SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

16 Februari 2010

LEBIH 40 JABATAN TAK BAYAR ELAUN KERJA LEBIH MASA

Berita Harian
15/2/2010






KUALA LUMPUR: Kira-kira 50,000 kakitangan sektor awam kumpulan sokongan tidak akan melakukan kerja lebih masa bermula minggu depan kerana mendakwa elaun kerja lebih masa mereka kini digantikan dengan cuti rehat. Sambil menyifatkan ia bukan ugutan, Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata kesatuan juga tidak membuat dakwaan 'kosong' sebaliknya menerima banyak aduan sejak tiga bulan lalu. Omar berkata, walaupun cuti rehat itu salah satu usaha jabatan untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, langkah berkenaan boleh memberi kesan negatif bukan saja kepada kakitangan awam terbabit, malah boleh menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.
Beliau mendakwa aduan diterimanya daripada ahli kesatuan mendapati lebih 40 jabatan sudah tidak membayar elaun lebih masa sejak tiga bulan lalu, sebaliknya menggalakkan mereka menggantikannya dengan cuti rehat. "Bukan itu saja, Cuepacs juga menerima aduan daripada ahli bahawa pekerja yang enggan melakukan kerja lebih masa diugut ketua jabatan masing-masing akan dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar arahan. "Kita melihat tindakan ini amat keterlaluan. Anggota sektor awam sentiasa berdedikasi untuk berkhidmat tetapi pada masa sama, pendapatan (bayaran lebih masa) mereka tidak seharusnya disekat kerana mereka bukannya berpendapatan tinggi.
"Kongres Cuepacs akan diadakan 25 Februari ini bagi membincangkan isu pembayaran kerja lebih masa," katanya ketika dihubungi, semalam. Minggu lalu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi menghalang pembayaran elaun lebih masa kepada jabatan kerajaan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami kakitangan pusat darah negara
tiada masalah untuk mendapatkan claim duit kerja lebih masa.

cikgunizar berkata...

sentiasa ingat "jangan tanya apa yg negara boleh bagi kepada kamu, tapi fikir apa yang kamu boleh beri kepada negara"

sekarang ekonomi gawat, anda kena faham kemampuan kerajaan sekarang.jika x bayar elaun pun adakah anda bergantung sepenuhnya pada elaun tu untuk meneruskan hidup keluarga? berkorban la sikit untuk beberapa masa gawat ni. x lama pun lagi.

hidup kini berteraskan wang, itu saja kesimpulannya. kerja pun kerana wang.

di swasta, kaedah menggantikan overtime claim dgn cuti dah lama dibuat, dan ianya amat efektif dalam meningkatkan produktiviti syarikat dan menjimatkan wang syarikat, yang akan diguna semula untuk memajukan lagi syarikat dan menjana lebih pendapatan semasa pemberian bonus. yang untung pekerja juga..

RonoRoa Zoro berkata...

cikgu leh laa cakap camtuh..meh duduk tempat kami....mesti statement yang dberi oleh cikgunizar..berlainan...so pkir laa....

Konstabel Muniandy berkata...

cikgu kerja mana ada susah senang sangat. suruh budak baca buku lepas tu balik rumah.

kerani pun senang, duduk takada kerja bersembang banyak lagi bila kita tanya mesti marah sebab ganggu mereka bersembang

doktor pun senang, semua sakit apa bagi panadol. buat-buat periksa badan sahaj

PTD ni saya nak marah, mereka duduk depan komputer hari-hari main internet sama game sahaja. gaji kami polis dan lain pun mereka yang tentukan. lepas tu suruh kami panggil tuan pada mereka.

polis susah lagi, lepas ni elaun cola RM1000 pula mulai mac. baguslah kita semua sama sama happy

Tanpa Nama berkata...

Itulah pendapat pegawai polis (Muniandy) yang sepatutnya menjaga kententeraman tetapi meniupkan api kebencian. Bukan PDRM tetapi Kontabel Haprak Muniandy.Pendapat anda seperti satu hasutan dan menaikan api kemarahan. PDRM bagus tapi anda menjatuhkan imej PDRM. Saya pun tak pasti adakah anda ini seorang pegawai polis atau menyamar sebagai pegawai polis sebab tak menggambarkan imej pegawai polis.

Konstabel Muniandy berkata...

semua sangat dengki bila polis mendapat imbuhan atas kecekapan dan tugas merbahaya

-ikhlas sungguh
konstabel hanpir pencen - senawang

Tanpa Nama berkata...

Hei... Muniandy Haprak. Kita orang tak dengki... tapi cara awak membuat ulasan boleh membuatkan orang marah... awak nak naik gaji ke... naik elaun ke... itu awak punya fasal... tapi jangan cakap hanya awak sahaja yang kuat kerja... setiap PA ada peranan masing2...walaupun PAR. Kalau tak ada PAR siapa nak hantar surat dan sebagainya yg mungkin Muniandy tak sanggup buat.

Tanpa Nama berkata...

Kah!kah!kah! bila kosnt. Muniandy bersuara je aku mesti nak tergelak.. ayat kelakar..tak leh tahan..

Tanpa Nama berkata...

Aku kesain kat konsabel Muniandy... dah nak pencen pun perangai macam budak-budak... tak matured langsung... cam main ejek2 masa kecik2 dulu kat kampung.

Tanpa Nama berkata...

Sokong RonoRoa Zoro berkata..

Cikgunizar mmg x patut berkata begitu.. berbaloi ke hanya diberi cuti? Pikirlah sama.. boleh ker guna cuti sahaja untk kos tambang, makan dan minum bila kena buat kerjalebih masa ni? elok2 tak perlu keluar duit di hari bercuti, dah kena pikir semua tu. Tahu pun ekonomi skrg gawat, abis tu kami nie x gawat ker? Penat bekerja lebih masa nie usah di cakaplah.. Bukan semua orang giler nak buat kerja lebih masa nie. Duduk2 bersantai kat rumah lagi best.
Dahlah kena paksa bekerja, nie bayo ngn cuti sahaja. Patut ka?

Konstabel Muniandy berkata...

kami banyak kerja lagi pejabat pun busy kerja. tangkap jahat bukan senang, siapa kata senang marilah tangkap jahat sana sini.

saya faham semua sokong kami jadi sama-sama gembira polis naik gaji, tapi kami nak greg 41 jikalau tidak bagaimana membeli exora seperti pegawai lain? ini tidak adil

mana boleh banding swasta mereka kerja malas gaji mesti murah, yang rajin perlulah diberi pembalasan sebetulnya itu

-ikhlas sungguh
konstabel hampir pencen (senawang)

Tanpa Nama berkata...

Biarla apa Kons. Muniandy nak kata apa... orang tua kan... dia dg 41ke 44 ke 48 ke... nak JUSA pun bagilah... kan dia banyak berkorban untuk mempertahankan negara... ( tangkap jahat punya orang ). Pingat tak nak ke Muniandy... PGB ke... atau nak Datuk ke Tan Sri...?

Tanpa Nama berkata...

"Tu blum kat tempat kami lagi ( Upnm )...dah la buat kejer luar skop...pastu pakse2 plak kami ot...klu melawan ugut SKT la plak...!!!"

- Kambing Hitam Berkaca Mata -

Tanpa Nama berkata...

"YEAHHH...!!! Yang tu aku stuju sgt...mmg dh lm aku nk crite mende ni...tp tkt sbb akupun slalu kn ugut SKT camtu...kire kejer mkn ht la ni...hehehe...!!!"

- Kuda Putih Bersepatu Pink -

Tanpa Nama berkata...

saya bertugas sebagai penguatkuasa N17 di Majlis Bandaraya Alor Setar, kami di arahkan untuk membuat O.t tiba2 pegawai penguatkuasa mempertikaikan o.t kami melebihi 1/3 padahal di arahkan. kemudian mertikaikan pula. sepatutnya kenalah rujuk pekeliling samaada o.t yang lebih 1/3 boleh ditukarkan kepada cuti ganti.ini tidak pegawai tersebut mengaku pernah tengok pekeliling tersebut tapi suruh senyap macam mana orang ni di ambil jadi pegawai....