SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 November 2009

WUJUDKAN SKIM PERKHIDMATAN UNIVERSITI (MAKLUM BALAS JPA)

Maklum JPA
23/11/2009



Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Merujuk Kepada Cadangan Oleh Pengerusi Gabungan Majlis Presiden Dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/IPTA Malaysia (Gakum), Encik Omar Osman Dalam Artikel Bertajuk “Wujudkan Skim Perkhidmatan Universiti” Yang Disiarkan Dalam Akhbar Utusan Malaysia Bertarikh 27 Oktober 2009.
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan yang terikat dengan syarat-syarat skim perkhidmatan seperti mana yang terpakai bagi sektor awam. Sehubungan itu, cadangan supaya diwujudkan skim perkhidmatan universiti yang berbeza dengan kakitangan kementerian dan agensi lain adalah tidak berbangkit kecuali status IPTA diputuskan menjadi sebuah agensi yang diasingkan saraannya sama sekali yang terpakai bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Berhubung cadangan untuk memberi peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik terutamanya dari segi tempoh kenaikan pangkat kakitangan Kumpulan Sokongan, kerajaan turut memanjangkan keputusan pelaksanaan kenaikan pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan lebih secara Khas Untuk Penyandang (KUP) yang masih berada dalam gred lantikan mulai 1 Julai 2009 kepada Badan-Badan Berkanun Persekutuan termasuk IPTA.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
23 November 2009

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula kami yang skim "s" yang ada di IPTA dah berbelas-belas tahun di skim 41, yang muda naik mendadak, yang tua ditinggalkan walaupun dah lama "mantop" dalam PTK, tak kan KUP nih untuk sokongan ajer?..yang lain-lain nih cam maner pulak....kami kerja siang dan malam untuk Universiti...nak joint kerja lain umur pun dah senja....tak kan asyik nak guna kalimah "sabar" jer setiap tahun...kami mohon nasihati lah Pendaftar kami yg. ada di IPTA yang asyik syok mengejar JUSA mereka..hal kami dianaktirikan...

Tanpa Nama berkata...

alahai IPTA dah manyak....mintak semak semula lah aper yang patut....kesian lah mereka dan keluarga mereka.....

pembina bangsa berkata...

. bayangkan le untuk staf sokongan pun terbeban sama membantu pensyarah dan penyelidikan universiti, tambahan pula student luar terutamanya pelajar iran dan arab yang penuh karenah. terpaksa kami melengkapkan ilmu dan kemahiran supaya seiring kepesatan teknologi sekarang ni.
saya setuju sangat cadangan untuk menambahbaik skim universiti ini supaya setimpal dengan khidmat prestasi tinggi yang kami curah dalam sama-sama dalam dunia pendidikan bagi memajukan anak bangsa serta membina tamadun buat negara.

Tanpa Nama berkata...

IPTA lebih baik duduk di bawah JPA la..bawah kerajaan persekutuan..

kalau tidak saya rasa lagi lingkup nasib pekerja di IPTA ni...

silap hari bulan kalau bos tak suka pada kita/dengki ke/dendam ke..problem..duduk melapok kat situ la..tak naik naik...

Tanpa Nama berkata...

itu la sebab IPTA ni kena kekal dengan JPA ja..kalau IPTA ada kuasa mutlak..lingkup rasanya staff bawahan..kalau asyik pihak atasan kejar mereka punya jusa tu...

Tanpa Nama berkata...

saya setuju kalau JPA selalu pantau V.C. dan timbalan-timbalannya dan yang patut sekali di Pantau PENDAFTAR tu sendiri..mereka leka dan selalu takut kalau tak dapat JUSA, lagak mereka mengalahkan KSN kat Univ. bagi mereka pekerja sokongan nih sampah jer...Datanglah ke IPTA secara mengejut..tengok apa PENDAFTAR tu buat...

Tanpa Nama berkata...

Saya nak pencen setahun lagi, saya di SKIM S, sekarang S41, PTK lulus dan boleh naik pangkat...termasuklah naik gaji...saya dinafikan naik pangkat kat IPT saya hampir 10 tahun lamanya...nampaknya pencen nanti saya cuma di Gred S41..yang muda-muda tak sampai 6 tahun kerja dan pun sampai gred 54...kalau kat JPA ade ker cam nih?...dari keje sampai pencen dan mati lah aku gred 41...