SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

11 Februari 2010

TIADA ARAHAN KERJA LEBIH MASA DIGANTI CUTI REHAT

Berita Harian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
11/2/2010





KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk menghalang pemberian bayaran tunai kepada kakitangan awam yang bekerja lebih masa dan digantikannya dengan cuti rehat. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam (gambar), berkata kakitangan sokongan memang layak mendapat elaun kerja lebih masa, justeru terpulang kepada kecekapan sesebuah jabatan untuk menguruskan keperluan kewangan. “Setiap jabatan kerajaan mendapat peruntukan masing-masing, maka kena pandai urus sendiri supaya ia memenuhi keperluan tanpa melebihi bajet,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sehubungan itu, Ismail berkata, dakwaan bahawa kakitangan sokongan diberi cuti rehat bagi menggantikan bayaran tunai untuk kerja lebih masa, mungkin adalah langkah yang diambil oleh sesebuah jabatan atas inisiatif sendiri. Berhubung hasrat Cuepacs untuk mengadakan pertemuan dengannya untuk menyelesaikan isu berkenaan, beliau berkata, mereka perlu memberi maklumat terperinci, bukan kenyataan secara rambang, kerana jika membabitkan badan berkanun, ia tidak berkaitan dengan beliau. Sementara itu, Cuepacs dilaporkan menuntut agar kakitangan awam diberi bayaran tunai untuk kerja lebih masa berbanding diberi cuti rehat.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata hampir 50,000 kakitangan sokongan dari pelbagai jabatan kerajaan dan badan berkanun diberi cuti rehat untuk kerja lebih masa sejak Disember lalu. “Bagi setiap lapan jam kerja lebih masa mereka akan diberi satu hari cuti. Kami menganggap ia satu eksploitasi, dan mahu kerajaan membuat tindakan segera untuk menghentikan amalan ini kerana ia akan melunturkan semangat pekerja serta menjejaskan produktiviti,” katanya. Langkah sedemikian dilaksanakan untuk ‘mengurangkan kos’ dan juga untuk ‘meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan’ jabatan berkenaan. “Sasaran kerja kini adalah lebih tinggi dan kami memerlukan kerjasama dari kakitangan kita untuk bekerja lebih masa. Bagaimanapun, peruntukan untuk kerja lebih masa adalah tidak mencukupi, jadi kami memperkenalkan sistem ini dengan menawarkan cuti,” kata seorang ketua jabatan.
Kecuali untuk beberapa pekerja, katanya, kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan peraturan itu kerana mahu mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dan meningkatkan sistem penyampaian sejajar dengan dasar kerajaan sekarang.

9 ulasan:

minorin berkata...

ada baiknya kalau OT tu ganti dgn cuti. then cuti tadik transfer masuk GCR. masa pencen nanti la best

Tanpa Nama berkata...

bayaran kerja lebih masa adalah bergantung kepada kewangan sesebuah institusi. tiada salahnya jika kerja lebih masa dibayar dengan gantian cuti rehat.sebagai staf yang betul2 bertanggungjawab, seharusnya memahami keadaan sekeliling. jangan kerana diri tidak dapat apa yang dihajati, semua disalahkan.tuding jari sana sini. kerja lebih masa bukan dibuat sesuka hati.stiap kerja lebih masa perlu lah mengikut keperluan dan bukannya mengikut kehandak hati secara suka2.apa yang silapnya sekarang, rata2 daripada kita sudah meletakkan bayaran kerja lebih masa itu sebagai sumber kewangan kedua yang wajib. bila x dapat bayaran, melenting sana sini.bila terlewat bayar, marah x tentu pasal.patutnya kita harus berjimat dengan gaji yang diperolehi bukan bergantung kepada duit lebih masa semata2. cuba lah jangan pentingkan diri sendiri.kerja lebih masa biarlah mengikut keperluan.saya yang menguruskan tuntutan lebih masa untuk bahagian saya, saya tau permasalah ini.kadang2 kerja lebih masa bukannya ikut keperluan.suka2 je nak kerja sebab gaji bulanan dah tinggal sikit sebab banyak bayar hutang bank.loan sampai 2 atau 3.masa daoat loan, duit joli sana sini. bila loan dah habis, bulan2 kena bayar, mulalah buat kerja lebih masa.padahal sebelum buat loan, dan duit loan tgh banyak, suruh buat lebih masa langsung x nak buat.ini lah kita.jadi siapa harus kita persalahkan dalam hal ini?nak salahkan majikan?samalah kita renungkan.buat sesuatu biarlah ikut logik akal.jgn duk tuding jari salah kan orang sana sini. padahal misibahnya datang daripada diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kerja lebih masa boleh bagi ada jadual oncall atau tugas atas panggilan kakitangan dihospital dan jabatan jabatan yang kritikal sahaja.mesti ada pengawasan .

Ahmad Saad Marzuki FT17 berkata...

kami golongan sokongan peduli hapa dgn semua ni. yg penting nak duit sekarang jugak. kalo bole KWSP pun nak amik perabis.. biar la ms tua nnt miskin hina pn xpe.. yg xpotong KWSP plak mengharap naikkan COLA sebab susah nak beli ekor la ni duit beli rokok pn x cukup..

ganjaran ka hapa ka yg poenting nak duit. nnt nk modify Myvi tu cmne kalo xde duit. kam,i nak overtime hari2 mcm pkerja kilang, nak duit byk.. mmg x sempat siap sbb kami kaut menyembang tp kami peduli hapa, yg penting nk overtime jugak..

pegawai atasan jgn meyibuk, kalo x suka benti keje biar kami ganti jawatan pegawai/pengarah tu.. dh 5 tahun di grd 11/17 kami mampu la buat semua kerja pegawai mcm meeting tu.. bkn susah, pi ckp ye saya setuju.. pastu balik awal..

pencacai sedar diri.. berkata...

setiap kakitangan ada pendapat masing2..dah tentulah yang nak claim OT tue bising, sebab keje dah buat...yang bestnyer pegawai atasan dapat pujian benda yg di PLAN jadi, kalo LUCKY nek gred@jawatan, kalo xde LUCK kami staff pencacai plak kena MAKI..jadi, bayaran OT itula yg menjadi penyeimbangnya..tolong la faham sket..pegawai atasan lagi suka staff mcm kami yg tawar diri buat OT tanpa apa2 perjanjian bayaran..tul tak?? pelik ke jika isu OT nie jadi bahan panas, sendiri pikir.."staff yg berkorban utk negara yg dicintai tanpa mengharapkan wang ringgit"..bacalah statement tu beratus kali pun tak relevan dgn dunia sekarang..isk isk isk

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun saudara-mara semua, back to basic.... carilah rezeki dgn cara yg halal, itu yg nak disuap ke mulut anak isteri. Keberkatan Allah itu penting. Ada org boleh hidup dgn gaji sedikit dan anak-anak pula baik budi pekerti, mungkin sebab rezekinya diberkati.

yuyu berkata...

terpulang kepada individu..mereka nak cuti..boleh ambil..x setuju..berilah gaji..jangan kumpul cuti masa pencen...enjoy cuti masa sihat dan muda..

Nadzri Mohd berkata...

Mana ada cuti ganti boleh msuk dlm cuti pencen cuba semak dengan bahagian sumber manusia jabatan masing2.cuti ganti hendak la di habis kan dalam masa 6 bulan selepas tu hangus tingal debu saja...kalau overtime duk ofice boleh la kalau macam saya ni driver terpaksa keluar duit untuk makan kat luar dearah setiap minggu nak cari mana duit dah kalau ott di bagi cuti ganti.....

Nadzri Mohd berkata...

Mana ada cuti ganti boleh msuk dlm cuti pencen cuba semak dengan bahagian sumber manusia jabatan masing2.cuti ganti hendak la di habis kan dalam masa 6 bulan selepas tu hangus tingal debu saja...kalau overtime duk ofice boleh la kalau macam saya ni driver terpaksa keluar duit untuk makan kat luar dearah setiap minggu nak cari mana duit dah kalau ott di bagi cuti ganti.....