SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 September 2010

ANAK TEMPATAN SABAH YANG LAYAK AKAN DIBERI PELUANG TERAJUI JABATAN KERAJAAN

Bernama
16/9/2010



TUARAN, 16 Sept (Bernama) -- Usaha sedang dilaksanakan bagi membolehkan lebih ramai anak tempatan negeri Sabah yang layak, diberi peluang mengetuai pelbagai jabatan dan agensi persekutuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika ini 37 daripada 80 ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan di Sabah terdiri daripada penjawat awam dari kalangan anak tempatan negeri, dan usaha sedang dilakukan bagi menambah bilangan itu.

Menurutnya kerajaan sedang berusaha menempatkan lebih ramai pegawai-pegawai awam persekutuan dari Sabah, ke jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan di Kuala Lumpur atau Putrajaya bagi tujuan menimba pengalaman.

"Diharapkan lebih ramai orang Sabah yang menyertai perkhidmatan awam persekutuan dan dengan itu, lebih ramai orang Sabah yang boleh memegang jawatan ketua jabatan dan agensi persekutuan, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kampus Intan Sabah pada hari Khamis.

Perdana Menteri berkata beliau memang sedia maklum dengan harapan pemimpin-pemimpin Sabah yang ingin melihat lebih ramai anak tempatan menjadi ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan di negeri itu.

Beberapa akhbar tempatan semalam melaporkan kenyataan Naib Presiden Upko Senator Datuk Maijol Mahap yang menuntut supaya lebih ramai rakyat Sabah yang layak dilantik menjadi ketua jabatan dan agensi persekutuan di Sabah.

Sementara itu Najib meminta penjawat awam supaya menyesuaikan diri dengan dengan persekitaran yang berubah, terutama dalam menjayakan program transformasi negara fasa kedua, sekaligus menjayakan wawasan kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

"Keadaan persekitaran pelaksanaan transformasi fasa kedua jauh berbeza dengan persekitaran fasa pertama. Kaedah yang digunakan sebelum ini mungkin tidak sesuai dan sebab itu, penjawat awam perlu menyesuaikan diri demi menjayakan program tranformasi fasa kedua," katanya.

Najib berkata institusi Intan diharapkan dapat menghasilkan penjawat awam yang terbuka kepada sebarang perubahan, mahu berubah, dan mempunyai minda keusahawanan.

"Justeru, saya harap sebagai "the premier training arm" untuk sektor awam, Intan akan menjadi institut tersohor bukan sahaja di Malaysia malah menjadi rujukan di peringkat antarabangsa," katanya.

-- BERNAMA

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sangat setuju begitu juga dengan Sarawak anak tempatan yg layak akan diberi peluang terajui jabatan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih para pemimpin di Sabah yg lantang bersuara dan berani memberi pandangan dgn kerajaan yg mengatakan anak tempatan Sabah yg layak akan diberi peluang terajui jabatan kerajaan yg pemimpin di sarawak tidak seorang pun berani bercakap semuanya pengecut dan asyik mahu jaga kepentingan diri sendiri.

Saya sangat sokong pendirian kerajaan Sabah semoga ianya dapat melimpah ke Negeri Sarawak kerana rata2 rakyat Sarawak pun inginkan kemajuan dan pembangunan.

Tanpa Nama berkata...

sya sebagai generasi muda srwk juga selalu ttnya2 kenapa peneraju utama jbtn kerajaan di srwk bukan kaum asal srwk sendiri iaitu kaum Dayak trutamanya kaum Iban yg majoriti tbnyk kaum Dayak di srwk.Knp kaum Cina, Melanau dan Melayu mngatasi kaum Dayak sndiri?? adakah kerana kurang penyertaan kaum Dayak??? atau kaum Dayak yg tidak diberi peluang tsebut??? Tepuk Dada Tanya Selera!! Org srwk tahu kenyataan ini.

Sooriamurthy Thanabalan berkata...

kami org India selalu dianaktirikan di Sarawak. Kami mohon agar 50% Penjawat Awam di Sabah dan Sarawak diambil dari golongan India..ini barulah satu bentuk keadilan kepada semua rakyat yang amat mendambakan perkhidmatan kami yang terbukti cemerlang ini

Meor Sazali bin Lebai Pandak berkata...

jika semua asyik nak org negeri sendiri je yg pegang jawatan penting di negeri sendiri, haru birulah negara kerana majoriti pegawai di mana2 negeri pun bukannya penduduk tempatan pun, bos saya di Ipoh ni pun org Sarawak, TP org Klentan, Pen.Pengarah semuanya dr negeri Kedah, N9, Sabah dan Selangor.

adakah anda semua berpendapat mereka perlu diganti dengan org kg teman yakni Perakian?? kami yang sokongan ni pun separuh je org Perak yg lain dr macam2 negeri..

Tanpa Nama berkata...

masalah nya bukan mahu kaum asal sendiri yg bkhidmat di negeri asal..tetapi kalau anda lihat sendiri kaum asal sarawak bukan sahaja tidak diberikan peluang di negeri sendiri juga tidak diberikan peluang di negeri lain..apa komen anda??? di sarawak kaum terbesar memegang jwtn ttinggi di jbnt kerajaan adalah kaum melanau dan melayu diikuti kaum bukan bumputera cina..kaum peribumi sarawak kaum DAYAK diletakkan dimana???

Sooriamurthy Thanabalan berkata...

bagaimana pula dengan nasib org2 Indoia yang tiada negeri majoriti>? harus kiranya negeri kecil untuk org India diwujudkan di Sarawak, kami juga mahu menjadi Menteri Besar dan lain2 jawatan utama, dan status pribumiputera juga

Tanpa Nama berkata...

Wahai saudara S Thanabalan Org India tu tak payah bercakap berapa ekor saja kamu org di Sarawak dpt dikira dgn tunjuk jari tak payah bercakap kaum India di Sarawak tapi kalau di Semenanjung bolehlah kita org bersuara kerana ramai di sana, di semenanjung ada parti juga MIC dan di Sarawak mana ada MIC kita juga boleh bekerja di India juga tempat asal usul kita.

Warga berkata...

Hahaha, suka saya bila kita sebut pasal jawatan ni, dalam banyak perkara ada yang tak ikhlas, atau terlupa dalam membuat tuntutan.

Jom Ahmad, Ameng, Muthu, David, Unggah, Daeng, Rono, Nik, Len olivero, Singh dan lain etnik yang tak disebut, mari kita duduk semeja.

Ini hanya satu perbualan dalam usaha untuk hidup harmoni, kita kena hadapi bahawa hubungan kaum di negara kita ni sebenarnya kritikal tapi masih stabil, sebabnya semua yang ada kadang2 terlupa hakiki kehidupan dalam penubuhan sesebuah negara, kontrak sosial, perlembagaan, had hak rakyat, had hak kerajaan, apa yang boleh dituntut, apa yang tak boleh. apa hak sama rata, tuntutan immigran yang mengguris hati pribumi, isu demi kepentingan politik puak.

Kerajaan harus perihatin pada minoriti, manakala minoriti jangan pertikai majoriti, kelak porak peranda jadinya, dalam sebuah keluarga pun adik beradik tak puas hati dengan ibubapa, inikan pula dalam sesebuah negara.

Saya cintakan negara ini, jangan lupa kita hidup secara majmuk, satu komuniti yang amat sensitf, jangan biarkan ianya hancur begitu saja.