rantai emas, jet mewah bla..bla..

Tanpa Nama berkata...

OK, KAMI JUGA MUKTAMAD AKAN MENYOKONG PAKATAN RAKYAT. BN HANYA BAS BURUK BERUSIA 52 TAHUN. KAMI AKAN TUKAR BAS BARU DAN DREBAR JUGA BARU. KAMI DAH JEMU DENGAN 'RAKYAT DIPERBODOHKAN',PEMIMPIN DIUTAMAKAN.

Omar Cecupak berkata...

Saya sangat setuju kita pangkah pembangkang pada PRU13 nanti. Kita tumbangkan kerajaan sedia ada dan naikkan yang baru yang perjuangkan metrokrasi.

Biar dipinda perlembagaan supaya tiada keistimewaan kepada sesiapa pun. Biar ramai non-bumi masuk ke dalam PA sbb kita sekarang pon tidak cekap dan asyik gagal dalam membuat tuntutan demi tuntutan.

Kita cuma minta kerajaan pembangkaan beri sedikit dana kepada kita supaya boleh terus meneruskan aktiviti harian seperti ke alamanda, jom heboh, jualan, menjinjing plastik beg merah berisi makanan, tari menari, kelab itu dan ini, sukaneka, hari keluarga, pergi bank, buat MLM / part time / nyanyian / mendengar ceramah agama (tetapi tidak berubah juga) / membaca surat khabar / blog dsb.

Dengan ini, cecupak tidak perlu lagi gagal untuk buat tuntutan bonus memandangkan kita x lagi jadi sebahagian PA dan negara akan lebih cekap dan adil serta berlandaskan metrokrasi.

Sekurang2nya walaupun kampung kita bakal tergadai, cecupak dan PA seangkatan dengannya dapat dengan bangganya menabik dada kerana menang sorak!

Ikhlas,
Omar Cecupak

Tanpa Nama berkata...

I tidak akan lupa saat ini dimana najib kata PKA melampau dan tidak bermoral. adalah tidak bermoral jika PKA mengundi BN pada PRU 13 akan datang.maka i tetap sokong PAS....................................Hidup NIK AZIZ

SEDIHNYA berkata...

Tolong Kongres Cuepacs sampaikan kepada Najib.......Ramai Penjawat Awam telah meluat dengan sandiwara Najib.

Hampeh berkata...

Ye la, Tuan Omar patut bagi 'hint' pada pak najib yg PA dah meluat dengan dia. Katakan pada dia yg kita ramai2 akan berhijrah keluar dari Malaysia yang memualkan ni... katakan PA akan hidup di Amerika yang lebih adil dan metrokrasi...

Mari sama2 hijrah ke luar negara... Malaysia ni hampeh... malaysia ni x guna... malaysia ni x layak PA macam kita ni... negara2 yg adil lg saksama seperti Amerika, UK, Australia lebih sesuai untuk kita.

Jom pakat hijrah!

Bengang! berkata...

F1 ni aku x setuju langsung! Apakah faedahnya??? setakat nk tunjuk pada dunia ada apa? Mat2 saleh yang datang kt malaysia untuk tgk F1 tu apa lah sangat pentingnya?

Sepatutnya duit bangungkan F1 tu diberi kepada PA sebagai bonus bangunkan negara. Tahukah pak najib bahawa harga teh tarik dan roti canai walaupun x berubah tapi semakin kecil saiz.

X percaya? Cubalah pak najib turun padang pada waktu minum kami. Kata suruh turun padang? Mana ada? X pernah nmpk pon pak najib dan rosmah turun minum kat kedai2 mamak time 9-10.30 pagi? Ini ke pemimpin???

Lu pikirlah sendiri!

Tanpa Nama berkata...

SEDIH DENGAN PM INI............................

Penyokong Omar berkata...

Ye mmg sedih dpt PM mcm ni...

Mentang2 la dia berkuasa. Kita yg bawahan ni x pandang langsung. Apa salahnya beri bonus pada kami. Orang yang kaya raya mcm najib ni susah nk paham PA bawahan ni.

Kata pemimpin tp x dpt fikir mcm kami. Cubalah buka minda wahai najib... Hari Raya Puasa mesti pakai byk belanja. X kan la nk tukar perabot dan kereta setahun skali x boleh? X kan kami sekeluarga nk pakai baju raya lama? Bukannya selalu!

Akhir tahun pon, budak2 nk ke sekolah. Kasut, baju dan beg mestilah diganti baru. Takkan nak pakai yang lama. Takkan pasal anak2 pon nk berkira???

Tolonglah najib... kenapakah perlu kami ikat perut apabila dekat2 raya dan akhir tahun? Kenapa? Cakap! Takkan lah PA bawahan ni kena jimat dan simpan wang utk raya dan sekolah anak2?

Logik ka??? Najib fikirlah baik2!

Tanpa Nama berkata...

lagi sedih ialah negera miskin indonesia dan filipina pun ada 1 bulan BONUS


macam mana dengan PKA malaysia?

one malaysia?

Omar Cecupak berkata...

Betul cakap ko tu,

Indonesia dan Filipina dapat bonus.. PKA malaysia apa dapat??? Setakat fotostat, kemas stor, hantar surat, jaga fail pastu gaji ciput je dan pencen macam haram... setakat kemudahan rumah, keje tetap dan pinjaman kerajaan apa lah sangat!

Lebih elok kita keje dgn Indonesia dan Filipina. Lebih adil. Lebih cekap. Ada bonus plak tu! JOM PKA MALAYSIA pakat letak jawatan dan kerja dgn Indonesia dan Filipina!!!

Setuju!!!

Tanpa Nama berkata...

Tak payah tambah la.... kita tgok Kota Seputih kalau kau org mau perubahan.... kut-kut kita akan kenali dengan kota Hitam pulak... jgn tak pesan pd sedara disan dah la...jgn ckp kat cni je bro n sis..
Harap-harap jadilah pilihanraya kecil disana, supaya kita dapat tunjuk pada abg-abg menteri(pasal menteri semua muda-muda belaka)...abg-abg menteri yang dilahirkan selepas merdeka.

Tanpa Nama berkata...

ASYIK PROJEK JER..KAMI XDAK..ALAMAT KO..LAA..

Tanpa Nama berkata...

JANGAN INGAT PEMERINTAH ITU KERAJAAN,XSELAMANYA DI TAMPUK KUASA..TUNGGU LAA NANTI KUASA RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

PKA Singapura tahun ini 1.25 bulan bonus. najib tak setanding dengan lee kuan tew. hidup...lee kuan yew

Tanpa Nama berkata...

hentam saja lah....

Tanpa Nama berkata...

cuepecs ade funtion ker tidak.mcm x berjalan jerk.setiap permintaan x dpt.mana janji yg pendapatan bwh 1000 boley dinaik kan utk dpt gaji minima rm 1000.