SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

08 Jun 2010

CUEPACS SYOR NAIKKAN PANGKAT, GAJI JIKA LAPOR RASUAH

Utusan Malaysia
4/6/2010




PETALING JAYA 3 Jun - Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya penjawat awam yang membantu melaporkan kes rasuah diberi kenaikan pangkat bagi menggantikan ganjaran wang tunai.
Presidennya, Omar Osman berkata, cadangan itu dilihat lebih bermakna bagi menggalakkan penjawat awam mengamalkan budaya kerja yang profesional dan positif.
Jelasnya, lagi pun amalan semasa dengan memberi ganjaran wang tunai kepada penjawat awam yang membantu memerangi amalan rasuah dilihat sudah tidak sesuai.
"Bagi jangka masa panjang, ganjaran menaikkan pangkat dan gaji ini adalah lebih sesuai untuk menanam semangat yang betul di kalangan penjawat awam bagi mencegah mereka daripada terlibat dengan rasuah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengikuti lawatan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan ke Jabatan Kimia di sini hari ini.
Sementara itu, Omar berkata, jumlah penjawat awam yang terbabit dalam kes rasuah semakin berkurangan berbanding tiga tahun lalu.
Menurutnya, pada tahun 2007 misalnya, seramai 591 orang ditahan kerana kesalahan rasuah dengan 51 peratus daripada jumlah itu adalah penjawat awam.
"Namun ia semakin berkurang pada tahun lalu iaitu daripada 500 orang ditahan kerana kesalahan rasuah, hanya 39 peratus penjawat awam," katanya.
Tambahnya, kempen mencegah rasuah yang dianjurkan CUEPACS telah memberi kesan yang baik untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam supaya tidak menerima rasuah.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjayakan usaha berkenaan.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap tindakan sewajarnya diambil kepada mana-mana jabatan yang berselindung dengan sikap tutup mulut terhadap gejala rasuah yang dilaporkan

Tanpa Nama berkata...

rasuah mana boleh dihapuskan dengan kenaikan gaji begitu, sikap manusia yg kena ubah.. kalau nak naikkan gaji, biarlah semua merasa.. barulah adil dan saksama..

Tanpa Nama berkata...

lepas ni kita cuba-cuba intai kawan kita yg belanja bos makan(kira bodeklah) pas tu lapor kat sprm, pas tu dapat naik pangkat, bestnya!

Tanpa Nama berkata...

entah la...semakin malalut nampaknya pak presiden kita ni..

nak saran apa pun pada PM..biar sedap telinga nak dengar...bukan pakai main hentam saja..

siapa lapor rasuah naik pangkat..??

geli le den mendongarnya...

sudah2lah...be profesionallah...

kerajaan pun naik senyum bila dengar syor2 macam ini...

pegi belajar lagilah kalau nak naik gaji...

jangan main cara senang saja nak naik gaji...

intip sana intip sini..konon nak cekup dan nak lapor rasuah..tutp2 lain pulak jadinya..silap2 haribulan jadi fitnah pula..

lepa tu masing2 bermasam muka pula..lepas tu dah tak boleh nak cooperate dlm membuat kerja..lepas tu produktiviti merosot..

sudah lah...

belajar lagi baik kalau bab nak bagi naik gaji ni...

kehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

tak pratikal bila melapor rasuah dapat naik pangkat, gaji.Gaji dan pangkat perlu dinaikkan untuk semua kakitangan awam sebab Malaysia ni da hampir nak menghampiri tahun 2020 tak kan gaji masih di takuk lama lagi.Harga barang kegunaan dan perkhidmatan pulak makin naik.Lu..pikiaq la..

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa si mamat presiden nie dah nyanyuk..makin bodoh dan pendek akal dia punya idea..rasuah,naik gaji dan pangkat adalah 3 perkara berbeza.Kalau macam ni...lepas nie tak payah la buat kerja..intai je kawan-kawan kita yang rasuah,buat laporan...naik la gaji...setahun lapor 4 kali...banyak tu yang naik..
Udah-udah la si mamat presiden oooiii...kau duduk je diam-diam kalau dah tak tau nak buat apa...fokus la kepada satu satu perkara dulu...jangan main nak cadang je tapi tak masuk akal...

Ahkak berkata...

Ahkak sebenarnya x kisah pun apa sbb PM nak naikkan pangkat PTPO N17 ke N41. Yang paling penting ialah naikkan pangkat ahkak. Lagi 3 thn je nak pencen takkan x boleh. Nak lapor rasuah itu kan keje sprm. Ahkak nak merasa juga sebagai pegawai. Keluarga ahkak pon nak tumpang tuah, raya tahun meriah la sikit.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum..di harap pihak kesatuan kerja tidak hanya memandang pada 5 jabatan yang di nyata kan dalam keterangan itu sahaja.jika nak dikatakan hampir disemua kakitangan penjawat awam ada yang masih bergaji rendeah lagi,cntoh di kementerian kesihatan ,mereka kerja ditempat berrisiko jugak,di hospital&klinik staff terdedah pada risiko penyakit..itu lah mksu saya jika pihak tuan nak buat keseraataan gaji kan biar lah adil pada smua bkan pada jabatan tertentu sahaja

Tanpa Nama berkata...

siapa lapor rasuah naik pangkat..??
ni kerja penyiasat persendirian la pula. bila dah siasat kes yg diberi baru dpt habuan... macam kelakar pula untuk kakitangan awam yg bergaji tetap.

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat budaya tamak duit nak ditanam di dalam perkhidmatan awam....lapor rasuah naik pangkat...silap-silap yang melapor rasuah tu lagi lah suka makan rasuah....dengki ngan kawan, buat laporan , tapi sendiri pun makan rasuah juga...ada juga macam tu tu nanti supaya naik pangkat konon..mengapa? tak ada cara lain kah nak naikkan pangkat penjawat awam di malaysia ni? kalau 70 kali buat laporan, agaknya orang tu naik pangkat sampai jadi perdana menteri ka?kalau nak elakkan rasuah, pilihlah calon yang ditemuduga tu baik akhlaknya, tengok latar belakang dan perangainya ok ka tak sebelum diambil bekerja di dalam perkhidmatan awam. yang penting disiplin dan sikap integriti tu yang penting.....kalau didikan agama baik, insyaAllah...tak siapa sanggup makan rasuah, ingat juga siksaan selepas mati tu...

Tanpa Nama berkata...

pak presiden nak bodek ke apa ni bila cadang macam tu...jangan bodek la..boring la...

hari ni ketuasetiausaha nafi pula kata pak presiden cuepacs yg berkata 41% kakitangan awam rasuah..malu beb..jatuh maruah kakitangan kerajaan...kehkehkeh..

pak presiden kena hati2 la bila buat statement..

jaga maruah kita...

kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

km ada ikuti seminar intergriti yg dibuat oleh sprm.. tp apa yg terjadi ada sebabnya.. kalu yg bergaji rendah km boleh aga apa sebabnya... tapi kaluyg terlibat bergaji tinggi.. apa pulak muslihatnya...ada cara utk benteras.. dlm ceramah tu.. ada bgth salah stu sbb kenaikan gj bdn uniform (polis) adalah utk mengelakan rasuah.. bukan nak jatuhkan aib.. tapi kenyataan yg sy pernah lalui... jadi fikirkan... kalu syor ini berjaya akan bertambah sikap tdk puas hati ... percayalah...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan perlu upgrade penjawatan yang sediaada untuk PA biar gaji dibayar mengikut taraf pendidikan yang dimiliki....
macam guru juga...ngajar pra sekolah ada degree...mengajar tingkatan 6 atas pun ada degree...gaji sama jee hahahha walaupun ...jadi apa salahnya andainya penolong pegawai/pembantu tadbir/ dan lain2 jawatan yg memiliki sijil yg lebih tinggi dari jawatan dibayar setimpal dengan pendidikan yg ada ... kita semua akan ke arah negara maju...so kena upgrade PA supaya mempunyai pendidikan yang tinggi..dan gaji yang setimpal...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan patut peka perkara ini sejak lama dulu...baru angan2 nak jadi negara maju boleh berjaya...

ubah minda....ubah paradigma...

Tanpa Nama berkata...

Berkenaan dengan semakan gaji adalah amat dialu alukan bagi jabatan yang berisiko.Jabatan penjara juga mempunyai risiko.Adakah tuan presiden terlepas pandang payah jerih kami menjalankan tugas seharian? Mohon penjelasan Tuan Presiden.