SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 November 2009

PERLU PANTAU PENYANDANG PTR DITUKAR LANTIK

Utusan Malaysia
9/11/2009





Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca bertajuk "JPA Perlu Tangani Masalah Elak Jejas Moral Kakitangan" oleh Sekadar Ingin Meluah yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 23 Oktober 2009.
JPA telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009 berhubung penjumudan skim perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah (PTR) Gred N11, N14 berkuat kuasa 2 Julai 2009. Pelaksanaan pekeliling perkhidmatan ini melibatkan pertukaran pelantikan penyandang dalam skim perkhidmatan PTR ke skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) [PT(P/O)] Gred N17 tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Asas penjumudan skim perkhidmatan PTR adalah berikutan skop fungsi tugas perkhidmatan tersebut boleh diambil alih oleh skim perkhidmatan dalam kelompok yang lebih tinggi iaitu skim perkhidmatan PT(P/O) Gred N17. Selain memperkemaskan skim perkhidmatan sektor awam, penjumudan skim perkhidmatan PTR juga bertujuan bagi memastikan penyandang dalam perkhidmatan tersebut menguasai kemahiran yang pelbagai (multiskilling) dan seterusnya meningkatkan kecekapan guna tenaga dalam perkhidmatan awam.
Berhubung persoalan gaji penyandang PTR yang ditukar lantik yang lebih tinggi berbanding penyandang PT(P/O) Gred N17 adalah berikutan penjawat berkenaan pernah menerima Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) semasa dalam perkhidmatan terdahulu.
Di bawah skim perkhidmatan PTR, pegawai dikehendaki menduduki Ujian Kederasan (Menaip) dan akan menerima hadiah dua atau empat kenaikan gaji bergantung kepada tahap kelulusan yang diperolehi. Oleh sebab mereka telah menerima HKG sebelum ditukar lantik ke skim perkhidmatan PT(P/O), maka prinsip penetapan gaji permulaan yang tidak kurang baik daripada gaji asal adalah terpakai.
Dakwaan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) bagi PTR yang ditukar lantik melebihi PGT penyandang PT(P/O) adalah tidak tepat kerana PTR yang ditukar lantik menerima PGT yang sama dengan PT(P/O) sedia ada berdasarkan Jadual Gaji Matriks skim perkhidmatan PT(P/O).
Pertukaran pelantikan PTR ke skim perkhidmatan PT(P/O) tidak melibatkan sebarang anjakan gaji tetapi hanya melibatkan pelarasan gaji mengikut Jadual Gaji Matriks skim perkhidmatan PT(P/O) kepada penyandang.
Mengambil kira peluang kemajuan kerjaya bagi penyandang sedia ada dalam perkhidmatan PT(P/O), Kerajaan melalui Surat Edaran JPA(S)NP. 134/1 Klt. 19/s.k. 2(11) bertarikh 14 Mei 2009 telah memperuntuk kenaikan pangkat bagi pegawai-pegawai sokongan di gred lantikan, termasuk PT(P/O) Gred N17, yang telah berada di gred tersebut selama tidak kurang 15 tahun.
Oleh sebab keputusan Kerajaan ini menetapkan bahawa pegawai yang layak hendaklah berada di gred tersebut selama tidak kurang 15 tahun, PTR serta OMPD yang ditukar lantik ke perkhidmatan PT(P/O) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009 hanya boleh menikmati kemudahan ini setelah 15 tahun berada di PT(P/O) Gred N17. Selain itu, meskipun PTR yang ditukar lantik ke perkhidmatan PT(P/O) mungkin telah berkhidmat lebih lama dalam perkhidmatan awam, kekananan mereka tidak boleh melangkaui pegawai sedia ada dalam perkhidmatan PT(P/O).
Adalah menjadi lumrah, apabila berlaku perubahan skop fungsi tugas setelah ditukar lantik ke perkhidmatan yang lebih tinggi, pegawai yang terlibat memerlukan masa untuk mempelajari dan menguasai kemahiran bagi menjalankan skop fungsi tugas yang baru.
Oleh itu, pemantauan berterusan perlu dilaksanakan oleh Ketua Jabatan bagi memastikan penyandang yang ditukar lantik dapat menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.



Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PTR jumud ada yang tak lulus BM pada pada peringkat SRP @ PMR apalagi SPM tapi dapat juga jadi PT sedangkan syarat ytama PT mesti KEPUJIAN dalam matapelajaran BM. Jadi apa jadi dengan PT yang lama susahnya memohon jawatan PT tapi gajinya kurang lebih dengan PTR. Dulu kalau tak lulus BM jangan harap nak naik gaji tapi PTR jumud bagaimana pula. Fikirkanlah.

Didie berkata...

PTR jumud ada yang tak lulus BM pada pada peringkat SRP @ PMR apalagi SPM tapi dapat juga jadi PT sedangkan syarat utama PT mesti KEPUJIAN dalam matapelajaran BM. Jadi apa jadi dengan PT yang lama susahnya memohon jawatan PT tapi gajinya kurang lebih dengan PTR. Dulu kalau tak lulus BM jangan harap nak naik gaji tapi PTR jumud bagaimana pula. Fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Bagi sy xde hal la jika PTR dinaikkan ke N17...tp yg jd masalahnya dorang bila da dinaikkan ke jwatan Pembantu Tadbir N17 tak nak buat n ambil tahu tugas2x yg sesuai dgn gaji n jwtn baru mereka..Susah la camni..nape surat pelantikan je diberi kenapa tidak disertakan sekali dengan senarai tugasan yg perlu dilakukan..kena la give n take..org da bg kenaikan bagi la perkhidmatan yg memuaskan hati..