SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 September 2010

BELUM ADA KEPUTUSAN NAIKKAN UMUR PERSARAAN PENJAWAT AWAM, KATA SUBRAMANIAM

Bernama
18/9/2010
Oleh Vincent Low Seng Guan




BEIJING, 18 Sept (Bernama)-- Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata cadangan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar umur pesaraan penjawat awam dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun telah dibincang pada peringkat tertinggi kementeriannya namun belum ada keputusan dibuat.

Ini kerana katanya, kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan terdapat kebaikan dan keburukan jika umur pesaraan dinaikkan lagi.

"Jika kita terus melanjutkkan tempoh perkhidmatan golongan berusia, generasi muda tidak akan dapat peluang bekerja," katanya kepada Bernama di luar Mesyuarat Pembangunan Sumber Manusia Peringkat Menteri kelima Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini.

Persidangan dua hari itu berakhir Jumaat.

Selain itu katanya, adalah sukar untuk kerajaan menaikkan umur pesaraan dan pada masa yang sama mengecilkan saiz sektor tersebut yang sehingga kini mempunyai sekitar 1.2 juta tenaga kerja.

Jumlah itu adalah tinggi berbanding negara-negara lain dan sebahagian besar adalah dalam bidang perguruan, kata beliau.

Pada 2008, kerajaan telah menaikkan umur pesaraan sektor awam daripada 56 kepada 58 dan Cuepacs kini mencadangkan agar ianya dinaikkan kepada 60 tahun selaras dengan amalan negara-negara serantau.

Umur pesaraan bagi penjawat awam di Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60, manakala di Singapura 62 tahun.

Bagaimanapun kata Dr Subramaniam, kerajaan tidak menghalang jika syarikat swasta mahu membenarkan pekerja mereka bekerja sehingga berusia 60 tahun.

"Walaupun kebiasaannya pekerja sektor swasta bersara pada umur 55 tahun, kita memberi mereka (kesatuan) kebebasan untuk berunding dengan majikan bagi melanjutkan umur pesaraan," katanya.

Beliau memberi contoh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)yang berjaya dalam rundingan bersama CIMB Bank untuk melanjutkan umur pesaraan kakitangannya daripada 55 kepada 60 tahun.

-- BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan tak usah layan kehendak Presiden Cuepacs Omar Osman. Beliau ada agenda sendiri memperjuangkan umur persaraan 60 tahun. Dah umur 58 tahun, pencen ajelah.
Beliau kerja apa? Tukang cakap yang tak buat kerja hakiki di UPM. Macam tu ke kerja gomen?
Apa jadah nii!!

Izani berkata...

Dulu masa buat anak, saya rancang bila pencen umur 55 tahun, anak bungsu dah lepas IPT, jadi mem stop le beranak,tiba2 had pencen jadi 56 tahun, tu takpe lagi, tup2 had pencen jadi 58 tahun, jadi la ni cadang jadi 60 pulak, kalau saya tau boleh buat banyak anak, seronok anak ramai ni, cuma sekarang mem berusia, doktor nasihat jgn beranak lagi, saya pun dah lanjut, lagipun minta lihat2 sikit harga susu baby kat kedai tu, mengucap saya.

Buat saudara Omar, penjawat awam yang tua ni majoriti bermasalah, kena terima hakikat ni.

Tanpa Nama berkata...

bab pencen nak ikut S'pura kenapa bila bab gaji x mau ikut pulak.Kerja bank x pa lah tiap 3 tahun semakan gaji akan dibuat (bukan kata aku kata orang bank)

Law (LLB) Center berkata...

Saya tak setuju dengan lanjut umur persaraan ini! Ini akan menidakkan kenaikan pangkat orang baru. Dah dua (2) tahun kami tunggu masa naik dari 56 ke 58 dulu. Skarang ni nak suruh kami tunggu lagi ke?

Sektor perkhidmatan awam tidak memerlukan orang tua lagi. Orang tua tak aggresif. Kalau ada pun dalam 10000 ada la seorang dua. Sektor ini perlukan orang muda. Golongan profesional tua taip komputer pun tak reti. Orang muda sampai ke power point mampu buat.

Saya amat berharap kepada ceupacs jangan la fight kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun. Berilah peluang kenaikan pangkat kepada kami pula!! Terutamanya di agensi tertutup / badan berkanun yang mana post kenaikan pangkat kurang jika tiada yang bersara.