SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

22 Februari 2010

CUEPACS BIMBANG PENINGKATAN PENGUASAAN PENJAWAT WANITA

Bernama
22/02/2010 1:54pm





KUALA LUMPUR 22 Feb. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.
Contohnya, kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.
Ahmad Shah menghujahkan bahawa perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.
Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.
Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, CUEPACS mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.
Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain. – Bernama

2 ulasan:

jimmy_eat_world berkata...

perlu pantau masalah ini kerana wanita mudah dikawal emosi

Tanpa Nama berkata...

betul..sy sokong.wanita ni terlalu jumud dan suka pd perkara remeh temeh..kdg2 bosan bila da bos wanita ni...