SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

04 Februari 2010

GTP TAK BERI TEKANAN PENJAWAT AWAM

Berita Harian
4/2/2010



Matlamat disasarkan kerajaan mampu beri kebaikan semua KUALA LUMPUR: Matlamat yang disasarkan kerajaan dalam pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) bukan satu tekanan dan bebanan kepada 1.2 juta penjawat awam, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Beliau berkata, sebaliknya semua penjawat awam komited untuk menjayakan GTP yang direncanakan kerajaan berdasarkan suara rakyat itu dengan memastikan segala matlamat yang disasarkan tercapai menerusi gerak kerja yang cepat dan berkesan. “GTP tidak akan menjadi tekanan sebab penjawat awam pun rakyat juga, apa salahnya, umpamanya untuk kita cuba kurangkan jenayah jalanan. Sebagai penjawat awam dan rakyat negara ini, kita juga mahu keadaan yang selamat, tidak ada jenayah, tidak ada kemiskinan dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran GTP yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini semalam.
Mohd Sidek berkata, sebelum ini bukan negara ti- dak mempunyai dasar baik tetapi cuma pelaksanaan kurang menyebabkan sasaran yang ditetapkan gagal dipenuhi. “Di masa lalu, masalah kita apabila kita membuat keputusan baik, dasar baik tetapi kurang pelaksanaan seperti yang Perdana Menteri sebutkan. “Jadi bila sudah ada sasaran yang macam ini, cabaran kita pada tahun ini dan masa akan datang memastikan dasar GTP yang dirancang ini dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.
“Ia sudah ada perancangan, sudah ada dokumen, jadi tanggungjawab kita sebagai penjawat awam adalah untuk memastikan perancangan dibuat dilaksanakan. “Sekiranya semua penjawat awam melaksanakan pelan itu dengan tekun, ikhlas dan penuh dedikasi, saya yakin matlamat kerajaan akan dapat dicapai sepenuhnya,” katanya sambil memberi jaminan akan mengurangkan kerenah birokrasi dalam menjayakan GTP.

16 ulasan:

kurt cobbain berkata...

saya dan staff bawahan akan sedia memikul tanggungjawab ini bersama. demi meningkatkan credibility perkhidmatan kerajaan

Tanpa Nama berkata...

mcm mcm la....gtp nkra.... per benda....suma orng besar nak laporan jer... yang kerah tenaga nak buat sokongan gakkkkk....yang naik nama diorng....tah pa...

minorin berkata...

tak jugak. yg besar kalau tak buat kerja pun kena tindakan jugak sekarang nih

Tanpa Nama berkata...

keja mau kerah..tapi motivasi kakitangan tiada..penghargaan pd pekerja tiada..

minorin berkata...

apa guna anugerah khidmat cemerlang setiap tahun tuh?

ko nak apa lagi? kerja tak sebagusmana nak mintak gaji lebih.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang tak mau gaji lebih kalau ada peluang adalah orang.................... boooooodooooooh.

Tanpa Nama berkata...

klu ko pun mesti nak gaji lebih...

Tanpa Nama berkata...

ko minorin tak nak naik gaji sudah ler.ko pn bukan bagus sgt pn..kalu dpt APC pn dgn cara membodek.tak payah nak bangga sgt ler..

la ni tlg ler semak sekali pekerja bawahan jugak.mcm2 perubahan nak buat.tapi tiada penghargaan pn pd kakitangan kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

mgkin monorin ni salah sorg yg suka bodek bos.mgkin juga golongan ketua yg pndang rendah pd golongan sokongan.

minorin berkata...

kipas boss buat apa kalau aku sendiri dah ada bilik sendiri

AirMani berkata...

kau ni pak guard ke ada bilik sdiri.. natang minorin berlagakk.. semua PA yg ada ijazah berlagak, ingat diorg je baguzzz... aku nak isap rokok dlm toilet ofis pun kena sound dengan pegawai bedebah.. aku nak mirc pun payah, sikit2 nak pantau

minorin berkata...

huih best gila opis ko tak block port 8000 mirc tuh. pakai server mana?

nak buat cam na encik sperm. dah jadi secretaru cam ni la. kerja semua under boss :(

Kerani Senior berkata...

Aku cukup x setuju kerajaan buat mcm2 program / dasar mcm NKRA dan GTP. Apa semua tu pada kami pekerja bawahan ni? Tiada lain tapi kerja yang lebih banyak lagi. Sedangkan gaji dan pangkat masih sama.

Kenapalah kerajaan tidak peka kepada keperluan penjawat awam bawahan. Itu bukan kami nak. Kami mahu gaji yang lebih tinggi setara dengan bos2 kami.

Semua kemudahan yang mereka dapat kami hendak juga : bilik sendiri, tempat parking sendiri, dapat pakai kot dan tali leher, kalau boleh org panggil kami encik dan puan juga, elaun keraian dan kuarters bertaraf sekurang2nya rumah teres dan bukannya flat.

Tolong jangan beri alasan gred dan taraf pelajaran. Kita semua sama sahaja. Kami fotostat dan susun fail pun susah juga. Itu belum lagi bos2 suka ganggu kami waktu rehat pagi kami (9 - 10.30). Ada sahaja disuruh buat. Berilah kami peluang untuk rehatkan minda.

Dengan gaji tinggi, bolehlah kami seperti bos2 yg cepat naik pangkat, berbelanja di alamanda. Ini baru menunjukkan minda kelas pertama pekerja bawahan kerajaan. Sekarang ni acara2 macam tari menari, poco2, senam robik, nyanyian, pantun2, sajak majak pon dah takde (melainkan cikgu).

Bila lagi kami nak berekreasi mcm ni. Kadang2 kami iri hati lihat orang lain diberikan baju jabatan sempena acara ni. Sekurang2nya bagilah kami merasa seperti dulu2.

Fikirlah pak menteri akan nasib pekerja bawahan kerajaan. Dahulukan juga kami untuk rasa senang dan mudah di Malaysia ini.

Guru Terampil berkata...

GTP sebenarnya maksud Guru Terima Padah! Pendidikan pada masa sekarang jauh berbeza dari dulu.

Daripada kerajaan sibuk lancarkan dasar2 pemodenan kerajaan ini yang tak tentu lagi beri manfaat kepada guru2, lebih baik perbaiki skim perkhidmatan kami.

Kami juga pegawai P&P. Sepatutnya gaji kami paling tinggi dalam semua skim perkhidmatan kerana kamilah pembentuk masa depan negara!

Tengoklah cuti kami setahun berapa sahaja dapat x seperti skim lain. Dahulu boleh sahaja kami balik ke rumah jam 1.30 tengahari. Sekarang ni jangan haraplah dapat sampai ke rumah sebelum jam 2.00 pun.

Selalunya 4.00 setiap hari! Nasib baiklah Sabtu dan Ahad x diganggu itupun kami sudah terasa letihnya bekerja sehari suntuk utk seminggu! ADIL KE INI???

Pangkat para guru juga sepatutnya lebih utama dari skim lain dari segi kenaikan. Kamilah sebenarnya tunjang utama perkhidmatan awam dan lebih penting dari yang lain. Bukan kami gilakan pangkat tetapi inilah motivasi kami untuk bekerja.

GTP - Guru Terampil Penting

cikgu nizar berkata...

anda x diganggu sabtu ahad? aku kna latih team sukan (?) sekolah yg wakil negeri, hari2 smpai kul 5 ptg, sabtu ahad nk jmpe anak bini aku yg dok negeri lain pun pyh sebab bawak lawan friendly dengan sekolah lain.

cuti sekolah tbabit MSSM pulak, kalo x sebagai coach, jadi pegawai atau LO. tapi itu x kisah, yg aku kisah sangat sikap ibubapa melayu yang haprak, dan boleh dilihat dimana2 forum termasuk blog Cuepacs sekalipun.

selalu rmai bapa yg mrh bila diminta myumbang wang utk aktiviti sekolah, tapi bila beli rokok yg mcecah rm10 sehari tu boleh je plak. kami ni malu nk meminta2, tapi xkan asyik2 duit guru ja terkorban sebab nk buat aktiviti utk anak murid? peranan ibu bapa? hampassss........ tak heran ramai ank melayu jd matrempit, bohsia, sex bebas dan lain2.

salahkan cikgu mmg senang. 50% ibubapa melayu lepas tangan dlm pkembangan sahsiah/moral dan pelajaran ank2. ingat mengajar senang? cuba mai sehari mgajar 30-40 murid bole tahan ke? lagi2 la kelas nombor 8.. sejam cukuplah.. silap2 kat situ jgk darah tinggi dan sakit jantung.. suara aku yg dlu lembut dh jadi awie+amy search sebab hr2 kna bcakap nada tinggi dgn budak2..

anak sekarang manja x bertempat.. cket2 mgadu kat makbapak. makbapak pn suka sgt nk belasah/maki/repot polis malahan rosakkan kereta guru sebab syg kat anak sgt. tunggu la anak tu besar nant, jadi org ka x.

ingat, doa guru itu mujarab pada anak muridnya. jahanam doanya, jahanamlah anak murid itu.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya penjawat awam sangat tertekan dgn arahan kerja skrg ni..sudahlah staff kurang, kerja pulak samakin banyak dan nak pecah kepala duk fikir..lagi 1 kerja yang dibuat pula tidak setimpal dgn jawatan disandang.contohnya gred 17 kena pergi bagi ceramah kat orang ramai, pelajar sekolah dan ada juga terpaksa bagi ceramah kpd gred2 yg lebih tinggi. ini sangat tidak sesuai dan memberi tekanan kepada mereka yg berkenaan. satu lagi isu penempatan kakitangan awam. kenapa suami atau isteri terpaksa ditempatkan berjauhan?ada 1 kes suami kerja di kelantan, isteri pulak di Kuala Lumpur. dah berapa kali isterinya mohon tukar utk mengikut suaminya ke kelantan tapi tak berjaya sampai sekarang.akibatnya isteri terpaksa pulang setiap minggu ke kelantan untuk berjumpa dengan suami dan anaknya di kelantan.nak bawa anak ke Kuala Lumpur tak dapat kerana anak masih kecil dan tidak sanggup hantar ke rumah pengasuh takut terjadi kes dera.sekarang ni si isteri pula ada penyakit dan doktor pakar dr hospital kerajaan bagi surat kepada majikan isteri agar diluluskan pertukaran tp tidak juga dapat bertukar.zalim betul.kenapa kerajaan tidak membela golongan ini. berilah peluang suami isteri dan anak2 tinggal bersama. barulah mutu kerja bertambah baik.institusi keluarga juga tiada masalah.