SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 Februari 2010

GAJI PEGAWAI LULUSAN SARJANA WAJAR DISELARAS

JPA
18/2/2010




Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat Pegawai Perhubungan Perusahaan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 5 Februari 2010 bertajuk “Gaji Pegawai Lulusan Sarjana Wajar Diselaras”.
Skim perkhidmatan Pegawai Perhubungan Perusahaan (PPP) Gred S41 memperuntuk Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) di peringkat ijazah pertama dan ijazah sarjana dengan gaji permulaan yang berbeza bagi setiap kelayakan. Sebagai contoh, gaji permulaan bagi pegawai PPP yang dilantik dengan kelulusan ijazah sarjana muda kepujian adalah pada Gred S41:P1T3 (RM1,869.79), manakala pelantikan pegawai PPP yang berkelulusan ijazah sarjana adalah pada Gred S41:P1T7 (RM2,231.59). Penetapan gaji permulaan yang berbeza ini adalah berdasarkan kepada nilai taraf kelayakan tersebut.
Penetapan gaji permulaan yang ditetapkan bagi skim perkhidmatan PPP tidak sewajarnya dibandingkan dengan skim-skim perkhidmatan lain. Ini adalah kerana penetapan gaji permulaan yang dibuat ke atas setiap skim perkhidmatan adalah secara menyeluruh dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
Prinsip kadar upah untuk kerja;
Kelayakan masuk;
Latihan khusus yang wajib; dan
Prinsip relativiti dan pariti perkhidmatan yang berbeza mengikut klasifikasi perkhidmatan dan bidang serta kompleksiti tugas yang ditetapkan.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
17 Februari 2010

Tiada ulasan: