SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 Jun 2010

PENJAWAT AWAM KENA PERTINGKAT PRESTASI

Berita Harian
2010/06/12



ALOR SETAR: Penjawat awam tidak perlu berasa tergugat dengan usaha kerajaan menjadikan sektor swasta sebagai pemangkin dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), sebaliknya ia cabaran untuk lebih berdaya saing bagi meningkatkan sistem penyampaian awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, cabaran ini perlu digalas penjawat awam dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan dan meningkatkan prestasi diri selain menyumbang kepada pembangunan negara.
“Hakikatnya, RMKe-10 memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru, penjawat awam perlulah lebih berfikiran jauh dalam usaha membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencapai misi RMKe-10.
“Saya berharap semua penjawat awam mengambil serius usaha mempertingkatkan prestasi perkhidmatan kerana tidak mustahil Perdana Menteri akan memenuhi segala tuntutan kesatuan sekiranya pelan yang dirangka dalam RMKe-10 berjaya, " katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Cuepacs Kedah di sini, semalam. Omar berkata, penjawat awam juga perlu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran selaras dengan hasrat negara melahirkan lebih sumber tenaga berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan pembangunan negara. “Penjawat awam hakikatnya menggalas tugas berat kerana 51 peratus daripada pelan RMKe-10 yang dibentangkan Perdana Menteri kelmarin, menjurus ke arah usaha meningkatkan taraf ekonomi negara dan ia sekali gus menjadi penentu terhadap rancangan untuk muncul sebagai negara maju pada 2020. “Justeru, penjawat awam perlu bersiap sedia mempertingkatkan prestasi diri kerana RMKe-10 mengutamakan modal insan berkualiti, kreatif dan inovasi serta mampu bertindak sebagai sebuah syarikat berdaya saing," katanya. Dalam perkembangan lain, Omar berkata, CUEPACS akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan kadar penjawat awam terbabit rasuah dapat dikurangkan 15 peratus tahun ini. “Menerusi kempen kesedaran antirasuah yang dianjurkan Cuepacs, jumlah penjawat awam yang terbabit dengan rasuah semakin menurun berbanding tiga tahun lalu. “Pada 2007 misalnya, seramai 591 orang ditahan kerana kesalahan rasuah dengan 51 peratus daripadanya adalah penjawat awam. “Namun, jumlah itu berkurangan apabila hanya 39 peratus daripada 500 yang ditahan atas kesalahan rasuah tahun lalu adalah penjawat awam," katanya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap ada perubahan dalam pendapatan rakyat termasuk kakitangan awam. Tapi agak keliru berkaitan kakitangan awam perlu meningkatkan prestasi dan kemahiran mereka bagi mengharapkan kenaikan gaji yang biasa di dengar di media massa. adakah bermaksud kakitangan awam selama ini tidak menunjukkan prestasi baik atau tidak meningkatkan kemahiran mereka, sedangkan apa yang dapat dilihat rata-rata kakitangan awam sentiasa meningkatkan kemahiran dan menunjukkan prestasi cemerlang. Apa yang menjadi kekangan dan melemahkan prestasi adalah motivasi akibat masalah ekonomi iaitu gaji. sehinggakan mereka tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya kepada kerja yang mungkin akibat terlalu memikirkan di mana untuk mencari pendapatan tambahan, sama ada berniaga, kerja part time..jgn sampai rasuah, merompak dan mencuri dan menipu .

sepatutnya kerajaan memberikan motivasi bagi mengekalkan prestasi kakitangan awam. Barulah rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan.. maksudnya kerajaan perlu mendahulukan barulah rakyat dapat mengutamakan pencapaian.

Tanpa Nama berkata...

kerja je la...jgn harap sangat la soal gaji tu..

sakit kepala ada la..

naik..naik..tak naik...tak naik la..

letih dah...

kalau naik esok pun mungkin sorang rm50.00 kot..jadilah...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa asyik2 penjawat awam ni kena yg tu...kena yg ni...Akak rasa bknnya masalah individu tu sgt..Tp jika penjawat awam bermasalah adalah berpunca dr tidak puas hati dgn pengurusan dan masalah kewangan.
Cthnya mcm kt opis akak, pengurusannya mmg kayu...klu adik beradik mereka, cepat je naik pangkat la...dan mcm2...mudah aje...klu adik beradik tu, br lps cuti tanpa gaji pun blh naik pangkat...yg org bwh ni, KUP pun tak bg...tambah syarat plak tu...kira gaji pun tak betul..

Tanpa Nama berkata...

Prestasi yg mcm mn nak lg...Asalkan arahan kerja semuanya beres..Kojo pegawai pun barua bwh ni buat..Tp pengurusan mcm hampas...kayu botoi..Keutamaan pengurusan kpd adik beradik mereka,dan kpd org yg sanggup ampu punggung mereka...Bila tegur, kata protes, dan kena black list...alamatnya 30 tahun perkhidmatan pun tak rasa khidmat cemerlang..klu adik beradik mereka selang 2 3 thn sekali cemerlang...JPA ngango sj...
itulah PENGURUSAN KAYU

Megajuta Rovers berkata...

Sememangnya setiap pekerja ingin menjalankan tugas seperti yang disebutkan dalam Pelan tindakan tahunan. tetapi apakan daya kerana kemudahan asas untuk menjalankan tugas pun tidak mencukupi. Contohnya di satu pejabat kesihatan daerah (Sarawak) kenderaan yang menunggu keputusan (Board Of survey) hapuskira masih lagi digunakan untuk menjalankan tugas agar dapat menepati sasaran tahunan. bagaimana kalau apa-apa kemalangan berlaku kepada kenderaan dan kakitangan yg menumpang semasa bertugas? siapa yang akan bertanggungjawab? Setahu saya mereka yang di ibu Pejabat dan kementerian semua kenderaan mereka baru-baru belaka dan tiada cact celanya. Kedua, terutamanya KKM (kesihatan) kalau nak buat kursus, bengkel dll dia orang kata tak ada wang peruntukan terutama pada separuh masa kedua tahun tu. oleh yang demikian maka tugas-tugas hanya dapat dijalankan pada bulan feb hingga julai sajalah.Setahu saya banyak lagi kementerian lain yg buang duit sana sini buat program in program itu dan setiap majlis pada saya memakan belanja sekurang-kurangnya RM50,000. nak kah elok sekiranya wang tersebut dpt disalur ke kementerian yang memerlukan.