SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

23 Februari 2010

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Utusan Malaysia
23/2/2010




Sebelum ini banyak pihak yang mewakili golongan wanita mahukan sektor awam dan para majikan swasta meningkatkan pengambilan pekerja wanita termasuk bagi jawatan pada peringkat yang membolehkan mereka membuat keputusan. Kerajaan sendiri mahu meningkatkan penglibatan wanita kepada tahap 30 peratus bagi jawatan seumpama itu.
Kini Cuepacs meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat terutama yang menjawat jawatan sebagai pembuat keputusan.
Ia memberi contoh hampir tiga perempat daripada jawatan baru perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik disandang oleh wanita.
Setahu Awang, bilangan guru wanita juga jauh lebih ramai daripada guru lelaki.
Bagi Awang sama ada pekerja lelaki atau wanita ia bukanlah masalah besar asalkan pekerja terbabit mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Namun keseimbangan gender dalam apa juga bidang perlu diambil kira dan jangan sampai satu masa kelak, masalah timbul apabila peratusan pekerja lelaki amat rendah berbanding dengan pekerja wanita terutama bagi jawatan-jawatan yang melibatkan penentuan keputusan.
Awang – Hormat pekerja gigih.

5 ulasan:

oh ho berkata...

masalah juga akan timbul bilamana emosi yg tidak stabil boleh mengganggugugat keputusan yg bakal diambil. tidak dinafikan wanita juga berkebolehan dalam membuat keputusan yg kritikal namun begitu pantauan dan pemerhatian dengan telus amat perlu bagi menjamin prestasi mereka tidak akan didorong oleh hati dan emosi yg luar dari urusan pejabat

cikgu nizar berkata...

banyak sekolah akan bermasalah apabila diperintah oleh GB/Pengetua perempuan. ramai guru sudah terkena dan tertekan akibat keputusan yang berasaskan emosi dan tidak berfikir panjang serta x bole ditegur

bukan semua tak bagus, tapi setakat ni camtu la yang aku dengar dari kelantan sampai penang la ni

Tanpa Nama berkata...

perkara ni patut dikaji bermula dengan panel penemuduga..bukan tuduhan..ada sesetengah penemuduga ni tak profesional..lantik wanita semata2 nak sedap mata memandang..aku tak dengar tapi aku sendiri saksikan...lagi satu jawatan tinggi ni sepatutnya jika perlu kepada wanita, berilah kepada yang lebih berumur di mana kurang komitmen terhadap keluarga..klu beri kepada generasi "puteri" nanti (terutama yang baru mendirikan rumahtangga)dikhuatiri akan tiada di pejabat selama 2 bulan..(cuti bersalin) jawatan tinggi ni kan level decision maker..klu diorang xde, siapa nak buat keputusan? ni pendapat aku..xperlu nak hot..

PK Kokurikulum berkata...

Sebenarnya PA lelaki dan perempuan sama2 menyumbang. Kelemahan kedua2 pun ada kelemahan.
Pendapat saya ini buka 100% betul tapi ada kebenarannya... bila yang menjadi boss paling atas perempuan, pasti akan timbul masalah dan rasa tidak puas hati bukan sahaja dari pekerja lelaki tetapi diakui oleh pekerja wanita. Saya pun tak tau bagaimana perkara ini boleh terjadi. Adakah PA wanita akan cepat bersalin kulit bila memegang jawatan paling atas.
Saya rasa tak perlu begitu... saya bukanla ketua paling tinggi di jabatan saya tapi kira ketua juga. Saya rasa kalau saya selalu guna kuasa veto saya... pasti saya tidak akan mendapat kerjasama pegawai di bawah saya. Setakat sekarang saya bersyukur kerana pegawai2 saya selalu memberi kerjasama. Saya boleh "ngeteh" dgn mereka, main boling, picnic dan bergotong-royong dengan mereka dan mereka masih hormatkan saya sebagai ketua mereka. Masa tugas rasmi mereka panggil saya Encik tapi bila diluar mereka panggil saya abang.

Tanpa Nama berkata...

kakakaka...
ada juga wanita yg ok kalau jadik ketua jabatan atau ketua pejabat...
tapi...suatu waktu dahulu..
saya ada sorang boss pompuan...
puuunyalah teruk ...dari segi pengurusan serta tindakan2nya..
mgkn sebab dia nie anak datuk...