SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

27 Februari 2010

SETIAUSAHA AGUNG CUEPACS SEGERA MOHON MAAF

Utusan Malaysia
26/2/2010


SEBAGAI penjawat awam bergelar wanita, saya merasa tersinggung dengan kenyataan Setiausaha Agung CUEPACS berhubung kebimbangan beliau mengenai nisbah penjawat awam wanita yang semakin meningkat berbanding penjawat awam lelaki. Contoh paling ketara dalam bidang perguruan yang mana ia mencatat 30:70.
Suka saya bangkitkan di sini bahawa beliau perlu melihat kepada beberapa aspek sebelum mengutarakan pandangan menyakitkan hati itu.
Pada masa ini nisbah wanita di Malaysia adalah mengatasi nisbah lelaki dan ia tidak mustahil menyumbang kepada peningkatan penjawat awam dalam perkhidmatan awam di Malaysia.
Dan masa kini bilangan pelajar wanita di universiti juga mengatasi pelajar lelaki. Mengapa keadaan ini berlaku? Dan kesannya ramai wanita menjawat jawatan penting terutamanya di sektor awam.
Pada masa kini lelaki lebih menguasai bidang teknikal dan vokasional. Kecenderungan mereka di bidang ini menyumbang kepada pertambahan gender berlawanan di sektor awam. Malahan pada masa sekarang jawatan-jawatan yang ditawarkan dalam sektor awam kebanyakannya memerlukan kakitangan wanita.
Kenyataan wanita tidak realistik dalam membuat keputusan memang satu kenyataan tidak bijak. Apakah selama ini CUEPACS yang diterajui oleh kaum lelaki begitu bijak dan realistik dalam membuat keputusan?
Nampaknya CUEPACS lebih mementingkan gender dalam menguruskan keperluan pekerja di Malaysia. Dan CUEPACS seolah-olah merendahkan martabat dan maruah kaum wanita dalam melaksanakan tugas.
Memetik kenyataan Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng dalam Utusan Malaysia bertarikh 23 Februari 2010, beliau menjelaskan bahawa prestasi guru wanita adalah sangat baik dalam mendidik para pelajar.
Walaupun nisbah guru wanita tinggi berbanding guru lelaki tetapi ia tidak menjejaskan bidang perguruan!
Apakah selama ini kita melihat bidang perguruan lumpuh hanya kerana wanita mendominasikan bidang ini? Memang benar kata-kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mendakwa Setiausaha Agung CUEPACS ini sebagai cetek ilmu.
Kenyataan wanita tidak realistik dalam membuat keputusan memang melambangkan kecetekan ilmu beliau.
Lihat sahaja sekolah yang cemerlang. Ramai kalangan sekolah berkenaan ditadbir oleh kaum wanita.
Apakah kebimbangan saudara Ahmad Shah Mohd. Zin bersifat ada udang di sebalik batu? Apakah agenda beliau bila mengutarakan kenyataan seperti itu?
Seharusnya beliau dan warga CUEPACS tidak memandang isu ini dengan serius. Apakah beliau mempunyai bukti bahawa wanita telah menguasai sektor awam? Apakah beliau mempunyai bukti bahawa wanita tidak realistik dalam membuat keputusan?
Saya percaya ini bukan objektif CUEPACS ditubuhkan. Dan saya percaya semua penjawat awam wanita merasa terhina dengan kenyataan seperti ini.
Dan saya menuntut Setiausaha Agung CUEPACS segera memohon maaf kepada semua penjawat awam wanita kerana kenyataan beliau seolah-olah menafikan hak kaum wanita dalam memberikan sumbangan kepada negara.
Patutlah CUEPACS begitu cerdik pandai dalam menguruskan isu pekerja kerana pemimpin-pemimpinnya adalah golongan lelaki.

ROSSA
Sarawak

3 ulasan:

PA Pengurusan & Profesional berkata...

CUEPACS merupakan satu kesatuan yang ketinggalan zaman dan tidak up to date. Pemimpinnya hanya mementingkan populariti sahaja.Ia hanya memperjuangkan satu kelompok penjawat awam. Apa yang diperjuangkan adalah peningkatan taraf hidup kumpulan sokongan iaitu di bawah gred 41 sahaja. Berubahlah wahai pemimpin-pemimpin CUEPACS. Kalau rasa sudah tidak relevan lagi... letak jawatan lerrrr.

Guru Hussain berkata...

cuepacs memang memilih bulu, kakitangan gred 41 keatas diabaikan semata2 mereka tidak merasa gaji guru maktab sijil dan diploma

tetapi, benar guru wanita yg terlalu ramai amatlah menyusahkan kami guru lelaki. kamilah yg nk jaga disiplin, kamilah buat semua kerja berat, kamilah nk diharap menjayakan aktiviti luar, aktiviti koko, aktiviti itu dan ini. seperti tadi masa upacara majlis di sekolah, kami yg 10% guru lelaki ni la pulun bmandi peluh. guru wanita hnya melihat saja atas alasan nnt merosakkan mekap n baju bergaya yg dipakai.. mengarah pandai, buat sorry..

dh la sikit2 harap guru lelaki, tu pun guru yg lelaki non malay lg la mengelat xsanggup buat kerja2 berat.. ADILKAH ITU? apabila SKT kami guru lelakilah yg mendapat markah rendah semuanya. lagi la pengetua atau GB pompuan, dengar bisik2 sesama guru pompuan pun boleh menyebabkan guru lelaki yg mmg suka bsuara semasa meeting dikenakan apa2 tindakan.

aku memang rasa sgt menyokong saranan cuepacs bhw bos wanita mmg perlu dikurangkan.

Tanpa Nama berkata...

Hal guru lagi ...