SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

18 Februari 2010

MAKLUM BALAS AKHBAR: "SYOR PENJAWAT AWAM DIBERI ELAUN KHAS IKUT PENCAPAIAN AKADEMIK"

JPA
18/2/2010





Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat Lulusan Terpinggir dalam akhbar Berita Harian bertarikh 9 Februari 2010 bertajuk “Syor Penjawat Awam Diberi Elaun Khas Ikut Pencapaian Akademik”.
Seseorang pegawai yang dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam diwajibkan memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan termasuklah dari segi kelayakan masuk dan latihan yang diperlukan. Prinsip kelayakan masuk dan latihan bermaksud seseorang calon itu perlu memenuhi syarat kelayakan dan latihan yang ditetapkan bagi melayakkannya menjalankan sesuatu kerja dalam sektor awam. Pegawai berkenaan akan dibayar saraan yang telah ditetapkan untuk kerja tersebut. Dalam keadaan di mana sesuatu jenis kelayakan dan latihan itu relevan dan diperlukan bagi sesuatu jenis kerja, pegawai tersebut boleh diberi saraan yang bersesuaian dengan kelayakan dan latihan yang dimilikinya.
Pemberian sesuatu elaun bertujuan menyediakan ganjaran yang setimpal dengan tugas yang dijalankan oleh seseorang pegawai. Pemberian elaun juga disandarkan kepada kriteria pemberian elaun yang ditetap
kan seperti bayaran balik perbelanjaan, tanggungjawab tambahan, risiko, kesusahan dan galakan. Selain daripada itu, prinsip pemberian elaun membolehkan hanya kumpulan atau perkhidmatan atau keadaan tertentu sahaja diberikan elaun.
Pegawai yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atas pembiayaan sendiri merupakan suatu usaha yang mulia. Seperti yang disebut di atas, apa-apa perberian saraan tambahan mestilah dikaitkan dengan relevannya ilmu tambahan kepada tugas yang dijalankan.
Unit Komunikasi KorporatJabatan Perkhidmatan Awam Malaysia17 Februari 2010

Tiada ulasan: